Wednesday, February 20, 2013

Corat-Coret Di Bulan Februari

Bismillah dan salam buat semua....

Disebabkan kekangan masa rasanya bulan Februari ini saya kurang menulis....mood ke laut dan sibuk dengan serba serbi urusan....Sekadar ingatan dan kenangan buat diri ini, peristiwa-peristiwa yang berlaku di bulan Februari....

a) Tiga minggu berturut-turut cuti hujung minggu kami habiskan dengan pulang ke Ipoh....penat memang penat, dengan mengadap jam apabila cuti Raya Cina tempoh hari namun semua itu hilang serta merta apabila melihat wajah ibu dan ayah mahupun ibu dan ayah mertua....mereka juga seperti mak ayah kita kan....

b) Menghadiri kenduri kendara majlis perkahwinan saudara-mara....best dan puas kerana dapat bersua muka dengan mak dan pak sedara, sepupu sepapat dan paling best dapat berkumpul adik-beradik, bergurau senda dengan anak-anak saudara....

c) Percutian pertama bersama keluarga mertua di Pulau Pangkor.....penat menunggu giliran nak naik feri aje, yang lain saya semenangnya enjoy....Penat mendukung Safiyya aje, nak lepaskan dia berjalan memang saya risau dengan keadaan orang yang ramai memang dia x reti takut malah memang dia suka orang ramai sekelilingnya....sudahnya keesokan arinya lengan kiri saya lenguh dan sakit-sakit.....Syukur ada orang yang tolong urutkan, (kawin la cepat2...leh nak manja n ngengada)

d) Excited membeli baju mandi buat Safiyya...dia juga turut excited...bangun dari tido, terus mulutnya x henti2 sebut wooooooo, air air....woooo (tanda kagum dengan kebesaran Allah diciptakan lautan luas yang terbentang)...TAPI rupanya dia takut dengan bunyi ombak dan menyebabkannya bermain2 di pantai sahaja.....saya dan suami x mandi laut, x minat tambahan pula kesulitan untuk mencari tempat untuk menukar baju.

e) Dua hari berturut-turut suami outstation ke Johor dan Perak...menyebabkan Safiyya tercari-cari daddy daddy apabila dia bangun dari tidurnya.....

f) Berpeluang menikmati makanan Arab di Perak (berhadapan dengan Hotel Riverfront).....TQ bapak sebab belanja kami makan malam tu...cuma rasa kekurangan kerana ketiadaan abg Ji kerana isterinya masih dalam pantang....oh ye, lupa nak update...nama ahli baru dalam keluarga kami adalah DHIA KHALISH......menu yang menjadi kegemaran saya pada malam itu adalah kambing....ada kelainan dan saya berjaya makan bertambah2...mungkin juga selera saya sudah kembali, syukran Ya Allah....

g) Hujung minggu lepas, kami tidak pulang ke Ipoh namun mak dan bapak ke Puchong untuk menjaga menantu dalam pantang.....dan kami pula berulang dari Putrajaya ke Puchong untuk bersama mereka....Keinginan bapak untuk makan steamboat kami penuhi pada Sabtu malam dengan membawa mereka ke Red Wok Bangi....super duper best!!di samping bersteamboat, boleh bakar2 sekali.....dan sekali lagi bapak terkejut melihat anaknya makan....dah habis solat pun boleh sambung makan berkali-kali, hehehehe....Alhamdulillah.....

h) Misi pencarian rumah sudah tamat...Alhamdulillah kami berjaya jumpa rumah yang menjadi idaman kami...Walaupun rasa berat nak mengeluarkan duit, tp kalo x beli sekarang bila lagi kan.....harga rumah makin lama makin mahal, huhuhuhu...

Ok, rasanya tu sahaja update buat masa ini...insya-Allah bila mood ada, saya akan update lagi....salam kerinduan buat semua....mmuaahh!!

Friday, February 15, 2013

Doa Untuk Bayi Dalam Kandungan

Bismillah dan salam buat semua......


" Ya Allah, peliharakanlah anakku selama ia berada di dalam rahimku,
dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam rahimku dengan rupa yang baik,
dan tetapkan ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW,
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"....

Amin...


p/s:

sharing is loving! ^_^