Tuesday, December 29, 2009





Latest pic Alya Firzana, pic ni aku cedok dr facebook kakak ipar ku, hehhe...geram sgt dgn Alya ni...Balik mggu lepas, puas dpt main n mengasuh Alya...layan dia jalan...skrg ni dia dh mula nk menapak n dh pandai ikut apa yg org ajar....bila sebut jer kalimah Lailahaillah, automatik badannya akan digerakkan ke kiri n ke kanan....pastu bila tok kejar dia, dia lari (sambil pimpin sebelah tgnnya), n then dia wat u-turn n kejar atuk dia plak smbil buat bunyi yg cute....owh, geram sekali dgn budak ni...hbs pipinya aku gomol setiap kali aku balik Ipoh n dia ada sama...

Mujur dia ok jer dgn semua org, so senang la mama n babah dia....kitaorg bg Alya bila dia uk uk (bersihkan dia), nk tdo atau mengamuk lama sgt x dpt susu jer....time len okla sesapa pn dia suka nk layan atau main.....senantiasa rindukan anak sedaraku ini......




Sunday, December 27, 2009

Dugaan...

Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.....tp x mengapa, bila hujan di tengahari kadang2 kita berjumpa dgn pelangi....yup, that's the best yg blh describekan perasaanku ketika ini.....
To relieve my pain, frustrated n disspainted ni, bapak membawaku bersiar2 kt bndar Ipoh, singgah Greentwon belikan sepasang baju utkku n belanja mkn Nasi Padang berdua (wah, mengalahkan org berchenta plak)....kesempatan yg ada, bapak beri kata2 nasihat kepadaku n berulang kali pesan kepadaku supaya bersabar....bapak juga ingtkanku bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebalinya (insya-Allah, mudah2an)terima kasih bapak....bapak amatla peka dgn perubahan riak wajah anakmu ini....semoga aku tabah n kuat dlm menghadapi ujian kali ni, Amin Amin Amin.....

Thursday, December 24, 2009

Sunday, December 20, 2009

Adik oh Adik...

Mlm td, sempat ber'ym' dgn adikku n biasanya kami borak kosong n saling bertanya perkembangan...memandangkan kami berdua ada misi tersendiri, maka terkeluarla kejayaan plan kami, Alhamdulillah....sedang rancak berborak, adikku bertanya kenapa aku tidak pulang seperti kelaziman bila cuti pjg....Jumaat aritu adikku sempat bertanya soalan yg sama kt ym namun aku x sempat nk bg penjelasan, juz aku inform adikku yg aku kerja....n semalam barula terbuka kisah sbnrnya....adikku menyatakan bahawa ibuku terasa hati dgn ku, aku sangkakan hanya gurauan dr adikku namun lepas adikku bercerita pjg, baru aku yakin dgn apa yg dinyatakan...terus hilang mood ku mlm td n serta merta diulit rasa bersalah....
Tanpa berlengah, aku terus telefon ibuku...ibuku baru jer lepas selesai solat Isyak ketika itu....dari nada suara, ibuku seperti biasa jer....bila aku bertanyakan khbr, ibuku katakan dirinya tidak berapa sihat...selsema, batuk n bahu kanan sakit....terasa diri ini x menjalankan tggjwb sbg anak thdp ibunya, maafkan anakmu ini mak....dah 2 ari ibuku sakit bahu sehinggakan hendak memakai baju atau sikat rambutpn x boleh....perlukan bantuan bapak, pedihnya bila mendengar...lepas dh berurut 2 kali, katanya ada bengkak di tgn kanan tersebut...tupn terpaksa gagahkan diri utk sembahyang wpun masih terasa sakitnya.....aku jelaskan pd ibuku kenapa aku x dpt pulang pd mggu ini...setelah ibuku faham dgn situasiku ini, aku minta maaf x dpt blk mggu ni (sebak sungguh rasanya time ni)....selalunya bapak akan bgtau perkembangan di rumah, tp tidak kali ini.....mungkin dek kesibukan dgn persatuan....Aku dh khbrkan kepada ibuku yg aku akan pulang pd mggu depan (insya-Allah), malah aku akan ambil cuti tambahan utk aku spent masa di kampung halaman lama ckit....mudah²an sakit ibuku akan berkurangan n segera sembuh, Amin....
To adikku, thanks bg kesedaran pd kakakmu ini....jgn kata akak ni ank kesayangan atau anak emas keluarga, semuanya sama......kata² adik smlm buatkan kakakmu ini rasa sedih....btw, thanks ats kerjasama n insya-Allah akak akan cuba carikan peluang utk adik plak...

Thursday, December 17, 2009

Kaedah dan Adab Berdoa


  • Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.

  • Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk tawaduk selain merendah diri kepada Allah.

  • Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbilalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.

  • Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak disamping perut anak jari menghadap ke atas.

  • Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.

  • Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.

    Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).

  • Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.

  • Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.

    Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).

  • Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:

    “Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.

  • Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali

  • Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.

  • Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.

  • Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah.
  • Saturday, December 12, 2009

    Secara Tiba-Tiba.....

    Ntah mengapa dlm mggu ni dh beberapa ari tanpa sedar aku melampiaskan rasa marah pd org lain wpun pd hakikatnya aku x marah...mungkin dh beberapa ari aku rasa mcm aku 'keseorangan' dan aku x mencuba isi 'kekosongan' itu dgn membzkn diri....so menyebabkan akhirnya mlm smlm dgn mudah sekali air mata ini menitis....mlm td juga berlaku sesi luahan antara aku dgn shbt baikku n kwn ku, utk menjelaskn rasa ketidakpuasan hati masing²....lepas chatting dgn adikku mlm td (wpun aku x luahkan pd dia) barula rasa lega ckit n aku kembali ceria spt selalu.....
    Berkali² aku pesan pd diri ini agar kuat n tabah dlm menghadapi kehidupan yg keseorangan kerna pd akhirnya kita juga akan keseorangan....
    Alhamdulillah, wpun aku masih 'keseorangan' tp aku akn mula sibukkan diri ini dan aku dh mula merancang apa yg aku akan lakukan pd hujung² mggu....

    Wednesday, December 2, 2009

    Surprise...

    As usual, selalunya bila g Taklimat kt memana akan dpt goodie bag.....Same with me, smlm g taklimat then dptla goodie bag...xdela berminat nk tgk sbb tahu selalunya dlm tu mesti ada brochure, annual repot n sbgnya psl agensi....Sampai je di ofis, terusla buat keje mcm biasa...then sumone suh bukak bungkusan dalam goodie bag tu...Aritu dpt thumd drive, so aku xpect akan dpt lagi la thumd drive...


    dua bungkusan dlm goodie bag tu

    tadaa....suka suka

    Alhamdulillah, lain yg di sangka lain plak yg dapat.....terus mms kt bapak n abg²ku (saja nk bg dorang jeles)....Sudahnya semua tgh bodek aku nk benda yg berwarna oren itu...hehehe...