Thursday, March 31, 2011

Tersentuh sekali lagi

adikku dgn Alya


Salam di penghujung bulan Mac buat semua....


Malam td terjadi sekali lagi insiden yg meruntun hati ini....Alkisahnya ptg semalam kt ofis rasa badan panas semacam, disertai dengan rasa pening kepala....Thanks to Akma sudi memberi diri ini menggunakan minyak cap kapaknya....Hinggakan bila tunduk bawah lagi makin kuat rasa pening kepala, namun digagahkan juga diri ini untuk drive balik...Alhamdulillah sampai je ke rumah dpt good news from hubby yg mengatakan dia akan pulang mggu ni...yeyy, tq my dear...i love u....


Masuk je ke rumah, masih terasa lg pening kepala n terus baring.....sambil baring2 text adik...


kakak : As, kamu balik rumah ke mlm ni?kalo balik, makan siap2 yer...akak x masak mlm ni

adik : Kenapa x masak?malas nk masak ke?

kakak : xla, akak demam....

adik : nk kirim makanan apa2 x?


Niat di hati x nk mkn mlm sbb x larat nk bangun, tp bila adik dh tanya mcm tu, terus je setuju dgn apapn menu yg dia makan (kiranya standby kalo2 lapar, hehehe)...Usai solat Maghrib n sambil tgk berita, adikku pn sampai....terhidu bau nasi goreng ayam yg menusuk buatkan aku terus hilang pening kepala....x tunggu lama, terus je mkn tp x berjaya menghabiskan.....Gagahkan diri utk menyapu rumah n kemas2 mana yg berkenaan sblm continue rehat...Sambil menemankan adikku on9, sedar2 aku dhpn terlelap kt ruang tamu...dlm pukul 11 adikku gerakkanku utk bgtau yg dia nk gerak balik dah....smbl2 dia bersiap, dia tanya aku dh mkn ubat ker?Aku juz bgtau dh mkn panadol (sedangkan sbnrnya aku x mknpn, hehehe....x secepat itu utk aku mkn ubat yer)....ingtkn selesai di ctu, rupa2nya adik memberikan ubat demam kepunyaannya sekiranya demam aku masih x ok.....


dan Alhamdulillah pagi ni semuanya kembali normal.....wpun dia adalah adik, tetapi perlakuannya sering membuatkan aku tersentuh....kami pernah selisih faham bln 1 yg lalu, namun aku bersyukur kasih sayang kami adik-beradik x pernah padam....Mudah2an Allah kurniakan rezeki yg terbaik buat adikku dan dirinya sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa....sayang kt adikku yg sorang nih...

Monday, March 28, 2011

Mode : Happy ^_^

kad nikah kami yg dh siap...owh muka ku tembam kerna gambo zaman universiti...huhuhu

Luth Rasyad

Akif Fudhail

gambar terbaru Alya Firzana



Salam di hari Isnin wpun mood keje x berapa nk ada....


Last week balik Ipoh dan saya berjaya melakukan perkara² berikut :


a) saya berjaya utk tidak tidur sepanjang perjalanan menemani adik saya drive;


b) menikmati masakan kegemaran yg disediakan oleh bonda tersayang...apakah ia?mm kari ikan dr mak, yummy....(terliur bila menaipnya ha);


c) saya menikmati buah rambutan pokok kt belakang rumah sewenang-wenangnya samada di kala menjemur kain, di kala kebosanan xde citer nk tonton, di kala bwk ank sedara jenjalan kt luar mahupun ketika ptg hari...yeay!!;


d) saya berjumpa bkn setakat 2 org ank sedara yg dirindui tp juga jumpa dgn Luth Rasyad memandangkan abg ku juga pulang;


e) kami berkelah mkn rmi2 time lunch....sungguh rindu momen2 sebegini...;


f) paling penting, saya berjaya juga makan durian dr kampung yg mana thn lepas saya termiss sbb durian kt kampung ckit aje n sepupu2 dh rembat dulu...huwaaa....dahla tu tag plak gambo kt fb deme tgh mkn durian...kijam kijam....;


g) berjumpa dgn kedua ayahanda n bonda tersayang.... ^_^

h) dah dpt kad nikah...double yeyy....

Friday, March 25, 2011

Suatu Hari...


Suatu hari saya di tanya dgn soalan² sebegini :



a) ko boleh ye duduk berjauhan dgn suami;

b) sanggup ye 2 minggu sekali br jumpa suami;

c) umh parents dgn mertua dekat, x penat ke kena pegi dua² / ulang-alik?



Jawapan saya pula adalah seperti ini bagi soalan a) dan b)

- suami saya mencari rezeki yg halal (sy x kata org len mencari rezeki dgn cr yg x halal yer) nun di Tasik Banding...pada kami biarlah kami bersusah payah buat permulaan atau awal2 ni...mudah2an ada sinar cerah buat kami sekeluarga di kemudian hari, Amin...dan saya juga yakin bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya....kalo ikut hati mmg la semuapn inginkan suami sentiasa di sisi, tp saya x boleh mementingkan diri sndiri...saya faham dgn tanggungjawab dan kerjaya suami saya....dun wori abg, sayang sentiasa kuat utk abg n sentiasa di sisi abg di kala senang atau susah...i love u always...



Jawapan utk soalan c) pula

- saya lagi suka mertua saya dan keluarga sy tinggal dekat, bila sekali balik boleh jenguk kedua2 sekali.....dan sy sentiasa amalkan utk bersikap adil sama ada dgn keluarga sy ataupun keluarga mertua....insya-Allah sy akan amalkan sikap ini sehingga bila2, Amin.....bapak sy juga menyokong anaknya ini dgn cara sentiasa menghantar n mengambil sy dr umh mertua...i love u dad....



Kenapa sy menulis entry ini adalah disebabkan sy x suka bila org provoke sy dgn soalan2 sebegitu...soalan2 sebegitu kdg2 menyebabkan hati sy terluka sbb mereka x berada di tempat sy...mereka x merasa sunyinya bila tanpa suami selama 2 minggu....so plz dun ask me soalan2 sebegini...walaupun tempoh 2 minggu itu x lama, tp org xkan tahu situasi sebenarnya.....saya bukan dlm mood marah sekarang cuma sekadar satu luahan.....selamat berhujung minggu buat semua...love u all!!


Tuesday, March 22, 2011

Selamat Hari Lahir my dear hubby


Salam ceria di hari Selasa...

walaupun entry ini agak lewat tp rasanya better too late than never kan kan kan?hehee


17 Mac lepas genaplah suamiku berusia 29 tahun...semoga abg pjg umur, di murahkan lg rezeki yang halal dan kita sekeluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....Amin...Dan semoga abang suka dgn hadiah yg diberikan wpun abg x perasan mula2 sampai aritu...I love u always n sentiasa bg sokongan pd abg di kala susah atau senang....Thanks abg sbb datang mggu lepas n amik abg Ji....luangkan masa dgn isteri abg ni dan sentiasa buatkan diri ini terhibur.... i love u....suka sgt tgk muka abg bila kita berdoa pas solat jemaah sama2, rasa tenang je hati ini.....Kekuatan dr abg akan menguatkan diri ini...semoga kita tabah dan cekal dlm mengharungi hari2 yg mendatang...take care always coz i love u....


Monday, March 14, 2011

Nama Panggilan


Salam di pagi isnin buat semua....


Pagi ni dapat notification dr sepupu2ku....tiba2 terasa kelakar sbb ada di antara sepupuku yg memanggilku dgn panggilan Zira...hehehe, actually sedara maraku kebanyakan memanggilku dgn panggilan "Ya"....sama ada kak Ya, atau Ya....so bila sepupu2ku memanggilku dgn panggilan Zira membuatkan aku tersneyum sendirian...Mungkin disebabkan mereka x recognise nama sebenarku dalam FB...hehehe...


Ok, disenaraikan nama panggilan yg digunakan oleh ku :


a) Azira / Zira : digunakan utk membahasakan diri di kalangan teman2 n kawan2 sama ada di ofis atau kawan2 sekolah dan zaman belajar di universiti

b) Ya : panggilan oleh keluargaku samada adik beradik mahupun sedara mara

c) Chik Ya : panggilan utk anak2 sedaraku....(dear my hubby, plz take note yer...no more call me Chik Ya tau....)

d) akak : digunakan utk membahasakan diri bg adikku (dulu sorang je adik, skrg ni dh ramai plus adik2 ipar lg)

e) mak long : panggilan baru yg digunakan pas kawin....panggilan digunakan buat anak2 sedara di sebelah suami....



Ok, tu je kot rasanya.... ^_^

Monday, March 7, 2011

Selamat Hari Lahir Bapak... ^_^


Arini 7 Mac 2011 adalah hari lahir bapak yang ke-58.....Alhamdulillah, Ya doakan semoga bapak dipanjangkan lg umur, dimurahkan lagi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang terbaik buat bapak...

mmm, semalampun bapak buatkan ya rasa sebak dgn kata2 bapak...Ya tau bapak sayangkan kami adik beradik cuma ya pohon agar bapak mendoakan kebahagian n kegembiraan buat kami semua....Ya sayangkan bapak n bapak sentiasa ada setiap kali ya sedih dan gembira....bapak seakan tahu bila mana Ya berada dlm kesedihan walaupun ya xde depan mata bapak...Ya masih ingat di saat Ya dinikahkan, bapak mengesat airmata yg mengalir di pipi...Ya tau terlalu berat bapak nk lepaskan Ya ke tgn insan lain namun hubungan kita xkan terputus sehingga ke hayat kita dan Ya berjanji walaupun Ya sudah menjadi isteri orang namun Ya akan sentiasa pulang menjenguj mak n bapak walaupun kali ni masa yg diperuntukkan cuma seketika....Ya tahu time tu la bapak nk bermanja n mengadu segala2nya pada Ya.....i love u dad, Ya rasa bertuah kerana dikurniakan bapak sebaik n sehebat bapak.....

Ya x dapat menulis satu persatu apa yg bapak telah korbankan utk Ya, sbb Ya tahu bapak juga ingat apa yg bapak dh buat pada Ya....Ya akan sentiasa ingat segala pengorbanan bapak pada Ya, mudah2an Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga...apa yg paling menggembirakan Ya, bapak terima suami Ya seadanya dan sentiasa memberi kata2 perangsang dan nasihat kepada kami dlm menempuh kehidupan yg mendatang...segala tunjuk ajar dan nasihat insya-Allah akan sentiasa kami kenang.....Satu pesan dari anakanda, walaupun sekarang bapak kian sibuk dgn pelbagai aktiviti harian dan pertubuhan, Ya harap bapak sentiasa jaga diri n kesihatan baik2.....hargailah masa bersama keluarga....

i love u bapak....!!

Batasan Bersahabat Dengan Lelaki, Bagi Seorang Isteri

Artikel berguna dari http://laman-seri.blogspot.com utk kegunaan bersama dan ingatan buat diriku ini juga...
Sebaik status diri berubah dari bujang bergelar suami mahupun iseri, maka ada banyak perkara yang perlu dijaga. Ðari aspek tanggungjawab, ia sudah tentu tergalas di bahu sebaik sahaja akad-nikah disahkan oleh saksi dan kadi. Tugas menjaga, menyara dan menguruskan rumahtangga akan automatik terpikul di bahu.Namun bukan ini sahaja yang harus dijaga sebaik melangkah ke alam perkahwinan, perlakuan diri sesuai dengan status juga harus diperhatikan. Sememangnya jika anda seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Tapi sekiranya anda seorang suami, jangan memandang ringan soal perlakuan. Biarpun anda adalah lelaki, bukan bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling peting, jangan sesekali berbohong akan status anda!Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai iseri bebas keluar bersama dengan rakan lelaki di malam hari?Kali ini Laman-Seri akan memperkatakan tentang batas pergaulan tentunya dengan teman berlainan jantina, khusus buat pada isteri agar anda dilihat sebagai wanita yang bermaruah dan perasaan suami terpelihara.
Hati suami perlu dijaga
Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. Maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu, ia tetap ada hadnya, apatah lagi jika wanita yang sudah berumahtangga. Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan rakan itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda. Berikut adalah antara batas-batas yang harus anda jaga bila bersama rakan lelaki.
1 – Hindari keluar makan malam bersama
Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malan bersama, terutama jika hanya anda berdua sahaja.Anda tidak boleh makan malam bersama, kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik-beradik anda. Biarpun rakan lelaki anda itu mengajak anda makan di tempat yang cukup enak atau tempat yang anda sukai, sebaiknya tolak dengan cara baik.Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang ketiga, malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang fitnah dan curiga, meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.
2 – Elak pergi berjauhan berdua
Batasan ini memang ada kalanya membuatkan seorang isteri yang berkerjaya berada dalam dilema. Tuntutan kerjaya kadang-kadang menyebabkan anda tidak boleh berkata tidak, meskipun diri sebenarnya tidak mahu berpergian.Memang benar anda berniat untuk bekerja, tetapi keluar daerah bersama dengan rakan sekerja lelaki terutama sekali, jika hanya anda berdua saja boleh mengundang rasa tidak senang malah juga ada risikonya. Ikuti kupasan tentang ini di entry Jika suami tiada, isteri jangan tergoda!.Suami sekalipun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja, tetapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan anda pergi bersama dengan lelaki lain. Ðalam hal yang lain, meskipun niat anda baik untuk bertugas tetapi bolehkah anda memastikan bahawa rakan lelaki sekerja dengan anda itu juga berniat yang sama?Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan, tetapi anda harus ingat, jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama, tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan, malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.
3 – Jauhi tempat yang romantis
Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi di mana perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin. Sekiranya ada wanita berkarier yang kerap bertemu dengan pelanggan sama ada yang anda sudah atau belum kenali, jangan sesekali menetapkan pertemuan di tempat-tempat sedemikian.
4 – Jangan bercerita rahsia
Wanita memang suka bercerita, namun hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi, terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumahtangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia yang tidak anda ceritakan dengan pasangan anda, kepada rakan berlainan jantina. Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki dan bukan dengan suami sendiri, bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.Ði samping itu, rahsia rumahtangga, terutamanya yang melibatkan konflik rumahtangga, tidak boleh diceritakan kepada rakan lelaki. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapat menanggungnya sendirian, cara yang paling baik adalah mencari rakan wanita yang boleh anda percayai, atau boleh saja meminta pendapat atau nasihat daripada orang tua sendiri.Namun, ada kalanya mereka tidak banyak dapat membantu dan daripada terjebak dengan dosa fitnah, adalah lebih baik anda mengadu kepada yang Maha Esa atau mengadu ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan kediaman anda. Ði sana, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kauseling tentang masalah keluarga yang dihadapi.Jangan sesekali menceritakan hal-hal rumahtangga kepada rakan berlainan jantina. Mengadu masalah rumahtangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.
5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki
Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki, tetapi sebagai isteri, andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.Tentunya sebagai isteri yang prihatin, anda tidak mahu melukakan hati pasangan, bukan? Ði mulut suami mungkin berkata tidak kisah, tetapi dalam hatinya, tentu tersimpan terselit rasa curiga. Berhubung kembali dengan bekas teman lelaki juga boleh mengimbas kenangan lama. Kenangan sewaktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang syahdu dan mengasyikkan. Membina semula hubungan dengan bekas teman lelaki boleh menyebabkan cinta lama kembali bertaut. Oleh itu, jauhi diri anda daripada menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki, jika anda sayangkan rumahtangga anda.
Selain daripada 5 batas yang disenaraikan di atas, perhatikan juga adab-adab yang digariskan oleh syarak bagi seorang isteri dalam menjalani kehidupan, berdasarkan penulisan Ðr Yusof al-Qardhawi:
1. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya.
2. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata.
3. Jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan betis, kecuali kepada suaminya atau mahramnya.
4. Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara.
5. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan dengan dandanan ala jahiliah.
6. Wanita dilarang berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya. Hal ini untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita bohong.
7. Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa, kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, yang tidak terlarang bagi wanita untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas syariat dalam bertemu dengan lelaki ajnabi.
Begitulah antara adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang isteri solehah. Jadi, kepada para muslimah sekalian, saya ini berpesan kepada diri saya sendiri dan anda juga, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.Semoga bermanfaat!