Tuesday, March 26, 2013

Cucu Opah n Tok Yang Ke-9

Bismillah dan salam buat semua...

Alhamdulillah Ahad, 24 Mac 2013 lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.45 kg di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh...Syukur mama n baby sihat walafiat dan dah keluar hospital pun....presenting cucu opah n tok yang ke-9...Syukur kerana keluarga mak n bapak makin berkembang dan semakin meriah dengan kehadiran ahli baru....

budak bulat, cekcinya awak....chik Ya geram la dgn awak...

alolo, rindunya nak kendong baby.....kakak masih lagi kena kendong tapi umi dah x larat....huhuhu

Assalamualaikum wbt semua....my name is Ariq Fazari


Monday, March 18, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang....


Alhamdulillah dgn sekali lafaz-101210-

Berdua

2 1/2 .... ^_^

Permata Hati pertama, Nusaibah Safiyya binti Muhammad Saiful - 091211, tepat jam 2020 -


Bertiga
Bismillah dan salam buat semua.....
entry ini didedikasikan khas buat suami tersayang.....



17 Mac 2013, genap usia suami yg ke-31 tahun....
Terima kasih mak kerana melahirkan insan yang diberi nama Muhammad Saiful bin Abdul Mutalib
yang kini telah bergelar suami kepadaku.

Terima kasih abang kerana memilih sayang menjadi suri di hati abang tanggal 10 Disember 2010 yang lalu
Terima kasih abang kerna menjadi pelengkap rusuk kiri buat sayang
Terima kasih abang kerana menerima segala kelebihan dan kekurangan sayang seadanya
Terima kasih kerana sering membantu sayang membuat kerja rumah
Terima kasih kerana memberi segala keperluan buat sayang dan Safiyya
Terima kasih tidak terhingga kerna menemani sayang ketika sayang berjuang melahirkan zuriat buat kita
Terima kasih menjadi pendengar dan pemberi nasihat yang terbaik buat sayang
Terima kasih kerana sentiasa melayan kerenah sayang
Terima kasih kerana sentiasa memberi yg terbaik buat sayang n Safiyya
Terima kasih atas segalanya....

Sayang tahu ungkapan terima kasih tidak dapat membalas segalanya, namun itu juga yg sentiasa sayang ucapkan....
Sekadar ingin abang tahu bahawa abanglah sentiasa berada di hati dan ingatan sayang
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat dan keluarga kita senantiasa bahagia hendak-Nya....Amin....
Sayang doakan abang beroleh kesihatan yang terbaik, dimurahkan lagi rezeki dan mendapat peluang pekerjaan yg lebih baik...Amin.....
Semoga keluarga kita sentiasa dalam keredhaan Allah dan dirahmati oleh-Nya...Amin...
I love u so much dear....




Tuesday, March 12, 2013

Telatah Safiyya

cakkk....mengintai yer....

Bismillah dan salam buat semua....

Peristiwa #1 berlaku otw balik dari kerja bersama Safiyya.....

Umi : kakak, sebut bird....
Safiyya : ciciciciciciii
Umi : lori
Safiyya : aaaiiiiii
Umi : Cicak
Safiyya : cak cak cak (buat bunyi cicak sebenarnya)
Umi : air
Safiyya : airrrrr
Umi : daddy
Safiyya : didddyy
Umi : sebut umi
Safiyya : nanak
Umi : ala, sebutla umi
Safiyya : nanak....hahahaha (sambil gelak nakal).....


Peristiwa #2 berlaku pagi semalam, sedang saya dan suami bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Manakala Safiyya sedang 'mengemas' bakul mandian dia kat atas katil. Sedang dia terlihat saya hendak menukar baju...

Safiyya : nak nak nak
Umi : Safiyya nak apa?
Safiyya : nak nak nak
Umi : yela kakak nak apa?
Safiyya : ni ni ni (sambil tunjuk ke dadanya, memberitahu nak susu)
Umi : kita minum susu kat sekolah la kakak
Safiyya : nak ni ni ni (terus dia menyelak bajunya plak)


Seronok rasanya melihat perkembangan Safiyya sekarang ni....ada je benda baru yang sedang dipelajari olehnya. Semoga menjadi anak solehah, menjadi kakak yang terbaik buat adik-adiknya...insya-Allah. Ya Allah, lindungi anak-anakku sentiasa...Amin


Friday, March 8, 2013

Taska Di Tutup....Dugaan

Bismillah dan salam buat semua.....

senyuman cik abg yg mencairkan hati ai...kikiki

daddy with his daughter

Alhamdulillah, arini hari ketiga saya kembali bekerja setelah bercuti panjang dari minggu lepas. Alkisahnya taska anak saya ditutup kerana jangkitan HFMD. Bayangkan seramai 6 bayi di antara 3 bulan - 1 tahun 5 bulan yang terkena HFMD dan menyebabkan taska ditutp untuk dikuarantin dari 27 Februari 2013-7 Mac 2013 (7 hari bekerja ye kawan2). Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana anak saya bebas dari penyakit tersebut. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku kan?

Sebaik mengetahui berita tersebut, pada 26 Februari tersebut saya telah nekad membawa anak saya ke pejabat pada sebelah petang. Yela, dah terang-terangan tahu ada kes tersebut saya cuba yang terbaik untuk anak saya. Mana tahu ia dapat menghindari anak saya dari terkena jangkitan tersebut. Maka, separuh hari Safiyya menemani saya di pejabat dan sempat juga dia tidur (dah masanya untuk dia tidur apabila di taska) di pejabat.

Hari Rabu bermulalah saya bercuti dan dari semasa ke semasa saya memantau anak saya sekiranya ada tanda-tanda penyakit tersebut. Setelah pasti dan yakin, malam tersebut saya dan suami pulang ke Ipoh untuk menyelesaikan urusan pembelian rumah pada keesokan harinya dan saya berada di Ipoh sehingga hari Ahadnya. Hari Ahad suami datang menjemput kami dua beranak. Isnin dan Selasa saya bercuti dan pada hari Rabu dan Khamis, giliran suami pula bercuti. Apa yang membanggakan saya adalah saya kagum dengan kejayaan suami saya menjaga anak saya seharian di rumah apabila ketiadaan saya. Saya kira ia merupakan kejayaan kerana suami saya jarang mempunyai masa dan kelapangan untuk anak. Adala juga dia mandikan anak, menyiapkannya dan memberi susu menggunakan botol kepadanya namun tidak pernah lagi dia berjaya tidurkan anak. Lazimnya tugasan tersebut saya yang akan galas. Sebab itu saya cukup berbangga dengan kejayaan tersebut. Sehari pada waktu siang hari Safiyya akan tidur sebanyak 2 kali (sebelah pagi dan petang). Bermacam pesanan dan simpton yang saya titipkan buat suami untuk mengetahui kehendak dan kemahuan anak dan semalam tengahari apabila saya pulang ke rumah terasa hati saya  sungguh sayu melihat dua beranak terbaring tidur di atas katil. Sungguh comel dan syahdu saya rasakan. Lantas kedua-duanya saya cium dan saya turut berbaring di antara mereka. Terima kasih abg, kerana menjaga Safiyya untuk dua hari ni. Walaupun dua hari rasanya tugasan tersebut abang berjaya pikul dengan jayanya. I'm proud with u darling....Lepas ni dah bolehlah tinggalkan Safiyya dengan daddy nya kalo umi ada apa-apa urusan.......wink wink (diberi betis nak peha pulak!!hehehe)...dari masa ke semasa saya akan menghubungi suami thru sms atau call utk bertanyakan aktiviti yg sedang dilakukan olehnya dan Safiyya. Paling best suami kata petang semalam suami bawa Safiyya ke Klang...dalam kereta Safiyya asyiklah cakap "nak, nak nak" berulang kali. Sangkaan suami Safiyya nak makan lalu diberinya roti dan biskut. Rupa-rupanya suami terlupa hendak memberi susu kepadanya. Patutlah dah diberi roti dan biskutpun Safiyya masih sebut "nak nak nak"....hehehehe



p/s:
sekarang ni bila Safiyya merajuk, saya sering memanggilnya mari intan payung (ikut dialog dlm cerita upin ipin) atau ala, intan payung dan automatik suami akan tersenyum mendengarnya (wpun bukan ditujukan kepadanya, hihihi).... ^_^

Thursday, March 7, 2013

Alhamdulillah, Rezeki Kali Kedua

Bismillah dan salam buat semua.....

Perkataan pertama yg keluar dari mulut saya ketika kejadian, saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa di atas kurniaan buat kami sekeluarga untuk kali yang kedua.

samar je kan line kedua tu?tapi saya tetap yakin dgn keputusan tersebut

syukur diberi kesempatan menikmati saat indah ini untuk kali kedua ^_^
Saya masih ingat detik dan ketikanya pada 4 Januari 2013 jam 4 pagi saya bangun untuk solat Isyak dan terus teringatkan pregnancy test yang saya telah beli beberapa hari sebelum. Instinct saya berbelah bahagi sebenarnya kerana simpton tidak terlalu ketara. Cuma apa yang membuatkan hati saya nekad membuat UPT adalah kerana susu saya yang merudum. Memang saya pelik sangat2 kerana saya mengekalkan masa memerah yang sama pada masa bekerja. Kalau sehari susu berkurangan saya masih boleh terima tapi apabila dah sampai tiga hari berturut-turut hati saya terasa gusar. Kenapa saya perlu gusar?sebabnya anak saya hanya minum fresh milk yang diperah sahaja...susu EBM memang dia tidak minum dan akan menolak sambil buat gaya nak muntah...Sayang sangat2 susu2 yang saya buat stok beratus2 terbuang begitu sahaja, rasa nak menangis rasanya. Mungkin silap saya juga kerana tidak mendidiknya meminum EBM seawal mungkin. Bayangkan dah nak masuk 3 bulan baru saya mengajarnya.....Kesilapan yang memberi saya pengajaran di masa akan datang.

Eh, dah melalut ke lain plak...ok, back to the topic....Sebelum mengambil wuduk, saya gunakan pregnant test tersebut. Saya berdebar menantikan keputusannya, lantas saya menggosok gigi sementara menunggu keputusan...sesekali mengerling saya hanya terlihat satu jalur sahaja dan saya mula merasa hampa....Selesai mengambil wuduk, saya kembali melihat stick tersebut dan alangkah terkejutnya saya apabila terlihat jalur yg kedua walaupun kelihatan samar. Untuk memastikan kesahihannya saya keluar dari bilik dan melihat pula di luar. Syukur Alhamdulillah tak henti2 terucap dari bibir saya dan mengalir airmata kesyukuran di pipi saya. Tanpa mengira masa, saya mengejutkan suami dan memberitahu khabar tersebut. Suami juga turut mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa dan tersenyum girang. Usai solat kami berdua tidak dapat tidur dan lantas berbual2 sehingga Subuh.

Pada 20 Januari 2013, saya dan suami memutuskan untuk mengesahkan keputusan kehamilan kami di Klinik An-Nur dan Alhamdulillah saya telah hamil 6 minggu ketika itu dan semalam Alhamdulillah saya telah membuat buku pink di KK Presint 9 bertemankan suami tersayang dan anakanda tercinta. Syukur segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat kami. Keputusan dari check-up semuanya normal kecuali berat saya yang kurang iaitu 44.88 kg dan menyebabkan saya mendapat sticker hijau awal2 buat buku gara-gara berat badan kurang dari 45 kg ketika booking....Berat badan saya sebelum mengandungkan Safiyya adalah 50 kg, selepas kelahirannya berat saya menyusut mungkin disebabkan BF.....xpe, setiap kehamilan berbeza dan saya akan melaluinya dengan tabah dan akan menikmati momen2 tersebut....Dan semalam juga rahim saya telah di scan untuk mengetahui EDD memandangkan saya tidak didatangai haid langsung sejak dari kelahiran Safiyya. Jika difikirakan agak mustahil saya hamil kan?Namun semua adalah kuasa Allah Taala...mungkin BF menyebabkan haid saya tidak datang namun bukan bermakna kita tidak subur.....

Bercerita tentang Safiyya, saya sudah mula memanggilnya kakak tetapi suami masih memanggilnya adik...x mengapa nanti lama kelamaan dia akan membiasakan diri. Dia dah mula menunjukkan sifat manjanya...Duhai sayang, umi dan daddy tidak akan mengurangkan kasih sayang kami pada mu duhai anak....umi dan daddy tetap sayangkan kakak sepertimana adik2 kakak nanti....Kakaklah permata indah pertama kami yang mengukuhkan kasih sayang umi dan daddy...love u sayang!! Tidur malam mahupun siang mahu dipeluk...sungguhlah manja anak dara ni....