Monday, August 30, 2010

Berbuka Bersama Keluarga

makanan kami

Aksi Alya di rumah

Akmal yg mkn kuih2 sblm org len berbuka


Jumaat lepas, kami sekeluarga berpeluang berbuka bersama....thn lps mlm raya barula kami sekeluarga dpt berkumpul semua utk berbuka....tp thn ni walaupun ketiadaan kak Izlina (yg masih berpantang) n abg Man sekeluarga namun masih dirasakan meriah...meriah sbb melihat telatah Akmal yg x boleh duduk diam.....

Hbs je time keje aku terus ke ERL menuju ke Asia Jaya....rasa mcm mau pitam dbuatnya beratur pjg2 kt KL Sentral.....time ni la baru rasa nyesal awtla x check baki touch n go ada berapa, sekali scan2 x lps plak sbb baki x mencukupi...terpaksa la beratur jugak, huhuhu....wpun pergerakan cepat je, tp ada gak manusia2 yg sesuka ati wat muka tembok tetiba jer masuk kt celah2 kaum dia....aduh, ada gak manusia mcm ni yer.....sekali lg dugaan bila yg beratur kt depan aku adalah pasangan GAY.......dunia makin dh hampir nk kiamat, di khalayak ramaipn dorang leh plak nk bermesra alam, eeee geli doh....aku langsung x nk pandang muka2 deme nih.....time kt LRT sekali lg dugaan bila ada pasangan couple yg lgsg x menghiraukan org keliling....dgn penuh selamba nya dorang peluk cium.....sekali aku terpandang pastu terus dh x toleh....tgk makcik2 n org len semua buat pandangan sinis kt pasangan tuh.....mmg xde kesedaran sivik betul ar dorang ni, langsung x peduli org sekeliling....haisshhh....

Smpi kt stesen Asia Jaya, x lama lps tu adik aku smpi....br borak2 sekejap abg Ei pn smpi n kami terus ke PJ.....actually x ingt lak nama restoren tuh tp berhadapan dgn Masjid Bulat....kali kedua mkn kt ctu, makanan dia pn ok n berbaloi.....sementara tggu masuk waktu berbuka rasa terhibur je dgn telatah Akmal....kdg2 dia dgn selamba jer pi baring la, time org len duk mkn dia g kt tmpt org len pastu g ketuk2 kerusi org....ada sekali tu, dgn penuh selamba jer Akmal pi duduk kt meja org len n mkn kt ctu plak....Akmal Akmal...

Sblm balik Ipoh, singgah Taman Tun melawat kak Izlina...smpi2 kak Izlina br turun tangga bwk Amni turun.....Amni tido jer, dh ada iras2 kak Izlina jer bila tgk...walaupun bertukar tgn beberapa kali, Amni tetap lena.....sesekali Akmal mengamuk sbb nk dukung adik dia, padahal Almal dh ngantukpn.....

Dlm kul 9 lbh kami gerak balik Ipoh dgn mak n bapak sekali.....3 mggu berturut2 balik Ipoh, nampaknya mggu ni x balik sbb dh nk dekat cuti raya....yeaaayyy....(^_^)

Thursday, August 26, 2010

Sedangkan Laut Lagi kan Berubah...


Salam pagi Khamis....


tgk tajuk mcm suspen jer, hehehe....actually arini nk stori psl my boss (x psl2 boss pn masuk dlm blog aku kn)....al-kisahnya mcm ni, kiranya sudah hampir 3 tahun aku mendapat boss chinese, tup2 tiba2 satu ptg kwnku (Sandy, merangkap PA boss ku-Dr Chen Chaw Min) hubungi ku....di kala2 nk balik, dia khabarkan kepadaku yg boss kami akan bertukar....HAAAA, mmg terkejut besar dbuatnya, kebetulan aritu my boss x masuk ofis sbb ada meeting kt luar....tetiba ada rasa x best n sedih sgt2......


Actually byk kenangan n tunjuk ajar yg boss aku berikan kepada aku, meh kita stori ckit antara kenangan2 n tunjuk ajar yg penah diberikan kpd anak didiknya ini...


~ Aku lapor diri 13 Mei 2007, awl bln Mei aku mendapat boss iaitu Dr n sesi suai kenal....time ni aku ingat satu2nya nasihat boss padaku...katanya kalo kau xde keje, ko pegi library, it's good 4 u...i ok je kalo ko xde kt tmpt n baca buku kt library....(wpun my boss bhskan diri "aku" "kau" tp bg aku itu merapatkan lg komunikasi antara boss n ank buahnya n yg penting my boss tersgtla sempoi....


~ Ada sekali tu my PSU g DPA so beban keje aku agak berat juga n kdg2 kena buat new thing....ada sekali tu boss bg keje dh time2 nk balikn dlm masa yg sama dia sdg stress sbb byk pindaan akta yg perlu dilakukan...boss bg keje n aku plak time 2 x berapa clear dgn arahan yg diberi....smpi beberapa kali ada je pindaan...smpi ke 1 tahap, apa yg aku buat x menepati apa yg dia nak....so secara x sengaja dia tggikan suaranya buat kali pertama.....tersentuhnya rasa hati time tu n tanpa sedar aku nangis sebaik keluar n dh bg final result spt yg dia inginkan.......Esoknya, seawal pagi aku ke biliknya utk hantar tugasan2 lain yg dh disiapkan n tiba2 boss minta maaf sbb smlm tggikan suara.....katanya "aku minta maaf smlm marah2 kt ko plak, aku bkn nk marahkan kau tp aku tgh stress sbb org atas push2 n kita x ckp kakitangan...hopefully lepas ni kita buat keje sama-sama, kau tolong aku n aku tolong kau"....elok je keluar dr bilik boss, sekali lg aku ternangis....x sangka lak boss minta maaf n aku x kisahpn sbb aku tau dr pengalaman tu byk mengajar aku....


~ Ada masa-masa boss membawa anak2 buah dia mkn2 kt luar....time mkn ni mmg kami enjoy sbb time ni la boss akan berstori mori dgn kami ttg hal luar dr bidang kerja...mmg enjoy sesgt....(^_^)


~ Kali pertama aku ke Parlimen utk bertugas dibawa oleh Dr...bkn setakat balik sesama, Dr siap bwk2 ke sekitar Parlimen n tunjukkan tempat2 yg septtnya aku tau...smpikan surau kt mana pn Dr tunjukkan....otw balik ke ofis, aku ikut Dr dsbbkan Dr kata susah nk dpt teksi dr ctu.....balik sesama kami bercerita mcm2 perkara....dr ctu jugala Dr tau yg aku ni anak bapak sbb ke manapn aku pegi aku akan anta report kepada ayahku.....n Dr akan praktikkan benda yg sama utk ajar anak2nya.....


~ Dr byk mengajar aku berhubung dgn org2 luar...dia memberi kebebasan kpd ku berurusan dgn org2 agensi smpikan penah sekali Ketua Pengarah agensi menghubungi ku...wah, serasa mcm x percaya plak, hehheeh.....n aku juga dibawa berjumpa dgn boss2 agensi jika ada taklimat yg besar n aku membantu seadanya...kiranya pendedahan yg terbaik buat diriku.....


~ Dr meletakkan kepercayaan kpd ku dlm memberi tugasan di mana kalo tugasan yg memerlukan pertimbangannya, tanpa perlu baca dia akan tandatangan...kdg2 risau jgk kalo2 ada kesalahan, tp disebabkan kepercayaan yg diberi dia terus tandatangan...thank u boss!!


~ Momen akhir pada hjg bulan Julai, aku n boss ada Training kt Pullman...time tu jugala kami bekerjasama dlm kumpulan n aku diberi peluang oleh boss utk menyertai sdgkan kalo aku lihat semua peserta yg lain terdiri dari mereka2 yg bergelar boss....tp Dr x penah membuatkan aku rasa rendah diri dgn cara melibatkan diri dlm memberi pendapat, pandangan dan idea....Thanks again Dr di atas kesempatan yg diberi.......


Smlm setelah tidak lagi bergelar boss padaku lagi, Dr minta aku buatkan satu tugasan berhubung dgn agensi.....berulang kali dia minta maaf sbb menyusahkan aku........dh dpt input seperti yg dikehendaki, aku hantar kepadanya.....sempat kami berbual seketika, n Dr tetap bertanya keadaanku skrg, khabar diriku n perkembangan.....bila aku khabarkan yg aku akan kawin hjg thn ni n pelawa dia, Dr kata aku pegi kalo ko dtg jumpa aku.....berkali2 aku katakan yg aku pasti akan jumpa Dr...tp dia tetap katakan mana tau ko dh x nak jumpa aku lg, huhuhu sedey plak rasanya......Walaupun Dr akan senyum setiap kali terserempak dgn ku, tp aku tau dlm hatinya tidak seperti mana yg tergambar pada luarannya....sblm ditukarkan, aku perhati Dr dh demotivated n dia cuba elakkan diri dr berada di pejabat...kesian kt Dr, mudah2an perjuangan Dr akan beroleh kemenangan.....n aku akan sentiasa mengenang setiap jasa Dr pada diriku...TQ boss!!

Monday, August 23, 2010

Mandi Junub / Mandi Wajib

by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. D

alam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Monday, August 16, 2010

Ahli Baru dalam keluargaku...(^_^)


Alhamdulillah, Jumaat 13 Ogos 2010 lahirlah ahli yang ke-14 dalam keluargaku apabila lahirnya Amni Insyirah pada jam 3.00 petang dengan berat 3.05 kg....Syukur sgt2 kedua2nya selamat dan ptg semalam kak Izlina dgn baby dh keluar dr hospital....Skrg kak Izlina menghabiskan tempoh bersalin di rumah mamanya, mesti x hbs pantang kak Izlina akan mula bekerja semula.....kak Izlina ni mmg workhaholic orgnya, x reti duduk diam....2 minggu sblm bersalin, sempat lg agensi dia organise family day kt Rawang yg mana aku x dapat g dsbbkan tugasan keje....


Pada 6 Ogos sepatutnya kak Izlina perlu operate memandangkan baby melintang, tp kuasa Allah mengatasi segalanya di mana pada 5 Ogos waktu check up, baby dh pusing n dh turun ke bawahpn cuma x engage lagi jer....Isnin 9 Ogos, jam 3 pagi kak Izlina ke hospital sbb rasa contraction...pegi2, Dr kata lmbt lg bersalin so balikla rumah tp abg Ei x keje aritu sbb nk standby katanya.....Ari Selasa kak Izlina kembali bekerja semula n sempat berpuasa selama 2 ari sblm pada pagi 13 Ogos, abg Ei text bgtau kt hospital n minta doa2kan keselamatan kak Izlina n baby.....Alhamdulillah usai solat Jumaat abg Ei ke hospital semula n time tu kak Izlina dh mula sakit2 nk bersalin...jam 3 petang, Amni selamat melihat dunia......x sabar nk tgk telatah Akmal bila dh ada adik baru.....Pagi sabtu sempat bervideo call dgn abg Ei, tgk2 abg Ei tgh dukung Akmal....mesti kena pegang Akmal sbb dia lasak n lincah orgnya, kalo x di awasi risau lak di lepuk adiknya nanti....


can't wait to see my new niece...semoga kak Izlina cepat sembuh n Amni membesar sihat dan menjadi anak yg terbaik buat kedua ibu bapanya, Amin

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan kembali lagi...

Alhamdulillah, dipanjangkan lagi umur utk bertemu dgn Ramadhan pada tahun ini...mudah2an Ramadhan ini adalah yg terbaik buat diri ini...Ramadhan thn ni jugak mungkin merupakan Ramadhan terakhir bagi diriku bergelar bujang...insya-Allah thn depan jika dipanjangkan lagi umur akan menyambut bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini dgn seorang lelaki yg bergelar suami....(^_^)
Di kesempatan ni, nk ucapkan Salam Ramadhan buat semua....semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg terbaik buat kita semua...sama2 kita amik peluang keberkatan di bulan ni utk melakukan amal ibadah sebanyak mungkin.....bukan setakat puasa menahan lapar dan dahaga, tp kena puasa semuanya....mudah2an amalan yg kita lakukan diterima oleh-Nya, Amin mudah2an....

Thursday, August 5, 2010

Tertunai juga akhirnya...


Last week balik dr outstation kt Seremban ari sabtu, terus ke Kota Damansara...tambahan plak mak bapak ada kt sna jugak....So dapatla bermalam beberapa ari kt umh abg Ei n dalam masa yg sama menunaikan hajat Yana yg mahukan aku tdo kt sna lama ckit....bkn setakat 2 mlm jer, tp extra 2 mlm lg bila aku kena ke INTAN semalam aku stay umh abg Ei jer....seronok la Yana bila aku tdo sana lama....setiap aripn sesekali aku usik dia kata mlm ni Chik Ya nk tdo dgn Akmal plak, terus di tariknya muka masam...pg td sbb dh nk balik, kena ckp elok2 dgn Yana bgtau yg aku perlu keje so x dpt tdo sana lg dan dia setuju....(^_^), good girl....


Lg 2 minggu kak Izlina due, aku tgk makin manja lak Akmal....pantang x dituruti keinginannnya mesti dia merajuk smbl tutup muka pastu nangis....alahai, si tomey nih geram lak nengoknya.....mlm td mama dia marahkn dia sbb dia main kt tong sampah, apa lg terus dia merajuk n nangis2...akupn pujukla dia sbb x smpi ati tgk dia nangis lama2, sekali dia angkat muka n tgk aku pastu dia smbg tutup muka smbl kata, Chik Ya x payah la.....mksdnya x payahla pujuk dia sbb dia nk mama dia yg pujuk jgk sbb mama yg buat...hehehe, terhibur sungguh tgk telatah dua org nih......


Btw, x lama jer lg Akmal dh nk ada adik...mudah2an Akmal n Yana jadi abg n kakak yg baik k....jgn kasar2 dgn adik plak nanti....love both of u very much....


p/s:

smlm timbang berat, naikla plak jadi 51 kg...adehhh, rasa mkn dh kurangkan pn kuantiti, cemana yer???