Tuesday, May 29, 2012

Hujung Minggu Yang Indah

Bismillah dan salam buat semua.....

Sampai terlena anak umi ni menunggu giliran kt
imigresen
Last week terasa hujung minggu kami sekeluarga diisi sepenuhnya oleh kami sekeluarga dgn pelbagai aktiviti. Yang paling penting dgn kelapangan masa suami tercinta. Bukan apa, kadang2 hujung minggu suami perlu ke pejabat untuk menyiapkan kerjanya. Kalau ada di rumah sekalipun kadang2 suami membuat kerja. Apabila suami tidak kerja, apalagi sepenuhnya masa diperuntukkan dengan si manja tersayang la jawabnya....

Hari Sabtu agenda kami agak padat, bermula seawal jam 9 pagi kami menerjah ke Pejabat Imigresen sehingga jam 1 petang. Sangkaan kami orang x ramai, rupa2nya kami sampai no giliran kami 155 dan 156, jenuh menunggu la jawabnya. Ada rasa mcm nk balik tp terpaksa jugak menunggu sebab kami perlu selesaikan urusan tersebut dalam minggu itu juga. Sampaikan si manja dah beberapa kali mengamuk n tertidur la kt situ dibuatnya. Sampaikan kami terpaksa breaklunch sekali kat situ sementara menunggu giliran, mujurlah Presint Diplomatik tu ada byk kedai makan n pilihan kami adalah nasi arab. Kesian Safiyya terjelir2 lidah melihat kami menjamu selera....sabar ye sayang, nanti dah 6 bulan umi b
agi adik makan tau......

Selesai urusan di imigresen jam 1 petang, kami ke Perodua Subang Jaya.Niat di hati nk tukar tayar dengan member lama tapi disebabkan masalah salah bagi no telefon dan suami dah penat menunggu akhirnya kami pulang semula ke Putrajaya dan servis kereta di Desa Pinggiran Putra jer. Menunggu juga sampai jam 6 ptg dan selepas itu kami ke Bangi untuk tukar tayar kereta. Time kat sini Safiyya agak selesa kerana ruang menunggu agak selesa dan dia dapat berbaring, meniarap dan bermain. Kalo dlm dukungan umi dia payah sikit sbb dia x leh bergerak bebas, hehhe......Selesai urusan jam 7.30 malam.


yeayy, dapat jugak saya berbaring arini
setelah seharian umi dukung n daddy dukung...
kesian umi n daddy

Pulang ke rumah untuk bersihkan diri dan solat kemudian kami ke Klinik An-Nur untuk khitankan (sunat) anak perempuan kami. Awal2 saya dah pesan kt suami yg saya x nak masuk sekali sbb x sanggup untuk melihat tp suami menarik juga tangan saya menyebabkan saya terpaksa masuk juga. Syukur suami dah telefon awal, maka x perlulah kami menunggu sementara mereka menyediakan kelengkapan untuk khitankan bayi. Safiyya pula apabila dibaringkan kakinya mmg x boleh duduk diam, mujur pembantu Doktor pegangkan kakinya yg aktif itu sementara daddy dia pula pegangkan tangannya. Umi dia pulak duk menyorok belakang Dr, ehhehe.....Safiyya time khitan mmg x menangis cuma dia menjerit sebab x boleh bergerak sbb kaki dan tangannya kena pegang.....Anak umi memang kuat semangat, umi sayang kt adik ni....Selesai urusan jam 9.30 mlm dan pulang ke rumah utk berehat.

Hari Ahadnya jam 9 pagi kami keluar rumah utk ke imigresen sekali lagi. Syukur kali ni x menunggu lama dan urusan kami selesai x sampai 5 minit. Bersarapan kt kedai berhampiran pastu kami ke Mydin membeli barang rumah serba sedikit. Rupanya jam 9.30 pagipun Mydin dh buka, barula saya tahu wpun duk dekat jer, huhuhu......Petangnya kami keluar semula untuk ke rumah abg saya di Puchong. Seronok bertemu dgn Luth sbb dh lama sgt x jumpa dia. Dah boleh berjalan rupanya Luth dan semakin bijak....mana x nya, bila Safiyya nangis nak susu habis diajuknya Safiyya menangis.....Safiyya pun bukan main gembira jumpa abg Luth, apa saja aksi yg abg Luth dia buat pasti Safiyya mengekek2 gelak......



awal2 datang, muka masing2 malu2

mata sapa lagi besar?abg Luth atau adik Safiyya??yeayyy anak umi menang

TQ daddy sebab luangkan masa dgn umi n adik...we love u so much!!


Ikut muka Umi atau Daddy?

Bismillah dan salam buat semua...... 


Saya dan suami selalu berebut2 mengatakan anakanda kami tu ikut iras muka saya atau suami?suami dengan bangganya mengatakan ikut iras muka dia tp saya juga tetap x mahu mengalah dan mengatakan anakanda tersayang ikut iras muka saya....TAPI kalo tgk pic kami time kecik, mmg banyak iras muka daddy diapun sebab muka umi dia time kecik lagi cute, hehehe......walaubagaimanapun, mak mertua saya pula kata muka Safiyya mcm muka Alya, sepupu Safiyya. Abang saya yg ketiga juga mengatakan benda yg sama...meh kita tgk ikut iras muka sape sebenarnya, hehehe....

macam muka daddy ker?

 time ni sepesen jer muka dua beranak ni kan...hehehe

 mcm muka umi x?hehehe

 yelah, sebiji muka umi...yeahhhhh!!

ker ikut muka Alya?

Kalau dari segi perangai pulak meh saya senaraikan sifat2 n sikap anak saya ni:

a) Manja ikut perangai umi dia since saya anak perempuan sorang dlm adik beradik;
b) Garang ikut perangai daddy dia, kalo dia dh mengantuk n kita x bg dia tidur lagi alamatnya mmg dia akan menjerit kuat2 x kira tempat n masa;
c) Nak cepat ikut perangai daddy dia, x kira nak cepat susu mahupun cepat pakai baju...x sempat umi dia nk ulit dia lama2;
d) Telinga sensitif ikut daddy dia, pantang dengar sebarang bunyi ketika tidur pasti akan celik matanya;
e) Nak tidur tanpa gangguan ikut umi dia sebab saya kalau tidur x suka ada cahaya lampu....sejak ada anak kecik ni terpaksa pasang lampu tidur




Friday, May 25, 2012

Opick - Tiada duka Yang Abadi



Tiada duka yang abadi didunia

Tiada sepi merantaimu selamanya

Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti

Takdir hidup ‘kan dijalani



Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring

Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu

Namun ku percaya hati meyakini

Semua akan indah pada akhirnya



Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini



Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati

Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti

Takdir hidup ‘kan dijalani



Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini



Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini

Harap ampunkan hamba-Mu ini



Wednesday, May 23, 2012

Akar Fatimah

rupa akar Fatimah sebelum di rendam

 
setelah sejam di rendam

 
Bismillah dan salam buat semua....

Sedang saya membelek2 album sepanjang saya hamil, saya terpandang gambar di atas dan terdetik rasa nk share bersama kawan2........

Kawan2 kenal x dengan benda di atas tu? Mak saya kata tu la akar Fatimah dan mak saya dapat pemberian dari adiknya ketika adiknya menunaikan Haji. Kali pertama digunakan oleh kakak ipar saya yg pertama ketika melahirkan anaknya yg ketiga. Kakak ipar saya yg kedua juga pernah menggunakannya namun x sempat minum air rendaman akar tersebut kerana dia melahirkan anak sulungnya 3 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Manakala kakak ipar saya yg ketiga tidak menggunakannya kerana caesarian dan terakhir saya menggunakannya. Kiranya turun temurun jugaklah nampaknya dan akan digunakan oleh kami bergilir2.....

Saya mula mengambil akar tersebut menjelang kandungan saya 7 bulan namun saya masih tidak merendamnya cuma pada 28 November 2011 saya mempunyai kekuatan untuk mula mengamalkannya. Bukan apa, kakak ipar saya kata sebaik dia mula minum air akar Fatimah terus ada cetusan untuk kelahiran buatnya. Jadi apa yang diperkatakan olehnya membuatkan saya menunggu sehingga minggu ke-38 baru saya mula minum airnya. Maka pada petang 28 November 2011 saya merendam akar tersebut dan pada 29 November 2011 ketika usia kandungan saya 37 minggu 5 hari saya mula minum air rendaman akar tersebut. Akar yg telah saya rendam semalaman saya angkat dan airnya saya masukkan dalam botol air untuk memudahkan saya meminumnya sebelum tidur. Awal2 saya boleh minum air tersebut, tapi lama-kelamaan saya minum sedikit sahaja dan selebihnya saya buat untuk sapu perut saya. Pada 9 Disember 2011, ketika kandungan saya genap 39 minggu saya selamat melahirkan anak saya. Oh ye, ketika sakit contarction juga suami menyapu air rendaman akar Fatimah tersebut di perut dan belakang saya. Alhamdulillah rasa sakit berkurang setiap kali suami menyapukan air tersebut. Wallahualam.........




Tuesday, May 22, 2012

Safiyya meniarap


Alhamdulillah di usia 4 bulan setengah anak umi dah mula rajin meniarap
(dlm video ni Safiyya duk bising mulutnya sebab nak susu, sbb tu meniarap sambil hisap jarinya)

Monday, May 21, 2012

Safiyya demam campak....

Bismillah dan salam buat semua.....

Sejak bergelar ibu ni, rasanya umi nya memanjang jer cutinya....almaklumla kdg2 bila Safiyya x sihat ckit saya akan mengambil cuti (sebenarnya umi dia mmg xcited nk cuti sbb leh luang masa dgn yg tersayang, hihihi)...Namun demikian saya tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anakanda tersayang saban waktu...

Rentetan dari anak saya dedar2 seminggu sebelumnya akhirnya pada hari Rabu, 16 Mei 2012 (genap Safiyya berusia 5 bulan 7 hari) tepat jam 6.00 pagi dia merengek2 ketika kami suami isteri ingin mengerjakan solat Subuh. Selesai solat saya menyusukan anak saya seperti biasa namun anak saya seperti tidak selesa dan masih merengek2. Saya merasakan kepalanya agak panas dari biasa dan jarinya juga terasa panas. Pantas termometer saya capai dan melihat suhunya dh mula mencecah 37.8 darjah celcius dan semakin menaik. Setelah berbincang dengan suami, kami putuskan utk membawa anakanda ke KK Presint 9. Jam 8.00 pagi kami dah ke sana namun alangkah kecewanya apabila Dr mengatakan anak saya tidak demam, padahal anak saya dh merengek2 x sedap badan. Saya katakan pada Dr yg saya baru tuam dahi anak saya dgn tuala basah, mungkin sebab tu suhu anak saya mungkin turun namun Dr tetap menidakkan anak saya demam.Maka pulanglah saya ke rumah dan suami bekerja seperti biasa manakala saya terus cuti sebab x sedap hati nk hantar anak dalam keadaan dia sedemikian.

Menjelang petang Safiyya masih berkeadaan sedemikian, masih merengek2 dan tidurnya tidak lena. Apabila suhunya mencecah 38.6 darjah celcius, saya terus text suami meminta izinnya untuk keluar rumah membawa si kecik ke klinik An-Nur. Walaupun badan saya terasa lemah namun saya gagahkan diri juga untuk drive kereta ketika itu, dalam hati x henti2 berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberi kekuatan dalam menempuh ujian yg diberikan. Selesai urusan di klinik jam 4.00 petang dan lantas saya memberi ubat yg diberi oleh Dr kepada anakanda dan dia tidur lena. Menjelang petang hari, anak saya kembali lincah dan cergas namun saya terlihat bintik2 merah di pelipat lengannya. Saya kira mungkin ruam sbb anak saya berpeluh.

Apabila ayahnya pulang dari pejabat jam 6.30 petang, Safiyya semakin cergas dan terdengar ketawa manjanya (ketawanya yg saya rindukan sepanjang hari itu). Suhu badannya sentiasa saya pantau, Alhamdulillah suhunya semakin menurun dan Safiyya kembali cergas dan aktif seperti biasa. Saya suarakan kepada suami akan bintik2 di lengannya dan pada masa itu bintik2 merah juga dh kelihatan di mukanya dan suami katakan mungkin ruam disebabkan cuaca panas. Malam itu, muka Safiyya makin naik merahnya dan dalam masa yg sama saya sedang text dgn ayah mertua dan saya suarakan kebimbangan saya. Ternyata kami sependapat dengan gerak hati kami dengan mengatakan Safiyya demam campak.....

Keesokan arinya, kami berdua bercuti dan membawa anakanda ke klinik berhampiran dan Dr mengesahkan yg Safiyya demam campak, lotion diberi utk kurangkan rasa gatal/miang di badannya....Safiyya mmg x menggaru kecuali time tido dia akan gosok matanya...good girl sayang, love u!!

Ari Jumaat, daddy Safiyya kembali bekerja manakala uminya masih bercuti dan ruam2 merah di muka dan badannya mula surut dan Alhamdulillah ari Ahad anak saya dh sembuh sepenuhnya.......


 time Safiyya demam

 bintik2 merah mula kelihatan di dahi, umi ingatkan sebab Safiyya gosok2 mata nk tido

 ni betul2 dah kena campak nih

 kesian kt anak umi ni, syukur x meragam...sayang sgt2 kt bobot

umi sapu losyen kt satu badan Safiyya.....


Monday, May 14, 2012

2 ari sebelum Safiyya menginjak 5 bulan...

 wajah anak umi yg bad mood di ari Selasa


wajah2 kesayangan umi....love daddy n adik so much


Bismillah dan salam buat semua.....

Isnin lepas, iaitu 2 hari sebelum anakanda tersayang menginjak usia 5 bulan pulang dari nurseri umi pegang badan dan kepala anak umi ni seakan panas...Segera umi ambil termometer dan sukat suhunya 36.8 darjah celcius (rasanya belum consider demam), lantas umi terus memasak dan membasuh baju Safiyya.....

Ketika memasak, Safiyya dijaga oleh adik saya iaitu Chik As Safiyya tapi dapat saya dengar dengan jelas Safiyya sering saja batuk dan membuatkan hati saya tidak tenang. Segera saya masak dengan kadar yg cepat kerana ketika ini saya mendengar Safiyya dah mula merengek2. Sangkaan saya Safiyya mengantuk ingin tidur sahaja namun dia merengek terus-terusan. Suami pulang malam itu, terus saya khabarkan kepada suami situasi anakanda tersayang namun berkali2 suhu badannya saya ambil dan paling tinggi suhunya cuma 36.9 darjah celcius sahaja. Jam 9.00 malam Safiyya menunjukkan tanda2 hendak tidur tapi dia masih tidak selesa dan merengek2 dan lantas kami suami isteri putuskan untuk membawanya ke klinik berhampiran.

Jam 9.30 mlm kami tiba di klinik dan kami tidak menunggu lama terus dapat berjumpa Doktor. Ketika diperiksa, Safiyya tidak duduk diam, ditepuk2 tangan Dr yg memeriksanya hinggakan Dr kata x macam demampun aktif semacam, aduhai anak umi sayang suka sgt tepuk2 orang yer....Pulang dari klinik Safiyya tidur seperti selalu tapi dia seakan serba x kena, dalam matanya terpejam dia merengek2 ke kiri dan ke kanan. Saya juga tidak lena dibuatnya kerana sekejap sekejap saya mengambil suhu badannya. Bila dilihat mula mencecah 37 darjah celcius, saya mula tuam pelipat sendinya dgn tuala basah dan melumur air asam jawa di dahinya.

Ari Selasa pagi, setelah berbincang dengan suami saya putuskan untuk bercuti menjaga Safiyya pada hari tersebut. Seharian bersama dengan anakanda tersayang, dia kelihatan aktif cuma sesekali akan merengek. Setelah keadaannya kekal aktif, saya memutuskan untuk kembali bekerja pada keesokan arinya.

Ari Rabu, saya kembali bekerja seperti biasa namun di sebelah petangnya saya membawa anak saya ke KK Presint 9 untuk check-up bulanan dan mendapat suntikan imunisasi. Ubat demam / tahan sakit dibekalkan kepada saya sebab saya memberitahu anak saya batuk dan selsema ari sebelumnya. Malam itu, sekali lagi Safiyya merengek2 dan tidak boleh tidur. Puas di cari posisi tidur kegemarannya namun dia tetap x selesa. Lantas jam 11.30 malam kami suami isteri ke Hospital Putrajaya kerana risau sekiranya Safiyya tidak boleh tidur disebabkan hidungnya tersumbat. Seperti biasa, suhu badannya tidak tinggi dan cuma dia tidak selesa disebabkan oleh selsema dan batuk.

Ari Khamis dan Jumaat, umi Safiyya bercuti untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anakanda tersayang.

Ari Sabtu dan Ahad, Safiyya kembali aktif walaupun masih selsema dan batuk namun senyuman dan kadangkala gelak tawanya membuatkan hati umi terhibur. Dan apa yg membuatkan anak umi lebih gembira apabila dikelilingi oleh orang ramai apabila keluarga mertua saya berkunjung dan tidur di rumah.

Umi dan daddy doakan Safiyya lekas sembuh, umi tahu anak umi kuat....umi dan daddy sayangkan Safiyya tau...



Wednesday, May 9, 2012

WW Wednesday


umi suka tgk wajah Safiyya lepas mandi.....time ni daddy nk bawak Safiyya n umi ke Pesta Buku... ^_^


Monday, May 7, 2012

Anak umi dah pandai menjerit.....


anak umi n daddy dah mula pandai nk menjerit sekarang ni....eee, geram nk gigit...

Thursday, May 3, 2012

Safiyya mewarisi sifatku.....



Alhamdulillah anak umi dah berjaya meniarap di usia 4 bulan ++



Bismillah dan salam buat semua...

Alkisahnya 3 minggu yg lalu saya bercerita kepada ayahanda tersayang ttg perangai anak saya yg saya kira sedikit manja tp sy istilahkan dia mengada2 kepada bapak saya....Bukan apa, kdg2 saya rasa saya bebas bercerita dgn ayah saya ttg perihal apapun dan saya tahu ayah saya memahami saya dan ayah saya tahu segala isi hati saya.....

Kisahnya bermula apabila anak saya 'buat perangai' kt nurseri apabila dia x nak direct feeding dengan saya....Kalau di rumah perangainya tidak sebegini, tp di nurseri dia bantai x nak menyusu tp nk tido...Saya bukan apa, kdg2 rasa risau x bg dia susu terlebih dahulu sebelum ke pejabat sbb anak saya on off menyusu menggunakan botol...bayangkan nk sampai ke rehat tengahari tu ada la dalam 3-4 jam, dah tentu dia akan lapar.....sudahnya saya tertekan n ceritakan kepada ayah saya ttg perangai Safiyya yg mengada2 tu....

Pada awalnya ayah saya memberi kata2 semangat n pesan supaya saya sentiasa berfikiran positif namun disebabkan 3 hari berturut2 saya telefon ayah saya n saya masih tertekan at last bapak saya kata yg Safiyya tu sebijik dgn perangai saya semasa kecil, iaitu sentiasa nak dimanjakan n nakkan perhatian...adehhh, terkena jua akhirnya....pada awalnya saya menafikannya tp bapak saya kata dah besar baru saya berfikiran matang n dah kurang manja tp waktu kecik2 dulu mmg sama jer dgn perangai Safiyya....hehehe.....bapak kata, kalo bapak boleh jaga Ya, bapak yakin Ya pun boleh jaga Safiyya sbb Safiyya tu cermin bg diri Ya sendiri, huhuhuhu....

Seminggu Safiyya berperangai sedemikian dan sekarang dia mula berubah laku hari demi hari....apepun umi n daddy akan tetap sabar melayan kerenah anakanda yg bobot nih...luv u sayang.....