Thursday, December 19, 2013

Perbezaan

Add caption
Bismillah dan salam buat semua....
 
kali ni saya nak stori mori kisah perbezaan kehamilan yg pertama dan kedua. Kehamilan pertama mmg diharapkan dan tanpa disangka saya dah hamil setelah hampir dua bulan tidak didatangi haid. Manakala kehamilan kedua memang tidak disangka kerana saya tidak didatangi haid langsung setelah saya bersalinkan Safiyya. Alhamdulillah saya dikurniakan sepasang cahaya mata, dan sungguh kami tidak plan untuk menentukan sebarang jantina malah menerima dengan penuh kesyukuran walau apapun jantina bayi kami nanti. Apabila keluar, bukan main seronok apabila disahkan memang bayi lelaki. Cucu ke-10 untuk mak n bapak (5 lelaki, 5 perempuan) dan cucu ke-5 (cucu lelaki pertama) untuk mak n abah. Ok, meh saya senaraikan perbezaan dan persamaan yg saya alami sepanjang saya hamilkan kedua-duanya.
 
Persamaan:
 
a) Mengandung kedua-duanya saya terlalu menggemari semua jenis kek keju atau sebarang makanan yg mengandungi keju.
 
b) Dua kali mengandung saya gemar makan buah-buahan.
 
c) Fall in love dengan air jagung especially kat kantin ofis ada air jagung special
 
d) Tidak mengalami sebarang alahan  yg teruk di awal kehamilan
 
e) Boleh consume susu tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah
 
Perbezaan:
 
a) Di awal kehamilan yg pertama, setiap kali lapar atau masa untuk saya perlu mkn saya akan sakit kepala dan muntah sedikit, kehamilan yg kedua setiap kali lapar atau masa untuk saya perlu mkn saya akan rasa sakit kepada sahaja.
 
b) Kehamilan pertama saya amat menggemari makan ikan, kehamilan kedua saya cukup gemar mkn ayam di awal kandungan, pertengahan kandungan cukup gemar makan ikan dan penghujung kembali gemar makan ayam.
 
c) Kehamilan yg pertama saya selesa tidur mengiring ke sebelah kiri, kehamilan kedua saya selesa mengiring di sebelah kanan dan di hujung kehamilan kedua saya selesa tidur terlentang wpun saya tahu tidak elok.
 
d) Kehamilan pertama saya boleh makan apa sahaja dan minum apa juga sekalipun, kehamilan kedua saya tidak boleh minum air soya di pagi hari....kalau minum, alamatnya saya akan muntahkan semula segala isi perut.
 
e) Kehamilan pertama saya tidak terlalu cenderung menggemari makanan manis atau masam, penghujung kehamilan kedua saya terlalu menggemari makanan yg manis2. Bayangkan kalau coklat bar yg besar tu saya boleh hbskan sehari sendirian...hehehe
 
f) Kehamilan pertama setiap kali masak, saya cukup suka yg pedas2 n akan masak yg pedas2 sahaja manakala kehamilan kedua langsung saya x boleh terima dengan kepedasan....wpun pedas sedikit tp bagi saya terlalu pedas.
 
g) Kehamilan pertama perut saya berbentuk bulat apabila sarat, kehamilan kedua perut saya terasa besar dan tajam ke depan.
 
h) Kehamilan pertama, baby bergerak super duper aktif sentiasa sampai perut saya senget benget dibuatnya....kehamilan kedua baby bergerak aktif juga tetapi perut saya tidaklah sampai senget benget dan terlalu susah untuk saya merakamkan pergerakannya tidak seperti kakak yg aktif especially time malam nak tidur.
 
i) Kehamilan pertama saya cukuplah gemar menonton semua jenis rancangan masakan, kehamilan kedua tgk rancangan memasak sahaja terus saya tukar channel...terasa menyampah (konon2 dah terer masak la tuh)
 
j) Kehamilan pertama, saya gemar mencuba memasak masakan baharu...kehamilan kedua saya terlalu x rajin nak memasak, kadang masak satu lauk aje.....huhuhu
 
k) Kehamilan pertama apabila masa untuk pki baju mengandung, saya ok aje....kehamilan kedua saya cepat bosan pakai blause....nak jenis maxi, sudahnya bapak n suami la kena belikan...hehehe



 

Wednesday, December 18, 2013

Cuti Berpantang

Bismillah dan salam buat semua.....
 
Kali ni saya nak bercerita tentang cuti berpantang, actually saya amik maternity leave selama 90 ari bermula 9 September 2013 (ari due dan hari Ahmad keluar). Sempatlah bermalam sehari di hospital dan esoknya di kala suami datang melawat saya tengah hari tu Dr datang bgtau saya dah boleh discharge, waaa punyalah excited terus x ingat sakit n perit luka terus kemas2 baju n salin baju untuk keluar....excited sebab nak jumpa Safiyya, pengarang jantung n buah hati umi tuh. Memang kami tidak pernah berjauhan apatah lagi saya meninggalkan dia kecuali dia ke taska aje. So hati saya amatlah sayu n sedih pertama kali berjauhan dengan dia. Bayangkan malam pertama saya di hospital, setiap kali saya text atau cakap dengan suami sebut jer nama Safiyya pasti airmata saya bergenang. Apatah lagi setiap kali bapak saya whatsapp gmbr Safiyya, mencurah2 airmata keluar sampai tersedu sedan saya. Padahal baru berjauhan sehari aje. huhuhu, sungguh saya amat lemah apabila menyebut bab anak2 nih.....sbb tu saya x boleh tgk org lain marahkan Safiyya, dada saya terasa sebak sesangat. Agaknya sebab tu dia manja sangat agaknya...tp kalo saya yg marah xpe plak, kikiki....
 
 
Dah mengarut plak dah....ok back to the topic, malam tu kami terus pulang ke Ipoh memandangkan suami ada kerja di Grik keesokan arinya. Hari2 awal di rumah mak bapak serba serbi disediakan, maklumlah berpantang di rumah mak sendiri, makan minum semua disediakan. Sampaikan bapak saya juga memasak untuk saya sedangkan sebelum ni bapak mmg jarang sangat memasak kecuali atas permintaan anak2 aje. Mungkin bapak faham mak sibuk mengasuh 3 org cucu lain, ditambah plak dgn 2 org anak saya dan saya yg sedang berpantang kan. Sungguh besar jasa dan pengorbanan mereka....love them so much, hanya Allah Taala sahaja yg mengetahuinya. Rutin harian saya bermula jam 6.00 pagi, dalam pantang setiap kali azan Subuh Ahmad akan terjaga untuk menyusu, selepas menyusukannya saya terus bangun untuk mengepam susu dan membersihkan diri. Selesai urusan, saya mandi air rebusan pelbagai jenis daun dan bertungku pagi dan petang dan berbengkung (jenuh nak bukak bila nk terkucil). Ketika ini juga selalunya Safiyya akn bangun tidur dan atuknya la yg menguruskan dia. Ada masa saya hanya sediakan susu untuk dia di pagi hari apabila atuknya sibuk. Selesai mandi, rutin harian Safiyya adalah berjalan dengan atuknya. Bagi angsa makanla, tgk kapal terbangla...tanpa menghiraukan cuaca panas atau hujan, atuk tetap membawanya berjalan sama ada naik motor atau kereta. Ada masa Safiyya akan ke tadika opahnya bergantung pada moodnya. Ada masa dia x nak n ada masa dia nak. Rutin membawa Safiyya berjalan pagi, petang n kadang malam. Tujuan membawanya berjalan malam adalah taktik atuknya supaya balik dari berjalan, saya dah masuk ke bilik bersama Ahmad dan atuknya dapatlah tidur bersama Safiyya. Sepanjang saya di Ipoh, adalah 3-4 kali sahaja saya tidur bersama dua anak, selebihnya Safiyya tidur dengan atuknya. Dia mencari juga saya, nak umi nak umi....nk peluk cium tangan umi la tuh tp sekarang dah ok, tangan sesiapa pun boleh. Memang habit dia apabila hendak tidur dia nak pegang tangan, minta dipeluk dan suka mencium tangan orang. Sepanjang dah ada adik ni, sesekali Safiyya minta nak bf, saya bagi juga tapi amatlah jarang. Bila dia minta baru saya bagi.
 
Hubungan Safiyya n adiknya agak rapat, sayang sangat dengan adiknya....balik jer dari berjalan pasti dia akan cium adiknya. Awalnya dia menyebut baby, lepas tu adik, kadang adik Ahmad....skrg dah sebut Ahmad Yassin. Sepanjang bercuti ini saya melihat perkembangan Safiyya agak cepat. Butir bicaranya semakin jelas, dah tau sebut namanya, nama umi n daddy, nama atok n opah dan nama adiknya...semakin lasak cuma bab makan hanya saya sahaja yg berjaya bagi dia makan dengan jayanya. Hendak menyuapkan dia makan, memang perlu sabar....dia hendak makan tp dia tidak boleh fokus makan sahaja, dia akan makan sambil bermain dan kita yg perlu mengejar dia....fuh, memang kena bersabar banyak2. Makanan fevered dia segala jenis mee especially yg sup2...kalau makan nasi, nak dengan ayam jer memanjang, kalo bg ikan dia memilih ckit.  Dalam lasak2 Safiyya ni, kalo sepupunya bergurau kasar dengannya dia yg  nangis beria. Pastu dtgla mengadu kat umi dia bgtau sapa yg pukul dia, kt mana sakit.. Umi dia sekadar tanya sakit kat mana? baca Bismillah dan tiup tempat yg dia sakit n diapun diam n sambung main semua....anak oh anak....Habis pantang 44 hari, suami dah mula bertanya bila nak balik Putrajaya, sunyi katanya...Awalnya saya menolak untuk balik awal disebabkan saya risau saya x menang tangan untuk handle kedua-duanya apabila suami bekerja. Namun, disebabkan sayu dengan permintaan suami, akhirnya saya akur dengan permintaannya. Maka, lagi sebulan lebih sebelum saya mula bekerja, saya sudah kembali pulang ke Putrajaya dan menjalani rutin harian handle dua2 anak. Atuk minta juga untuk tinggalkan Safiyya kerana risau saya tidak dapat handle dua anak sendirian, namun saya menolak kerana saya tidak sanggup berjauhan dengan Safiyya. Maka tamatlah cuti berpantang saya di Ipoh dan balik ke Putrajaya bermulalah rutin yg penuh mencabar dan tiada lagi episod rehat mahupun istilah tidur sekejap.
 
Enjoy pics Safiyya sepanjang di Ipoh
 
 
rutin pukul 4.00 petang, tgk cite upin ipin sambil minum susu berjemaah dengan sepupunya Kak long n abg Akif

2 hari balik Ipoh, opah n atuk kerjakan rambut Safiyya...pendek senang nak uruskan kata atuknya, hehehe

Rutin malam hari-bawak jalan tgk lampu atau kapal terbang

Rutin pagi (kalo bangun awal pagi)-atok bawak Safiyya ke dewan n mengemas pape yg patut

Rutin sebelum main petang - tgk tv

Rutin malam hari bila kak Long n abg Akif dah balik - carik pasal dgn umi sbb umi asyik dgn adik Ahmad je
ni mengamum minta gambarnya diambil (muka baru lepas nangis)

Rutin ptg-kalo angsa xde, atok bawak dorang g jogging

pagi Raya Aidiladha, punya excited nak tgk lembu kena sembelih sampai bangun jam 6.00 pagi, tup2 kul 7 dh tdo semula n bgn kul 10 pagi....sudahnya melepas nk tgk lembu


 
 
 
 
 
 

Tuesday, December 17, 2013

I'm Back

Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah arini dah masuk minggu yg kedua saya mula bekerja setelah cuti selama 90 hari. Perasaan pertama, huwaa rasa nak meraung berjauhan dgn anak-anak tersayang. Yela sebelum ni 24 jam anak di depan mata, tp dah bekerja semula 9 jam anak-anak kat taska....amik dorang dalam kul 5.30 ptg, main2 sekejap malam masing2 dah nak tidur....aish, memang sekejap sangat masa dengan kita. Silap2 org pertama yg dapat melihat perkembangan anak2 seperti meniarap, merangkak, berjalan adalah pengasuh, itu yang saya teramat cemburu sekali.

Hari pertama bekerja, malam tu tidur malam saya terganggu. Bukan terganggu disebabkan Ahmad bangun nak menyusu tp tak tenteram mengenangkan anak2 yang bakal ditinggalkan. Pukul 3 pagi mata saya dah celik x boleh lena semula. Nak kacau suami tidur, rasa kesian plak sbb kami baru sampai dari Ipoh malam tu. Sudahnya jam 5.00 pagi saya bangun dan memulakan rutin harian.

Terlalu banyak yg saya ingin coretkan antaranya:
a) Majlis cukur jambul Ahmad Yassin dan sepupunya Puteri Nurjannah;
b) Percutian Safiyya dan Daddy tanpa Umi n Ahmad;
c) Hari Lahir Safiyya;
d) Ulangtahun perkahwinan kami;
d) Introducing anak susuan saya; dan
e) Percutian kami sekeluarga ke Pulau Pinang.

Insya-Allah saya akan coretkan satu persatu.....so sebagai intro dan untuk warming up, latest pic kami berempat. Semoga saya bersemangat baru untuk update blog.

gambar pertama dengan dua orang permata hati.


 

Anak Susuan

Soalan; saya ada satu persoalan yg ingin saya ajukan pada Ustaz; saya pernah menyusukan anak saudara saya (bayi lelaki) yg pd ketika itu berumur 11 bulan sebanyak 6 kali kenyang (iaitu sehingga bayi itu sendiri berhenti menyusu). Adakah bayi tersebut menjadi anak susuan saya? Dan adakah dia berhak mewarisi harta atau sebagainya sama seperti anak2 saya? Dan bagaimanakah pula hubungan bayi tersebut dgn keluarga suami saya?

Jawapan;

Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Dalam kes puan, anak susuan puan itu tidak lah akan mewarisi dari puan atas dasar anak susuan (kerana ia tidak termasuk dalam faktor perwarisan di atas), akan tetapi atas dasar nasab (kekeluargaan) kerana ia adalah anak saudara puan. Dalam perwarisan Islam, anak saudara akan mewarisi sekiranya si mati tidak mempunyai bapa (atau datuk), anak lelaki (atau cucu lelaki) dan saudara-saudara lelaki.

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana pengusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak perempuan suami puan adalah saudara perempuannya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Sedikit tambahan:
Menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak susuan itu:
 
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan
 
Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah. Wallahu’alam…
 

Saturday, September 28, 2013

Kelahiran Adik Kakak - Anugerah Terindah Kedua Buat Umi dan Daddy


ketika masih di Labor Room...kenyang selepas mendapat susu pertamanya

Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala arini dah masuk ari ke-20 kehidupan kami sekeluarga diserikan lagi dengan cahaya mata kedua kami. Agak lama tidak ada post baru disebabkan di hujung kehamilan saya dah xde mood dek menunggu hari, hehehe....

Oklah, x nak bermukadimah panjang....sementara adik Ahmad tengah nyenyak tidur baik saya amik kesempatan mencatatkan perjalanan kelahiran adik kakak ini. Tanggal 9 September 2013 (Isnin) merupakan due date saya. Sehari sebelum due, saya agak busy sebenarnya. Kedatangan mertua ke rumah pada hari Sabtunya, manakala hari Ahad itu saya turut mengikuti menghantar adik ipar ke KLIA dengan menaiki ERL. Sememangnya pada hari Ahad tersebut memang saya masih seperti biasa tiada tanda2 sakit atau apapun. Sebelah malamnya kami ke Tesco Shah Alam (yeke?saya pun lupa shopping complex mana yg saya kunjungi pada malam itu). Kami hanya membeli pampers Safiyya dan sedikit roti buat bekalan dalam perjalanan sebelum makan mlm kerana mertua sudah menyediakan rendang ayam di rumah. Sampai di rumah saya mengemas rumah dan menyapu ruang tamu seperti biasa. Selesai makan, masanya sudah sampai untuk saya tidurkan Safiyya dan saya turut lena sekali.

Tepat jam 2.30 pagi saya terjaga disebabkan saya terasa sakit perut. Saya ke tandas seperti biasa namun tiada sebarang tanda yang keluar, sedikit hampa sebenarnya kerana saya risau saya dipaksa bersalin sekiranya terlebih dari due. Saya solat Isyak dan solat sunat memohon dipermudakan segala urusan dan kemudian saya gerak suami yang terlena di ruang tamu. Sementara menunggu suami solat, saya mengemas baju dan beg Safiyya untuk ke taska pada siang harinya. Sementara mengemas dan mencuci botolnya, rasa sakit perut semakin ketara namun sakit tersebut tidaklah terlalu kuat dan saya mampu menahannya lagi. Selesai suami solat, saya khabarkan kepadanya yg saya dah mula rasa contraction dan suami segera mengajak ke hospital. Saya menolak dan mengatakan kepadanya saya masih mampu menahan rasa sakit tersebut kerana tidak terlalu kuat dan biarlah sehingga Subuh sekiranya hendak ke hospital sekalipun. Bukan apa, saya bingung memikirkan siapa yang hendak menjaga Safiyya kerana di rumah hanya ada kami bertiga sahaja. Dalam masa yang sama saya memang inginkan suami berada di sisi ketika saya menahan sakit contraction dan ketika sedang melahirkan anak kami. TETAPI mana mungkin segala keinginan saya dipenuhi sedangkan tiada sesiapa di rumah yang boleh untuk tolong tengokkan Safiyya. Sungguh saya terlalu banyak memikirkan Safiyya sahaja ketika saya mula sakit. Dahulu semasa menanti hari kelahiran Safiyya, kedua ibu bapa saya dah datang ke Putrajaya lebih awal kerana ketika itu cuti sekolah. Mak dan bapak mengasuh tiga orang cucu di rumah. Tapi kelahiran adik Safiyya bukan pada cuti sekolah dan menyebabkan mak dan bapak saya tidak dapat datang lebih awal. Namun, bapak sudah berpesan sekiranya saya mulai sakit, bapak suruh inform dan bapak akan segera datang. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Apabila mula sakit, nak pegang hp pun dah x ingat......

Menjelang jam 3 lebih pagi, rasa contraction semakin kuat dan kerap. Suami setia di sisi saya ketika ini. Setiap kali datang contraction, suami segera menghulurkan tangannya untuk saya genggam menahan rasa sakit. Setiap kali rasa sakit itu datang, suami setia mengurut belakang saya sambil mengingatkan saya untuk sentiasa berselawat. Berbagai posisi saya buat untuk menahan rasa sakit contraction, namun posisi merangkak yg saya paling gemari dan paling selesa. Kasih saya pada suami semakin bertambah erat dek keprihatinannya menenang dan mengurut saya tatkala rasa sakit itu datang. Saya masih ingat detik ketika sebelum saya bersetuju untuk ke hospital, saya mohon maaf kepada suami sambil mencium dia dan ketika suami mengatakan dia sentiasa memaafkan saya malah saya tidak pernah membuat salah kepadanya, terus rasa sebak dan terharu datang menyelubungi diri saya. Disebabkan suami melihat saya sakit contraction yg kuat, dipaksanya saya ke hospital juga. Sementara suami menyiapkan barang untuk ke hospital, saya mandi dan bersiap. Ketika sedang pakai tudung, tiba2 saya dah mula rasa hendak meneran....aduhai.....

Jam 4.30 pagi kami gerak ke hospital. Kesian Safiyya terpinga2 bila suami dukung dia ke kereta tiba2 dan Safiyya sangat behave duduk kt depan sendirian tanpa saya. Ketika menaiki lif, sekali lg rasa untuk meneran dtg namun saya tahankan lg kerana hendak smpi ke hospital terlebih dahulu. Dalam kereta saya berbaring mengiring sambil merapatkan kedua kaki....apabila dtg rasa hendak meneran saya cuba bertahan....NAMUN smpi ke satu tahap saya dah tidak dpt menahan lg, saya cuba meneran apabila dtg rasa tersebut dan ketika itu kepala baby sudah saya rasakan. Lantas saya baring terlentang sambil tinggikan belakang dan bersandar di pintu kereta (posisi yg terbaik untuk saya meneran). Datang gesaan kali ini, saya memang tidak dapat menahan dan terus meneran. Teknik pernafasan yg saya pelajari, masih saya ingati dan mengamalkannya apabila meneran. Tanpa diduga air kutuban pecah dan baby keluar sekali. Saya khabarkan kepada suami baby sudah keluar, suami dalam keadaan panik terus minta saya sambut baby kerana risau baby jatuh ke bawah. Sedangkan sebaik sahaja baby keluar, saya sudah sedia menyambutnya dengan tali pusat merentasi seluar saya dan terus meletakkannya di atas dada saya. Tanpa menghiraukan bau hanyir darah saya terus mencium dahinya berkali2 sambil melafazkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana memudahkan proses bersalin saya kali ini. Tanpa sedar airmata turut mengalir sama, suami juga turut mengalirkan airmata kerana tidak menyangka saya telah melahirkan anaknya di dalam kereta. Kakak Safiyya pula tergamam dan menjenguk ke belakang apabila mendengar tangisan adiknya.

Selang 5 minit, kami sampai Hospital Putrajaya dan ketika masih di dalam kereta, Dr memotong tali pusat bayi kami dan kami di bawa ke Labor Room untuk proses mengeluarkan uri. Syukur segalanya dipermudahkan buat kami tatkala hati saya gundah gulana mengenangkan ketiadaan penjaga untuk Safiyya dan dalam masa yg sama inginkan suami menemani saya, Allah Taala permudahkan kelahiran ini dengan saya melahirkan bayi kedua kami dengan ditemani suami malah Safiyya juga turut ada. Jam 9.00 pagi saya ditolak masuk ke wad setelah berehat di Labor Room dengan ditemani bayi dan ketika itu jugalah saya diberi peluang menyusukan bayi buat pertama kalinya.....perasaan yg terlalu indah yg tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah tengahari esoknya saya sudah boleh keluar wad. Ketika dalam perjalanan pulang, suami melafazkan ucapan terima kasihnya kepada saya kerana melahirkan zuriatnya....sob sob, sebak sangat bila suami mengatakannya kepada saya ketika ini.....

Bayi kedua seberat 3.23 kg, dengan panjang 52 cm dan lilitan kepala 32 cm yang selamat dilahirkan pada jam 4.20 pagi ini, suami memilih untuk menamakannya Ahmad Yassin....nama yg menjadi pilihan suami sejak saya hamil anak pertama lagi. Suami memilih nama tersebut dengan harapan anaknya menjadi pejuang agama Islam sebagaimana perjuangan Almarhum Sheikh Ahmad Yassin, pejuang Hamas yang mashyur. Semoga Ahmad menjadi anak yg soleh, berbakti untuk agama dan menjaga keluarga kita sebaiknya....Amin.....


Day 7- Ahmad Yassin

Friday, August 23, 2013

Perjalanan Penyusuan Nusaibah Safiyya

rindukan momen sebegini

anak yg membesar dgn susu ibu

bobot


Bismillah dan salam buat semua....
 
Mmm, sebenarnya terasa berat untuk mencoret catatan yg satu ini kerana bagi saya ia merupakan kegagalan saya sebagai seorang ibu untuk menunaikan hak terhadap anak saya dan membuatkan diri saya sentiasa diseleubungi rasa bersalah dan berdosa kepadanya. Namun, saya cekalkan juga untuk menuliskan sekadar ingatan buat diri saya sendiri dan pengajaran yg berguna buat saya.
 
Alhamdulillah, sebaik saya melahirkan Nusaibah Safiyya tanggal 9 Disember 2011, jam 8.20 mlm dan ketika masih di dalam labor room lagi saya telah berjaya menyusukan Safiyya dengan pertolongan dan tunjuk ajar dari nurse. Terasa sebak dan terharu apabila melihat Safiyya menyusu dengan susu ibu dan berkali kali jugalah saya mengucup dahinya dan mengucapkan betapa saya ingin menyusukannya lengkap 2 tahun. Sepanjang penyusuan, saya akui ada pahit manisnya juga. Bukan tidak pernah Safiyya tiba-tiba tidak mahu menyusu direct dengan saya di taska, bukan tidak pernah puting saya sampai melecet, bukan tidak pernah susu saya merudum disebabkan berpuasa dan bukan tidak pernah saya stress utk mengepam disebabkan masalah pam. Walaubagaimanapun tidak pernah sekalipun saya miss untuk turun menyusukan Safiyya pada waktu tengahari wpun ada masa saya perlu ke KL atas urusan kerja. Sesi mengepam sebanyak 2 kali di pejabat juga saya tidak pernah tinggal untuk memastikan bekalan utk Safiyya mencukupi. Safiyya agak bijak orangnya, dia memilih untuk minum susu segar sahaja menyebabkan susu2 EBM yg saya simpan dalam peti sejuk yg beratus2 tu xpired dan terbuang begitu sahaja. Hati mana yg tidak sedih melihatkan titisan emas dibuang begitu sahaja, namun saya redha kerana saya tahu ada hikmah di sebaliknya. Disebabkan Safiyya memilih untuk minum susu yang baru diperah sahaja menyebabkan saya tidak boleh miss mengepam walau sesibuk mana sekalipun. Pernah juga pam buat hal tidak boleh menyedut seperti biasa, terasa ingin menangis mengenangkan tidak dapat memberi bekalan susu kepada Safiyya namun Allah Maha Adil, ada sahaja jalan penyelesaian yang ditunjukkan kepada saya.
 
Sepanjang menyusukan Safiyya, walaupun dia tidaklah termasuk dalam kategori chubby namun saya puas melihat dia membesar dengan susu saya sahaja. Genap tempoh 6 bulan barulah saya mula memperkenalkan makanan kepadanya. 6 bulan pertama memperkenalkan makanan mmg semuanya saya masak sendiri tanpa sebarang gula dan garam dan membawa bekal untuknya di taska. Tidak mahu menyusahkan pengasuh, saya sendiri menyuapkannya di waktu pagi dan tengahari agar saya merasa puas dapat menyuapkannya makan dan dalam masa yang sama saya dapat meluangkan masa untuknya. Apabila menyusukan Safiyya, terasa Safiyya rapat dengan saya berbanding dengan daddy nya. Sesuatu yg amat dicemburui oleh suami saya, hehehe.....itulah perasaan indah menjadi seorang ibu.

Namun, sejak awal bulan 1 tahun 2013 tiba-tiba sahaja susu yg setiap hari saya pam semakin hari semakin menyusut. Sangkaan saya hari pertama sahaja menyusut disebabkan ari Isnin, namun apabila genap seminggu saya hanya mampu mengepam sebanyak 3oz untuk sebelah kiri dan kanan untuk setiap sesi mengepam sedangkan sebelum ini saya Berjaya maintain untuk mendapat 5 oz setiap belah untuk satu sesi. Bermula dari situ hati saya rasa x tenang dan petang harinya saya mengajak suami ke Alamanda. Saya membeli pregnancy test secara sembunyi2 tanpa pengetahuan suami namun sebaik je keluar dari farmasi apabila suami bertanya terus laju je mulut saya menjawab membeli pregnancy test, huhuhuhu.....Saya menunggu sehingga hari Jumaatnya (mengambil berkat hari Jumaat) untuk menguji dan memang benarlah sangkaan saya yang saya sedang hamil. Sejak melahirkan Safiyya, saya akui memang saya tidak didatangi haid langsung dan itu menyebabkan saya tidak menyedari bahawa diri ini telah hamil.

Keputusan yg amat sukar sekali bagi saya...saya ingin meneruskan penyusuan dan dalam masa yang sama saya gembira dan bersyukur diri ini hamil semula. Maka bermulalah keputusan yang amat berat saya lakukan. Memandangkan Safiyya hanya minum susu yg baru diperah sahaja, maknanya susu yang tidak dibeku saya akui agak sulit untuk saya hadapi masa bersalin nanti apabila Safiyya ingin menyusu. Yela, saya di hospital macam mana Safiyya nak menyusu nanti. Saya memang berfikir panjang ketika ini, walaupun saya baru disahkan hamil saya dah fikir saat2 kelahiran adiknya nanti. Disebabkan memikirkan itulah maka saya terpaksa memperkenalkan susu formula kepadanya. Genap usianya setahun 2 bulan dengan rasa berat hati saya memperkenalkan susu formula kepadanya. Pertama kali memberinya susu, bergenang airmata saya dibuatnya.....diri ini terasa sebak dan bersalah kerana tidak menunaikan haknya untuk tempoh 2 tahun. Saya rasa berdosa sangat kepadanya, saya suarakan kepada suami, dan suami memujuk hati saya. Katanya, insya-Allah yg ketiga kita rancang elok2 dan kalau boleh biarlah anak dapat menyusu lengkap 2 tahun. Mendengarkan katanya, saya terasa lega. Bukan apa, saya tidak mahu dihantui perasaan bersalah dan berdosa kepada anak kerana tidak menunaikan hak mereka.

Percubaan pertama memberi Safiyya susu formula bukanlah sesenang yg dijangka, dia muntah2 dan menolak mahukan menyusu badan juga. Suami memberinya juga dia tidak mahu dan hanya main2 sahaja. Sudahnya saya mengambil alih tugas memberi susu kepadanya. Apa yg saya buat, setiap kali memberinya susu formula, saya akan berbaring bersamanya. Sambil menghisap susu, sambil dia membelek tangan dan mengusap wajah saya sepertimana apabila dia menyusu badan. Dengan cara itu dia masih dapat mencium bau saya dan dia tidak akan rasa terasing apabila tidak lagi menyusu badan dengan saya. Alhamdulillah sekarang Safiyya mahu menyusu dengan susu formula (walau dalam hati sentiasa sebak melihatkannya). Sesekali apabila dia minta susu badan saya tetap bagi sehinggalah Safiyya berusia setahun 7 bulan dan ketika itu saya telah hamil 8 bulan. Memang terasa perit sesangat apabila Safiyya menghisap susu badan dan kadangkala saya sendiri minta Safiyya supaya stop kerana tidak tertahan pedihnya. Pernah juga baru2 ini dia minta untuk menyusu badan tetapi saya terpaksa menolak kerana saya sudah sarat dan tidak sanggup rasanya menahan rasa perit dan pedih apabila dia menghisapnya.

Orang kata apabila anak menyusu badan, anak akan rapat dengan ibunya dan apabila anak minum susu formula, anak akan rapat dengan ayahnya namun saya lihat Safiyya tetap rapat dengan saya walaupun dia minum susu formula. Tidur malam dia tetap ingin memeluk tangan saya dan bukan tangan daddynya. Insya-Allah saya akan sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya selagi hayat dikandung badan. Maka, genap usianya setahun 7 bulan, tamatlah penyusuan Safiyya dengan susu ibu....




p/s:

Safiyya sayang, andai kakak baca coretan umi suatu hari nanti umi harap kakak faham kenapa umi tidak dapat menyusukan kakak 2 tahun. Umi harap kakak tidak marahkan umi dan ketahuilah bahawa keputusan yg umi lakukan teramat sukar utk umi ambil dan umi rasa berdosa pada kakak.....maafkan umi ye sayang....umi love u so much my dear!
 
 
 
 

Tuesday, August 20, 2013

Corat Coret Aidilfitri 1434 H

Bismillah dan salam buat semua....
 
Dah masuk 14 Syawal barulah saya boleh nak up kan coretan Aidilfitri buat kami sekeluarga. Xpela, better late than never kan?hehehe....Alhamdulillah raya kali ni merupakan Aidilfitri yang ketiga bergelar isteri, Aidilfitri yang kedua buat Safiyya dan Aidilfitri yg kedua saya hamil. Kali ni kandungan dah menginjak 36 minggu, terasa benar cabarannya. Selera nk makan memang menjadi2 dan dugaan makanan yg manis dan berlemak mmg tak boleh disangkal. Saya makan jugak tu yg berat naik dengan jayanya, hehehe....
 
Ok, bermula dengan pulang ke kampong....Kami bergerak pulang ke Ipoh jam 1.30 pagi ari Rabu dan Alhamdulillah selamat sampai jam 4.30 pagi ngam2 mak dan kakak ipar sedang bersiap menyediakan juadah utk bersahur. Sementara Safiyya masih lena, kami terus bersahur dan usai solat Subuh barulah saya boleh melelapkan mata semula. Sepanjang perjalanan saya tidak tidur, menemankan suami drive dan utk mengelakkanya mengantuk. Tak tidur lama kerana seawall pagi Safiyya dah membuang dan meminta untuk mencuci. Seperti biasa, sayalah yg beralah untuk bangun dan membersihkannya. Terasa berat nak mengganggu tidur suami yg agak lena dan nampak keletihan. Pagi Rabu, saya membantu mak untuk membuat rendang ayam, menyediakan bahan untuk bapak memasak tempe goreng Jawa dan mee rebus utk orang datang bertakbir malam itu. Tengaharinya pula mengemas memana yg perlu dan rehat seketika. Selesai kerja, selepas Asar saya menemankan suami ke UO untuk membeli barang keperluannya beserta dengan baju utk mak dan mak mertua saya. Sampai umah, standby utk berbuka dan selesai solat Maghrib kami bersiap2 untuk menanti ketibaan orang Masjid utk bertakbir. Jam 11.00 malam barulah tetamu datang dan dihidangkan dengan mee rebus, kuih muih dan kek lapis.
 
Raya Pertama : Selesai sesi bersalam-salaman, kami bergerak ke Jelapang umah obek Monek, ke Manjoi umah obek Embi, ke Rapat Jaya umah Obek Salim dan ke Sungai Rokam umah obek Ende. Raya Pertama habiskan beraya di rumah sedara belah bapak sahaja dahulu. Malamnya bersambung beraya ke rumah Chik Tang di Pekan Razaki...Alhamdulillah Safiyya ok, time tidur dia masih tetap nak tidur x mengira tempat.
 
Raya Kedua : Rutin setiap tahun keluarga mak untuk berkumpul di Kg. Pulau Pisang. Keluarga kami ditugaskan menyediakan sarapan pagi iaitu bihun goreng. Saya sekadar menyediakan bahan2 kerana tidak berdaya berdiri lama-lama. Sampai ke petang kami di kampong dan terasa seronok kerana dapat berjumpa dengan mak n pak sedara, sepupu sepapat dan anak2 saudara yg len. Tahun ni seperti biasa mak buyung x dapat menyertai acara sukaneka, suami sahaja menyertainya dan mendapat tempat ke-4.
 
Raya Ketiga : Pulang ke kampung suami di Grik. Tidak ke mana-mana, sekadar melayan tetamu yang datang dan giliran Safiyya dengan atok n opahnya pulak. Habis didera Acu dia untuk mendukungnya untuk melihat ayam kat luar....Atok aje yg rajin melayan kerenah dia yg minta macam2, ehhehe....Terima kasih atok, pandai abah mengambil hati Safiyya. Patutla Safiyya sekarang bukan main manja dengan atok dia....memanjang jer nak duduk atas riba. 
 
Raya Keempat : Menghadiri dua kenduri di kampung suami sebelum bergerak pulang ke Sungai Raia.
 
Raya Kelima : Pulang semula ke Putrajaya.....
 
Maka, tamatlah sudah coretan raya cuma sekadar menghadiri jemputan open house pada minggu lalu dan minggu ini juga ada jemputan kenduri akikah dan majlis tunang my best fren. Oh ye, Raya kali ni x banyak gambar...entahlah sejak mengandung ni saya paling x suka bergambar....terasa membulat dengan jayanya. Sedikit gambar buat kenangan coretan di Aidilfitri 1434 H....Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
 
sementara menunggu yg lain bersiap, kami bergambar dahulu

bertiga di kala umi membawa adik Safiyya @ 35 minggu




tangan Safiyya x boleh duduk diam, kenala umi memegangnya
 
Nampak daddy pakai songkok, Safiyyapun nak pakai jugak....ai la anak dara sorang nih!


Love both of them so much!

Raya Kedua di Kg.Pulau Pisang


satu-satunya gambar yg saya berdiri....huhuhu, so gemmsss
 

Check-Up Adik Safiyya @ 37 weeks

rindunya momen Safiyya jadi baby dulu....asyik kena gomol n cium2 aje....
skrg dah besar asyik jadi mangsa kena gigit dengan umi dia aje.....
 
 
Bismillah dan salam buat semua....
 
Bermula minggu ni maka setiap minggu la saya menjadi pengunjung tetap KK Presint 9 setiap ari Selasa sehingga saya selamat bersalin. Appointment jam 11.40 pagi, jam 11.00 pagi saya dah sampai klinik. Macam biasa, prosedur urin dan seterusnya menunggu giliran jumpa nurse di bilik no.11. Menunggu jumpa nurse yg agak lama.
 
Ketika nurse memeriksa denyutan jantung baby, nurse bgtau baby belum masuk laluan sepenuhnya. Nurse kata selalunya anak pertama cepat engage tapi anak seterusnya baby akan engage apabila betul2 dah nak bersalin....Info yg saya baru tahu. Seperti biasa nurse bertanya tentang persiapan barang utk ke hospital. Beg baby dah selamat berada dlm kete, tp barang mak baby masih kt rumah. Dah masuk barang ckit, tp belum sepenuhnya. Keadaan saya ketika ini Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai isteri dan umi kepada Safiyya. Cuma agak sukar apabila berjalan kerana terasa sakit di bahagian ari-ari dan kesukaran untuk tidur dan menukar posisi tidur. Sudahnya menyebabkan ada masa saya tidur membelakangkan Safiyya sambil memberi tangan kepadanya utk dipeluk. Dah mcm terkehel je tangan umi ni, tapi itulah pengorbanan demi anak tersayang. Biarlah umi tidur dalam keadaan tidak selesa asalkan anak tidur nyenyak. Ok, ni hasal dari check-up tadi.....
 

Berat Badan : 58.9 kg (naik 700 gram) 
Tekanan Darah : 120/74
Tinggi Rahim : 37 cm
Jantung Janin : 149 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB : 12.4
 
Tak sampai sebulan Safiyya dah nak jadi kakak, kadang membuatkan saya terasa gementar menantikan reaksinya dgn kehadiran adik. Pada awal dahulu terserlah sifat cemburunya, pantang melihat saya memegang baby lain pasti dia akan minta didukung. Tapi Raya aritu, dia x kisah saya memegang bayi lain tp dia pasti akan dating sambil duduk atas riba saya sambil mencium baby tersebut. Semoga Safiyya akan menyayangi adik2nya nanti dan menjadi kakak yg terbaik buat adik-adiknya, Amin.
 


Monday, August 19, 2013

Check-Up Adik Safiyya @ 36 weeks


 
 
Bismillah dan salam buat semua....
 
Entry ini agak lambat, almaklumlah saya baru sahaja masuk keje selepas bercuti panjang sempena hari raya. Sebenarnya saya amik cuti raya 3 hari sahaja tetapi disebabkan taska Safiyya masih tutup maka saya terpaksa tambahkan cuti saya lagi 3 ari sehingga Jumaat lepas. Niat di hati nak bawak Safiyya ke pejabat tapi memikirkan apabila bawak dia ke pejabat, maka saya tidak dapat membuat sebarang kerja dan tumpuan hanya kepadanya seorang. Tambahan pula dengan keadaan saya yang sarat menyukarkan saya untuk mengawal dia di tempat yang luas. Maka, suami minta saya berehat di rumah sahaja dan meluangkan masa dengan Safiyya.
 
Check-up kali ni saya terpaksa tukar hari memandangkan suami saya ada urusan pada hari Rabu dan saya terpaksa awalkan sehari ke hari Selasa. Check-up kali ni suami dan Safiyya menemankan saya, tapi awal2 suami membawa Safiyya ke alamanda untuk menyelesaikan beberapa urusan. Appointment saya jam 11.00 pagi dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama. Kali ni juga kena buat FBC untuk ujian darah secara detail dan Alhamdulillah semuanya normal. Ini hasil dari check-up aritu....

Berat Badan : 58.2 kg (naik 2.45 kg) 
Tekanan Darah : 123/75
Tinggi Rahim : 36 cm
Jantung Janin : 140 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB : 12.4

Wah, banyak betul berat saya naik...tu baru seminggu raya, huhuhu. Nurse dah bising2 dah dan dia bgtau berat saya dah naik 13.4 kg sepanjang mengandung padahal baru 36 minggu. Hehehe, nak wat cemana mengandung kali ni selera makan senantiasalah ada...xde istilah tengok makanan yg x lalu. Seingat saya sepanjang mengandungkan Safiyya sehingga kelahirannya berat saya cuma naik 13 kg sahaja, tetapi tidak kali ini....Xpelah, janji umi n baby sihat hendak-Nya....Amin. Hari ni jugak kena jumpa Doc untuk scan. Syukur air kutuban berada pada paras normal, uri juga berada elok di atas dan kepala baby juga sudah turun. Syukur sesangat mendengarnya kerana pada kandungan 28 minggu posisi baby breech, kepala di atas dan kaki di bawah. Semoga posisi baby kekal sebegini dan saya dapat melahirkannya secara normal..Amin, mudah-mudahan. Seperti biasa Doc memberitahu jantina baby dan berat baby ketika itu sudahpun mencecah 2.67 kg....nampaknya bukan baby yg besar tp saya yg membesar dengan jayanya...hehehe, tp Doc x marahpun, Doc siap pesan makan sepuasnya.....wah, sayang Doc ketat ketat, mmmuahhh! Pasni bermulalah rutin check-up seminggu sekali sehingga kelahirannya. Umi harap baby x la keluar lambat sangat yer...x sabar nak menatap wajah anakanda yg kedua nih.....kakakpun x sabar2 nak cium baby, pantang Nampak baby pasti habis kena cium n gomol dek Safiyya.
 
 

Monday, August 5, 2013

Corat Coret Ramadhan 1434


Raya tahun lepas...tp gambar Safiyya blur sbb dia x leh duk diam.....eee, geram
 
Bismillah dan salam buat semua....
 
Insya-allah lagi 3 hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Hati terasa sayu plak untuk meninggalkan Ramadhan, semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir buat kita semua. Alhamdulillah tahun ni, dapat juga menunaikan solat Terawih secara berjemaah di Masjid Putra. Perasaan yang sungguh indah sekali. Walaupun terpaksa berjalan jauh, namun tidak terasa langsung kepenatannya. Safiyya pula Alhamdulillah pandai membawa diri tatkala umi dia solat dan saya juga tidak terlalu risaukan dia merayap jauh. Namun, saya hanya terdaya menunaikan solat terawih di hujung minggu sahaja, ralat sungguh rasanya. Ini kerana pada hari biasa Safiyya tidur jam 8.30 mlm  atau 9.00 malam.
 
Sepanjang bulan puasa ni, hujung minggu sahaja saya memasak. Hari biasa saya tidak berkesempatan untuk memasak kerana masa lebih ditumpukan untuk Safiyya, plus saya tidak mampu berdiri lama di dapur kerana sakit pinggang n belakang. Sepanjang bulan puasa ni juga, adalah 3 kali berpeluang berbuka puasa di luar. Sekali bersama sahabat2 suami di Restoran Arab d Café, Shah Alam, sekali di Saloma Bistro, Jalan Ampang atas jemputan boss suami dan yang ketiga semalam di Kampung Melayu Subang bersama sahabat2 suami di KUITTHO. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih berpuasa penuh dan tidak pernah miss bersahur. Terasa kandungan kali ini lebih besar berbanding ketika mengandungkan Safiyya. Alhamdulillah hari ni kandungan saya genap berusia 35 minggu. Terasa nervous jugak, tapi dalam masa yang sama perasaan takut tetap ada dalam diri. Semoga adik Safiyya keluar bila tiba masanya yang sesuai dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya dan baby nanti...Amin....
 
Mengenai persiapan raya, Alhamdulillah minggu lepas telah selesai misi pencarian ketika di Sungai Petani, Kedah. Kebetulan saya outstation ke sana, terus ambil kesempatan untuk membeli persiapan raya di sana sekali. Dah ada anak ni, persiapan anaklah diutamakan. Baju suami juga dah selesai, cuma masih mencari seluar jeans untuknya. Untuk saya pula, memadai dengan 2 jubbah sahaja. mmm dah x muat baju, jubbah ajelah menjadi pilihan hati. Jubahpun kena try dulu sebab kebanyakan jubbah saya yg sedia ada semuanya dah senteng kat depan gara2 perut yang semakin membesar dengan jayanya. Check it out, persiapan raya kami :
 
a) Safiyya - baju n seluar (3 pasang), gown (4 pasang termasuk 2 yang opah belikan), baju kurung sepasang, kasut sepasang (Bata), stoking (2 pasang);
 
b) Daddy - baju t-shirt (3 helai), baju Melayu (sepasang), jeans (dlm proses mencari);
 
c) Umi - Jubah (2 pasang);
 
d) Kuih - beli 1 kuih sahaja, dapat 2 kuih dari PIDM n 2 kuih dari BSN (tq so much....);
 
e) Bapak n abah - beli t-shirt di Sogo
 
f) Mak n mak mertua - beli di Ipoh nanti....
 
g) Duit raya - Alhamdulillah dah siap tukar... :-)
 
Rasanya tu jer kot, misi harini adalah untuk mengemas beg untuk balik ke kampong. Walaupun cuti x lama tapi peluang untuk bersama keluarga tidak akan dilepaskan. Paling x sabar nak makan rendang n lemang.....Harap adik Safiyya dapat bersabar yer, jangan keluar sampailah umi dapat makan lemang n rendang, hehehe......Selain dari beg kami, suami juga dah pesan suruh standby sekali beg ke hospital....mana tau kan, kita hanya mampu merancang....Tuhan jua yg menentukan segalanya.... (^_^)....Insya-Allah lepas berbuka malam esok, kami bergerak pulang ke Ipoh....semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Buat kawan2 semua, berhati2 di jalan raya dan Selamat Hari Raya kami ucapkan buat semua. Ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang kami lakukakan sama ada sengaja atau tidak kami sedari dan halalkan juga makan minum kami.
 
 

Thursday, August 1, 2013

Check-Up Adik Safiyya @ 34 weeks


Bismillah dan salam buat semua.....

Lama plak rasanya tak terupdate blog, banyak blogwalking jer....mm ntahlah, mood ke laut agaknya bulan pose nih....lemau semacam rasa badan....padahal dah tdo awal (temankan Safiyya tdo, dgn umi nya sekali terlena). Alhamdulillah semalam dah selesai check-up adik Safiyya, terasa semakin besar perutku ini...bagaikan juara berbeza sangat dengan mengandungkan Safiyya dulu. Dahulu perut saya tidaklah sebesar ini tapi sekarang ni pusat pun dah nak mula timbul, huhuhu......
 
Appointment jam 9.40 pagi, sampai klinik kul 9.30 pagi n selesai jam 10.00 pagi. Hajat di hati nak dengar ceramah tentang anemia / pemakanan, tapi mengenangkan ada keje yang belum selesai maka saya tunda dahulu hasrat tersebut. Jumpa je nurse, dia tanya saya sihat ker?sebab Nampak muka macam x sihat?huhuhu, rasanya saya sihat walafiat aje......Alhamdulillah sehingga kini saya masih berupaya untuk berpuasa penuh. Adala sekali saya pitam di pejabat dan suami minta saya berbuka tapi mengenangkan bukan selalu diberi peluang untuk berpuasa penuh maka saya pendamkan sahaja hasrat tersebut....Alhamdulillah berjaya bertahan sampai ke petang....Saya rasa mungkin saya kurang tidur pada malam sebelum kerana malam itu saya tidak dapat tidur disebabkan baby bergerak dengan aktifnya sehingga menyukarkan saya untuk mencari posisi tidur yang sesuai. Sekarang ni, memang terasa kuat sangat baby bergerak, bergoyang ke sana sini perut saya sampaikan suami pun takut melihatnya. Bermula minggu yang lalu, saya dah mula terasa sukar untuk berjalan. Berjalan pun dah mula perlahan....huhuhu....Ok, ni hasil dari check-up semalam, syukur semuanya berjalan lancer n adik Safiyya sihat.

Berat Badan : 55.75 kg (naik 750 gram) 
Tekanan Darah : 117/72
Tinggi Rahim : 33 cm
Jantung Janin : 145 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
 
Next appointment lagi 2 minggu (lepas Raya), alamatnya naik la berat berganda agaknya pas mkn rendang n lemang nanti, huhhuhuhu....Next appointment kena amik darah utk detail test n kena jumpa Doc buat kali terakhir. Hopefully semuanya ok dan dipermudahkan buat umi n baby....Dah masuk bulan Ogos ni, rasa x sabar nak tunggu kehadiran adik Safiyya ni, cuma dalam pada rasa x sabar tu tetap ada rasa takut nak menghadapi sakit bersalin.....
 

Friday, July 19, 2013

Safiyya dah berubah?


x sabar nak tunggu kehadiran adik kakak....
(Safiyya di usia sehari, skrg dah big girl)

Bismillah dan salam buat semua....

Sejak saya semakin sarat ni, nampak juga perubahan ketara pada Safiyya...insya-Allah less than 8 weeks Safiyya akan bergelar kakak secara rasminya, serius saya nervous untuk handle dua anak memandangkan Safiyya memang super duper manja dgn saya berbanding daddy dia....semuapun nak umi yg buatkan, kalo daddy yg amik alih gerenti dia buat taktik menangis yg dibuat2 aje....ok, meh saya senaraikan apa perubahan Safiyya :

a) Bangun tidur (hari bekerja), nak umi yang gerak...kalo daddy yg gerak, dia bantai meragam guling2 atas katil sambil merengek n menangis yg mengada-ngada.
b) Kalo nak mandi, daddy yg bukakkan baju n mandikan dia....alamatnya sepanjang dia dalam bilik air la dengar dia menangis n merengek2.
c) Time tidur malam, nak umi yang tidurkan dia....sambil hisap susu, sambil gentel siku atau bibir umi dia...sesekali pernah cuba letak tangan daddy dia, dia bantai g campak tangan daddy dia ke tepi....kesian kat daddy!
d) Sepanjang dia tidur, pasti tangan umi dia dijadikan bantal untuk dipeluk sepanjang malam....menyebabkan umi susah nak ke tandas utk pee pee atau minum air di malam hari....umi nak bangun kena buat senyap2 n pelan2 tarik tgn n gantikan cepat2 dgn bear dia.
e) Alhamdulillah dah mula boleh terima atok n opah belah mertua....dah boleh peluk cium, bergayut kat belakang, men buai guna kaki kat atoknya....kalo x sebelum ni pantang nampak atok dia, pasti disebut takuttt! ntah apa yg takutnyapun xtaula....
f) kalo makan, nak umi yg suapkan.....kalo daddy yg suapkan memanjang jer dia jawab tanak....bab makan ni kdg2 buat umi stress dgn dia, jenuh la jugak umi yg terboyot2 ni bekejar n mengikut dia ke mana-mana tmpt yg dia tgh main time tu.....tp xpela, kira xcercise untuk umi jugak...
g) kalo time umi bersiap untuk g keje n sambil sapu losyen ke perut.....wajib bagi Safiyya cium adiknya, kalo x dia merengek nak pegang n cium sampai ke sudah....
h) ni yg paling seksa......setiap kali g keje n balik keje Safiyya bantai dah x nak jalan sangat...dideranya umi dia suh dukung....dengan beg lagi, dengan Safiyya yg dah 10 kg dgn adik kakak yg dah 32 minggu memang lelah jugak dbuatnya.....ragam dah nak ada adik, macam-macam....
i) Dah pandai nak merajuk panjang.....jenuh nak pujuk, jalan terakhir umi kena geletek kaki atau ketiak dia, barula diam....kalo daddy pujuk alamatnya lagi kuatla dia menangis....

Ok, tu sahaja kot yg terlintas....mcm mana peel anak kawan2 bila dah nak beradik yer?Macam abang2 saya, kebanyakan bila dah nak beradik, mereka mula menjaukan diri dari ibu masing2 n lebih rapat dengan ayah mereka....tapi saya pula sebaliknya....kadang buat saya runsing, bukan apa buatnya time saya bersalin n bermalam di hospital nanti boleh ke Safiyya dengan daddy dia?Saya yakin dengan kemampuan suami, tapi Safiyya tu jer la.....adakah bila ketiadaan saya nanti dia akan lebih behave??semoag segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga.....Amin, mudah-mudahan.....


Thursday, July 18, 2013

Check-Up Adik Safiyya @ 32 weeks


Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah, semalam telah selesai rutin check-up untuk minggu yg ke-32 adik Safiyya. Actually ada kisah di sebaliknya....selalu saya check-up ari Selasa, tapi kali ni bertukar ke ari Rabu sebab nak hadir kelas penyusuan susu ibu. Lepas anta Safiyya ari Selasa tu, saya naik ofis n amik hand bag terus ke klinik. Dah letak buku semua, saya perasan tarikh kat buku 17 Julai dan saya tengok tarikh di hp rupanya aritu baru 16 hb. Apa lagi, tebalkan muka dan amik semula buku rekod sayala....iskh, pelupa betul...padahal kalendar kt ofis saya dh tulis, kalendar kt hp pun saya dh tulis....cemana tu?

Ok, berbalik kepada check-up semalam....sampai klinik ngam2 kul 9.00 pagi. Selesai register, saya terus g buat urin test n amik darah. Then terus turun ke bilik seminar untuk ceramah penyusuan. Rasa kembali bersemangat setelah hampir 7 bulan saya meninggalkan penyusuan eksklusif kepada Safiyya. Sekarang saya masih menyusukannya berdasarkan kepada permintaannya. Sekiranya dia mahu susu badan, saya masih memberi tapi setelah usianya setahun sebulan saya dah mula memberi susu formula..... sayu rasa hati melihat Safiyya minum susu formula tapi bukan susu umi.....kesian Safiyya, umi tidak  menunaikan haknya untuk menyusukan dia genap 2 tahun. Maafkan umi ye sayang....umi masih belum cukup ilmu tentang itu. Umi berazam tidak membuat kesilapan yg sama untuk adik-adik kakak nanti....Amin, mudah-mudahan. Selesai ceramah dalam jam 11 pagi, saya terus naik untuk jumpa dgn nurse di bilik 11. Dan hasil dari check-up semalam adalah....

Berat Badan : 55 kg (turun 600 gram) 
Tekanan Darah : 111/80
Tinggi Rahim : 32 cm
Jantung Janin : 135 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB :12.3

Alhamdulillah semuanya ok, dan berjumpa lagi untuk next appointment pada 31 Julai 2013. Saya bertanya juga kepada nurse kedudukan baby memandangkan scan pada 28 minggu lalu kedudukan baby songsang. Alhamdulillah nurse kata kepala baby dah ke bawah, cuma belum engage kerana nurse kata masih ada ruang di bahagian bawah. Semoga adik baby kekal dalam posisi tersebut yer sayang, umi berniat nak lahirkan anak-anak umi secara normal. Biarlah umi menghadapi betapa sakitnya fasa contraction asalkan dapat melahirkan anak-anak umi secara normal. Semoga Allah Taala  memakbulkan doa dan hasrat saya ini, Amin.....Dan insya-Allah pada minggu yang ke-36 akan scan baby untuk yang terakhir di KK. Semoga segalanya dipermudahkan buat umi n baby...doakan untuk saya ye kawan2. Tentang jantina anak, wpun saya dah diberitahu akan jantinanya...kami suami isteri masih bersikap tidak mahu terlalu berharap. Kami juga tidak kisah akan jantina anak, asalkan sihat dan selamat apabila dilahirkan nanti.


Monday, July 15, 2013

Rezeki Untuk Safiyya

tanda ingatan dari umi n daddy buat anakanda tersayang


Bismillah dan salam buat semua.....

Usia Safiyya menginjak ke setahun 7 bulan, barulah tetiba datang idea nak belikan sesuatu utknya. Tambahan pula ada rezeki lebih dari masuk saham Bank Rakyat, maka saya dan suami putuskan belikan sesuatu utk Safiyya. Raya tahun lepas lagi rasa nak membeli untuk dia tapi time tu Safiyya tengah merangkak, risau plak kot tercicir kat mana-mana plak.

Alhamdulillah minggu lepas balik Ipoh baru amik. Semoga Safiyya tak cabut apabila memakainya nanti. Almaklumlah memang belum pernah memaikaikannya dengan sebarang aksesori lagi sebelum ni.....Sementelah dengan harga emas yang turun 'sedikit' dapatlah kami membeli rantai leher buatnya. Untuk umi?mmm, x perlulah rasanya...sejak dah ada anak, cincin pun x pakai sbb takut cedera terkena kulit anak. Simpan ajelah dalam peti, ntah bila nak datang aura memakai barang kemas semula entahlah.....Mungkin akan diwariskan kepada Safiyya plak nnti, hehehe....



p/s:
sebab dah seminggu bapak tolong amikkan rantai, apalagi kak Long Alya la yg melaram dulu (model kat gambar atas adalah Alya)...setiap kali wechat dgn dia, bkn main siap ugut tny bila chik Ya nak balik Ipoh?kalo lambat, kak Long ambik Safiyya punya rantai.....