Friday, June 19, 2009

Reschedule semula...

Supposely mggu ni 'My S' datang cni, tp nampaknya terpaksa aku menjadualkan semula jadualku....either datang ofis @ g Kota Damansara (umah abgku) @ teman kwn...Tengah ari smlm, tgh rehat² kt pantri dpt sms dr My S bgtau kena g Kemaman mlm tu jgk sbb esok (arini) dh nk naik kapal...aduh,ckp lemah bila setiap kali terima sms mcm ni...Nk balik Ipohpun, mmg plan nk blk mggu depan....Ni plak kwn aku duk ajak g umh dia plak sbb asben dia outstation....mmm,x tau yg mana 1 jd pilihan....Feel nk berliburpn xde,maklumla dh nk hujung bln ni....ckp² smpi gaji mggu depan je agaknya,huhuhu...Need something utk kembalikan mood aku arini....
Oh ye, minggu ni sempena Hari Bapa...nk ucapkan sumtin buat ayahanda ku tersayang
"I just want you to know you mean the world to me, Only a heart as dear as yours would give so unselfishly.The many things you've done, all the times that you were there, helps me know deep inside how much you really care.Even though I might not say, I appreciate all you do, Richly blessed is how we feel having a father just like you."

Monday, June 15, 2009

My Happy Weekend...(^_^)

Gumbiranya dpt balik Ipoh mggu lepas....wpun planning bertukar last minit, tp semuanya berjalan lancar....i spent my day with 'dia' yg dirindui....terima kasih dtg ke cni n tunaikan janji :-), i know he read my blog, kan kan?
Ari Sabtu asalnya nk g Taiping (ada wedding invitation) last minit bapak cancel sbb bapak selsema...kesian, 2la dh pesan jgn berjaga smpi lewat mlm tp duk tggu jgk smpi aku sampai...Wedding kt Tmn Golf x pegi, sbb nk msk tghari utk adikku tersayang (x sempat nk mkn pn sbb ada plan baru dgn Ana)..Lps bapak n mak dh blk, aku terus minta izin nk kuar n dpt greenlight....hurrey,dh lama x kuar jenjalan...kul 3 ptg, Ana dtg dgn Ninah...kitaorg g tgk cite Terminator,best²...sblm tgk movie, sempat mkn dulu (dlm masa 20 minit kitaorg kena hbskn pizza). First time mkn memasing menyepikan diri sbb nk hbskn cepat...
Lepas je tgk movie, Ana n Ninah nk g jalan² dulu, so decide pas mkn mlm br balik umah....g mkn kt Medan gopeng, beserta dgn seorang tetamu yg merancang mkn mlm kt ctu,hehehe...Lepas mkn, g amik Ela br aku balik umah....Smbl² tgk Majalah 3, kitaorg sefamili duk pasang langsir kt belakang (wah,tetiba aku rasa mcm mood raya plak)..disebabkan adik aku tgh ckp phone, terpaksa la aku beranikan diri panjat tangga nk pasang langsir tu....walaupun rasa gayat, tp okla...dulupn penah lasak jgk...
Ari Ahad, ada 'discussion' antara dua keluarga...hehehe, Alhamdulillah rasanya kata putus dh diambil...so juz TUNGGU....
p/s:
rindunya kt anak sedaraku Yana n Akmal...19 Julai 2009, Yana akan beraksi dlm rancangan Pondok², so watch out.....bila ye nk g Kota Damansara??mmm,let me check my time table first....

Tuesday, June 9, 2009

Maaf Tanpa Syarat

Sebelum mulakan keje arini, terbaca plak artikel pasal ni...so kwn² teruskan pembacaan kalian,semoga dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada diri kita...
“Beruntunglah si anak yatim,” saya berbual dengan seorang apprentice yang berkunjung ke rumah.
“Kenapa pula untung ustaz?” beliau nampak sedikit terkejut dengan kenyataan saya.
“Masakan tidak beruntung, derita hidup tidak beribu dan bapa, terlalu kecil berbanding hukuman Allah ke atas anak durhaka!” saya menjawab.
Beliau diam seketika.“Maksud ustaz, lebih beruntung hidup tanpa ibu bapa?” tanyanya.
“Anak-anak beruntung ada ibu bapa. Tetapi ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak-anak. Hari ini ramai anak benci dengan ibu bapa sendiri,” saya menyambung perbualan.

Memang benar.
Saya sudah jadi mangli dengan fenomena anak durhaka. Anak yang memusuhi ibu bapa. Anak yang mengkritik ibu bapa. Anak yang menyakiti ibu bapa.
Tanda-tanda kiamat barangkali.

“Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri” (Petikan Hadith ‘Jibril’)

BIBIT KEMARAHAN
Pengamatan saya, memperlihatkan bahawa anak-anak mula menimbulkan bibit benci atau sekurang-kurangnya tidak berpuas hati dengan ibu bapa sendiri, semasa mereka menempuh beberapa fasa kehidupan.
Seorang bapa, mungkin garangnya hingga tampar dan jentik menjadi makanan harian seorang anak. Di sepanjang masa, anak menerima hakikat bahawa bapanya adalah seorang yang garang. Lalu dia sentiasa berusaha untuk mengelak daripada ‘buat masalah’ dengan bapa yang garang itu.
Tetapi untuk membenci bapa, tidak terlintas di hati dan kepala.
Fasa pertama yang sering menimbulkan rasa benci serta marah anak kepada ibu bapa ialah apabila anak-anak mula meningkat usia, bersekolah dan memulakan tabiat berkunjung ke rumah kawan-kawan malah bermalam di sana. Pada usia inilah anak mula terdedah kepada contoh-contoh lain tentang bagaimana ’sepatutnya’ seorang yang bergelar ibu juga bapa. Anak-anak mula membandingkan ibu bapanya sendiri, dengan ibu bapa kawan.
rasa takut terhadap kegarangan bapa dan ibu, mula berubah menjadi benci.
Fasa kedua pula ialah apabila berumahtangga.
Dalam sesetengah keadaan, ada ibu atau bapa yang melebihkan anak mereka sendiri berbanding menantu. Tetapi ramai juga menantu yang ‘bertuah’ mendapat mertua yang baik-baik, namun mereka mula secara tidak sedar menyemai suatu fikiran yang jelek bahawa ibu bapaku tidak sebaik mertua.
Perbandingan-perbandingan inilah yang menyemai bibit benci dan rasa tidak puas hati si anak kepada ibu bapa mereka sendiri.

SEBURUK MANA PUN MEREKA
Seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali-kali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan.
Kita menumpang duduk 9 bulan di perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam Rahim. Alam kasih sayang dan alam belas kasihan. Jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.
Kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.
Lupakah (memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibu bapa di tengah kenduri? Kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati, kita demam tidak bermusim. Bukan kita seorang, malah adik beradik yang lain.
Jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah riuk tulang kita dikerjakan mereka. Penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok gadai mencari bekal, apakah semuanya semata-mata untuk membesarkan seorang pembenci?
Kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Busuk wangi, buruk dan baik, itulah ibu dan itulah bapa.
Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda’ berkata. Aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

“Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Biar pun sandaran dalil Abu Darda’ terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadith ini ada perbahasan ulama’ mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tangan kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu.
Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa.

SALAH IBU BAPA
Saya tidak nafikan, bahawa fenomena anak durhaka adalah produk dosa ibu bapa. Kesalahan ibu bapa merupakan faktor terbesar kepada keberhasilan anak durhaka. Malah sejak sekian lama, kita kaum Melayu sudah disedarkan bahawa Sazali adalah produk kesalahan si bapa menterjemahkan kasih sayang sebagai ‘beri semua yang anak inginkan’.
Memang malang di dunia ini bukan malang kerana tidak disayangi. Tetapi malang kerana gagal menyayangi. Sama ada tidak sayang kepada anak-anak, atau menyayangi mereka dengan cara yang salah.
Sudah terlalu biasa, ceramah saya tentang ibu bapa terpaksa diubah suai. Menekan-nekan akan kepentingan anak menghormati dan menjaga ibu bapa, menjadi sebuah sesi yang penuh penyeksaan, kepada si anak yang membenci ibu bapa. Kebanyakannya, adalah akibat sikap ibu bapa sendiri.

DI PIHAK ANAK-ANAK
Tetapi anak-anak perlu sedar.
Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!
Kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa, mampu untuk membuta tuli memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.
Sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.
Baik kejam seorang bapa.
Biar cuai seorang ibu.
Mahu pun busuk seorang bapa.
Biar kafir atau sundal sekali pun seorang ibu.
Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.
Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.
Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan, memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.
Menghormati mereka, cukup dengan tidak membalas ‘kejahatan’ mereka dengan ‘kejahatan’ kita. Sedang kita pun banyak berbuat jahat kepada Allah, namun Allah sentiasa Maha Tahu cara untuk ‘berbuat baik’ dengan kita. Bagaimana kita boleh mendamba keampunan Allah tanpa syarat, sedangkan kita ghairah meletakkan pelbagai syarat, terhadap ibu bapa sendiri?
Jika sikap kita yang sempit jiwa untuk menguzurkan kekurangan ibu bapa, yakinilah bahawa Allah jua sulit untuk menguzurkan kekurangan kita (yang tidak terbilang itu).

ANDAI TIADA KASIH DAN SAYANG
Kewajipan si anak adalah pada mengekalkan perlakuan baik terhadap ibu bapanya. Bukan bergantung kepada layanan ibu bapanya dahulu, tetapi ialah adalah tanggungjawab anak sebagai seorang anak yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Untuk menyayangi ibu bapa, terpulang kepada anda.
Namun…
Melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah suatu beban. Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang, adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.
Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?”
Perempuan itu menjawab, “yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku”
Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya”
Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”
Binasalah si anak yang lupakan peringatan ini!
Source : Portal Komuniti Muslimah — Hanan.com.my

Monday, June 1, 2009

Update for 2 weeks...

Sepanjang 2 minggu lps x sempat nk tulis panjang disebabkan kesuntukan masa n ada byk benda nk kena buat. So here some update:
a) 24 Mei 2009 - ofismate aku kawin...Selamat pengantin baru diucapkan kepada sahabatku, Farhana bt Khalid dgn pasangannya Mohd Firdaus (kalo salah eja minta maaf bebanyak yer)...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat n dmurahkan lagi rezeki buat kalian berdua.
b) 27 Mei 2009 - dapat news dr 'dia' yg 'dia' dh nk mula belayar...huhuhu,sedey²...
c) 29 Mei 2009 - balik ke Ipoh, nyaris² tertinggal bas sbb jalan sesak nk ke Pudu....
d) 30 Mei 2009 - 'dia' belayar ke Bintulu....jaga diri n kesihatan ye awk....Kawan uniten kawin, Gina n Amir...Selamat pengantin baru n semoga berbahagia hingga akhir hayat...
e) 31 Mei 2009 - besday kakak Ipar ku yg ke-24 kot, x pasti dia muda setahun atau 2 thn dari aku...rasanya mcm 2 tahun, tp bapak kata setahun...whateverla kan.papepn, nk ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga kak Fiza dipanjangkan usia n dmurahkan lg rezeki...mlm nya, dapat news Aifa (kwn kt uniten), baru kehilangan bayinya...Salam takziah diucapkan. Semoga Aifa n Wan tabah dalam menghadapi situasi² sukar ini...
Okla, tu jer la update yg sempat diingati buat masa skrg ni...