Monday, August 22, 2011

Rasa Terkilan

Bismillah dan salam buat semua...

Saya x tau apa yg berlaku, tp jauh di lubuk hati saya, saya merasa terkilan dengan insiden yg berlaku minggu lalu.......
Saya cuba luahkan pada suami, namun saya x mahu dia sampai terganggu disebabkan dia sedang fasa 'bz' skrg ini dan akibatnya saya tidak sampai hati menceritakan kepadanya......
Di kala begini, saya terfikirkan ayah saya....diala yg selalu bertindak selaku penasihat dan penenang buat diri saya....

Sungguh,
saya tidak berdaya untuk memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak....Kadang2 saya cuba membuatkan org sekeliling 'selesa' namun saya tahu x selamanya saya dpt berada di zon selesa itu...Ya Allah, ampunilah dosaku....usirlah perasaan terkilan ku ini jauh2....


Wednesday, August 10, 2011

9 Perkara Suami Perlu Peka



Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami perasaan dan diri mereka semasa mereka sedang sarat mengandung. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, keadaan emosi mereka tidak begitu stabil dan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada orang lain terutamanya daripada suami tercinta. Tetapi mungkin masih ramai para suami yang berada diluar sana yang masih lagi tidak berjaya untuk memahami situasi dan keadaan isteri ketika mengandung. Sebagai suami yang soleh dan mithali adalah wajar bagi anda untuk melakukan 9 perkara dibawah ini ketika isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda agar mereka sentiasa ceria dan sihat sepanjang tempoh kandungan yang mencecah 9 bulan itu.


1. Luangkan masa bersama isteri-


Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.


2. Membantu menjaga pemakanan isteri-


Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya) Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.


3. Memahami keadaan fizikal mereka-


Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.


4. Bersikap ringan tulang-


Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.


5. Belajar psikologi -


Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.


6. Membantu menyiapkan hidangan-


Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.


7. Membantu menjaga anak-anak yang lain-


Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


8. Membawa isteri pergi kemana-mana-


Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.


9. Menabung dari awal-


Hm perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga!


Artikel Iluvislam.com



Tuesday, August 9, 2011

Insiden balik dari Terawih

Insiden berlaku mlm tadi lepas solat Terawih di Masjid Putra dan kami dalam perjalanan ke Presint 9 utk beli makanan


Isteri : abg, sayang rasa laparla...dari tadi perut mcm pedih2 minta diisi lagi

Suami : aik, bkn berbuka tadi nasi sayang lagi banyak dari abang ke?

Isteri : banyak ckit jer tu pn sbb sayang mkn utk baby sekali...(aci x bg reason mcm tu?hehehe)

Suami : okla kita g beli makanan, sayang nk mkn apa nih?

Isteri : mkn burger je dhla...


Setelah berdiskusi sama ada nk beli burger kt mana akhirnya kami memutuskan utk beli kt presint 9 jer...


Isteri : abg bawak duit ker?duit abg ada lagi?

Suami : ada bawak wallet ni...bulan puasa ni duit x keluar sgtpn, duit keluar pn nk isi minyak motor...tu pn RM5 utk 2 ari.....tambah pulak berbuka puasa isteri abg ni rajin masak.... :-)

Isteri : yela, nk beli kt bazar ramadhan rasa mcm x berbaloi jer...nanti x kena dengan selera abang la, terpedas sangat ke...

Suami : betulla tu, untung abang ada isteri yg rajin memasak wpun penat2 balik dr keje....bukan rajin masak je, tp sedap plak tu masakannya :-p :-P


So kesimpulannya bila suami menghargai apa yg isterinya ini lakukan, lagila kita rasa rajin nk memasak malah mencuba pelbagai resipi2 lain yg belum pernah dicuba sebelum ini.....Semoga ikatan kasih di antara kita berpanjangan hingga ke akhir hayat my dear n i love u so much my dear hubby...


Friday, August 5, 2011

Insiden Bersahur

Saya bangun jam 5.15 pagi mcm tu, encik suami kejutkan bila dia dh siap hidang makanan.....

Dalam mamai2 tu saya terkejut n terbuntang mata bila tengok nasi membukit dalam pinggan saya lantas terus bertanyakan pd suami


Isteri : banyaknya nasi, mana larat nk makan nasi banyak2 ni abang

Suami : yela, umi kena mkn untuk baby...nanti baby lapar, kalo umi yg lapar xpe lagi

Isteri : (bercakap dlm hati) redha jer la habiskan nasi yg membukit tu


Nampak sgt encik suami lebih utamakan baby dari isterinya nih...nak merajuk la kalo mcm ni...huhuhuhu, xpe xpe....

Wednesday, August 3, 2011

Bersua Kembali Dengan Ramadhan Al-Mubarak



Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah arini sudah 4 ari umat Islam seluruh dunia berpuasa dan rasanya masih tidak terlalu lewat utk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat2 saya.....syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia kita utk bersua dengan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan...mudah2an kita sama-sama mengambil peluang di bulan yg mulia ini untuk melipat gandakan amal ibadah....^_^


Ramadhan kali ini terasa lain dari selalu atas beberapa faktor:

a) Ramadhan pertama bergelar isteri;

b) Ramadhan pertama bersama si kecil di dalam rahim;

c) setiap kali petang mula memerah otak untuk memasak menu juadah berbuka buat kami;

d) bangun sahur dengan memakan nasi....sebelum ni kalo time bujang, time sahur minum air yg dh standby tepi katil n kurma jer;

e) suami bersetuju menyediakan juadah utk bersahur, atas rasa suka-sama-suka...maksudnya saya menyediakan juadah berbuka, dan dia menyediakan juadah bersahur dengan syarat saya mengejutkan dia dari tido;f) berpeluang bertukar2 lokasi utk menunaikan solat Terawih....mlm pertama, kami solat di rumah, mlm kedua di Masjid Besi, mlm ketiga dan keempat juga di masjid Besi.



Ok, memandangkan mood memasak telah kembali (syukur ke hadrat Ilahi) saya menyediakan menu yg simple2 sahaja memandangkan menjelang petang lazimnya saya telah lembik....Suami saya yg sering berbuka dengan makan kuih-muih dan kurma maka sekarang saya terasa lebih rajin menyediakan kuih muih buat dirinya.....



Menu hari Pertama kami : Kurma, Murtabak, bubur pulut hitam, ikan goreng dan sup sayur
Menu hari Kedua kami : Kurma, murtabak, cucur ikan bilis, buah oren, ayam masak black pepper dan ulam-ulaman


Menu hari Ketiga kami : Kurma, masalodeh, buah pear n epal, ayam masak kicap dan ulam-ulaman


Now masih berfikir juadah apakah utk hidangan kami berbuka nanti......