Tuesday, January 27, 2015

Rezeki Suami

Bismillah dan salam buat semua....

Setelah lama menyepi, kembali untuk mencoretkan semula di sini....Menjengah bulan November 2014 (bulan yg saya tidak nantikan) bermulalah fasa baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah suami dimurahkan rezeki mendapat pekerjaan baharu di Ipoh. Perasaan saya ketika diberitahu temuduganya berjaya, saya bersyukur sesangat kerana sekurang2nya hajat kami untuk kembali ke Ipoh tercapai. Namun semuanya tidaklah semudah yang disangka.

Permohonan pertukaran ke Ipoh telah saya pohon sebaik suami menghantar resignation letter kepada syarikat lamanya. Hasrat utk bertukar dalam masa terdekat memanglah amat tipis, hari demi hari saya masih lagi menantikan perkhabaran gembira namun sehingga kini masih menanti....

Disebabkan penantian yang tidak kunjung tiba, maka bermula bulan November saya tinggal berjauhan dengan suami. Sesuatu yg amat sukar bagi saya. Sehari demi sehari suami memujuk saya untuk membawa ank sulung kami, Safiyya ikut bersamanya atas alasan dia risaukan kesihatan saya, tidak mahu saya penat, risau sekiranya salah seorang anak sakit namun saya tidak dapat menunaikan hasrat tersebut. Pagi hari suami berangkat ke Ipoh juga suami masih lagi memujuk untuk membawa Safiyya, alasan terakhir yg digunakan tidakkah saya kasihankan dirinya yg keseorangan di sana? Saya bukan tidak kesihankannya tapi saya terasa amat berat untuk memisahkan mereka adik-beradik. Walaupun ada masa mereka berbalah, namun saya kira itu semua adalah asam garam bergelar adik-beradik. Dari segi kesihatan, saya sekadar memohon kepada suami agar sentiasa mendoakan saya dan anak2 sentiasa sihat sahaja. Tentang isu penat, saya tidak rasa itu adalah bebanan buat saya, saya ok aje. Apabila berjauhan dengan suami, bagi saya anak2lah penguat semangat buat saya. Kalau tanpa mereka atau salah seorang mahu tidak lena tidur saya dibuatnya. Yang kakak walaupun ada masa keras kepala tetapi apabila time tidur akan sentiasa meminta untuk dipeluk. Yang adik pulak memang cheeky notty dan super duper manja. Cuma ada masa saya rasa perasaan bersalah tu ada kerana saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sbg isteri kepada suami saya dan yg paling utama saya memisahkan anak2 daripada kasih sayang yg sepatutnya mereka perolehi dari ayah mereka.

Setelah hampir 3 bulan kami berjauhan, saya akui ada masa saya tewas dengan perasaan sendiri. Kadangkala ketika berdoa, airmata senang sangat mengalir di pipi. Alhamdulillah sepanjang berjauhan, anak2 sihat belaka dan tidak ada perkara yg serius yg terjadi kepada mereka mahupun saya. Minggu2 yg awal memang amat sukar utk saya sesuaikan diri dengan ketiadaan suami namun rakan2 sekeliling dan keluargalah yg menjadikan diri saya kuat utk anak2 saya. Lantas ekoran dari itu saya cuba membzkan diri dgn jadual harian agar saya tidak terlalu 'terasa' dengan ketidakhadiran suami di sisi.

5.45-6.00 pagi : Bangun pagi, cuci segala botol susu, steril dan mengemas rumah + menyapu lantai
6.15-6.30 pagi : Bersihkan diri dan solat Subuh....siapkan beg anak-anak dan siapkan persiapan utk mereka mandi
7.00 pagi : Bukak lampu dan bangunkan anak2
7.30 pagi : Turn umi plak bersiap sambil anak2 minum susu
7.45 pagi : Bergerak ke ofis
8.00 pagi : Hantar anak2 ke taska, belikan sarapan dan suapkan anak2 makan
5.30 petang : Ambil anak-anak
6.00 petang : Cuci botol + asingkan baju kotor anak-anak + memasak + mandikan anak2
6.45 petang : Anak2 minum susu + luangkan masa bergurau dan bermain dengan anak2
7.20 malam : Solat Maghrib + mengaji
8.00 malam : Masa utk suapkan anak2 makan
8.30 malam : spent masa dengan anak2
9.00 malam : Solat Isyak
9.30 malam : Kakak n adik mengemas mainan sambil saya membancuh susu..Masa utk anak2 tidur dan berehat

Begitulah rutin harian saya sejak berjauhan dengan suami, sebab tu kadang kala saya nak tahan mata tgk tv pun jarang sgt....anak2 tdo, cnfirm sayapn tertido sama....dua beradik ni selalunya akan tau ketibaan ari Jumaat, ari Jumaat dorang akan tidur lambat....yg kakak siap tanya bila umi nk solat?umi solat lepas tu kita  naik kereta n amik daddy kt tempat bas yer...dah boleh hafal dialog dia skrg ni...

Manakala apabila nak hantar daddy dia hari Ahad, kakak mesti akan sugul dan selalunya akan menangis lepas daddy dia salam n cium dia.....Tangisan dia selalunya berlarutan sampai di rumah dan kadangkala dia tertidur dalam kereta, Adik dia pujuk n ajak bergurau atau bermainpun dia marahkan adiknya semula. Safiyya mmg manja ckit dgn daddy dia, agaknya dia tahu umi dia tegas so dia x boleh nk ngada2 sgt. Setiap malam apabila suami call, Safiyya la paling excited.....dia tersenyum2 aje kalo dgr suara daddy dia, siap x sabar tggu giliran utk dia plak bercakap dgn daddy dia.....tp bila tidur malam, x nak plak dia peluk daddy dia, nak umi jugak....mcm2 saya memujuknya agar tidur dgn daddy, sudahnya alasan yg diberi hanyalah daddy masam, umi wangi.....sigh sigh....

Semoga perpisahan kami ini sementara sahaja dan tidak lama lagi saya akan terima berita gembira pula....kawan2, doakan perpindahan saya yer....

Safiyya n Ahmad - permata hati umi daddy

dua beradik ni bila dsuruh posing menyengih aje....yg adik x sabar2 nk tgk gambar dia

bukan mainan yg dorang minat, tp benda2 mcm ni la yg lg dorang minat
yang kakak memanjat, adikpun confirm memanjat sama

anak manja daddy ni....ada daddy asyik nk berdukung aje

tolong jgn tiru aksi ini...wpun perempuan, kakak tetap lasak

yeyy, aktiviti paling digemari bila umi izinkan punggah bakul mainan

penghibur dan pengubat hati umi daddy

di mana ada kakak, di situla ada adik sama....

daddy with his lovely children...kesayangan daddy nih....umi dah jatuh no.3 agaknya, hehehe




Friday, January 23, 2015

Anugerah Terindah : 3rd Pregnancy


Bismillah dan salam buat semua.....

Entry pertama di tahun 2015 setelah lama menyepi di arena blog saya mulakan dgn berita baik.
Kisah yg berlaku pada Ramadhan tahun lalu, saya menyedari setiap kali tengah hari ketika hendak menjenguk Ahmad di taska saya pasti akan sakit kepala. Dari sehari ke sehari, itulah simptom pertama yg saya alami. Aktiviti mengepam susu masih giat saya usahakn untuk memenuhi keperluan anak saya dan anak susuan saya. Susu tidak merudum, cuma setiap hari saya akan sakit kepala sahaja, tiada petanda lain. Saya sudah mula rasa lain kerana sakit kepala saya konsisten setiap hari wpun tiada petanda lain. Untuk makluman, saya masih tidak didatangi period selepas bersalin.....saya yakin kemungkinan utk hamil wpun tidak didatangi period boleh terjadi lagi pada saya sebagaimana saya mengandungkan Ahmad dahulu.

Dari hari ke hari, minggu ke minggu saya tetap tidak membeli alat test. Saya bukan tidak bersedia untuk itu tp bg saya biarlah check lmbt ckit sbb saya khuatir sekiranya lepas check saya akan jd ngada-ngada....mulalah alah x tentu pasal plak nanti.....sampailah kita semua bersua dgn Aidilfitri saya masih tidak check lg namun sy tetap menjaga diri saya dari membuat sebarang kerja berat. Dan akhirnya pada 11 Ogos 2014 ketika kami keluar mkn mlm di Alamanda saya membeli alat penguji tersebut. Niat asal nak beli senyap2, tp bila suami tanya jer beli apa kt watson's laju aje saya cakap pregnancy test. Jam 5.50 pagi saya terjaga untuk membuang air kecil, terus teringat nk uji sekali. Selesai membuang saya memberus gg utk bangun solat dan tidak hiraukan langsung alat penguji tersebut. Selesai berwuduk saya saja melihat alat penguji tersebut mmg jelas naik dua line sabagaimana gerak hati saya. Syukur Alhamdulillah, lantas saya khabarkan kepada suami dan seperti biasa suami turut gembira dengan berita tersebut. NAMUN jauh di lubuk hati saya ada terselit perasaan kasih pada Ahmad kerana ketika itu usianya belumpn menginjak setahun saya sudahpun hamil semula dan apa yg sy kesalkan kemungkinan besar sy terpaksa berpisah susu dengannya....itu yg paling saya kesalkan. 

Alhamdulillah arini usia kandungan saya genap 32 minggu, Ahmad masih minum susu ibu + susu kambing. Syukur juga Ahmad tidak cerewet kalo bab susu ibu ni, dia mmg berselera sama ada susu baru diperah mahupun yg frozen, mmg dia tidak membazirkannya. Kalau kakaknya susu yg sudah dibekukan mmg dia tidak akan minum sama  sekali. Cuma cabaran terbesar saya adalah ketika ingin memperkenalkan susu fm sahaja. Jenuh ajar smpi nangis2 dia tutup mulut....tp kalo kita tukarkan kepada FBM yg dh dipanaskan laju aje minumnya.....dan syukur juga Ahmad mendapat ibu susuan, Saya pasti setiap perancangan yg Allah Taala aturkan utk kita adalah yg terbaik sekali. Saya meneruskan penyusuan saya sehinggalah kandungan menginjak usia 6 bulan barulah saya pisahkan susu badan dengan dia namun masih teruskan dengan bekalan susu dari ibu susuannya.

Walaupun saya tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam yg bukan2, saya masih diuji juga. Genap kandungan saya berusia 13 minggu, ketika di pejabat dan saya sedang bersarapan tiba2 saya merasakan sesuatu mengalir dari bawah. Apabila saya check alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat campura air dan darah yg banyak keluar sehingga basah baju yg saya pakai. Saya menangis2 ketika itu, saya sayangkan kandungan saya dan saya berterusan menyalahkan diri kerana sehari sebelum kejadian itu saya mengangkat fail yg berat. Saya masih bleeding on off sehinggalah kandungan saya menginjak 17 minggu dan barulah betul2 stop. Setelah didiagnos dan follow up di hospital, didapati uri saya berada di bawah. Follow up terakhir di Hospital Putrajaya di kala usia kandungan saya 30 minggu Alhamdulillah uri saya sudah berada di atas. Syukur tidak terhingga kerana segala kerisauan saya sudah berakhir dan insya-Allah saya dibenarkan utk melahirkan anak yg ketiga ini secara normal.

8 minggu lagi kita akan bersua yer sayang....semoga anak umi daddy membesar dengan sihat, dikurnia kesihatan yg terbaik dan menjadi anak yg soleh atau solehah hendak-Nya....Amin....