Monday, April 16, 2012

Syukur Allah SWT Melindungi Anak Kami

pose si manja minta umi dukung




Bismillah dan salam buat semua....



Perkara yang berlaku Khamis lepas sewaktu saya bawa anakanda tersayang utk monthly check-up amatlah membuatkan diri saya bersyukur dan insaf di atas segala yang berlaku....


Alkisahnya pagi Khamis tersebut saya ke KK Presint 9 berduaan dengan anak saya. Sejak suami saya semakin sibuk dengan kerja, saya pergi sendirian...Bukan apa, saya tidak mahu mendesak suami saya dan membuatkan dia berada dalam keadaan serba salah. Tambahan pula saya boleh drive sendiri dan saya merasakan saya mampu melakukannya sendirian.....


Dalam jam 10.30 pagi saya sampai di KK tersebut, saya terpaksa parkir kereta di luar kerana parking dalam penuh...sedang menapak ke dalam xtau di mana silapnya kaki saya terpeleot (uiskh ada ke bahasa mcm nih??? fail betul ler)...Beg di bahu kanan saya dah terjatuh, Safiyya di tangan kiri saya mula x stabil dan saya terus jatuh terduduk di situ....Syukur sgt2 time nak jatuh tu, saya sempat tahan kepala anak saya dengan menggunakan tgn kanan sebelum bdn saya rebah ke bumi....Safiyya tidak menangis sedikitpun....Semuanya terlalu pantas, seorang pakcik dtg menerpa ke arah kami dan mengucap panjang melihatkan insiden itu dan cuba membantu kami....syukur saya mampu berdiri semula....sebaik sahaja berdiri, rasa sengal2 satu badan n menggigil2 dibuatnya....Sementara menunggu giliran, saya text suami beritahu apa yg berlaku dan saya mengalir airmata memberitahunya.....Saya sengaja tidak mahu menelefonnya tetapi memilih utk text sahaja kerana saya tahu sekiranya saya bercakap dengannya, lagi deras airmata saya mengalir dan terus x boleh bersuara langsung....


Selesai urusan di KK, saya putuskan untuk pulang ke rumah disebabkan saya masih terkejut dan tangan menggigil utk bawa kereta dan tangan saya terasa lemah untuk mendukung anak saya......Esoknya juga saya masih MC disebabkan keadaan yg tidak mengizinkan.....




Sebenarnya itu adalah kali kedua insiden yg hampir menyebabkan kecederaan kepada anak saya. Kali pertama lebih menyayat hati dan setiap kali saya kenang pasti mengalir airmata saya....insidennya berlaku ketika saya masih di dalam pantang di rumah keluarga saya....Saya kira ketika itu usia anak kami seminggu dan saya juga masih terlalu lemah utk bertindak cepat...Ketika itu Safiyya dilawati oleh opah saudara, makcik dan sepupu dia yg berusia 3 tahun...Safiyya sedang nyenyak tido di tilam bawah, manakala saya pula duduk di sofa utk menghilangkan rasa lenguh di kaki.....suami pula berada di sebelah Safiyya sambil berbual dgn mak saya....entah di mana silapnya, tanpa sedar sepupu Safiyya yg berusia 3 tahun itu lalu belakang suami saya dan nk menghala ke arah saya tp melalui Safiyya....laju sahaja dia memijak dada Safiyya dengan saya menyaksikan insiden yg berlaku dengan mata kepala saya.....saya berteriak "ABANGGGGG, SAFIYYA" (kali pertama saya TERtinggikan suara kat suami dan saya akui kesilapan saya pdnya), suami terkejut dan saya terus berlari ke bilik kerana x sanggup melihat kesudahannya dan saya menangis teresak2 kerana risaukan anak saya....setelah mak saya memeriksa keadaan anak saya barulah suami saya dtg ke bilik dan memujuk saya...saya tidak puas hati dan membuka baju anak saya semula dan syukur tiada apa yg berlaku cuma ada kesan merah sahaja di dadanya...Safiyya pula hanya terkejut dan sambung tidonya semula.....Mak saya bgtau, Allah melindungi anak kami...terasa syahdu apabila mak cakap mcm 2, huhuhuh.....Malam itu, kami berdua minta maaf kepada anak kami di atas kealpaan kami.....Sejak insiden tersebut, keselamatan Safiyya menjadi keutamaan....


p/s:


Safiyya sayang, umi tahu anak umi kuat.....umi dan daddy minta maaf atas insiden yg berlaku...umi akan lebih berhati2 lagi ye sayang...bagi umi, biarlah umi yang menanggung segala kesakitan daripada melihat anakanda yg sakit...mmg umi x sanggup utk melihatnya.....umi dan daddy sayang sgt kt Safiyya....









Mandi Wiladah

Bismillah dan salam buat semua.....


Actually post ni saya nak up sebelum saya bersalin tp terlupa dan akhirnya dah keluarpun anakanda tersayang baru saya up kan story ni....Btw, benda ni adalah sekadar info dan ingatan buat saya juga....Bukan apa, time belajar dulu tau sebab2 kenapa perempuan perlu mandi wajib tp bila bab mandi wiladah x pasti....Sekurang2nya dengan info yg saya dapat ni, saya share dengan kawan2...


Mandi Wiladah is another thing. Every women who have just given birth or gone through miscarriage should mandi wiladah but the again it depends on whether after giving birth. If darah nifas comes out then the person only need to do this mandi after the blood dried up. (SAYA JUGA BERPANDANGAN YG SAMA TENTANG HAL NI PADA AWALNYA)


PETIKAN DARI JAWAPAN DAN DARI APA YANG SAYA PERNAH BACA


Memang betul kenyataan tentang 'Mandi Wiladah' itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Uztazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja. Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH…Nahuzubillah'minzaliq…Wallahua'lam.


Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi.... Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini..... Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci... Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.


Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.


Perkara Wajib mandi hadas besar;


Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.


Bagi perempuan:

1, Haid

2. Wiladah (melahirkan anak)

3. Nifas

4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi: 1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar. 2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan: 'Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala'. Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja. Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal 'remeh' (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama. Wallahua'lam.



Friday, April 6, 2012

Dilema....

Bismillah dan salam buat semua.....


Lama rasanya x update blog sebabnya saya berkursus dari hari Isnin-Khamis (semalam), alamatnya agak berhabuk jugaklah blog ni dbuatnya, huhuhuhu...


Ok, back to the topic....ari Selasa baru ni terjadilah insiden yg membuatkan diri saya tercabar dbuatnya....Alkisahnya, pagi itu Safiyya bangun awal, seperti kelaziman sekiranya dia bangun awal, saya akan mandikan dia sebelum ke nursery....Pagi itu saya mandikan anak saya dgn air suam (selalunya saya mandikan dgn air sejuk sahaja), tp x tau pagi tu saja nk mandikan dia dgn air suam......Seperti biasa sampai di nursery saya akan menyusukan Safiyya sehingga dia tertido. Jam 12.45 tengah hari, saya turun ke nursery seperti kelazimannya utk menyusukan dia...alangkah terkejutnya saya apabila terpandang baju anak saya telah bertukar, apabila diangkat lagi bertambah terkejut kerana ada hingus kering di hidungnya...serta-merta hati saya meruntun dan saya merasakan airmata saya bergenang....Setelah anak saya berusia 3 bulan 25 hari anak saya selsema....bila didukung anak saya seakan x selesa kerana dirinya selsema, saya luahkan kepada ibu2 yg lain yg berada di nursery dan mereka bersimpati dgn nasib yg menimpa Safiyya....apa yg saya kesalkan, saya dh menyatakan pd pengasuh yg anak saya sudah mandi pagi tadi tp mereka tetap mandikan anak saya....Saya lebih rela menanggung segala kesakitan daripada melihat anak saya yg kesakitan, huhuhuhu.....


Selesai menyusu dan menidurkan anak saya tengahari tu, saya text en suami utk meluahkan perasaan terkilan saya dengan insiden yg berlaku....selain en suami, saya juga text ayahanda saya...kepada 2 org insan inilah saya meluahkan rasa dan saya tahu mereka memahami segala isi hati saya.....Petang itu ketika mengambil Safiyya, masih terkesan lagi hingus kering di hidungnya, sayu hati umi melihat anakanda berkeadaan sedemikian...tambahan pula suami saya outstation ke langkawi dari hari Ahad, lagila saya merasa amat sayu.....Ketika mengambilnya, pengasuh memberitahu saya, Safiyya selsema bkn sebab mandi 2 kali pagi td, tapi sbb environment kt dlm tu yg udaranya terkepung plus ada baby yg selsema....saya mendiamkan diri sahaja, dalam hati saya tidak dapat terima apa yg diperkatakannya....SEBABNYA adalah dekat sebulan saya hantar Safiyya, wpun dikeliling dia org selsema namun dia belum pernah dijangkiti lagi....alasan kedua adalah pagi tersebut saya hantar dia xde apa2 pun tp tengahari tu bila saya dtg dia dh selsema......


Apabila berlaku insiden ini membuatkan hati saya tidak gembira dan sentiasa risaukan keselamatan anak saya...saya mula terfikir utk hantar anak saya ke kampung halaman namun saya berada dalam dilema....KERANA:


a) mak ayah saya sedang menjaga 2 org cucu yg lain, plus saya kesiankan mereka;

b) anak saya tidak berapa pandai menyusu menggunakan botol...ini merupakan masalah utama bagi saya...sekiranya anak saya pandai menyusu menggunakan botol, saya ada alternatif untuk menghantarnya ke tempat lain;

c) kesimpulannya saya rasa x gembira dgn situasi sekarang dan insiden yang berlaku.....


Saya STRESS dan hilang fokus kerana memikirkan hal ini...Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba Mu ini.......satu pesan ayah saya yg membuatkan hati saya sedikit terubat adalah "kita sebagai mak ayah mmg nak anak kita sentiasa sihat, tapi ada masa Allah akan uji kita dgn mendatangkan kesakitan...dari situ ia akan menguji sejauh mana keimanan kita".....huhuhu, i love u dad kerna menjadi pendengar dan tempat luahan yg setia buat anakanda ini.....

Aksi Tidur Anakanda Tersayang

Aksi tidur malam yg paling digemari

Berangan tidur peluk umi



Aksi tidur di siang hari


tido kepenatan selepas main dgn bee bee Safiyya



ada ketika bila cuaca malam panas Safiyya nk tdo tanpa bajunya




tido sambil tutup mata dgn tangan




aksi tido sekarang, tido mengiring