Monday, February 22, 2010

20 amalan murah rezeki

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa diniatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.


Source : http://laman-seri.blogspot.com/

Penat tp seronok...



As schedule, mmg bz sgt bulan ni nampaknya...ari Sabtu lepas aku ke Tampin, menziarah baby rakanku di BPKA yg baru mendapat cahaya mata pertama...kami berempat (Ena, Zam n wife n me)ke Tampin kul 3 ptg dr cni...Alhamdulillah perjalanan lancar n selamat smpi ke hospital Tampin jam 4.30 ptg (ngam2 time melawat)...tunggu Kamal smpi then baru ziarah wife n baby Izzah...Actually baby Izzah baru je admit tghari tu sbb kuning dia tggi dh cecah ke 305, so mmg kena masuk wad la...Aja pn dh beransur pulih n bila dia ceritakan pengalaman bersalin, rasa ngeri gak la tp syukur semuanya selamat n berjalan lancar....kitaorg gerak blk dlm jam 6 ptg n selamat smpi Putrajaya jam 7.30 ptg....pas mandi n selesaikan keje umh, aku layan cd cite Santau dulu...ingt nk marathon tgk cd, tp msk jer cite Singapore (chinese), half way aku dh lena....





Ari Ahad tu, pas solat Subuh aku terus bersiap nk g kenduri kt JB plak....gerak dr umh kul 7.15 pg...tersneyum sendirian bila kenangkan seawal pg lg dh pki bj kurung nk g kenduri, semangat betul...amik kwn kt Presint 11, pastu terus ke ofis...kul 8.20 bas kami gerak....singgah sat kt RnR Seremban utk sarapan pastu terus ke JB....kuar dr exit Skudai (kalo x silap ler, sbb ketiduran time 2)kul 12 tghari...sesat lagi nk crk umh CC, dlm kul 12.40 br smpi rumah pengantin....mmg dh lapar time 2, so semua makanan rasa sungguh lazat sekali, yum yum...hajat di hati nk tggu pengantin tp dh ikut rombongan so kenala ikut kepala rombongan....dlm kul 1.30 kami gerak...singgah kt RnR sat utk solat n terus ke Ayer Hitam (betul ke ejaan ni yer?)...mm, mmg rambang mata bila dh ke cni tp Alhamdulillah aku berjaya menahan keinginan yg pelbagai itu..hehehe....dlm kul 4.30 kami gerak blk ke Putrajaya...Alhamdulillah kami selamat smpi di ofis jam 6.40 ptg....Solat Maghrib kt ofis dulu sbb ada agenda seterusnya....aku ke rumah ofismate di Presint 11 utk meraikan ulangtahun kelahiran anaknya, Qaira Dhamira Sofea yg pertama...smpi2, besday girl tidur...tgh² mkn, Qaira bgn n mood dia x berapa ok almaklumla tidurnya terganggung....jam 8.50 mlm aku gerak blk ke rumah....smpi je rumah barula terasa segala kepenatan n keletihan utk 2 arini...letak je kepala, sekejap jer dh lena....

Friday, February 19, 2010

Alya oh Alya...



Si tecik ni namanya Alya Firzana....setiap kali aku blk Ipoh, sempatla jumpa dia n Alhamdulillah setakat ni dia xdela menolak bila makcik dia ni dukung dia wpun jarang berjumpa...wpun x dpt main n layan dia lama, tp masa yg ada aku peruntukkan sepenuhnya utk dia....dia xdela byk ragam, malah menghiburkan org....seawal pg ari Sabtu aku pasti tersedar bila Alya kt katilku smbl melihat² makcik dia tido....aku yg smpi Ipoh lewat mlm sekalipn bila tgk si tecik ni ada, terus x smbg tdo....main dgn dia n layan kerenah dia....smpikan kdg² aku yg mandi n sarapan lewat sbb Alya x boleh kena tggl sorang²....nk marah diapn x smpi ati, sesekali ada gak aku cuba buat² garang dgn dia, bila aku tggikan suara jer Alya akan tgk muka aku, bila mata aku berkedip jer Alya akan tersenyum smbl ckp "cak"...comey comey, terus x jadi nk marah...sejak dia ada kt umh, diala penyeri rumah tok n opah kt Ipoh....tok n opahpn asyik ketawa mengingatkan telatah cucu yg sorang ni....

Thursday, February 18, 2010

Mimpi....

Dah 2 arini aku asyik mimpi menakutkan jer....aku pasan sejak 2 menjak ni setiap kali berjauhan dgn tunang, pasti aku didatangi mimpi yg bkn2 n kadangkala menakutkan...tp bila dia ada, xde plak aku mimpi yg bkn², malah x mimpi pn....aku penah khbrkan pd sepupuku, diapn menasihatkanku agar tidak terpengaruh dgn mimpi² ni...ia hanya sekadar mainan tidur...mudah²an semuanya baik² saja....akupn tidakla terlalu fkrkn sgt mimpi ni cuma sesekali bila terbangun dr tidur buatkan aku fkrkn sesuatu jer sbb kekerapan mimpi....tp mimpi²ku x de la sama....mainan tidur je kn??

Wednesday, February 17, 2010

Ayat Kursi Hindari Perbuatan Sihir dan Pukau

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu - Nya dan kekuasaan - Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (Surah al-Baqarah, 255)

Keterangan ayat

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka'ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

Khasiat dan kaifiat beramal

Ayat al-Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih. Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan. Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh.

Sumber : UtusanOnLine 26/01/2009
Disusun : http://laman-seri.blogspot.com/2009/01/ayat-kursi-hindari-perbuatan-pukau-dan.html

gambar gambar

Salam....

berjumpa di hari pertama ari bekerja setelah cuti 4 ari....terasa amatla xde mood, tp memandangkn tanggungjawab, melangkah jua ke pejabat....mlm td gerak blk dgn adik jam 8.30 mlm n selamat smpi di Putrajaya jam 1.30 pagi.....letak kepala x smpi 5 minit, dh lena....ok, seperti yg dijanjikan ni antara pic g berkelah tempoh hari...n terselit gak pic time g kenduri sepupu tempoh hari....ni la wajah kami sekeluarga..ada sentimental value kt pic wedding tu sbb payah utk kami adik beradik berkumpul semua...wpun masing² duduk xdela jauh sgt, tp nk berkumpul tu payah...ada yg waktu keje ikut shift, ada yg ari cuti umum Malaysia x cuti....bertambah lg bila dh kawin so bila time cuti tu kena berbagi masa dgn keluarga sendiri n keluarga mertua....so enjoy....hopefully lbh kerap lg perjumpaan kami sekeluarga dpt dilakukan...





Sunday, February 14, 2010

Isnin 15 Februari 2010

Insya-Allah esok (15 Februari) kami sekeluarga akan berkelah di Chepor...actually dh lama gak merancang nk berpicnic,disbbkan payah nk mengumpulkan kesemua ahli keluarga maka terpaksa la diteruskan jua program tanpa kehadiran abg Ji....aritu plan nk ke Sg Klah, tp nmpaknya kali ni ke Chepor jer...dekat ckit...So menu yg akan dibawa adalah nasi lemak, sandwich beserta dgn sosej n nuget utk ank2 sedaraku.....Yana paling excited antara semua memandangkan toknya mmg dh janji dgn dia....So mmg x sabar menantikan kehadiran esok, mudah2an semuanya berjalan lancar n selamat hendak-Nya.....tdpn as requested by Yana, aku n dia buat kek coklat...tgh tggu kek siap, Yana tido dah...ngantuk sgt dia arini, almaklumla bgn awal, ptg plak x tdo.....esok dah tentu dialah yg paling seronok sekali.....nantikan gambar pd esok ari, insya-Allah....



* 16 Februari-genapla setahun diri ini dirisk (^_^)
* baru mendapat perkhabaran gembira, akan bertambah lg sorang anak sedaraku....semoga kandungan kak Izie n kak Izie sihat hendak-Nya sepanjang tempoh kehamilan....

Tuesday, February 9, 2010

Kenduri Kawin @ Melaka





Sabtu lepas, aku dan kwn ofis ke Melaka...kami berempat gerak ke Melaka jam 10.30 pagi...Plan asal, nk konvoi dgn yg lain tp memandangkan dorang gerak kul 9.00 pagi, so kami x jadila nk join rombongan tersebut...smpi kt Masjid Tanah dlm kul 11.40, tgk² kak Kas dh sedia menunggu kt depan....rasa mcm segan lak sbb terawal, tp xpela dh tuan umh dh menyambut kedatangan, kami terus jer la kami makan....tgh² mkn, ada je warga mof yg baru smpi...maka kt 2 meja tu semuanya penuh dgn warga mof je la....juadah yg disediakan pn ckp menyelerakan (tmbh plak mmg tgh lapar)...sblm balik, sempat mkn tapai pulut n bubur pulut hitam...yummy yummy, mmg sedap...

Dalam kul 12.30 kami beransur pulang....otw balik ke Putrajaya, sempatla singgah kt kedai tepi jalan n membeli ckit....enjoy some pic...

Fikrah Islamiah: Bahasa isteri yang perlu difahami suami

Fikrah Islamiah: Bahasa isteri yang perlu difahami suami

Thursday, February 4, 2010

Hujung mggu lepas...






Ahad lepas (31 Januari) aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupuku di Semenyih....ingtkan dekat, rupanya jauh jgk yer...kami sekeluarga bertolak dr Ipoh jam 10 pagi n smpi umah abg sulungku jam 12 tghari....Aku naik kete abg keduaku (Abg Man)...dlm kete aku x tdo sbb Alya duk gilir2 sekejap ke depan n sekejap duduk dgn aku kt belakang....smpi ke Kota Damansara dia x tdo wpun duk menguap jer dlm kete.....tggu mak sedara aku smpi barulah kami gerak konvoi 6 buah kete ke Semenyih dalam jam 1 ptg...sekali lagi aku naik kete abg Man...boleh plak pertengahan jalan 3 buah kete tersesat ehehehe...kalut abg aku bila dia sesat kt KL, dia mmg gabra ckit kalo bwk kete kt KL (samala dgn adiknya ini,hehehe)...

Smpi umh pengantin dlm kul 2.30 ptg...punyala perut rasa lapar sbb aritu aku breakfast awl jam 7.30 pagi dgn tunangku kt McD....dh berbunyi2 perut time tu menahan lapar....usai salam dgn sedara mara, aku terus isi perutku yg berkeroncong ini..menunya, Nasi Beriani, yummy yummy sungguh sdap sekali menu yg disediakan....
Singgah solat kt surau berdekatan sblm gerak blk ke umh abg Ei jam 4 ptg....smpi umh abg Ei, bapak ku sakit kepala...duk melayan cucu dlm kete dgn cuaca yg agak panas aritu, kesian ayahku...aku nk drive kn blk dia x bg...so tggu bapak recover br la kami gerak balik ke Ipoh....

Pas mkn mlm, dlm kul 9 br kami gerak blk ke Ipoh...kali ni aku ikt kete bapak pulak sbb nk temankan bapak....pertengahan jalan dlm duk layan bapak bersembang, sempat lak aku terlena, huhuhu....bila sedar, cepat2 aku mkn kerepek ubi utk hilangkan rasa mengantuk...singgah skejap kt hentian Simpang Pulai utk beli buah jampu dan selamat smpi di Ipoh jam 11.30 mlm....(^_^)

Bz...Bz...

Coretan pertama di bulan Februari.....
selak jer kalendar di bulan Februari, muncullah catatan² yg pelbagai di kalendarku....bermula hujung mggu utk mggu ni (6 dan 7 Februari), pada 6 Feb (Sabtu), insya-Allah aku akan ke Melaka menghadiri undangan perkahwinan anak kakak ofis ku....akan ke sana bersama dgn teman² ofis...pada 7 Februari plak aku nk ke Masjid Negara, ada urusan disana..hopefully, segalanya dipermudahkan, Amin...

Mggu seterusnya pada 13 dan 14 Februari, time tu raya Cina...so aku plan utk pulang ke kampung halamanku bersama adikku, nsya-Allah (jgn dia x dpt cuti plak last minit dahla)...nampaknya bln ni x dptla aku pulang 2 mggu sekali, rindu la kt keluargaku nnti nampaknya, huhuhu.....

Pada mggu 20 dan 21 Februari, setakat ni pada 20 februari belum ada perancangan melainkan ulangtahun kelahiran abg sulungku....pada 21 Februari pula, ada 2 jemputan yg aku terima...1 jemputan perkahwinan anak CC kt Johor, dan lagi 1 jemputan ofismateku sempena ulangtahun kelahiran anaknya yg pertama di Presint 11, Putrajaya...mmm, yg ni pn masih samar² nk ke mana....dh nk dekat tarikh baru aku akan fkrkn ke mana aku akan hadiri, silap² aku blk Ipoh kalo dh confuse x tau nk ke mana, heehhe...

Pada mggu 27 dan 28 februari pula memandangkan Jumaat adalah cuti sempena Maulidur Rasul, ofisku menganjurkan hari keluarga di Felda Plantation Tekam...ini kali pertama aku menghadiri Family Day anjuran ofisku...silalah ke link ini untuk keterangan lbh lanjut tempat tersebut http://www.plantationresorts.com.my/Tekam/index_tekam.shtml
Mulanya serba salah nk pegi memandangkan aku ada urusan pada mggu tersebut tp setelah mendapat keizinan dr kedua ibu bapaku, aku pegi juga....rasa x sabar2 pula menanti tarikhnya.....


10 months to go..(^_^)