Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 1435

Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun ke-4 merayakan Aidilfitri sebagai seorang isteri di samping kehadiran sepasang cahaya mata. Syukur juga kerana tahun ini juga tahun ke-4 saya dapat berpuasa penuh....kalo tahun depan pun puasa penuh, confirm tgh pregnant, hehehe *wink wink*.....

Kami pulang ke kampung halaman pada hari Sabtu dan terus ke umah mak bapak saya. Memandangkan tahun ini adik-beradik saya beraya di rumah mertua masing2, maka tanggungjawab saya sebagai anak perempuan tunggal utk memabntu mak menyelesaikan persiapan ari memasak sebelum saya pulang ke kampung suami di Grik.

Kami bergerak pulang ke Grik pada hari Ahad jam 4.00 petang dan selamat smpi jam 5.45 petang. Bestnya rasa bila berkumpul adik-beradik semua. Dapat juga berjumpa si bam bam Widad yang dah berusia 3 bulan....

Raya pertama kami menziarahi saudara-mara sekitar umah Tok n Che sahaja. Sebelah malamnya kami adik-beradik ke pekan Grik, apalagi kalo bukan carik makan...walaupun perut kenyang dengan lemang ketupat, namun perut tetap nak bersua dengan nasi jugak.

Raya kedua, kami beraya sampai ke Baling.....seronok anak2 dapat merasai suasana kampung, dapat tgk ayam itik, kambing lembu secara live sampaikan Ahmad dah pandai buat bunyi ayam berkokok. Selepas Maghrib kami bergerak ke rumah mak bapak di Sungai Rokam. Tujuan balik awal adalah semata2 nk booking bilik. Umah mak bapak x banyak bilik, maka siapa cepat dialah yg dapat...hehehe....x lama selepas kami sampai, abgku yg sulung juga sampai.....

Raya Ketiga, setelah adik-beradik kesemuanya dah sampai maka bermulalah perjalanan ziarah menziarahi kami di sebelah petang ke rumah adik-beradik bapak dan mak.

Raya keempat, kami sambung ziarah ke rumah adik-beradik mak. Mak saya ada 12 adik-beradik, seronok bila dapat berjumpa mak pak sedara, sepupu sepapat dan anak2 saudara semua.....

Raya kelima, kami sambung ziarah ke rumah sepupu bapak dan pada malam harinya barulah bagi peluang pada anak2 saudara untuk bermain bunga api bersama2.....Bukan main meriah n sakan budak2 main bunga api. Ahmad yg selalu tidur jam 9 malam pun tahan mata duk leka tgk bunga api....masuk jer umah, bersihkan badan bg susu terus lena......

Raya keenam, dah mula dtg mood sedey mengenangkan dah nak balik ke Putrajaya....niat asal nk ke rumah mertua seawal pagi namun disebabkan tengahari itu kami adik beradik kena gorong royong maka ke rumah mertua agak lewat ckit. Gotong royong menyediakan nasi tomato....kak ipar yg sulung masak nasi tomato, kak ipar no.2 masak ayam masak merah, kak ipar no.3 masak brokoli dan asparagus dan saya ditugaskan memasak sambal udang, tetapi memandangkan rmi ank2 kecil maka saya tukar menu ke udang masam manis dan bapak pula ditugaskan membuat air epal + asam boi dan carrot susu.....syok je rasa gotong royong beramai2 dan makanpn beramai2.......Lepas Asar kami ke rumah mertua memandangkan mertua buat open house, ramai juga tetamu yg datang terdiri dari kawan2 mak dan adik2 ipar....jam 3.30 pagi kami bergerak pulang ke Putrajaya dan selamat sampai jam 5.45 pagi....

Ok, meh kita tgk ckit gambar2 raya kami dan x lupa juga kami sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin......rayakan dengan pernuh kesederhanaan....



budak yg kepenatan beraya, time tdo mmg nk tdo jgk
 
makan time....dah hampir setahun, belasah aje mkn laksa....

family potret (^_^)

abah dan anak2 lelakinya...kenapa daddy nampak mcm paling bongsu?hehehe

mak dan anak2 menantunya

Safiyya dan sepupu2nya.....time ni tanpa Widad dan Ahmad yg tidur

kakak Safiyya yang sentiasa rasa dirinya princess bila pki cekak atau blaus kembang2

tahun ni kami berempat, Alhamdulillah....

Safiyya dan sepupu2nya



aktiviti anak2 setiap pagi....berendam dan terus berendam

banyakla bil air umh atok bln ni nmpaknya....

Dhia n Ahmad x leh mandi kolam.....yg besar dh siap mandi baru dorang leh mandi

Dhia dan Ahmad, sebaya tapi berbeza bulan.....

berpeluh2 anak umi ni....

last but not least.....bapak yg bz membantu open house rakan lamanya....