Friday, July 19, 2013

Safiyya dah berubah?


x sabar nak tunggu kehadiran adik kakak....
(Safiyya di usia sehari, skrg dah big girl)

Bismillah dan salam buat semua....

Sejak saya semakin sarat ni, nampak juga perubahan ketara pada Safiyya...insya-Allah less than 8 weeks Safiyya akan bergelar kakak secara rasminya, serius saya nervous untuk handle dua anak memandangkan Safiyya memang super duper manja dgn saya berbanding daddy dia....semuapun nak umi yg buatkan, kalo daddy yg amik alih gerenti dia buat taktik menangis yg dibuat2 aje....ok, meh saya senaraikan apa perubahan Safiyya :

a) Bangun tidur (hari bekerja), nak umi yang gerak...kalo daddy yg gerak, dia bantai meragam guling2 atas katil sambil merengek n menangis yg mengada-ngada.
b) Kalo nak mandi, daddy yg bukakkan baju n mandikan dia....alamatnya sepanjang dia dalam bilik air la dengar dia menangis n merengek2.
c) Time tidur malam, nak umi yang tidurkan dia....sambil hisap susu, sambil gentel siku atau bibir umi dia...sesekali pernah cuba letak tangan daddy dia, dia bantai g campak tangan daddy dia ke tepi....kesian kat daddy!
d) Sepanjang dia tidur, pasti tangan umi dia dijadikan bantal untuk dipeluk sepanjang malam....menyebabkan umi susah nak ke tandas utk pee pee atau minum air di malam hari....umi nak bangun kena buat senyap2 n pelan2 tarik tgn n gantikan cepat2 dgn bear dia.
e) Alhamdulillah dah mula boleh terima atok n opah belah mertua....dah boleh peluk cium, bergayut kat belakang, men buai guna kaki kat atoknya....kalo x sebelum ni pantang nampak atok dia, pasti disebut takuttt! ntah apa yg takutnyapun xtaula....
f) kalo makan, nak umi yg suapkan.....kalo daddy yg suapkan memanjang jer dia jawab tanak....bab makan ni kdg2 buat umi stress dgn dia, jenuh la jugak umi yg terboyot2 ni bekejar n mengikut dia ke mana-mana tmpt yg dia tgh main time tu.....tp xpela, kira xcercise untuk umi jugak...
g) kalo time umi bersiap untuk g keje n sambil sapu losyen ke perut.....wajib bagi Safiyya cium adiknya, kalo x dia merengek nak pegang n cium sampai ke sudah....
h) ni yg paling seksa......setiap kali g keje n balik keje Safiyya bantai dah x nak jalan sangat...dideranya umi dia suh dukung....dengan beg lagi, dengan Safiyya yg dah 10 kg dgn adik kakak yg dah 32 minggu memang lelah jugak dbuatnya.....ragam dah nak ada adik, macam-macam....
i) Dah pandai nak merajuk panjang.....jenuh nak pujuk, jalan terakhir umi kena geletek kaki atau ketiak dia, barula diam....kalo daddy pujuk alamatnya lagi kuatla dia menangis....

Ok, tu sahaja kot yg terlintas....mcm mana peel anak kawan2 bila dah nak beradik yer?Macam abang2 saya, kebanyakan bila dah nak beradik, mereka mula menjaukan diri dari ibu masing2 n lebih rapat dengan ayah mereka....tapi saya pula sebaliknya....kadang buat saya runsing, bukan apa buatnya time saya bersalin n bermalam di hospital nanti boleh ke Safiyya dengan daddy dia?Saya yakin dengan kemampuan suami, tapi Safiyya tu jer la.....adakah bila ketiadaan saya nanti dia akan lebih behave??semoag segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga.....Amin, mudah-mudahan.....


Thursday, July 18, 2013

Check-Up Adik Safiyya @ 32 weeks


Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah, semalam telah selesai rutin check-up untuk minggu yg ke-32 adik Safiyya. Actually ada kisah di sebaliknya....selalu saya check-up ari Selasa, tapi kali ni bertukar ke ari Rabu sebab nak hadir kelas penyusuan susu ibu. Lepas anta Safiyya ari Selasa tu, saya naik ofis n amik hand bag terus ke klinik. Dah letak buku semua, saya perasan tarikh kat buku 17 Julai dan saya tengok tarikh di hp rupanya aritu baru 16 hb. Apa lagi, tebalkan muka dan amik semula buku rekod sayala....iskh, pelupa betul...padahal kalendar kt ofis saya dh tulis, kalendar kt hp pun saya dh tulis....cemana tu?

Ok, berbalik kepada check-up semalam....sampai klinik ngam2 kul 9.00 pagi. Selesai register, saya terus g buat urin test n amik darah. Then terus turun ke bilik seminar untuk ceramah penyusuan. Rasa kembali bersemangat setelah hampir 7 bulan saya meninggalkan penyusuan eksklusif kepada Safiyya. Sekarang saya masih menyusukannya berdasarkan kepada permintaannya. Sekiranya dia mahu susu badan, saya masih memberi tapi setelah usianya setahun sebulan saya dah mula memberi susu formula..... sayu rasa hati melihat Safiyya minum susu formula tapi bukan susu umi.....kesian Safiyya, umi tidak  menunaikan haknya untuk menyusukan dia genap 2 tahun. Maafkan umi ye sayang....umi masih belum cukup ilmu tentang itu. Umi berazam tidak membuat kesilapan yg sama untuk adik-adik kakak nanti....Amin, mudah-mudahan. Selesai ceramah dalam jam 11 pagi, saya terus naik untuk jumpa dgn nurse di bilik 11. Dan hasil dari check-up semalam adalah....

Berat Badan : 55 kg (turun 600 gram) 
Tekanan Darah : 111/80
Tinggi Rahim : 32 cm
Jantung Janin : 135 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB :12.3

Alhamdulillah semuanya ok, dan berjumpa lagi untuk next appointment pada 31 Julai 2013. Saya bertanya juga kepada nurse kedudukan baby memandangkan scan pada 28 minggu lalu kedudukan baby songsang. Alhamdulillah nurse kata kepala baby dah ke bawah, cuma belum engage kerana nurse kata masih ada ruang di bahagian bawah. Semoga adik baby kekal dalam posisi tersebut yer sayang, umi berniat nak lahirkan anak-anak umi secara normal. Biarlah umi menghadapi betapa sakitnya fasa contraction asalkan dapat melahirkan anak-anak umi secara normal. Semoga Allah Taala  memakbulkan doa dan hasrat saya ini, Amin.....Dan insya-Allah pada minggu yang ke-36 akan scan baby untuk yang terakhir di KK. Semoga segalanya dipermudahkan buat umi n baby...doakan untuk saya ye kawan2. Tentang jantina anak, wpun saya dah diberitahu akan jantinanya...kami suami isteri masih bersikap tidak mahu terlalu berharap. Kami juga tidak kisah akan jantina anak, asalkan sihat dan selamat apabila dilahirkan nanti.


Monday, July 15, 2013

Rezeki Untuk Safiyya

tanda ingatan dari umi n daddy buat anakanda tersayang


Bismillah dan salam buat semua.....

Usia Safiyya menginjak ke setahun 7 bulan, barulah tetiba datang idea nak belikan sesuatu utknya. Tambahan pula ada rezeki lebih dari masuk saham Bank Rakyat, maka saya dan suami putuskan belikan sesuatu utk Safiyya. Raya tahun lepas lagi rasa nak membeli untuk dia tapi time tu Safiyya tengah merangkak, risau plak kot tercicir kat mana-mana plak.

Alhamdulillah minggu lepas balik Ipoh baru amik. Semoga Safiyya tak cabut apabila memakainya nanti. Almaklumlah memang belum pernah memaikaikannya dengan sebarang aksesori lagi sebelum ni.....Sementelah dengan harga emas yang turun 'sedikit' dapatlah kami membeli rantai leher buatnya. Untuk umi?mmm, x perlulah rasanya...sejak dah ada anak, cincin pun x pakai sbb takut cedera terkena kulit anak. Simpan ajelah dalam peti, ntah bila nak datang aura memakai barang kemas semula entahlah.....Mungkin akan diwariskan kepada Safiyya plak nnti, hehehe....



p/s:
sebab dah seminggu bapak tolong amikkan rantai, apalagi kak Long Alya la yg melaram dulu (model kat gambar atas adalah Alya)...setiap kali wechat dgn dia, bkn main siap ugut tny bila chik Ya nak balik Ipoh?kalo lambat, kak Long ambik Safiyya punya rantai.....


Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1434 H



Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah, masuk ari kedua berpuasa rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa buat semua umat Islam....syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur kita  untuk bersua kembali dgn bulan yg menjanjikan ganjaran yg berlipat ganda untuk kita. Semoga ini bukanlah Ramadhan yg terakhir buat kita...Amin....

Tahun ini, merupakan tahun yg ketiga berpuasa dgn insan yg bergelar suami di sisi dengan kehadiran seorang cahaya mata....Pengalaman yg berbeza bg setiap tahun dan insya-Allah tahun ini puasa yg ketiga bagi saya peluang untuk berpuasa penuh. Tahun pertama berpuasa dengan kehadiran Safiyya di dalam rahim yg berusia 5 bulan ketika itu. Alhamdulillah dipermudahkan kerana baru melepasi trimester pertama yg saya mengalami sedikit alahan dan dikuatkan juga untuk bersolat Terawih. Tahun kedua Ramadhan dengan kehadiran Safiyya yang berusia 7 bulan dan saya menyusu dia sepenuhnya. Pengalaman pertama yg agak mencabar kerana menyusu plus mengepam susu di bulan puasa. Tekak terasa teramatlah dahaga dan badan terlalu lesu setiap kali selepas mengepam. Terawih masih diteruskan di masjid kerana ketika itu Safiyya merangkak dan tidak jauh langkauannya. Tahun ini, adik Safiyya di dalam rahim dan sudah hampir memasuki usia kandungan 8 bulan..Semoga dipermudahkan buat saya untuk meneruskan berpuasa pada tahun ini. Beza mengandungkan Safiyya n adiknya cuma usia kandungan tetapi kali ini kandungan sudah agak besar. Hendak berdiri lamapun pinggang dan belakang terasa sakit dan kaki mula lenguh. Syukur sepanjang berkahwin, suami mengambil tugas menyediakan juadah untuk bersahur manakala saya akan menyediakan juadah untuk berbuka. Kalau tahun lepas, setiap kali bersahur Safiyya juga turut bangun bersahur, tapi tahun ini dia masih tidur cuma bezanya dia bangun seawal jam 6 pagi. Selesai solat Subuh pasti kelibat dia terduduk di atas katil ada dan terus menerpa kepada saya sebaik selesai saya memberi salam....aduhai manjanya sayang umi n daddy ni, x boleh berenggang lama dengan umi dia....Pagi ini pula dia tidak bangun awal kerana daddy tidur di sebelahnya, maka sempatlah saya menyediakan sarapan mee goreng buatnya....kalo dia bangun awal, payah nak buat keje, sebab diapun akan tolong sama...sudahnya cucur ikan bilis atau koko krunch je la bekal dia ke taska kalo dia bangun awal. Setakat ini solat Terawih saya sekadar termampu melakukan di rumah sahaja sbb Safiyya tidur seawal jam 9 malam...Selesai tidurkannya barulah saya dapat beribadah, manakala suami berjemaah di masjid. Insya-Allah rasa keinginan utk solat di masjid ada, dan kami suami isteri sepakat utk mengerjakannya ari Jumaat n Sabtu sahaja kerana ari itu sahaja ada xcuse utk Safiyya tidur sedikit lewat dari selalu.

Bercerita tentang juadah, seperti saya ceritakan di atas Safiyya mmglah pembantu yg setia...asal saya masuk ke dapur pasti dia akan tolong saya 'mengemas' dapur jugak dan menyebabkan kerja saya tergendala. Ditambah dengan saya yg tidak larat utk berdiri lama, maka saya membeli juadah siap di ofis mahupun bazar Ramadhan. Saya sekadar masak satu lauk sahaja, dan lazimnya saya akan memasak sayur sahaja. Adik Safiyya pula, Alhamdulillah masih bergerak aktif di dalam rahim umi...semoga adik Safiyya memberi peluang umi dia utk berpuasa penuh tahun ini dan semoga tumbesarannya tidak terganggu disebabkan saya berpuasa. Susu dan kurma sentiasa tidak saya tinggalkan di kala bersahur dan berbuka....cuma vitamin jer selalu lupa, hehehe......

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribi erti buat kita dan semoga ibadah kita diterima oleh Yang Maha Esa....selamat berpuasa semua....!!






Wednesday, July 10, 2013

Update Senarai Barang Baby



Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah dah selesai misi untuk membeli barang keperluan baby minggu lepas....Dari warehouse sales di My Dear, ke Moms n Baby Expo di Stadium Melawati dan seterusnya ke Manjaku, Bangi....memang rasa berbaloi ke Moms n Baby Expo sebabnya baju2 n barang keperluan mmg murah n rasa berbaloi utk dibeli....baju untuk budak besar RM5, mmg cantik2 sampaikan suamipun terpikat bila tgk Safiyya pakai....stokin n sarung tgn babypun murah, cuma RM1 sahaja....breast milk storage jenis zip tu RM8 untuk sekotak yg ada 50 keping...sampai 3 kotak saya beli (kena fikir positif nk menyusukan anak n susu banyak).....hehehe, mmg rambang mata dibuatnya....ok, meh update senarai keperluan baby untuk rujukan bersama.... ^_^

Baju-Baju:
a) Baju lengan pendek - done
b) Baju lengan panjang - done
c) Seluar pendek - done
d) Seluar panjang -done
e) Barut baby - done
c) Handkerchief - done
d) Rompers - done
e) Mitten n booties - done 
f) Socks - done
g) Hat - done
  
Feeding :
a) Breast pump - masih dalam pertimbangan utk membeli yg manual (di saat kecemasan)
b) Botol susu - done 
c) Teat - belum beli lagi
d) Teat brush - done

Nursery :
a) Baby cot - done 
b) Tilam n bantal - nak carik bantal sahaja, sbb tilam Safiyya masih elok utk digunakan...
c) Selimut - done

Bathing :
a) Bath tub - done
b) Toiletteries - aci x guna kakak punya jer?hehehe
c) Cotton balls - ada sikit saki baki kakak punya
d) Cotton buds - done
e) Baby comb / brush - x perlu lagi kot, kalo perlu guna kakak punya
f) Baby manicure set - done
g) Nasal aspirator - done
  
Diapering :
a) Changing mat - done
b) Baby wipes - done
c) Diapers NB - done
d) Napkin - guna kakak punya n perlu bahagi dua dgn kakak....
  
Others :
a) Nappy Kleen
b) Minyak Telon
c) Towel
d) Hooded towel
e) Termometer - dah ada
f) Car sear - guna yg kakak punya time baby
g) Stroller - guna yg kakak punya sbb kakakpn dh x guna lg sejak dah berjalan
h) Beg - ada satu beg lagi yg kakak dapat tapi masih belum digunakan....cuma kena tukar dgn kakak ajela sbb beg kakak skrg unisex.

Misi membasuh juga sudah dimulakan Selasa lepas.....tinggal lagi satu fasa untuk membasuh baju2 putih n sarung tangan n kaki baby aje....pasni insya-Allah dah boleh mula sediakan brg keperluan utk mak baby n beg utk ke hospital.....semoga segalanya dipermudahkan buat kami....Amin.....





Tuesday, July 2, 2013

Check-Up Adik Kakak @ 30 minggu


Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah, selesai sudah rutin check-up adik Safiyya di usianya 30 minggu. Dalam sejam dah selamat selesai semua urusan. Dan tadi dah selamat mendapat suntikan ATT. Rasa kebas2 jugak lengan dibuatnya tapi masih mampu bertahan.Check-up kali ni nurse memberi penerangan tentang persiapan untuk bersalin. Bila ditanya ttg barang2 baby?mmmm saya hanya tersenyum kerana sememangnya masih belum membeli lagi apa2 barang. Sekadar sudah mengasingkan baju Safiyya yg masih elok dan masih boleh dipakai oleh adiknya sahaja. Tapi masih belum membasuhnya lagi....ingat sekali harung dengan keperluan dia yg lain nnti, insya-Allah. Ok, ni hasil dari check-up tadi

Berat Badan : 55.6 kg
Tekanan Darah : 104/66
Tinggi Rahim : 30 cm
Jantung Janin : 140 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB : - (x amik sbb last check-up dah amik darah)

dan ni pula, result dari MGTT 2 minggu yang lepas....Alhamdulillah normal dan tak perlu repeat lagi.... :-)

Keputusan MGTT
FPG : 3.98 (puasa)
2HPG : 6.08 (selepas 2 jam minum air gula)

Next check-up lagi 2 minggu dan saya akan mengikuti sekali ceramah penyusuan susu ibu....wpun dah pernah pergi sebelum ni, x salah untuk refresh dan menambah ilmu baru....looking forward for that day....Pasni juga saya dah boleh mula mengira pergerakan baby....semoga anak umi n daddy membesar sihat dan menjadi anak yg soleh / solehah dan dipermudahkan buat saya untuk melahirkannya nanti...Amin



p/s :
last week balik Ipoh, sempat berjumpa dgn baby sepupu terapat dan anak sedara baru....syukur Alhamdulillah keluarga makin besar...bila dah dukung baby rasa x sabar plak nak tunggu baby keluar....hehehe