Thursday, October 29, 2009

Siapa Jodoh Kita Dapat 'Dirasa'

BAGAIKAN ada banyak persamaan bahkan kadangkala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda. Di saat bersedih, dia yang menghulur tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan. Ketika musibah melanda, dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
BersahajaSi dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan pelik?Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang pelakon handalan. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda.

Terima anda seadanya
Apapun kisah silam yang pernah dilalui, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati.Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Saling mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung.Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Memahami diri anda
Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama untuk melalui hidup ini saat suka dan duka, senang dan susah, dialah calon sesuai menjadi pasangan hidup anda.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda.

Mimpi
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya.

Kata hati
Kadang kala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengar kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Kuasa.

Thursday, October 22, 2009

Keracunan??

Hari Selasa lepas lunch, perut rasa meragam jer....menjelang ptg n lepas solat Asar kt ofis, mula rasa mual²...dah mula rasa mcm nk muntah, tp isi x terkeluar lg....Bila nk kuar ofis, kepala mula sakit plak, gagahkan diri jugak drive kete sbb takut keadaan makin teruk....otw nk ke rumah, mmg dah mula x tahan rasa nk muntah (sedaya upaya cuba menahan), akhirnya mmg terluah juga isinya.....mujurla dpt mengawal keadaan lg n teruskan pemanduan smpi ke rumah, Alhamdulillah...sampai ke ke rumah, terus menuju ke bilik air n sekali lagi mengeluarkan segala isi yg ada....lembik n terlalu la lembik utk berdiri lama²...gagahkan diri jugak utk bersihkan apa² yg patut...

Usai solat Maghrib, terus baring...dh rasa seram sejuk je time ni.....Shida ajak kuar mknpn dh x larat, at last dia paksa g klinik sbb keadaan mmg teruk time 2...So gagahkan diri gakla g klinik kt Presint 9.....punyala ramai patient, time ni pn duk tahan² jer rasa nk muntah...tgk TV pn dh rasa berpusing² jer....Kul 10 mlm baru sampai umh, mkn suku roti n mkn ubat....minum je air garam, hbs terkeluar balik roti yg sempat dmakan suku td tu...uhhuhu, rasa nk menangis sgt time ni...cuba motivasikan diri, fkr diri jauh dr keluarga i need to b strong.....sambil berbaring, aku mkn lg roti takut perut kosong...kali ni minum 100 plus since air garam x berjaya ditelan.....Alhamdulillah tido lena smpi ke Subuh....

Since dpt MC, aku berehat je kt rumah...makanpn ckit² jer, x lalu mkn byk sgt...Ptg harinya barula aku telefon bondaku n maklumkan keadaanku....Rasa sebak lak time ni.....

Arini, dh g keje semula....seawal pagi, ayahku telefon bertanyakan khabar....Alhamdulillah dah xde rasa nk muntah lagi...perut jer la masih sakit ckit²....Rupa²nya, baru aku tau lebih kurang 20 org kt ofis ni mengalami sindrom yg sama....kalo berdasarkan survey yg aku buat, menu kami pada hari selasa adalah berbeza...adakah disebabkan air yg kami minum, atau mmg salah makan...Wallahualam....

Tuesday, October 13, 2009

101009 @ 21 Syawal 1430 H

Alhamdulillah, pada tarikh tersebut aku telah selamat bergelar tunangan kepada Muhammad Saiful b Abdul Mutalib. Mudah²an hubungan kami ini diberkati dan kami tabah dalam menempuh tempoh bertunang yang serba mencabar nanti. Amin....Rombongan lelaki tiba di rumah jam 11.30 pagi, syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Nak ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada:

a) kedua ibu bapaku yg tersayang, yg bertungkus-lumus membuat persiapan utk hari tersebut....

b) abg2 n adik ku yg mengerah tenaga pada sblm n slps hari tersebut dan membersihkan rumah, hehehe....

c) kakak2 iparku n bakal kakak iparku yg menghulurkan sumbangan tajaan facial, make-up n hantaran....nanti hari kawin, leh menyumbang lagi....

d) sahabat baikku, Shida yg sudi dtg n sentiasa menjadi 'mata' buat diriku pada hari tersebut.....x lupa kpd kwn2 yg hadir pd hari tersebut....

e) saudara-mara yg membantu kelancaran majlis tersebut....

f) tunangku, yg memberi sokongan moral n membantu membuat persiapan di saat2 akhir....