Wednesday, January 30, 2013

Cucu Opah n Tok Yang Ke-8


Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah semalam di hening Subuh hari kami sekeluarga mendapat perkhabaran gembira dengan kehadiran cucu opah n tok yang ke-8. Syukur Alhamdulillah baby dan mak baby sihat dan selamat. Seawal jam 4 pagi, kami menerima sms dari bapak yang memberitahu Elwa berada di LB. Terus mata saya x dapat nak lelap, bukan apa mengenangkan abang saya ketika itu sedang berkursus di Singapura. Di saat-saat genting di LB, sudah pastilah kehadiran suami adalah pembakar semangat buat isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Namun apabila ketiaadaannya membuatkan saya sendiri bersedih hati. Tak dapat saya membayangkan betapa tabahnya hati kakak ipar saya. Dan semalam usai Maghrib, kami ke Hospital Columbia, Puchong untuk melawat baby baru Ji dan Elwa. Sayu hati saya mendengar cerita dari Elwa dan saya amat mengagumi ketabahannya.

Baby girl yang masih belum diberi nama ini beratnya 2.7kg dan semalam apabila kami datang dia tengah menyusu dan lena sahaja. Oh, rindunya nak mendukung baby kecil......Safiyya pulak bila nampak umi dia dukung baby lain sedikitpun dia x heran....mentang2la dia tgh sakan menjelajah kat hospital tu mendera chik Elwa dia....sib bek la katil Chik Elwa dia x melantun dikejekan si kecik nih....dah nak balik, baru berkesempatan berjumpa dengan abang saya, Ji dan abang Luth....mmm reaksi Luth, masih lagi manja dan masih kuat merajuk wpun dah jadi abangpun.....semoga Luth menjadi abang yg terbaik buat adiknya, Amin....x sabar2 nak dukung baby lagi, Jumaat cuti hopefully leh la ke Puchong lagi....yeeyyyy!!


p/s:
a) Pasni giliran kak Fiza plak bulan 5...jeng jeng jeng....wpun dia kakak ipar saya tp sebenarnya dia muda dari saya dan saya suka mengusik dia n takut2kan dia....walau bagaimanapun, hormat tetap perlu ada wpun dia muda dari saya.
b) Oh, bantal hijau tu amat saya kenali....bantal pemberian mertua saya dan saya tumpangkan kt umah abang saya time saya temankan Elwa dalam pantang dulu....oh, memori sungguh....

Wednesday, January 16, 2013

WW-Safiyya Safiyya

apa daddy pakai nak ikut jugak....umi solat pakai telekung, songkok atau kopiah daddy jugak yg dipakainya
sedaya upaya tak tunduk kepala takut topi jatuh
 p/s:
- bangun tido n siang-siang manja ngengada dgn umi....petang n malam manja ngengada dgn daddy....daddy nak keluarpun dia nak ikut....umi dah bg green light ikut daddy, cuma daddy jer belum ada kekuatan...hehehe, wait n see!!


Thursday, January 10, 2013

Aksi Safiyya Bila Umi Pura-Pura Tidur

yeyy, berjaya jugak bukak zip wallet kecik umi nih

hohoho bagaikan dunia ini saya yg punya

ada banyak lagi rupanya

simpan balikla, nanti umi marah

eh ada plak duit syiling dalam ni yer

kita makan muruku plak....selalu syok jer tgk daddy mengunyah, nak jugak saya merasa

Wednesday, January 9, 2013

Cuti-cuti Bukit Tinggi

Bismillah dan salam buat semua....


Tanggal 29-30 Disember yang lalu, kami sekeluarga berpeluang cuti-cuti terakhir untuk tahun 2012. Percutian kali ini kerana family day ofis suami yg anjurkan....actually xde aktiviti apa-apa, juz bersantai untuk merehatkan fikiran sahaja, kiranya hadiah dari bos untuk kesemua kakitangannya. Terima kasih boss, next year leh join lagi...insya-Allah.


Perjalanan kami sekeluarga dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Syukurlah Safiyya memang jenis bangun awal, makanya pagi tersebut mood diapun ok sahaja dan selamat sampai di Bukit Tinggi jam 11 pagi. Check-in hotel dan terus bersiar-siar di sekitar kawasan dan seterusnya menaiki bas untuk ke Taman Jepun dan Taman Botani. Bersantai bersama menikmati alam yang cukup indah kurniaan Ilahi, sempat juga kami menikmati teh hijau di Taman Botani. First time ever minum teh sepanjang menyusukan anak dan saya tidak akan meminumnya lagi. Bukan apa, teh memang bukan kegemaran saya wpun sesedap mcm mana sekalipun, huhuhu....

Pulang semula ke hotel untuk berehat jam 4.00 petang. Cadangnya nak bawak Safiyya mandi swimming pool, punyalah excited membeli baju dia sehari sebelum last2 kul 5 petang dia terlena jua.....kul 6.30 petang barulah dia bangun....karang kalo bawak, sekejap pulak dia mandi, lagipun malam tu ada dinner beramai-ramai di hotel maka hasrat tersebut ditunda sahaja. Jam 8.00 malam kami dinner bersama rakan sepejabat suami. Usai makan, kami bersiar-siar ke kawasan sekitar sambil menghirup udara malam. Melihatkan Safiyya gembira, umi n daddy juga turut gembira. Sampai dia keletihan barulah kami pulang ke bilik untuk rehat dan tidur.

Keesokan harinya, selesai sarapan di hotel kami bergerak ke Taman Arnab aka ala-ala mini zoo. Bukan kemain Safiyya excited nak mengejar keldai. Daddy plak nak bagi Safiyya naik, umi jer berkeras x mo bagi...bukan apa, buatnya Safiyya berdiri atas keldai tu x ke naya orang yg menarik keldai tu. Budak lain elok jer duduk diam....umi ni faham sangat perangai anak dara tu, duduk diam sekejap jer...lepas tu ada jer idea bijak dia nak buat. Dalam jam 12.30 tengahari kami bergerak pulang ke Ipoh memandangkan daddy ada urusan keje di negeri-negeri belah utara. Niat awal saya amik cuti untuk temankan suami ke sana sekali namun last minute suami minta saya stay sahaja di rumah untuk berehat. TQ abang, i love u so much....last but not least, x lengkap rasanya cerita tanpa gambar kan?so enjoy.....


sebelum bergerak balik, singgah kat taman Arnab, ala-ala mini zoo (serius saya takut kena sepak dengan rusa ni, huhuhu)


bergambar sementara tunggu kawan daddy


menuruti kehendak daddy, x pasal pasal umi kena naik sama benda alah ni

sampai ke Bukit Tinggi basikal ni daddy bawakkan

gembira Safiyya dapat main basikal malam malam

inila keje dia time dinner ramai-ramai


daddy with his daughter

x boleh duduk diam diam, meh kita bergambar sambil duduk yer

Taman Jepun n Taman Botani

Safiyya excited tengok fish, tapi x mo bergambar


melepaskan lelah mendaki bukit, kita amik gambar dulu

dekat jambatan

feeling ala-ala kt Paris gtu....

oh, sila abaikan pemandangan lelaki di belakang...haiiip!!

suka bebeno dpt bwk kete

feeling kt Paris II

dgn kete kuda

kami stay kat bangunan belah kanan tu....besttt!!

Thursday, January 3, 2013

Konvokesyen

Bismillah dan salam ari Khamis....

Alhamdulillah pada 22 Disember yang lepas, sepupu suami dah selamat bergraduasi di PICC. Disebabkan dekat jer dengan kami, maka kami juga turut menghadiri majlis tersebut dan kami gembira dengan kehadiran keluarga Chik AD ke rumah kami untuk 2 malam. mmm Safiyya super duper xcited sebab ramai yang melayannya sampaikan tidur malam pun lewat asyiklah nak main n mengikut orang ke mana jer...enjoy some pics...


dengan Nabilah yg rajin melayah Safiyya...opps terselak plak baju


Chik AD n family...tahniah buat Ummi


dengan Tok Muda-kata Chik AD


kami dengan Ummi


time tido x kira tempat tetap jugak nak lena

alahai masamnya muka anak umi ni lepas bangun tidur...

p/s :
Looking forward untuk menghadiri majlis konvokesyen adik-adik ipar sendiri plak....Amin...

Cuti-cuti Melaka

Safiyya ketemu kawannya di jeti Sungai Melaka
Bismillah dan salam buat semua....

Tanggal 30 November 2012, kami sekeluarga berkesempatan cuti-cuti ke Melaka Bandar Raya Bersejarah. Sempena untuk menghadiri majlis pernikahan dan resepsi sahabat baik suami, kami ambil peluang untuk cuti-cuti di sana. Sama-sama amik cuti ari Jumaat untuk berjalan-jalan sekitar Melaka. Alhamdulillah kami selamat sampai di Melaka jam 10.30 pagi dan destinasi pertama kami adalah Muzium Maritim. Actually melawat tempat bersejarah especially muzium mmg kesukaan kami suami isteri....tambah-tambah suami saya memang peminat sejarah. 2 muzium jugaklah kami melawat di sini....Safiyya lagi sakan berjalan x hirau umi n daddy dia kt mana. Cumanya percutian kali ini tugas saya agak mencabar sedikit memandangkan sepanjang masa saya perlu mendukung Safiyya (tugas yg lazimnya suami saya yg galas) memandangkan suami saya sakit belakang beberapa hari sebelum.

Lawatan seterusnya ke Kapal Portugis (betul ke ye?hehehe)...dalam jam 12.30 tengahari kami meneruskan misi untuk mencari masjid untuk suami solat Jumaat di masjid berhampiran. Usai Solat Jumaat, kami meneruskan percutian kami di Kota Melaka sekali lagi, kali ini misi kami untuk mencari asam pedas....setelah sesat barat dan seletah suami berhempas pulas mengerah memori ingatannya kembali ke tahun lepas, akhirnya kami berjumpa juga dengan restoran asam pedas yg dicari....Syukur Alhamdulillah atas rezeki-Mu Ya Allah. Perut dah terisi, kami meneruskan perjalanan menaiki Menara Taming Sari dan menaiki bot menyusuri sungai Melaka pula. Memang berbaloi baloi sebabnya sbg pemegang mykad, harga tiket yg dikenakan separuh dari harga yg dikenakan kepada foreigner....Oh ye ada insiden yg berlaku waktu naik bot di mana elok je bot bergerak, Safiyyapun melepaskan 'hajat'nya....adeh, bayangkan perjalanan selama 40 minit tu serba x kena dibuatnya kerana risau org lain terganggu dek 'bau' nya, dengan Safiyya yg memang x selesa bila dah melepaskan 'hajatnya' lagi....awal2 jer enjoy pastu saya dan suami dah x sabar nak sampai ke destinasi...hehehe

Jam 6 petang kami bergerak ke homestay dan menghadiri majlis pernikahan sahabat suami usai solat Isyak. Keesokan arinya kami bersarapan bersama sahabat suami pekena roti canai yg saya kira mabeles jugakla....Then gerak semula ke Kota Melaka bersama sahabat suami dan destinasi kami adalah ke Kota A-Famosa pula....dalam jam 12 tengah hari barulah kami pulang untuk bersiap ke majlis resepsi pula....Ok, enjoy some pics taken.....


bersama keluarga sahabat suami, Adura


posing depan pelamin....Safiyya sibuk nak amik bunga plak

Menyusuri Sungai Melaka...ala-ala kat Paris plak, kononnn


Kat Menara Taming Sari....punyala Safiyya x reti gayat sampai duk jalan jalan time benda tu bergerak...

Kapal Portugis ke Belanda ek?

dengan daddy plak kt dalam muzium

tahniah buat pengantin baru....

Wednesday, January 2, 2013

Safiyya 1 years old

Bismillah dan salam buat semua....

Entry ini agak lewat tapi bagi saya better late than never....sekarang memori untuk dikenang di masa akan datang. Alhamdulillah pada 9 Disember 2012 (Ahad) yang lalu Safiyya genap berusia setahun. Terasa sungguh cepat masa berlalu tanpa saya sedar dia dah makin membesar dengan jayanya.

Sempena ulangtahunnya yang pertama saya dan suami merancang untuk mengadakan doa selamat secara kecil-kecilan. Niat asal sekadar menyediakan pulut kuning dan disedekahkan di surau rumah mak mertua namun ia menjadi besar-besaran pula. Alhamdulillah rezeki anak. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu mertua saya yang menyediakan masakan yg super duper enak, ayah mertua yg sponsor khemah walaupun kesihatannya pada hari itu kurang mengizinkan dan juga kepada adik ipar saya yang membantu sehingga selesai majlis. Menu yang mertua sediakan pulut kuning + rendang ayam, laksa, mee goreng, agar-agar. Majlis dimulakan selesai solat Asar dan selesai sehingga Maghrib. enjoy some pics...credits to Ela sebab sudi memberi gambar sekitar majlis tersebut. Terima kasih juga diucapkan buat keluarga saya yg sudi hadir (Alhamdulillah semua datang), jiran tetangga dan sahabat handal yg sudi hadir.


budak yg dah setahun...dah x baby lagi yer...


tak boleh duduk diam-diam

Safiyya dengan sepupu-sepupunya

time ni dah berebut pisau dengan uminya

kek besday girl-pemberian daddy

antara tetamu yg hadir

penuh rumah dengan adik-beradikku...huhuhu

Safiyya dengan hadiahnya

sempena besday Safiyya, umi bagi goodies kat kawan nursery n ofis...

Sempena setahun, perkembangan Safiyya adalah:
a) Dah boleh berjalan dengan lancar...syukran Ya Allah
b) Dah mula makan makanan keluarga wpun kadangkala dia refuse dan keluarkan semula...
c) Dah mula pandai menjerit sekiranya nak mendapatkan sesuatu akan dapatkan juga
d) Dah pandai buat muka sedih bila umi cakap "amboi"
e) Dah faham maksud kakak
f) Bila sebut fish, dia akan sebut ishhhh
g) Bila sebut cat, automatik dia akan buat cara nak panggil kucing
h) Dah reti sebut daddy tapi umi dipanggilnya mak
i) Belum tumbuh gigi lagi..
j) Dah reti melambai apabila kita sebut bye....
k) Bila kita hulur tangan untuk salam, dia akan cium sambil gigit tangan kita
l) Pandai merajuk
m) Reti menggelengkan kepalanya untuk menyatakan tidak mahu didukung, tidak mahu makan ubat ataupun tidak mahu makan
n) Genap setahun saya exclusive BF Safiyaa, syukran Ya Allah...semoga azam untuk menyusukannya sehingga 2 tahun tercapai, Amin.....



p/s :

Safiyya sayang, umi dan daddy doakan Safiyya menjadi anak yg solehah dan menjadi kakak yg terbaik dalam mendidik adik-adiknya (insya-Allah)...semoga membesar sihat, aktif dan sentiasa menjadi sahabat yg terbaik buat umi n daddy...love u sayang with all my heart n soul, mmmuaahhh!