Monday, September 29, 2014

Amni Insyirah-She's A Fighter..... (^_^)

Bismillah dan salam buat semua......

Izinkan saya mencoret pengalaman dan kisah anak saudaraku ini yang bernama Amni Insyirah. Amni Insyirah merupakan anak bongsu abgku yg sulung. Tanggal 24 Mac 2014 mencatatkan pengalaman pahit buat kami sekeluarga terutama abg dan kakak iparku. Selama 56 hari abg dan kakak iparku berulang dan bermalam di HKL demi anak yg tercinta.

Begitu juga dengan keluarga kami, hujung minggu atau pabila keadaan Amni kritikal bergegas kami adik beradik ke HKL. Tidak putus doa kami panjatkan buat Amni Insyirah dan hari ini kami boleh anggap Amni adalah pejuang, dia kuat hadapi segala penyakit. Kisah bermula selepas kepulangan abg dan kakak iparku sekeluarga dari menaiki Cruise ke Penang-Phuket-Krabi. Selang beberapa hari anaknya yg kedua mula demam on off dan dituruti dengan Amni Insyirah. Pagi Isnin 24 Mac, ketika di KPJ Damansara dan tatkala sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan, tiba2 Amni diserang 'sawan tarik' serta merta keadaan menjadi kelam kabut dan cemas. Semalaman Dr di KPJ berusaha untuk menyelamatkan Amni namun kemudahan yg ada tidak mencukupi lantas keesokan arinya Amni dipindahkan ke Wad Pediatrik HKL. Ketika dipindahkan ke HKL, keadaan AMni sudah bertukar biru, malah Dr HKL memaklumkan bahawa nadi Amni sudah tiada. Dr tidak memberikan sebarang harapan kepada kami. Sebaik di pindahkan ke sana, Amni dimasukkan ke wad CCU. Ada 9 jenis mesin disambungkan kepada badannya. Keadaan Amni ketika itu tidak sedarkan diri dan hati terasa sayu dan pilu melihatkan tubuh kecilnya disambungkan dengan pelbagai jenis mesin. Allahhuakbar, menitis airmata melihat keadaannya.

Dari sehari ke sehari kami menerima perkhabaran dari abgku mengenai keadaan anaknya. Kami dikhabarkan bahawa Amni mengalami brain damage disebbakan serangan tersebut, tidak cukup dengan itu, buah pinggangnya gagal berfungsi dan menyebabkan dia terpaksa melalui proses dialisis setiap hari. Hari demi hari, penggunaan mesin semakin berkurang disebabkan perkembangan positif olehnya. Selama 2 minggu lebih Amni tidak sedarkan diri dan pelan2 apabila Dr mengurangkan dos ubat barulah AMni mula mula. Ketika AMni sedar, dia langsung tidak bersuara malah takut dengan org sekelilingnya. Sangkaan kami dia hilang ingatan, dia hanya merengek apabila tidak selesa. Seakan bayi keadaannya dan dia tidak mampu utk berjalan apatah lagu bersuara.

Berkat dorongan dan iktiar dari abg dan kakak iparku, Amni berubah semakin positif. Dia sudah mahu makan, cuma dia tidak boleh berjalan dan bercakap. Sehinggalah tiba2 dia menjerit memanggil abang......tidak putus kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana akhirnya Amni mampu bersuara. Dan yang terakhir sekali, Amni menjalani fisioterapi untuk berjalan. Alhamdulillah Dr Fisio dia mengatakan Amni boleh berjalan disebabkan otot dia lembut cuma dia tidak yakin pada dirinya sendiri. Dan akhirnya Amni memang boleh berjalan dengan sendirinya hasil fisio dari Dr nya. Genap 56 hari di HKL akhirnya Amni discaj dari HKL. Terima kasih diucapkan kepada kesemua kakitangan, saudara mara, sahabat handal yg tidak putus mendoakan, malah mengadakan doa selamat untuk kesembuhannya dan tidak lupa juga sentiasa memberikan kata semangat dan nasihat buat kami sekeluarga terutama abang dan kaka iparku. 

Keadaan Amni berubah positif sebaik Dr mengenalpasti bakteria yang menyerang paru-parunya. Bukan sebarangan bakteria kerana sudah pelbagai antibiotik digunakan namun bakteria tersebut seakan imun...demam Amni kekal ada sehinggalah Dr mengenal pasti kuman tersebut iaitu bakteria Legionella. Setelah bakteria dikenalpasti barulah deman Amni mula reda dan semakin berkurangan. Alhamdulillah, syukur Ya Allah di atas kesembuhan yang Kau kurniakan kepada anak saudaraku ini. Syukur yang tidak terhingga kerana Engkau mengembalikan keceriaan kepada keluarga kami terutama sekali buat abg dan kakak iparku. Hari ini, Amni seperti sedia kala. Tidak benar apa yg Dr khabarkan kepada kami pada peringkat awal iaitu Amni tidak boleh ke sekolah, dia perlu di jaga di rumah kerana dia tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Hari ini Amni bukan sahaja mampu tersenyum, berlari malah dia mampu menguruskan dirinya sendiri dan sudah kembali ke sekolah.

Syukur Alhamdulillah, sungguh kuasa Allah mengatasi segalanya yang penting kita tidak berputus asa dan sentiasa mengingati akan kebesaran-Nya.....



senyuman yg dirindui tatkala dirinya terlantar

masih demam dan perlukan sokongan untuk didudukkan

lena dalam kesakitan

masih memerlukan bantuan oksigen ketika ini

untuk menghiburkan hatinya, ayah membawa ke taman

senyuman dari Amni

Amni dan mama....mama membacakan buku buatnya

Amni leka menonton upin dan ipin

semakin pulih

bilik mainan di wad pediatrik

Ayah yg tidak putus melatih Amni untuk berjalan. Sanggup berulang dari ofis ke HKL demi anak tercinta

leka dalam dunianya

sehari sebelum discaj, bermain dengan abg, kakak dan sepupunya

meriah bagai di nursery

kembali tersenyum dan ceria

penantian setelah 56 hari....Akhirnya.....

gambar raya
sambutan ulangtahun hari kelahirannya

di sekolah

di apit kawan-kawannya....

Wednesday, September 24, 2014

9 September 2014 : Selamat Hari Lahir Duhai Anakku Sayang

Bismillah dan salam buat semua......

Tanggal 9 September 2014, genapla setahun usia anakanda Ahmad Yassin.....dialah sumber kekuatan saya, dialah juga penghibur diri tatkala berduka dan dialah tempat saya curahkan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi. 

Masih segar dalam ingatan saya hati dilanda gundah gulana mengenangkan hari due date pada 9 September 2013 tp masih belum ada tanda2pun. Sehari sebelum kelahirannya, memang saya banyak berjalan. Ke KLIA menghantar adik ipar, sebelah malamnya ke Jusco. Masih ingat lagi ketika sedang berjalan sesekali kaki saya cramp sebelah dan saya suarakan pada suami. Berehat seketika kemudian sakit tersebut hilang. Disebabkan kepenatan, pulang ke rumah, bersihkan diri lantas saya terlena. Dan masih saya ingat pada pagi Ahad itu tiba2 Safiyya ingin BF ketika saya sedang bersiap utk ke KLIA. Tidak mahu menghampakan keinginannya saya memberikannya susu wpun saya sendiri tidak pasti masih ada atau tidak.

Jam 1.30 pagi, saya rasa tidak sedap perut. Lantas membuang dan terus bangun untuk solat Isyak. Selesai solat, perut masih rasa tidak selesa dan saya yakin itulah contraction. Sakit ketika itu tidak terlalu kuat dan saya mampu bertahan. Saya khabarkan kepada suami, suami mengajak ke hospital tetapi saya menolak kerana tdak terlalu sakit dan saya masih mampu menahannya. Suamipn sambung tidur di samping Safiyya. Disebabkan tidak mengantuk, saya terus menyiapkan beg sekolah Safiyya utk ke taska esoknya di samping menyiapkan brg keperluan ke hospital memana yg x letak dlm beg lg. Ketika ini sakit mula kerap. Saya mula amik sela masa contraction, rupa2nya dah mula sakit setiap 5 minit. Apa lagi, saya kejutkan suami sekali lg dan memberitahunya saya dh mula sakit kerap. Suami mengajak saya ke hospital dan sekali lg saya menolak kerana saya tidak sampai hati mengganggu tidur Safiyya dan saya fikir saya hendak selesaikan solat Subuh dan hantar Safiyya ke taska terlebih dahulu kerana at least ketika itu suami dapat menemankan saya ketika di labor room. Tanpa disangka, tiba2 contarction mula kuat dan setiap kali contarction setiap kali itu jugalah suami menggosok belakang dan mengucapkan kata2 semangat kepada saya. Disebabkan tidak dapat menahan rasa sakit, akhirnya jam 4.15 pagi, saya akur dengan permintaan suami utk ke hospital. Dan masih segar dlm ingatan ketika itu saya mencium pipi dan dahi suami sambil membisikkan kepadanya saya minta maaf dari hujung rambut hngga hujung kaki di atas semua salah silap saya kepadanya. Usai melafazkan itu, saya terus bersihkan diri dan ketika mandi saya sudah tidak mampu utk berdiri lagi, lekas2 saya menyiram badan dan bersiap diselang seli dgn contraction. Kelam kabut juga kami dibuatnya ketika itu mana dengan suami yg perlu menggosok belakang saya setiap kali contraction, mana dengan nk bersiap lagi. Apabila hilang contraction, lekas2 saya sambung bersiap dan ketika hendak memakai tudung, tiba2 saya rasa gesaan utk meneran dan ketika itu saya sudah berpeluh dingin. Saya memberitahu suami, lagi la dia panik dan bersiap ala kadar. Ketika hendak menuruni lif, Ya Allah saya dapat rasakan dah hendak meneran sgt2, berpeluh dingin dahi saya walaupun baru lepas mandi.

Dalam kereta, saya sudah tidak mampu utk duduk, saya terus baring menahan rasa sakit. Ketika rasa hendak meneran saya rapatkan kaki saya serapatnya. Sampai ke satu tahap, saya sudah tidak mampu lagi menahan lantas saya meletakkan kedua2 belah kaki saya di atas dan membukanya sedikit. Apabila dtg gesaan, saya mula meneran tanpa sedar. Dtg gesaan lagi sekali yg lebih kuat, saya meneran dan tiba2 'pop' air kutuban saya pecah dan serentak dengan itu juga baby turut keluar dan diberi nama Ahmad Yassin.....tatkala saya memberitahu suami baby dah keluar, suami suruh saya ambil kt bawah cpt2 takut kotor, sangkaannya baby jatuh ke bawah sedangkan sebaik keluar, saya terus memegang kakinya dan letakkan di dada saya. Tangisan pertamanya membuatkan kami suami isteri terharu dan sama2 turut mengalirkan airmata.

Ahmad Yassin, walaupun pada awalnya umi tidak mahu terlalu memanjakan Ahmad disebabkan Ahmad seorang lelaki, tidur malam Ahmad umi tidak memeluk Ahmad sebagaimana kakak namun persepsi itu semua umi ubah di sebabkan sesuatu. Umi tahu Ahmad memerlukan pelukan kasih sayang dari umi sebagaimana kakak pernah perolehi sebelum ini. Maafkan umi sayang di hari2 awal kelahiran Ahmad umi kurang memeluk Ahmad. Namun ketahuilah betapa kasih sayang umi pada Ahmad sama seperti kasih sayang umi pada kakak. Di hari ulangtahun Ahmad yang pertama umi tidak membuat sebarang sambutan sebagaimana kakak, bukan bermakna umi melebihkan kakak dari Ahmad tetapi disebabkan ketika hari ulangtahun kelahiran Ahmad daddy bekerja di luar dan insya-Allah nanti kami akan raikan juga. Hanya doa yang mampu umi panjatkan buat anakanda umi yang tersayang. 

Adik Ahmad, andai suatu hari adik membaca coretan ini, umi nak adik tahu betapa kehadiran Ahmad dlm keluarga kita amat bermakna buat umi dan daddy. Ahmad tidak banyak ragam, umi senang sekali menguruskan rumahtangga walaupun dengan kehadiran Ahmad. Walaupun Ahmad sentiasa beralah dengan kakak, namun umi tahu ada sikap ketegasan dalam diri adik. Adik Ahmad sayang, di hari kelahiran Ahmad ini, umi mendoakan agar usia adik panjang, diberi kesihatan yang terbaik oleh Allah Taala dan menjadi anak yg soleh buat umi dan daddy. Semoga Ahmad menyayangi kakak dan adik2 Ahmad yg lain sebagaimana umi dan daddy menyayangi kalian semua. 

fresh from the oven....ketika masih di Labor Room

genap usia 7 hari


gmbr latest-mulut asyik nak mamam aje

di Pusat Sains Negara

my darling sweetheart