Monday, April 21, 2014

Ujian dan Dugaan.....

Bismillah dan salam buat semua.....

24 Mac 2014 (Isnin) - Tatkala dlm grup whatsapp familiku sedang excited usik mengusik satu sama lain utk majlis pertunangan adikku pada hari Ahad itu, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita dari abg ku yg sulung. Sungguh hati saya terlalu sayu mengenangkan anak saudara saya Amni Insyirah, tangan terasa berat untuk menulis tetapi saya gagahkan juga untuk mencatit sebahagian dari lipatan sejarah hitam buat kami sekeluarga.

Bapak mengkhabarkan kepada kami yang abang sulungku baru sahaja menelefon menangis2 memberitahu anaknya Amni Insyirah terkena 'sawan tarik' tatkala menunggu mendapatkan rawatan di KPJ Damansara. Kesemua kami terkedu menerima perkhabaran tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Sehingga kini, setelah 3 minggu berlalu Alhamdulillah Amni Insyirah telah melepasi tahap kritikal dan telah dipindakan dari wad ICU ke HDU dan kini ditempatkan di wad biasa di HKL. Puncanya adalah kerana demam semata-mata. Semoga Amni terus berjuang untuk terus sihat seperti sediakala dan semoga abang dan kakak iparku cekal dalam menghadapi ujian yang melanda. Ya Allah, Engkau berilah kesembuhan kepada Amni Insyirah, berilah peluang kepadanya hidup aktif ceria seperti biasa.


senyuman yg teramat kami rindukan.....

hari hari awal ditukarkan ke wad biasa

Alhamdulillah Amni mmg kuat dan semakin pulih

Amni sayang...Amni kena kuat yer utk mama n ayah....


Thursday, April 17, 2014

Selamat Bertunang Adikku Sayang...

Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah pada 30 Mac yang lalu, adikku yang tersayang telah mengikat tali pertunangan dengan Nadzirah.....insya-Allah jika tiada aral melintang, hujung tahun ni adalah rombongan ke pantai timur. Saya tumpang gembira kerana Nadzirah pandai mengambil hati kedua ibu bapa saya sebagaimana adik saya pandai menjaga hati mak ayah saya. Semoga ikatab pertunangan ini berkekalan hingga ke ikatan pernikahan hendak-Nya....Amin....

rombongan dari pihak lelaki

budak yg duduk kat riba atok tu mmg x reti duk diam

sesi suai kenal...

sarungkan cincin merisik n bertunang

menantu-to-be

mak n Nadzirah

mak n bapak dengan bakal menantu
inilah adik ku dengan Ahmad....