Monday, October 31, 2011

checkup @ 33 weeks

Bismillah dan salam buat semua....

Entry ni sepatutnya di buat ari Khamis lepas tapi disebabkan saya agak sibuk dgn urusan kerja, maka tergendala berhari2...hehehe....Khamis lepas appointment check-up kul 3.20 ptg (gatal nk cuba petang lak, tp x best.....pasni continue pagi semula)

Ok, berikut adalah hasil dari check-up minggu lepas


Berat badan : 60.65 kg (naik 1.95 kg....asyik naik jer, bila nk turun lak....adeh!)

Tekanan darah : 127/87

Tinggi Rahim : 33 cm

Kedudukan Janin : ceph

Jantung Janin : 147 bpm

Urin (Albumin) : N

(Gula ) : B


So, next check-up adalah pada 9 November 2011 @ 9 am..... ^_^


Insya-Allah pada 12 November 2011 saya dan suami akan menghadiri kelas Antenatal @ PPUM....TAPI xtau la kalo terpaksa ditunda atau cancel disebabkan hal lain....kalo terpaksa di cancel saya akur tapi i'm totally FRUST.....



Tika Sendirian



Bismillah dan salam buat semua....

Minggu lepas adalah beberapa kali suami saya terpaksa pulang lewat disebabkan kerja dan kadangkala saya juga terpaksa pulang lewat atas urusan kerja....Time saya pulang lewat, saya tidak risau sgt tapi bila encik suami terpaksa pulang lewat dan saya pula di rumah sendirian menyebabkan diri saya senang sekali rasa sayu dan serta merta sebak mula melanda diri.....tetiba mood sentimental plak, huhuhu...apa yg sy terfikir di kala saya sendirian adalah:



a) saya kini dah hampir 34 minggu tapi saya masih membawa kereta utk ke sana sini....Alhamdulillah saya masih mampu utk membawa kereta dan saya masih selesa cuma bila jangka masa panjang, saya sering sakit2 belakang.....nak mengada2 minta suami tolong amik n hantar plak, saya rasa x mau membebankan dia memandangkan ada masa suami saya perlu pulang lewat;



b) bila suami pulang lewat dari kerja, saya risau kalo tiba2 saya sakit either nk bersalin atau perut x selesa atau sakit belakang....saya paling risau kalo saya terjatuh atau tergelincir (saya dh hampir 3 kali tergelincir di tandas @ bilik air sama ada di pejabat ataupun di rumah...Syukur kepada Allah SWT kerana melindungi saya dan bayi kerana setiap kali tergelincir, tangan saya sempat berpaut pada sesuatu....Mudah2an kami sentiasa dilindungi...Amin....



c) Saya risau nk tido malam sendirian sbb takut kalo2 saya kaki saya cramp....saya perlukan kehadiran suami saya untuk memicit saya di kala kaki saya cramp.....saya masih x boleh memakai selimut di malam hari ataupun memakai stokin disebabkan rasa panas....penah juga pki selimut tp bila panas, automatik tgn sy akan selak selimut n campak kt suami atau sy campak kt bawah.....sekadar mampu menyapu minyak sebelum tido jer.....



d) saya rasa sebak setiap kali apa yg sy rancangkan terpaksa ditunda disebabkan hal lain.....ada sekali time berbincang dgn suami dlm kereta n terpaksa tunda/cancel perancangan awal yg sy buat membuatkan saya terasa hati...lalu sy mendiamkan diri dan perbuatan tersebut menyebabkan hidung saya merah menahan sebak di dada.....huhuhu, sungguh saya lemah dlm mengawal emosi....





p/s :



Baby sayang, maaf kdgkala ibu terikut2 dgn perasaan.....baby jgn ikut mcm ibu yer, baby kena kuat sebagaimana ibu selalu pesan pada sayang....i love u sayang n ayahpun sayang kt awak tau...









Monday, October 24, 2011

Perkara Yang Harus Diketahui Oleh Suami Ketika Isteri Mengandung



sharing is loving ^_^




Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


(1) Luangkan masa bersama isteri

- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.


(2) Membantu pemakanan isteri

- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.


(3) Perlahan

-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.


(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan

- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.


(5) Belajar

- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.


(6) Membantu menyiapkan hidangan makan

- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.


(7) Membantu menjaga anak yang lain

- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


(8) Membawa isteri ke mana sahaja

- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.


(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri

- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


Selesai sudah... ^_^

Bismillah dan salam ari Isnin buat semua.....


Actually saya tengah mengantuk yg teramat sgt, saya gerak dari Ipoh kul 4 pagi tp terpaksa berpatah balik sbb tertinggal barang...end up saya dan suami gerak jam 4.30 pagi dari umah mertua.....Meneman plus sembang dgn suami membuatkan saya mengantuk dah smpi ofis ni....


Alkisahnya saya nk mencoret sedikit catitan pasal kenduri doa selamat Sabtu lepas.....Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar wpun cuaca tidak menentu pada ptg hari di mana hujan sekejap reda sekejap lebat. Lebih merisaukan bila time Maghrib tiba2 petir menyambar kuat dan membuatkan rumah saya blackout seketika.....Sebelum kedatangan org Masjid usai solat Isyak, tiba2 hujan kembali mencurah ke bumi...doa saya panjatkan ke Maha Esa agar memberkati majlis kami dan Alhamdulillah hujan reda tidak lama sebelum kedatangan tetamu......walaupun agak penat (sungguhpun saya tidak membuat keje berat), namun pergerakan ke sana sini membuatkan saya cepat penat...tambahan pula ada masa2 tertentu sambil buat keje, saya mengendong ank sedara so bertambah la cepat kepenatannya saya rasakan......


Oh ye di kesempatan ni saya nk ucapkan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa saya yg mengadakan majlis buat saya....saya dan suami sgt2 terharu ditambah dengan kehadiran tetamu yg ramai....Juga kepada adik-beradik dan kakak2 ipar saya yg membantu melicinkan lagi perjalanan majlis.....Dan yg paling penting buat buah hati tercinta, encik suami...terima kasih tidak terhingga sbb menghulurkan pertolongan walaupun smpi diri sendiri x makan......i love u my dear, mmuah mmmuah....Last but not least buat tetamu2 yg hadir, terima kasih kerana sudi datang dan minta doakan segalanya dipermudahkn buat saya nanti dan semuanya selamat...Amin...love u all!!


Thursday, October 20, 2011

Alhamdulillah.... ^_^

Bismillah dan salam buat semua....


Pertama sekali saya nk memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yg mengkabulkan doa dan harapan saya dan suami....Pagi semalam saya berjaya juga booking Dr Hamidah utk menyambut cahaya mata kami yg pertama Disember nanti (insya-Allah) n tadi dah berjumpa dengannya...Lemah lembut orangnya dan kali ketiga suami dapat melihat hasil scan yang dibuat...kalo sebelum ni masih kecil lagi, sekarang dah nampak bentuk semuanya cuma x pasti sama ada suami memahami atau tidak jer...hehehe....Tadi juga Dr Hamidah buat scan 3D utk tunjuk wajah permata hati kami, namun our lil junior nih menyorok muka dia plak.....nampak sipi2 jer dari pandangan sisi.....(saje nk surprise kami yer,sayang kt awak ni)....


Alhamdulillah hasil pemeriksaan tadi, semuanya ok....kedudukan kepala bayi pun masih di bawah cuma dia belum masuk ke laluan nya lagi jer...Dr Hamidah kata dah 36 minggu insya-Allah dia akan masuk ke laluan (baby jgn berpusing sgt yer, kalo nk menendang atau mengeras x mengapa....kalo nk berpusing pun jgn pusing jauh2 sgt tau....i love u)


Saya juga berjumpa dgn seorang bakal ibu (pregnant 3 bulan)...kami bertukar2 cerita dan saya memberi serba sedikit nasihat n panduan kepadanya.....Simpati juga kepadanya kerana dia di Putrajaya tapi suaminya nun jauh di Sabah, mudah2an perpisahan hanya bersifat sementara yer dik....dan saya mendoakan agar masalah jantung dia yg berdegup laju hanyalah perasaan cemasnya sahaja dan bukan sebab lain, Amin.....Ya Allah, Kau peliharalah sahabat ku ini walaupun kami baru sahaja bersua muka....lindungi lah juga kandunggannya Ya Allah....




p/s :


mode nak balik Ipoh ^_^

Wednesday, October 19, 2011

Nak balik Ipoh.....

gambar raya 3 tahun lepas, (time ni cuma ada 12 org jer sekarang total semuanya ada 17 org tp tahun ni x sempat nk amik gambo lak)




Bismillah dan salam buat semua.....



Hehehe, saje nk share rasa xcited sbb nk balik Ipoh minggu ni...last balik Ipoh time cuti hari Malaysia aritu....kiranya dah sebulan lebih jugak la x balik....kali ni balik Ipoh lagi xcited sbb kemungkinan adik beradik saya semua balik n berkumpul sama sebab Bapak buat kenduri doa selamat utk saya.....doa selamat semoga dipermudahkan segalanya buat saya dan keluarga (doa selamat yer bukan lenggang perut atau apa)....Ari Ahad pagi baru lah dapat pulang ke rumah mertua n balik semula ke Putrajaya pagi ari Isnin nanti....hehehe, apepun sy x sabar nk balik Ipoh jumpa kedua ibu bapa, adik beradik n anak2 sedara saya....iskh geram nk cubit n gomol sorang2 especially Alya..... ^_^


Tuesday, October 18, 2011

Senarai Barang Baby Yang Dah Dibeli

Bismillah dan salam buat semua.....


Insya-Allah Jumaat ni kandungan saya dah mencecah 32 minggu (dup dap dup dap, aduh takut n nervousnya rasa) dan bersempena dengan itu saya nk update barang2 baby yg saya dan suami telah sediakan....Rasanya kami membeli serba sedikit n utamakan mana yg perlu dulu n kami menghabiskan cuti hujung minggu untuk menerjah mana² kedai yg ada sales barang baby sekitar KL dan Selangor....selebihnya saya membeli di Manjaku, Bangi....oh ye, thanks to my sis-in-law (Elwa) dan abg saya, Ji merangkap informer yg akan update saya dan suami utk inform kt mana ada sales, warehouse sales atau clearance sales (suka suka suka)...


Baju-Baju:

a) Baju lengan pendek - saya beli utk saiz NB, 3-6 months n 6-12 months

b) Baju lengan panjang - saiz NB, 3-6 months n 6-12 months

c) Seluar pendek - saiz 3-6 months ada 3 kot kalo x silap

d) Seluar panjang - beli banyak ckit utk saiz NB, 3-6 months n 6-12 months

e) Barut baby - dah beli 6 keping time kat Kelantan aritu

c) Handkerchief - ada 6 kot

d) Rompers - saya terbeli banyak plak sbb cute sgt, ehehhe (2 utk NB, 3 utk 3-6 monts, 8 utk 6-12 months)

e) Mitten n booties - saya dah beli banyak juga sbb cute jugak

f) Socks - ada dlm 6 pasang

g) Hat - ada 2


Feeding :

a) Breast pump - dah beli last week kt sales BB Stores, Kuchai Lama

b) Termos - x perlu lagi kot buat masa ni

c) Botol susu - done

d) Teat - dah beli 2 utk NB, 3-6 months dan 6-9 months time clearance sales kt Ikano

e) Sterilizer - x perlu kot, buat manual je

f) Teat brush - done


Nursery :

a) Baby cot - dah beli kat Manjaku, dapat harga istimewa sbb ada discount card...yeyyy, tapi x pasang lagi

b) Tilam n bantal - dah beli kt Kelantan, super duper murah plus dapat 3 jenis bakul...Thanks to Zila sbb inform kami sebelum g Kelantan....

c) Selimut - dah beli 2


Bathing :

a) Bath tub - done sekali dgn non-slippery mat

b) Toiletteries - done, sekali dgn utk travel pack

c) Cotton balls - x beli lagi tp utk apa yer?mm

d) Cotton buds -done

e) Baby comb / brush - x beli lagi sbb rasa mcm x perlu kot.....

f) Baby manicure set - done

g) Nasal aspirator - done


Diapering :

a) Changing mat - done

b) Baby wipes - done

c) Diapers NB - dah beli sepeket tp nak beli lagi time balik Ipoh nnti

d) Napkin - done


Others :

a) Nappy Kleen - done utk pencuci baju tp utk pencuci botol belum lagi

b) Minyak Telon - done

c) Towel - done

d) Hooded towel - ada satu kot

e) Termometer - done

f) Car sear - coming soon

g) Stroller - belum masuk dlm senarai tp akan dipertimbangkan kalo harga ok n within d budget...



So far, keperluan utk baby dah 90% complete tp keperluan utk ibu masih belum prepare apa2....Target time cuti umum either Deepavali, Hari Raya Haji atau Awal Muharam nk mencuci n prepare bag utk ke hospital.....nk sedia awal tapi brg2 utk ibu x beli apa2 lagi except a few thing jer...hhuuhuhu.....pasni hunting utk keperluan ibu plak......so far saya dan suami enjoy menyediakan segala keperluan ^_^

Monday, October 17, 2011

Selamat Hari Lahir Mak



Bismillah dan salam buat semua....



arini tanggal 17 Oktober 2011 genaplah umur mak 59 tahun.......Di kesempatan ni anakanda mendoakan agar mak dikurnia kesihatan yang terbaik, dipanjangkan lagi umur dan kita sekeluarga hidup bahagia hingga ke akhir hayat.....



Mak seorang yang pendiam orangnya tapi mak seorang wanita yang tidak kenal erti putus asa orangnya....walaupun mak bersekolah rendah sahaja tapi anakanda ini cukup berbangga mempunyai seorang ibu seperti mak yang x pernah jemu meningkatkan lagi ilmu dalam diri terutamanya ilmu agama....anakanda lihat kesungguhan dan kelebihan mak dari segi itu....Terima kasih mak atas didikan mak buat anakanda, emak cukup kuat dari segi emosi....Gelak tawa mak adalah momen paling indah buat anakanda ini dan penghibur hati di kala sendirian......Mak juga merupakan tempat untuk anakanda meluahkan rasa dan berkongsi cerita sama ada suka dan juga duka....i love u Mak....




"Ya Allah, Engkau panjangkan lah umur ibuku, kurniakan lah kesihatan yang terbaik buat ibuku, murahkan lah rezeki kami sentiasa, berkatilah keluarga kami dan lindungilah kami senantiasa kerana aku terlalui menyayangi keluargaku....Amin Ya Allah!"


Bila suami mengidam....

ABC Durian @ KLCC



char kuew tiaw @ Bangi



Alkisah bila suami saya teringin nak makan, maka isterinya menurut jer.....kiranya walaupun suami yg mengidam aka teringin, tp sayapun dapat makan sama....hhehe....misi dilaksanakan dgn jayanya pada hujung minggu lepas ^_^




Thursday, October 13, 2011

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri



CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.



AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)



TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.



GEMAR BERJALAN KAKI


Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.



TIDAK PEMARAH


Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.



OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.



TIDAK PERNAH IRI HATI


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”



PEMAAF


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.






"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)



Oleh Ustaz Zawawi Yusof

Wednesday, October 12, 2011

Checkup @ 31 weeks

Bismillah dan salam buat semua.....


Alhamdulillah dh selesaipun check-up utk minggu yg ke 31 tadi.....Appointment saya pukul 10.20 pagi, saya keluar dr ofis kul 9.30 pagi n jam 10.30 pagi dh smpi ofis semula....wah mmg sekejap sgt je rasanya....dan paling best x rmi pun yg check-up time kul 10 pagi tadi....next time boleh amik masa ni lagi, ehehhe....


Ok, malas nk tulis pjg2 coz ada byk benda nk disetelkan...here some summary dari check-up tadi...


Berat Badan : 58.7 kg (naik 2.70 kg)

-agaknya aritu mkn sakan kot time out station ke Kelantan, plus selera mmg bertambah2...hehehe (alasan je tuh)

Tekanan Darah : 118/77

Tinggi Rahim : 32/52

Kedudukan Janin : ceph

Jantung Janin : 150

Urin : Albumin - N

Gula - B

HB : 11.8



Oh ye, tadi jugak saya dh mendapat suntikan kancing gigi utk dos yg kedua...so pasni dh xde cucuk2 lagi kt KK melainkan utk HB jer...yezzaaa!!

Tuesday, October 11, 2011

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..





~ALLAH knows BESt!~♥






Monday, October 10, 2011

Pilihan Untuk Bersalin



Bismillah dan salam buat semua....


Dah petang2 mcm ni barula rasa nk menulis panjang ckit.....alkisahnya di awal kehamilan lagi saya dah mula mempertimbangkan perkara ini bersama suami....perkara yg menyebabkan kami membuat pertimbangan adalah seperti berikut :



a) Hospital Putrajaya ada masanya penuh utk org bersalin, saya kira ikut nasib la....tp mengikut pemerhatian saya sepanjang saya membuat check-up bulanan, saya dapati yg seangkatan dgn saya agak ramai jugak, so menyebabkan saya mula berfikir tentang other option....


b) kalo kt Hospital Kerajaan, doc yg akan menyambut kelahiran bayi bergantung pada siapa yg bertugas pada masa itu....kalo bernasib baik, dapatlah doc perempuan...kalo tidak, dapatlah doc lelaki....


c) saya agak malu dan segan dgn doc lelaki especially dari segi aurat...walaupun ada yg kata doc lelaki ni lebih penyabar atau lbh bertimbang rasa berbanding doc perempuan tp bagi saya, tiada kompromi dlm hal aurat dan saya kira masa bersalin bukan darurat yg membolehkan doc lelaki melihat aurat saya...



Disebabkan tiga poin di atas, saya dan suami berkira2 menimbangkan pilihan berikut:


a) Bersalin di Hospital Swasta (memang rasa teringin sesangat tp dari segi kewangan kami tidak berkemampuan);


b) Bersalin di Hospital Putrajaya dgn opsyen Full Paying Patient (ala2 swasta gitu);


c) Bersalin di Ar-Ridzuan, Ipoh



Setelah ditimbang tara, pilihan pertama memanglah totally kami x berkemampuan...manakala opsyen ketiga tak dapat dipenuhi memandangkan kekangan masa utk kami balik ke Ipoh utk set appointment dan sebagainya...Walaupun demikian, saya menyimpan hasrat utk bersalin di sini suatu hari nanti (insya-Allah)...Akhirnya kami memutuskan untuk mengambil Full Paying Patient (FPP)....silalah baca utk maklumat lanjut




FULL PAYING PATIENT


Full Paying Patient Scheme (FPPS)
Putrajaya Hospital is also one of the two in the country offering the Full Paying Patient scheme whereby patient can choose to receive all the conveniences of a private hospital

Benefits to Patient
Choice of Specialists
Priority lane for treatment at specialist clinics
Enjoy several facilities such as First Class Ward and Executive Ward


Conditions to be a FPPS Patient
Agree to pay all medical cost charges by the hospital authorities by signing the Consent FormWho is Eligible to be a FPPS patient
Citizens and non-citizens of Malaysia.
Government employees who choose the FPP Scheme.
Employee of corporate/private sector in which their employer/organization has agreed to bear their medical expenditure.

Services/Specialist Treatment of the FPPS Scheme
Outpatient Treatment
Admission Treatment
Daily Trearment
Scope of services
General Surgery
General Medicine
Obstetrics ang Gynaecology
Orthopaedic
Opthalmology
Pediatrics
Anesthesiology
Otorinolaringology ( Ear, nose and Throat)
Dentistry (Dental Surgery)
Psychiatry


How to obtain the service of FPPS
“Walk in” or enquire at the FPPS Counter
Referred to by a government medical doctor or private medical practitioner
By Sending an e-mail to the following address for FPPS information :
info@hpj.gov.my
By contacting 03-8312 4372 / 03-8312 4371 for enquiry
Registration / Treatment Hours
Weekdays and working days (8.00 am-2.00pm)


FPPS Registration
To register, patient must bring along the following document:
i. Identity Card/Birth Certificate /Visa/Passport
ii. Guarantee Letter (GL) from the company or insurance company stating their eligibility for the FPPS Scheme.
iii. Deposit
iv. Reference Letter / Appointment Card (if available)


Note: Patients who choose the FPPS Scheme should have to sign the FPPS Scheme Agreement Form /Consent Form


Dietary Menu for FPPS Patient
FPPS patients would be served with the menu based on the exiting menu for the First Class Ward.


Deposit/Down payment
Patients are required to pay a deposit based on the stipulated rates:
A minimum of RM 3,000.00 or 50 % of the estimated total cost of treatment whichever is higher.



Additional Deposits
Deposits are to be reviewed daily to ensure adequate balance of not less than RM 1,000
A letter of reminder for additional deposit is to be issued to the patient/ kin from time to time when the balance of the deposit falls to RM 1,000
Additional payments are to be made within 24 hours from the date of receiving the letter of reminder.






Setelah kata putus antara saya dan suami diambil, maka saya mula call Hospital putrajaya dan Alhamdulillah segala pertanyaan saya dijawab dgn elok oleh staf tersebut...Mulanya saya try utk mendapatkan doc perempuan, in case kalo x dapat maka terpaksalah saya memilih opsyen yg ketiga iaitu bersalin di Ipoh (pilihan saya tetap pada doc perempuan dan akan usahakan ke arah itu)...Alhamdulillah usaha saya untuk mendapatkan Doc perempuan berhasil dan saya dapat membuat appointment dgn Dr Hamidah (insya-Allah pada 20 Oktober nanti utk first appointment)..... :-)



Ok, untuk makluman semua sahabat2 di bawah FPP ni ada 4 orang doc yg in charge iaitu terdiri dari 2 org doc lelaki dan 2 org doc perempuan (kita boleh pilih doc mana yg kita suka)...Seelok2nya call seawal kandungan 7 bulan memandangkan patient utk doc perempuan ni agak padat jadualnya...Saya call pada pagi hari dan pada petangnya staff FPP call my husband utk bgtau tarikh appointment dgn Dr. Hamidah dan utk register nanti kena standby duit RM110.Setakat ni je saya update dulu, nanti lepas check up saya akan update progress :-)





p/s:

our lil junior, demi awak kami x kisah berbelanja lebih...semoga awak menjadi anak yg soleh/solehah dan menjadi pejuang buat agama Islam....Amin....lov : umi n daddy



Tarikh² Penting



Bismillah dan salam buat semua.....



Bertemu lagi di hari Isnin....alkisahnya xtau nk tulis apa tp tetap rasa nk menulis sbb nk kurangkan rasa tekanan, cewaah tekanan la sgt kn....hehehe......



Saya baru perasan dlm catatan kalendar saya, dlm bulan ni banyak beno yg bertandanya....dari hal urusan pejabat smpi ler ke urusan peribadi (mcm PA la plak)



Ok, tanpa membuang masa saya ingin coretkan beberapa tarikh penting pada bulan ini buat ingatan saya dan suami.....:-)



a) 7 Oktober 2011 - Pembentangan Bajet (xde kena mengenapun tp mmg catat dalam kalendar)



b) 7 Okt -9 Okt 2011 - bapak n mak cuti² n jalan² ke Hadyai...



c) 10 Oktober 2011 - genap 2 tahun bertunang (kena kira jugak ker wpun dh kawin??mmm, xpelah sekadar memori yg pernah dilalui bersama)



d) 12 Oktober 2011 - check-up kat KK Presint 9



d) 17 Oktober 2011 - Hari ulangtahun kelahiran bonda tercinta yg ke-58 tahun...love u so much mak!!



e) 20 Oktober 2011 - appointment dgn Dr. Hamidah kt Hospital Putrajaya



f) 22 Oktober 2011 - kenduri doa selamat kt Ipoh....iskh x sabo2 nk kumpul sume adik beradik, jumpa dgn ank2 sedara tersayang.....




Ok, tu je kot setakat ni....akan update kalo ada agenda baru menyusul...







p/s :

xtau kenapa skrg saya rasa gatal yg teramat sgt kt perut.....smpikan sy amik kesempatan time mengelap badan n mandi dgn menggosok sekuatnya smpi merah2.....letak minyak n lotion pn x memberi kesan, sekejap jer dh rasa mcm nk menggaru kembali....ohhh please helppp






Wednesday, October 5, 2011

Baju Mengandung

saya di kala usia kandungan 29 minggu ;-p (gumuk kan, huhuhu)


Bismillah dan salam buat semua.....


Alkisahnya arini saya nk berceita pasal baju mengandung / maternity dress....percaya atau x, xde sehelaipun baju maternity yg saya beli sejak disahkan mengandung sehingga kini hampir 30 minggu usia kandungan saya....Pasal apa jadi lagu tu??jeng jeng jeng...sebabnya kakak² ipar saya yg baik hati plus dorang dh selamat bersalin tahun lepas telah meminjamkan baju dorang kepada saya....x semua baju yg saya boleh pakai disebabkan ada yg lengan 3 suku, ada yg jarang so suami tidak mengizinkan saya memakainya....selebihnya saya memakai baju blaus saya yg sedia ada...untung sebabnya blaus2 sy kebanyakannya mmg bersaiz besar dr saiz bdn saya, so bila mengandung mmg masih boleh pakai blaus2 tersebut....


Saya mula memakai baju mengandung sejak kandungan saya berusia 5 bulan, ikutkan time tu perut saya masih kecil tp memandangkan bila saya memakai baju kurung, saya terpaksa membuka kancing kain dan kelihatan kain saya singkat dari sepatutnya.....cuma ada sesetengah baju kurung je yg sy muat lagi.....time raya aritu adalah 3-4 pasang baju kurung yg saya tempah besar supaya membolehkan saya memakainya....oh ye, ada masa saya memakai jubah yg saya sedia ada yg mana sebelum ini saya hanya pakai bila solat Terawih jer......kiranya mmg save duit jgk la, hehehe.....setakat mengandung, saya hanya keluarkan duit utk membeli yg 'dalaman' jer...almaklumla, saya x selesa bila memakai yg ketat2....rasa mcm kesian jer kt baby bila saya pakai ketat2 menyebabkan dia x dpt bergerak aktif.......



Now, masa utk membeli barang keperluan baby plak.....Last week dh membeli serba sedikit brg keperluan utk our lil junior....misi minggu ni, kalo suami x keje bolehla meneruskan misi (bergantung juga kepada kedudukan kewangan semasa, hehehe) mencari barang plus survey brg2 yg lain plak.....



Sudah Cukupkah Bekalku?

Bismillah dan Salam buat semua......

Saya terima email pagi ni dan sekadar renungan buat semua....sharing is caring :-)


By: M. Agus Syafii

Malam ini terhenyak ketika ada yang mengabarkan bahwa teman baik kami meninggal dunia. Kemaren kami sempat berbincang. Dirinya terlihat sehat. Kami berbincang banyak hal. Tidak ada tanda-tanda mengeluh badannya sakit. Begitu pulang, kata istrinya selesai sholat Isya, pamit tidur dan biasanya sholat tahajud, malam tidak bangun, dengan penuh isak tangis menceritakan bahwa suaminya meninggal dalam keadaan mengenakan sarung dan baju koko yang hendak bersiap sholat tahajud. Peristiwa itu membuat diri berkontemplasi, entah bagaimana sebuah pertanyaan terlontar. "Sudah cukupkah bekalku?"Begitulah kehidupan yang sangat rapuh. Kita berada dibawah bayang-bayang kematian, setiap saat ajal bisa menjemput siapapun tanpa permisi dan tak mengenal muda, tua, sehat atau sakit bahkan ketika dipuncak karier dan disaat tubuh terlihat masih sehat, maut datang menjemput. Pertanyaan, "Sudahkah cukup bekalku?" Merupakan sebuah kesadaran di dalam kehidupan kita ada kematian yang datangnya tiba-tiba menjemput. Justru akan mendorong kita untuk menjalani hidup dengan sebaik-baiknya. Tidak menunda-nunda bila tiba waktu sholat, tidak menunda-nunda bila menolong sesama. Tidak menunda-nunda kesempatan untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah. Bahkan ketika menulisnya malam ini, tak terasa air mata mengalir, "Sudah cukuplah bekalku? Ya Allah.." Wassalam.


M. Agus Syafii


Monday, October 3, 2011

Aktiviti Minggu Lepas

Tahniah Shiera ;-)


Kami melepak kt luar dewan



Bismillah dan salam buat semua...

Last week adalah minggu yg agak memenatkan sehinggakan arini saya terasa malas utk pegi bekerja (mungkin disebabkan kekurangan rehat agaknya, hehehe....alasan!!). Khamis lepas keluarga Mak Ngah (belah suami) berkunjung ke teratak kami memandangkan anaknya Shera akan bergraduasi di PICC..Khamis mlm tu, kesihatan saya agak kureng memandangkan saya sakit kepala pada petang harinya.....Jam 9 mlm saya dh tido tanpa mkn malam, makanya suami saya yg menunggu kedatangan Mak Ngah sekeluarga.....Jumaat mlm saya membawa keluarga mak Ngah makan² kat area kolam pancing ikan kt Desa Pinggiran Putra...kami amik hidangan set utk 6 org, harganya berbaloi2 dan menunya juga lazat...Mungkin time saya mkn kerabu sotong saya x perasan cili padi, adalah jugak dlm 3-4 ketoi cili padi yg saya termakan tanpa sedar...Sudahnya mlm tu jugak perut saya meragam sampai hari Sabtu.....borak2 dan sembang2 tanpa sedar sampai ke 2.30 pagi......almaklumla sebelum ni x sempat bersembang n beramah mesra, so bila dh ke rumah kami mcm2 perkara kami sembangkan (ternyata saya ni ramah jugak ornya, hehe...cewahhh)

Esoknya saya menjamu keluarga Mak Ngah dgn manu nasi dagang Mak Mah.....nk masak masing2 terlewat bangun dek tido lewat mlm tadi, maka juadah segera je la nampaknya....hehehe...Jam 10 pagi, kami keluar dari rumah dan ke Bangi utk sesi 'bergambar di studio'.....pastu terus ke PICC.....time kt PICC sesekali perut saya meragam, mujurlah x teruk sgt.....Pas solat Asar, saya dan suami ke Bangi semula utk mengambil gambar...Pulang ke rumah menunggu keluarga Mak Ngah pulang dari PICC....Lepas solat Isyak, keluarga Mak Ngah berangkat pulang ke Kuala Kangsar.....Saya dan suami juga ke Bangi utk misi mencari barang2 baby.....Pulang dari Bangi singgah minum kt old town sat (ni mmg feveret suami yer, bkn saya...hehehe)


Ari Ahad, misi kami adalah ke Ikano (sekarang ni dikenali dgn IPC) disebabkan ada sales brg2 baby....Kul 9.50 pagi kami dah terpacak kt sna.....Membeli serba sedikit, pastu kami decide utk ke Bangi semula n continue shopping (time ni rasa duit mengalir mcm air jer, huhuhuhu).....Sampai rumah dlm kul 1.30 ptg, solat Zuhur pastu kami mempunyai misi mengemas rumah n membasuh kain n yg paling utama berehat....Lepas Asar kami ke rumah my best fren, Shida.....xtau la ni dikira kunjungan raya atau apa, tp saja dtg disebabkan dh beberapa kali saya tidak dapat ke rumahnya disebabkan kekangan waktu dan kadangkala suami saya bekerja sabtu ahad....Akhirnya janji dh ditunaikan, TQ to my dear hubby sbb temankan isterinya ke sana sini walaupun saya tahu dia juga penat n x cukup rehat plus kena plak buat keje dari rumah smpi x ckp tido dibuatnya sedangkan isterinya lena beradu.....i love u darling....