Friday, August 23, 2013

Perjalanan Penyusuan Nusaibah Safiyya

rindukan momen sebegini

anak yg membesar dgn susu ibu

bobot


Bismillah dan salam buat semua....
 
Mmm, sebenarnya terasa berat untuk mencoret catatan yg satu ini kerana bagi saya ia merupakan kegagalan saya sebagai seorang ibu untuk menunaikan hak terhadap anak saya dan membuatkan diri saya sentiasa diseleubungi rasa bersalah dan berdosa kepadanya. Namun, saya cekalkan juga untuk menuliskan sekadar ingatan buat diri saya sendiri dan pengajaran yg berguna buat saya.
 
Alhamdulillah, sebaik saya melahirkan Nusaibah Safiyya tanggal 9 Disember 2011, jam 8.20 mlm dan ketika masih di dalam labor room lagi saya telah berjaya menyusukan Safiyya dengan pertolongan dan tunjuk ajar dari nurse. Terasa sebak dan terharu apabila melihat Safiyya menyusu dengan susu ibu dan berkali kali jugalah saya mengucup dahinya dan mengucapkan betapa saya ingin menyusukannya lengkap 2 tahun. Sepanjang penyusuan, saya akui ada pahit manisnya juga. Bukan tidak pernah Safiyya tiba-tiba tidak mahu menyusu direct dengan saya di taska, bukan tidak pernah puting saya sampai melecet, bukan tidak pernah susu saya merudum disebabkan berpuasa dan bukan tidak pernah saya stress utk mengepam disebabkan masalah pam. Walaubagaimanapun tidak pernah sekalipun saya miss untuk turun menyusukan Safiyya pada waktu tengahari wpun ada masa saya perlu ke KL atas urusan kerja. Sesi mengepam sebanyak 2 kali di pejabat juga saya tidak pernah tinggal untuk memastikan bekalan utk Safiyya mencukupi. Safiyya agak bijak orangnya, dia memilih untuk minum susu segar sahaja menyebabkan susu2 EBM yg saya simpan dalam peti sejuk yg beratus2 tu xpired dan terbuang begitu sahaja. Hati mana yg tidak sedih melihatkan titisan emas dibuang begitu sahaja, namun saya redha kerana saya tahu ada hikmah di sebaliknya. Disebabkan Safiyya memilih untuk minum susu yang baru diperah sahaja menyebabkan saya tidak boleh miss mengepam walau sesibuk mana sekalipun. Pernah juga pam buat hal tidak boleh menyedut seperti biasa, terasa ingin menangis mengenangkan tidak dapat memberi bekalan susu kepada Safiyya namun Allah Maha Adil, ada sahaja jalan penyelesaian yang ditunjukkan kepada saya.
 
Sepanjang menyusukan Safiyya, walaupun dia tidaklah termasuk dalam kategori chubby namun saya puas melihat dia membesar dengan susu saya sahaja. Genap tempoh 6 bulan barulah saya mula memperkenalkan makanan kepadanya. 6 bulan pertama memperkenalkan makanan mmg semuanya saya masak sendiri tanpa sebarang gula dan garam dan membawa bekal untuknya di taska. Tidak mahu menyusahkan pengasuh, saya sendiri menyuapkannya di waktu pagi dan tengahari agar saya merasa puas dapat menyuapkannya makan dan dalam masa yang sama saya dapat meluangkan masa untuknya. Apabila menyusukan Safiyya, terasa Safiyya rapat dengan saya berbanding dengan daddy nya. Sesuatu yg amat dicemburui oleh suami saya, hehehe.....itulah perasaan indah menjadi seorang ibu.

Namun, sejak awal bulan 1 tahun 2013 tiba-tiba sahaja susu yg setiap hari saya pam semakin hari semakin menyusut. Sangkaan saya hari pertama sahaja menyusut disebabkan ari Isnin, namun apabila genap seminggu saya hanya mampu mengepam sebanyak 3oz untuk sebelah kiri dan kanan untuk setiap sesi mengepam sedangkan sebelum ini saya Berjaya maintain untuk mendapat 5 oz setiap belah untuk satu sesi. Bermula dari situ hati saya rasa x tenang dan petang harinya saya mengajak suami ke Alamanda. Saya membeli pregnancy test secara sembunyi2 tanpa pengetahuan suami namun sebaik je keluar dari farmasi apabila suami bertanya terus laju je mulut saya menjawab membeli pregnancy test, huhuhuhu.....Saya menunggu sehingga hari Jumaatnya (mengambil berkat hari Jumaat) untuk menguji dan memang benarlah sangkaan saya yang saya sedang hamil. Sejak melahirkan Safiyya, saya akui memang saya tidak didatangi haid langsung dan itu menyebabkan saya tidak menyedari bahawa diri ini telah hamil.

Keputusan yg amat sukar sekali bagi saya...saya ingin meneruskan penyusuan dan dalam masa yang sama saya gembira dan bersyukur diri ini hamil semula. Maka bermulalah keputusan yang amat berat saya lakukan. Memandangkan Safiyya hanya minum susu yg baru diperah sahaja, maknanya susu yang tidak dibeku saya akui agak sulit untuk saya hadapi masa bersalin nanti apabila Safiyya ingin menyusu. Yela, saya di hospital macam mana Safiyya nak menyusu nanti. Saya memang berfikir panjang ketika ini, walaupun saya baru disahkan hamil saya dah fikir saat2 kelahiran adiknya nanti. Disebabkan memikirkan itulah maka saya terpaksa memperkenalkan susu formula kepadanya. Genap usianya setahun 2 bulan dengan rasa berat hati saya memperkenalkan susu formula kepadanya. Pertama kali memberinya susu, bergenang airmata saya dibuatnya.....diri ini terasa sebak dan bersalah kerana tidak menunaikan haknya untuk tempoh 2 tahun. Saya rasa berdosa sangat kepadanya, saya suarakan kepada suami, dan suami memujuk hati saya. Katanya, insya-Allah yg ketiga kita rancang elok2 dan kalau boleh biarlah anak dapat menyusu lengkap 2 tahun. Mendengarkan katanya, saya terasa lega. Bukan apa, saya tidak mahu dihantui perasaan bersalah dan berdosa kepada anak kerana tidak menunaikan hak mereka.

Percubaan pertama memberi Safiyya susu formula bukanlah sesenang yg dijangka, dia muntah2 dan menolak mahukan menyusu badan juga. Suami memberinya juga dia tidak mahu dan hanya main2 sahaja. Sudahnya saya mengambil alih tugas memberi susu kepadanya. Apa yg saya buat, setiap kali memberinya susu formula, saya akan berbaring bersamanya. Sambil menghisap susu, sambil dia membelek tangan dan mengusap wajah saya sepertimana apabila dia menyusu badan. Dengan cara itu dia masih dapat mencium bau saya dan dia tidak akan rasa terasing apabila tidak lagi menyusu badan dengan saya. Alhamdulillah sekarang Safiyya mahu menyusu dengan susu formula (walau dalam hati sentiasa sebak melihatkannya). Sesekali apabila dia minta susu badan saya tetap bagi sehinggalah Safiyya berusia setahun 7 bulan dan ketika itu saya telah hamil 8 bulan. Memang terasa perit sesangat apabila Safiyya menghisap susu badan dan kadangkala saya sendiri minta Safiyya supaya stop kerana tidak tertahan pedihnya. Pernah juga baru2 ini dia minta untuk menyusu badan tetapi saya terpaksa menolak kerana saya sudah sarat dan tidak sanggup rasanya menahan rasa perit dan pedih apabila dia menghisapnya.

Orang kata apabila anak menyusu badan, anak akan rapat dengan ibunya dan apabila anak minum susu formula, anak akan rapat dengan ayahnya namun saya lihat Safiyya tetap rapat dengan saya walaupun dia minum susu formula. Tidur malam dia tetap ingin memeluk tangan saya dan bukan tangan daddynya. Insya-Allah saya akan sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya selagi hayat dikandung badan. Maka, genap usianya setahun 7 bulan, tamatlah penyusuan Safiyya dengan susu ibu....




p/s:

Safiyya sayang, andai kakak baca coretan umi suatu hari nanti umi harap kakak faham kenapa umi tidak dapat menyusukan kakak 2 tahun. Umi harap kakak tidak marahkan umi dan ketahuilah bahawa keputusan yg umi lakukan teramat sukar utk umi ambil dan umi rasa berdosa pada kakak.....maafkan umi ye sayang....umi love u so much my dear!
 
 
 
 

Tuesday, August 20, 2013

Corat Coret Aidilfitri 1434 H

Bismillah dan salam buat semua....
 
Dah masuk 14 Syawal barulah saya boleh nak up kan coretan Aidilfitri buat kami sekeluarga. Xpela, better late than never kan?hehehe....Alhamdulillah raya kali ni merupakan Aidilfitri yang ketiga bergelar isteri, Aidilfitri yang kedua buat Safiyya dan Aidilfitri yg kedua saya hamil. Kali ni kandungan dah menginjak 36 minggu, terasa benar cabarannya. Selera nk makan memang menjadi2 dan dugaan makanan yg manis dan berlemak mmg tak boleh disangkal. Saya makan jugak tu yg berat naik dengan jayanya, hehehe....
 
Ok, bermula dengan pulang ke kampong....Kami bergerak pulang ke Ipoh jam 1.30 pagi ari Rabu dan Alhamdulillah selamat sampai jam 4.30 pagi ngam2 mak dan kakak ipar sedang bersiap menyediakan juadah utk bersahur. Sementara Safiyya masih lena, kami terus bersahur dan usai solat Subuh barulah saya boleh melelapkan mata semula. Sepanjang perjalanan saya tidak tidur, menemankan suami drive dan utk mengelakkanya mengantuk. Tak tidur lama kerana seawall pagi Safiyya dah membuang dan meminta untuk mencuci. Seperti biasa, sayalah yg beralah untuk bangun dan membersihkannya. Terasa berat nak mengganggu tidur suami yg agak lena dan nampak keletihan. Pagi Rabu, saya membantu mak untuk membuat rendang ayam, menyediakan bahan untuk bapak memasak tempe goreng Jawa dan mee rebus utk orang datang bertakbir malam itu. Tengaharinya pula mengemas memana yg perlu dan rehat seketika. Selesai kerja, selepas Asar saya menemankan suami ke UO untuk membeli barang keperluannya beserta dengan baju utk mak dan mak mertua saya. Sampai umah, standby utk berbuka dan selesai solat Maghrib kami bersiap2 untuk menanti ketibaan orang Masjid utk bertakbir. Jam 11.00 malam barulah tetamu datang dan dihidangkan dengan mee rebus, kuih muih dan kek lapis.
 
Raya Pertama : Selesai sesi bersalam-salaman, kami bergerak ke Jelapang umah obek Monek, ke Manjoi umah obek Embi, ke Rapat Jaya umah Obek Salim dan ke Sungai Rokam umah obek Ende. Raya Pertama habiskan beraya di rumah sedara belah bapak sahaja dahulu. Malamnya bersambung beraya ke rumah Chik Tang di Pekan Razaki...Alhamdulillah Safiyya ok, time tidur dia masih tetap nak tidur x mengira tempat.
 
Raya Kedua : Rutin setiap tahun keluarga mak untuk berkumpul di Kg. Pulau Pisang. Keluarga kami ditugaskan menyediakan sarapan pagi iaitu bihun goreng. Saya sekadar menyediakan bahan2 kerana tidak berdaya berdiri lama-lama. Sampai ke petang kami di kampong dan terasa seronok kerana dapat berjumpa dengan mak n pak sedara, sepupu sepapat dan anak2 saudara yg len. Tahun ni seperti biasa mak buyung x dapat menyertai acara sukaneka, suami sahaja menyertainya dan mendapat tempat ke-4.
 
Raya Ketiga : Pulang ke kampung suami di Grik. Tidak ke mana-mana, sekadar melayan tetamu yang datang dan giliran Safiyya dengan atok n opahnya pulak. Habis didera Acu dia untuk mendukungnya untuk melihat ayam kat luar....Atok aje yg rajin melayan kerenah dia yg minta macam2, ehhehe....Terima kasih atok, pandai abah mengambil hati Safiyya. Patutla Safiyya sekarang bukan main manja dengan atok dia....memanjang jer nak duduk atas riba. 
 
Raya Keempat : Menghadiri dua kenduri di kampung suami sebelum bergerak pulang ke Sungai Raia.
 
Raya Kelima : Pulang semula ke Putrajaya.....
 
Maka, tamatlah sudah coretan raya cuma sekadar menghadiri jemputan open house pada minggu lalu dan minggu ini juga ada jemputan kenduri akikah dan majlis tunang my best fren. Oh ye, Raya kali ni x banyak gambar...entahlah sejak mengandung ni saya paling x suka bergambar....terasa membulat dengan jayanya. Sedikit gambar buat kenangan coretan di Aidilfitri 1434 H....Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
 
sementara menunggu yg lain bersiap, kami bergambar dahulu

bertiga di kala umi membawa adik Safiyya @ 35 minggu




tangan Safiyya x boleh duduk diam, kenala umi memegangnya
 
Nampak daddy pakai songkok, Safiyyapun nak pakai jugak....ai la anak dara sorang nih!


Love both of them so much!

Raya Kedua di Kg.Pulau Pisang


satu-satunya gambar yg saya berdiri....huhuhu, so gemmsss
 

Check-Up Adik Safiyya @ 37 weeks

rindunya momen Safiyya jadi baby dulu....asyik kena gomol n cium2 aje....
skrg dah besar asyik jadi mangsa kena gigit dengan umi dia aje.....
 
 
Bismillah dan salam buat semua....
 
Bermula minggu ni maka setiap minggu la saya menjadi pengunjung tetap KK Presint 9 setiap ari Selasa sehingga saya selamat bersalin. Appointment jam 11.40 pagi, jam 11.00 pagi saya dah sampai klinik. Macam biasa, prosedur urin dan seterusnya menunggu giliran jumpa nurse di bilik no.11. Menunggu jumpa nurse yg agak lama.
 
Ketika nurse memeriksa denyutan jantung baby, nurse bgtau baby belum masuk laluan sepenuhnya. Nurse kata selalunya anak pertama cepat engage tapi anak seterusnya baby akan engage apabila betul2 dah nak bersalin....Info yg saya baru tahu. Seperti biasa nurse bertanya tentang persiapan barang utk ke hospital. Beg baby dah selamat berada dlm kete, tp barang mak baby masih kt rumah. Dah masuk barang ckit, tp belum sepenuhnya. Keadaan saya ketika ini Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai isteri dan umi kepada Safiyya. Cuma agak sukar apabila berjalan kerana terasa sakit di bahagian ari-ari dan kesukaran untuk tidur dan menukar posisi tidur. Sudahnya menyebabkan ada masa saya tidur membelakangkan Safiyya sambil memberi tangan kepadanya utk dipeluk. Dah mcm terkehel je tangan umi ni, tapi itulah pengorbanan demi anak tersayang. Biarlah umi tidur dalam keadaan tidak selesa asalkan anak tidur nyenyak. Ok, ni hasal dari check-up tadi.....
 

Berat Badan : 58.9 kg (naik 700 gram) 
Tekanan Darah : 120/74
Tinggi Rahim : 37 cm
Jantung Janin : 149 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB : 12.4
 
Tak sampai sebulan Safiyya dah nak jadi kakak, kadang membuatkan saya terasa gementar menantikan reaksinya dgn kehadiran adik. Pada awal dahulu terserlah sifat cemburunya, pantang melihat saya memegang baby lain pasti dia akan minta didukung. Tapi Raya aritu, dia x kisah saya memegang bayi lain tp dia pasti akan dating sambil duduk atas riba saya sambil mencium baby tersebut. Semoga Safiyya akan menyayangi adik2nya nanti dan menjadi kakak yg terbaik buat adik-adiknya, Amin.
 


Monday, August 19, 2013

Check-Up Adik Safiyya @ 36 weeks


 
 
Bismillah dan salam buat semua....
 
Entry ini agak lambat, almaklumlah saya baru sahaja masuk keje selepas bercuti panjang sempena hari raya. Sebenarnya saya amik cuti raya 3 hari sahaja tetapi disebabkan taska Safiyya masih tutup maka saya terpaksa tambahkan cuti saya lagi 3 ari sehingga Jumaat lepas. Niat di hati nak bawak Safiyya ke pejabat tapi memikirkan apabila bawak dia ke pejabat, maka saya tidak dapat membuat sebarang kerja dan tumpuan hanya kepadanya seorang. Tambahan pula dengan keadaan saya yang sarat menyukarkan saya untuk mengawal dia di tempat yang luas. Maka, suami minta saya berehat di rumah sahaja dan meluangkan masa dengan Safiyya.
 
Check-up kali ni saya terpaksa tukar hari memandangkan suami saya ada urusan pada hari Rabu dan saya terpaksa awalkan sehari ke hari Selasa. Check-up kali ni suami dan Safiyya menemankan saya, tapi awal2 suami membawa Safiyya ke alamanda untuk menyelesaikan beberapa urusan. Appointment saya jam 11.00 pagi dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama. Kali ni juga kena buat FBC untuk ujian darah secara detail dan Alhamdulillah semuanya normal. Ini hasil dari check-up aritu....

Berat Badan : 58.2 kg (naik 2.45 kg) 
Tekanan Darah : 123/75
Tinggi Rahim : 36 cm
Jantung Janin : 140 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB : 12.4

Wah, banyak betul berat saya naik...tu baru seminggu raya, huhuhu. Nurse dah bising2 dah dan dia bgtau berat saya dah naik 13.4 kg sepanjang mengandung padahal baru 36 minggu. Hehehe, nak wat cemana mengandung kali ni selera makan senantiasalah ada...xde istilah tengok makanan yg x lalu. Seingat saya sepanjang mengandungkan Safiyya sehingga kelahirannya berat saya cuma naik 13 kg sahaja, tetapi tidak kali ini....Xpelah, janji umi n baby sihat hendak-Nya....Amin. Hari ni jugak kena jumpa Doc untuk scan. Syukur air kutuban berada pada paras normal, uri juga berada elok di atas dan kepala baby juga sudah turun. Syukur sesangat mendengarnya kerana pada kandungan 28 minggu posisi baby breech, kepala di atas dan kaki di bawah. Semoga posisi baby kekal sebegini dan saya dapat melahirkannya secara normal..Amin, mudah-mudahan. Seperti biasa Doc memberitahu jantina baby dan berat baby ketika itu sudahpun mencecah 2.67 kg....nampaknya bukan baby yg besar tp saya yg membesar dengan jayanya...hehehe, tp Doc x marahpun, Doc siap pesan makan sepuasnya.....wah, sayang Doc ketat ketat, mmmuahhh! Pasni bermulalah rutin check-up seminggu sekali sehingga kelahirannya. Umi harap baby x la keluar lambat sangat yer...x sabar nak menatap wajah anakanda yg kedua nih.....kakakpun x sabar2 nak cium baby, pantang Nampak baby pasti habis kena cium n gomol dek Safiyya.
 
 

Monday, August 5, 2013

Corat Coret Ramadhan 1434


Raya tahun lepas...tp gambar Safiyya blur sbb dia x leh duk diam.....eee, geram
 
Bismillah dan salam buat semua....
 
Insya-allah lagi 3 hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Hati terasa sayu plak untuk meninggalkan Ramadhan, semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir buat kita semua. Alhamdulillah tahun ni, dapat juga menunaikan solat Terawih secara berjemaah di Masjid Putra. Perasaan yang sungguh indah sekali. Walaupun terpaksa berjalan jauh, namun tidak terasa langsung kepenatannya. Safiyya pula Alhamdulillah pandai membawa diri tatkala umi dia solat dan saya juga tidak terlalu risaukan dia merayap jauh. Namun, saya hanya terdaya menunaikan solat terawih di hujung minggu sahaja, ralat sungguh rasanya. Ini kerana pada hari biasa Safiyya tidur jam 8.30 mlm  atau 9.00 malam.
 
Sepanjang bulan puasa ni, hujung minggu sahaja saya memasak. Hari biasa saya tidak berkesempatan untuk memasak kerana masa lebih ditumpukan untuk Safiyya, plus saya tidak mampu berdiri lama di dapur kerana sakit pinggang n belakang. Sepanjang bulan puasa ni juga, adalah 3 kali berpeluang berbuka puasa di luar. Sekali bersama sahabat2 suami di Restoran Arab d Café, Shah Alam, sekali di Saloma Bistro, Jalan Ampang atas jemputan boss suami dan yang ketiga semalam di Kampung Melayu Subang bersama sahabat2 suami di KUITTHO. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih berpuasa penuh dan tidak pernah miss bersahur. Terasa kandungan kali ini lebih besar berbanding ketika mengandungkan Safiyya. Alhamdulillah hari ni kandungan saya genap berusia 35 minggu. Terasa nervous jugak, tapi dalam masa yang sama perasaan takut tetap ada dalam diri. Semoga adik Safiyya keluar bila tiba masanya yang sesuai dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya dan baby nanti...Amin....
 
Mengenai persiapan raya, Alhamdulillah minggu lepas telah selesai misi pencarian ketika di Sungai Petani, Kedah. Kebetulan saya outstation ke sana, terus ambil kesempatan untuk membeli persiapan raya di sana sekali. Dah ada anak ni, persiapan anaklah diutamakan. Baju suami juga dah selesai, cuma masih mencari seluar jeans untuknya. Untuk saya pula, memadai dengan 2 jubbah sahaja. mmm dah x muat baju, jubbah ajelah menjadi pilihan hati. Jubahpun kena try dulu sebab kebanyakan jubbah saya yg sedia ada semuanya dah senteng kat depan gara2 perut yang semakin membesar dengan jayanya. Check it out, persiapan raya kami :
 
a) Safiyya - baju n seluar (3 pasang), gown (4 pasang termasuk 2 yang opah belikan), baju kurung sepasang, kasut sepasang (Bata), stoking (2 pasang);
 
b) Daddy - baju t-shirt (3 helai), baju Melayu (sepasang), jeans (dlm proses mencari);
 
c) Umi - Jubah (2 pasang);
 
d) Kuih - beli 1 kuih sahaja, dapat 2 kuih dari PIDM n 2 kuih dari BSN (tq so much....);
 
e) Bapak n abah - beli t-shirt di Sogo
 
f) Mak n mak mertua - beli di Ipoh nanti....
 
g) Duit raya - Alhamdulillah dah siap tukar... :-)
 
Rasanya tu jer kot, misi harini adalah untuk mengemas beg untuk balik ke kampong. Walaupun cuti x lama tapi peluang untuk bersama keluarga tidak akan dilepaskan. Paling x sabar nak makan rendang n lemang.....Harap adik Safiyya dapat bersabar yer, jangan keluar sampailah umi dapat makan lemang n rendang, hehehe......Selain dari beg kami, suami juga dah pesan suruh standby sekali beg ke hospital....mana tau kan, kita hanya mampu merancang....Tuhan jua yg menentukan segalanya.... (^_^)....Insya-Allah lepas berbuka malam esok, kami bergerak pulang ke Ipoh....semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Buat kawan2 semua, berhati2 di jalan raya dan Selamat Hari Raya kami ucapkan buat semua. Ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang kami lakukakan sama ada sengaja atau tidak kami sedari dan halalkan juga makan minum kami.
 
 

Thursday, August 1, 2013

Check-Up Adik Safiyya @ 34 weeks


Bismillah dan salam buat semua.....

Lama plak rasanya tak terupdate blog, banyak blogwalking jer....mm ntahlah, mood ke laut agaknya bulan pose nih....lemau semacam rasa badan....padahal dah tdo awal (temankan Safiyya tdo, dgn umi nya sekali terlena). Alhamdulillah semalam dah selesai check-up adik Safiyya, terasa semakin besar perutku ini...bagaikan juara berbeza sangat dengan mengandungkan Safiyya dulu. Dahulu perut saya tidaklah sebesar ini tapi sekarang ni pusat pun dah nak mula timbul, huhuhu......
 
Appointment jam 9.40 pagi, sampai klinik kul 9.30 pagi n selesai jam 10.00 pagi. Hajat di hati nak dengar ceramah tentang anemia / pemakanan, tapi mengenangkan ada keje yang belum selesai maka saya tunda dahulu hasrat tersebut. Jumpa je nurse, dia tanya saya sihat ker?sebab Nampak muka macam x sihat?huhuhu, rasanya saya sihat walafiat aje......Alhamdulillah sehingga kini saya masih berupaya untuk berpuasa penuh. Adala sekali saya pitam di pejabat dan suami minta saya berbuka tapi mengenangkan bukan selalu diberi peluang untuk berpuasa penuh maka saya pendamkan sahaja hasrat tersebut....Alhamdulillah berjaya bertahan sampai ke petang....Saya rasa mungkin saya kurang tidur pada malam sebelum kerana malam itu saya tidak dapat tidur disebabkan baby bergerak dengan aktifnya sehingga menyukarkan saya untuk mencari posisi tidur yang sesuai. Sekarang ni, memang terasa kuat sangat baby bergerak, bergoyang ke sana sini perut saya sampaikan suami pun takut melihatnya. Bermula minggu yang lalu, saya dah mula terasa sukar untuk berjalan. Berjalan pun dah mula perlahan....huhuhu....Ok, ni hasil dari check-up semalam, syukur semuanya berjalan lancer n adik Safiyya sihat.

Berat Badan : 55.75 kg (naik 750 gram) 
Tekanan Darah : 117/72
Tinggi Rahim : 33 cm
Jantung Janin : 145 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
 
Next appointment lagi 2 minggu (lepas Raya), alamatnya naik la berat berganda agaknya pas mkn rendang n lemang nanti, huhhuhuhu....Next appointment kena amik darah utk detail test n kena jumpa Doc buat kali terakhir. Hopefully semuanya ok dan dipermudahkan buat umi n baby....Dah masuk bulan Ogos ni, rasa x sabar nak tunggu kehadiran adik Safiyya ni, cuma dalam pada rasa x sabar tu tetap ada rasa takut nak menghadapi sakit bersalin.....