Monday, August 17, 2009

15 Tanda Kematian Mulia

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat.
Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera.
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
"Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
"Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah. Amin....

Convo Adik...

Last week, adikku convo...Pas keje Jumaat tu terus ke umh abg ku di Kota Damansara...jalan jam la plak, smpi snapn dh kul 7 lebey...Sbb tergesa² punya psl aku nyaris² kehilangan 'sesuatu'. Alhamdulillah, pg esoknya aku crk dlm kete ada je 'benda' tu (wpun mlm tu dh rasa cuak, hehehe).....Sangkaanku adikku ada, rupanya dia stay umh kwn dia jer...x sempat aku jumpa dgn dia, sekadar ucapan tahniah melalui telefon sahaja.
Kitaorg 1 famili berbagi rasa antara nk g convo adik atau hantar abg n kakak iparku ke airport (g umrah)...selepas berdiskusi, akhirnya abg ku (abg Ji n tunang) yg menjadi wakil utk hadir ke convo adik, manakala yg lain semua ikt anta abg ku ke airport. Sebak gak bila tgk Yana n Akmal ditinggalkan kt umh tok wan n tok ki dia...Yana cool (wpun sbnrnya dia cuba menahan tangisan) n Akmal seakan² tau je mama n ayah dia nk tgglkan dia. So dr pagi dia dh memerap dgn mama n ayah dia...Waktu Yana peluk cium ayah dia, aku terus palingkan muka aku...(x sanggup tgk, huhuhu) tp sempat dengar Yana pesan kt ayah dia..."Ayah bwk kamera kan?Jgn lupa tangkap gmbr rumah Allah, Yana nk tgk." Sebaik je kitaorg kuar, dengar Akmal menangis², Yana plak x tau la sbb dorang x kuar dr umh....
Kepada adikku: Tahniah, akak ucapkan...akak tahu adik x nk kami serba salah lalu adik putuskan utk tidak kisah wpun tanpa kehadiran kami...Tahniah ye...
Kepada abg Ei n kak Izlina : semoga beroleh umrah yg mabrur dan dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana...

Thursday, August 6, 2009

Floria@Putrajaya

Semalam (Rabu, 050809) pas keje, Akma ajak g Floria depan ofis ni...actually mmg xde mood pn nk g, tp sbb dh janji so aku pegi jugaklah....so enjoy the pic.....