Tuesday, May 28, 2013

4th Check-Up Adik Kakak @ 25 weeks

Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah pagi tadi selesai monthly check-up adik Safiyya yang kali keempat di usianya 25 minggu. Macam biasa, selesai suapkan Safiyya mkn n hantar dia ke taska barulah saya bergerak ke KK Presint 9. Syukur hasil keputusan kesemuanya ok. Oh ye, lagi 3 mggu saya kena minum air gula. Rupanya di Putrajaya skrg ni mmg diwajibkan ibu mengandung yg berusia 25 tahun ke atas untuk minum air gula pada kandungan 28 minggu. Sebab musababnya ialah banyak kes baby meninggal ketika di usia kandungan 7-8 bulan....Nauzubillah.....dan selain tu, ramai bayi yg dilahirkan dengan berat lbh dari 3.80 kg....hohoho besarnya...Semoga saya berjaya menelan air gula tu nanti dan ujian darah ok hendak-Nya, Amin mudah-mudahan. Ok, ni review hasil dari check-up tadi...


Berat Badan : 52.9 kg
Tekanan Darah : 124/73
Tinggi Rahim : 25 cm
Jantung Janin : 145 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
HB : 11.9
 
p/s:
# Safiyya dah semakin mengetahui ada adik di perut umi...setiap kali diminta sayang baby, pasti dia akan mencium perut saya dan paling syahdu setiap kali dia bangun tido pasti dia akan cium adiknya terlebih dahulu sebelum mencium pipi dan mulut saya.
# Safiyya semakin manja, duduk di rumah sentiasalah nak duduk atas riba saya. Kalau minum susu plak, tangan sebelah mesti tarik tangan saya untuk dibuat peluk mahupun dibuat cium.
# Kalau tidur malam, apabila saya membelakangkan dia pasti dia akan akan menghimpit ke saya dan merengek minta tangan saya untuk dia buat peluk. Penah jugak saya letak tangan suami, tapi dia menolak dan menarik tangan saya juga....
# Semoga ikatan kasih antara Safiyya dan adik-adiknya nanti sentiasa erat dan menjadi anak-anak yg soleh dan solehah buat umi n daddy
# Umi n daddy sayang sgt pada anak-anak....mmmuaahhh!!
 

Monday, May 27, 2013

Hari Kedua...

Bismillah dan salam buat semua...

Alhamdulillah masuk arini dah 2 hari dapat berpuasa di bulan Rejab ni...semoga diberi kekuatan untuk diri ini untuk berpuasa di masa-masa akan datang. Selain utk berpuasa sunat, saya juga sebenarnya praktis utk berpuasa di bulan Ramadhan nnti. Bukan apa, waktu mengandungkan Safiyya ketika bulan puasa saya sedang hamil 5 bulan. Tapi kali ni ketibaan bulan puasa nanti saya sedang mengandung 8 bulan. So, saya rasa perlulah jugak untuk saya melatih diri untuk berpuasa walaupun ketika ini saya mengandung 6 bulan.

Syukur dikurniakan suami yang begitu memahami. Saya sekadar menyuarakan hasrat untuk berpuasa sahaja dan suami akan menyediakan makanan untuk saya bersahur. Syukran Ya Allah....semangat berpuasa terus menerpa apabila bangun sahaja dari tidur, siap cuci muka tgk makanan dan minuman dah siap terhidang di atas meja (siap dgn pakej susu skali, huhuhu-dgn harapan nak escape la konon!)....makin bertambah rasa sayang pada en suami. TQ abang kerana begitu memahami dan ringan tulang memasak utk sayang.....

Dah suami menyediakan menu bersahur, saya pula sediakan menu untuk berbuka la. Haih, jam baru kul 4 ptg, dlm kepala dah berputar ligat memikir menu untuk berbuka nanti...oh idea, plz come to me faster!! Insya-Allah hasrat berpuasa akan saya teruskan sekiranya tiada halangan yang mendatang dan selagi kesihatan mengizinkan. Buat yg belum menggantikan puasa, sekarang dah bulan Rejab...x lama lagi dah pun masuk bulan Syaaban sebelum ketibaan Ramadhan....jom sama-sama berpuasa!!


Wednesday, May 8, 2013

Balik Kampung.....

Bismillah dan salam buat semua.....

Minggu lepas dapatlah saya sekeluarga pulang ke Ipoh di samping tujuan utama untuk mengundi. Saya sememangnya menghitung hari untuk pulang ke Ipoh, dah 2 bulan rasanya kami tidak dapat pulang ke Ipoh (sesuatu yg amat jarang saya lakukan) dek kesibukan suami dengan kerjanya. Tapi Alhamdulillah kami pulang jua ke kampung halaman walaupun sejenak cuma dapat bersua dengan insan2 yg tersayang.

Saya tahu atok2 dan opah2 merindukan cucunya, begitu juga dgn Safiyya merindukan kasih sayang mereka wpun Safiyya sedikit bad mood apabila di rumah mertua. Saya pulang ke Ipoh pada hari Jumaat mlm bersama adik dan Safiyya. Suami tidak dapat turut serta kerana ada tugas yg perlu diselesaikan. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun jalan agak sesak (tiba2 feel nak balik raya jer...hehehe) dan kami selamat sampai jam 1.30 pagi. Sampai jer saya bawa Safiyya ke dalam bilik kerana dia sedang tidur namun cepat sungguh dia perasan akan perubahan sekeliling dan lantas terus terjaga. Alang-alang dah dia bangun, sayapun turun ke bawah untuk menjamah makanan dan berbual dgn mak bapak tersayang. Selesai makan, bapak bawak Safiyya ke sisinya dan memeluknya untuk tidur bersama. Safiyya juga tidak menolak...maka itulah kali pertama saya tidur tanpa Safiyya di sisi...huhuhuhu...

Keesokan arinya mak dan bapak sibuk berkempen, tinggallah saya, Safiyya dan adik di rumah. Mujur tidak lama kerana tak lama kemudian abang saya yang ketiga sampai. Dapatlah saya menatap wajah Dhia d bam bam dgn lebih dekat dan dapat mendukungnya. Safiyya pun bukan main seronok dapat main dengan abang Luth dia. Semua aktiviti dibuat bersama, mandi bersama, makan bersama, main bersama, minum susu bersama dan gaduh bersama. Petangnya pula abang saya yang sulung sampai. Makin meriahlah rumah mak n bapak. Menjelang petang anak2 semua bermain kat luar, cabut bunga mak la, main basikal lah, berlari2 ke sana sini. Jam 6.30 ptg saya memanggil Safiyya untuk menonton rancangan kegemarannya Upin Ipin. Sambil menonton sambil minum susu, x sempat habis cerita dia dah lenapun.....

Malamnya anak2 dgn aktiviti tersendiri, main dan berlari. Safiyya juga tak ketinggalan duk asyiklah naik n turun tangga sehinggakan dua kali jugaklah dia terjatuh dari tangga. Mana reti serik, umi dah pujuk dia sambung balik main tangga. Bukan main eksyen naik n turun tangga x nak pegang tepi, tu yang sampai terjatuh. Berangan mcm dah besar sgt jer gayanya...Safiyya Safiyya.....Tidur malampun x nak sebab asyiklah nak main, padahal mata dah mengantuk tu. Sejak dah reti sebut tak nak, semua yg kita tanya semuanya dia jawab tak nak.....huhuhu, tp bila dia nak mmg dia akan sebut nak. Means dia dah reti membezakan dan menggunakan maksud nak dan tak nak...

Ahad pagi, lepas selesai memandikan dan menyuapkan Safiyya dan Luth makan (tiba2 feel anak dah dua), saya dan abang2 menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Sg. Rapat dan Parlimen Gopeng. Niat di hati nak naik kereta, tp last minit kami putuskan jalan kaki jer sebab takut jalan sesak. Memang sesakpun, hujung rumah jer dah berderet kereta. Tak menunggu lama untuk mengundi sebab saya diutamakan kerana mengandung maka lajulah proses pengundiannya. Sempat juga bersua muaka dan berborak dengan rakan sekolah lama, dan juga kawan suami.

Sebaik suami selesai mengundi, kami bergerak ke tempat pengundian untuk berjumpa dengan ibu mertua yg bertugas. Dan kemudian ke pekan Ipoh untuk ke kedai basikal namun kedai tutup maka kami sempatlah menikmati cendol berhadapan dengan TKK yg menjadi kegemaran suami. Seterusnya kami ke rumah mertua. Sampai2 jer Safiyya terhantuk di kerusi, apalagi teruslah dia bad mood. Walaupun dah dipujuk namun kesedihannya masih bersisa dan ditambah lagi apabila terhantuk sekali lagi....xpela sayang, lain kali kena lebih hati-hati yer....Sempatlah makcik2 Safiyya bermain dengannya dan sempatlah juga atok dapat dukung cucu. Tak dapat berlama kerana suami perlu mengambil orang di Sg.Buloh pada malam itu. Selesai solat Maghrib kami bergerak ke Putrajaya. Alhamdulillah kami selamat sampai jam 11 malam dan Safiyya tidur sampai ke pagi malam itu.

sementara tunggu daddy, jom kita bergambar


semangat pakai baju kurung sampai ke Melaka

beza 10 bulan....abg Luth n Safiyya

teman bermain, teman bergaduh

Luth yg super duper manja wpun dh ada adik

Luth n adiknya...Dhia d bam bam....


Friday, May 3, 2013

Sekadar Suka Suka...

Bismillah dan salam buat semua....

Actually xtau nk citer apa, hatiku sudah di kampung...huhuhu......So meh saya citer kisah di suatu hari di kala saya keboringan. Bila saya boring, tangan saya mulalah mengoogle apa2 yg terlintas di kepala...kadang saya cari info ttg kesihatan, makanan dan blog walking aje....Ntah cemana ada suatu ari tu time saya awal2 pregnant saya tgh mencari khasiat susu2 untuk ibu mengandung. Tiba2 saya dapat idea untuk mencuba susu2 yg lain juga.....Apa lagi, saya terus menjadi ahli la kan, hehehe...best jugak, dapat susu percuma wpun sampel dan ada gift juga kadang2....yeyyyy, saya suka saya sukaaaa (versi Mei Mei)......ok, jom kita layan gambar....


excited bukak post box dpt sekali 3 sampul

Sampul pertama dari Enfa Mama

TQ Friso, dpt susu.....yummy!

TQ Enfa Mama...dpt dua paket susu...

Alhamdulillah baru2 ni dapat lagi....

Susu + free gift...tq EnfaMama.....nak lagi boleh?hehehe

coklat...siapalah yg baik hati bg coklat kt saya plak kan kalo bkn suami sendiri...TQ Chenta...