Monday, November 30, 2009

Aidiladha tahun ini....

berebut² nk potong kek
Aksi tiga org anak sedaraku

silap tahun utk Yana, supposely 6 thn

hero² yg bekerja keras


Tidak la meriah seperti Aidil Fitri disebabkan abg²ku kesemuanya tiada di hari raya...abg² yg dh berkahwin, beraya belah mertua masing², manakala abg ku yg ketiga plak keje....so persiapan juga ala kadar jer, ada nasi impit n kuah kacang (utk mkn sndiri)...Lepas solat Jumaat, kami gerak ke Sitiawan, berjumpa dgn sepupu di sana....Plan awl, adik aku ikut sekali tp dh besar skrg ni dia malas nk ikut sgt....So bertigala aku dgn mak ayah ku ke sana, smpi dlm kul 4 ptg...Lepas solat Asar, kami ke pekan....tgk² laut n membeli ckit utk keluarga ku dan kwn ofis....Lepas solat Maghrib, keluar lagi utk mkn mlm sempena meraikan kejayaan dan dorongan utk Syafiq agar lbh berjaya di masa akan dtg...Tahniah diucapkan....gerak balik ke Ipoh dlm kul 10 (lepas hbs Nur Kasih, hehehe)...punyala mengantuk, tertido dllm kete, sedar² bapak gerak bgtau dh smpi....


Sabtu plan nk buat BBQ sempena dgn ulangtahun kelahiran adikku pada 28 November (yg ke-23) dan utk ank sedaraku (yg ke-6 thn)...semoga kalian berdua dimurahkan lagi rezeki n berjaya dlm hidup...Amin....Lepas Zuhur keluar dgn Bapak ke JJ utk beli brg²...smpi je ke rumah tgk mak n kak Izlina tgh tidur, so aku marinate jer la benda² yg nk di bakar mengikut citarasa sndiri.....Lepas solat maghrib, barula sesi membakar dimulakan....dalam masa yg sama, abg Man n keluarga baru sampai....apa lagi, Alya yg sedang tidur terus tersedar n senyum bila tgk Yana n Akmal....aku terus dukung Alya sbb abg n kakak iparku nk mskkn barang n tukar pakaian....tgh dukung Alya, Akmal plak minta didukung sekali....percubaan kali pertama dukung kedua²nya, adeh penat tgn den ni ha....Alya leh tahan lg beratnya, tp Akmal mmg x larat....bila letak ke bwh Akmal menangis, sekali lg aku dukung kedua²nya....x smpi 5 minit aku bertahan, aku terus bg Akmal pd adikku utk dukungkan dia...x larat weh nk tampung berat Akmal sekali....


Dah siap membakar, masa utk mkn bermula....time ni Akmal n Yana dh standby pegang pisau dulu..doa dibacakan buat kedua² yg diraikan...usaibaca, belum sempat Yana n Akmal potong kek, Alya dah terlebih dulu 'potong' kek dan membuatkan kami semua ketawa dgn keletahnya.....enjoy some pics...

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

First of all, smlm baru dpt news dr sepupuku yg dua pupu kitaorg meninggal kt Bintulu last Saturday...(Al-Fatihah buat arwah)...kejadian tersebut menginsafkan diri ini...dua pupu kitaorg ni akan melangsungkan perkahwinan 5 Disember depan, segala persiapan telah dibuat...apakan daya, Allah lebih menyayanginya....kita manusia ni cuma mampu merancang.....jodoh pertemuan, ajal maut semua kuasa Allah SWT...(takziah buat keluarga tunangnya juga)...
Esok, semua umat Islam merayakan Aidil Adha....Salam Aidil Adha buat semua.....insya-Allah mlm ni, aku sampai ke kampung halaman...rindu sgt kt mak n bapak, duk menghitung detik nk pulang ke kampung halaman...harap² dpt bertemu dgn ank sedaraku, Alya.....
Kepada semua, berhati²la di jalanraya....semoga bergembira dan selamat sampai ke destinasi....Amin....(^_^)

Thursday, November 19, 2009

Rindunya....

pic Alya paling latest dlm simpananku...

Hari Raya

Sebelum kuar berbuka puasa


Lagi beberapa hari jer dh nk mula cuti sekolah (cewah, mcmla masih bersekolah, ehhehe)...yg menyebab kn rasa x sabar sbb nk tggu kedatangan anak sedaraku, Alya Firzana....wpun setiap mggu mmg dia dtg umh Ipoh, tp x puas rasanya...Kak Fiza bgtau cuti sekolah nanti dia duduk umh Ipoh....so nampaknya giliran Tok n Opah Ipoh plak menjaga cucu yg junior ni....Bapak pulak mmg suka ngusik Alya ni, x byk sgt ragam cuma awl² dia memilih ckit bila org nk dukung dia....tp kalo dia nampak kita pki cantik² n smart mesti dia nk didukung oleh org tu, sbbnya dia tau org tu nk bwk dia jalan....hehehe...Alya paling leka kalo memerhati kereta yg bergerak...part yg paling suka dia perhatikan smpi x perasan Mama n Babah dia nk tgglkn dia adalah tayar...dia leka tgk tayar yg berpusing tu...n dia leka memerhatikan ayam...kalo tgh mengamuk tu, bwkla dia g tgk ayam mesti dia terus senyap....

Insya-Allah nanti akan berjumpa juga dgn si tecik yg bermata beso ini...geram sgt nk cubit² n nk gomol² dia....rindu sgt kt dia....

Berpakaian Tetapi Telanjang....

Artikel ini untuk di kongsi bersama dan juga untuk ingatan kepada diri ini....semoga bermanfaat kepadaku dan juga yg lain.....
Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim).

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)
Ciri-ciri pakaian Muslimah :
1) Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
2) Baju mestilah labuh dan longgar
3) Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
4) Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
5) Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
6) Memakai sarung kaki
Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)
Renung-renungkan!

Wednesday, November 18, 2009

Terusiknya hati ini....

Petang Isnin balik kerja seperti biasa, tgh duk melipat kain dpt call dr my fren, Shida yg dia rasa sakit² badan dek panas badan n minta dihantar ke klinik...Since time 2 dia kt area Pudu, menunggu kwn so aku x dpt buat apa²la, tggu sehingga dia smpi ke Putrajaya....otw dia balik umh, dia keep on call sambil nangis² sbb dh x tahan sgt....Masuk jer Maghrib, aku terus jamah kurma n air masak utk berbuka puasa...Usai berbuka, aku terus solat...Sedang solat, Shida sampai umh...tgh bersiap dia dh mula meraung² minta aku cepat sbb dh x tahan sgt....Bertemankan kwnnya, aku g klinik berhampiran dgn umh....Pulang ke rumah, aku suapkan dia roti ckit n air buat lapik perut sblm mkn ubt...Jenuh kena paksa, smpi aku terpaksa telefon mak ayhnya di Sibu, barula dia makan.....Mlm tu tdo skejap² sbb badan dia masih panas, n dia rasa x selesa...sekejap dia rasa bdn panas, sekejap rasa sejuk sgt...Aku plak berdua je dgn dia, serba salah dbuatnya....risau terjadi benda yg bkn².....
Esoknya, iaitu ari Selasa Shida dh boleh bgn n bergerak ke dapur (lega sgt rasa time ni)....lepas je dia mkn nasi utk tghari, dia call bgtau dia mula muntah² plak....Aku plak tgh bz kt ofis, ada urusan keje kt luar n event kt ofis lagi, lebih rasa serba salah utk balik awal....Disebbkan Shida dh smpi menangis², aku pulang jugak ke rumah n terus bwk g klinik kt presint 9 (terowong)...Di klinikpn dia masih lagi muntah²....Selesai berjumpa dgn Dr. Rosli aku g beli air oren n 100 plus....balik je ke rumah Shida tdo....sambil² tu aku bersihkan diri,solat, basuh kain, jemur kain n masakkn bubur nasi utk dia.......Dia jamah separuh mangkuk bubur n separuh biji kurma sblm dia rasa nk muntah semula....aku sapula minyak angin di kepala, leher n belakang dia....Alhamdulillah dia x jadi muntah n terus terlelap....sambil dia tido, aku selesaikan solat Isyak, bersihkan dapur n gosok baju utk esok....Hampir kul 10 mlm dia bangun dr tdo n bgtau nk jumpa kwn dia...Sungguh rasa nk marah sgt time ni, muka dh merah tahan perasaan marah....bila dia tetap berdegil kata nk jumpa n minta aku hantar, aku terus marahkn dia....Dalam keadaan dia yg nk bgnpn x larat, tergamak dia mintak nk jumpa kwn dia tu...wpun cinta menguasai diri, tp tolongla hargai diri tu dulu....mak ayah dia kt Sarawak tu duk risaukan dia, aku yg depan mata ni duk risaukan dia,adik² diapun duk risaukandia, dia plak minta nk jumpa kwn dia n risaukan pakaian kawan dia tu...owh, rasa mmg dh x boleh bertoleransi lg dah....bergenang airmata ni time marah²kan dia mlm td....
Sampai ke ofis pagi td, aku luahkan kt kwn ofis sbb dorang tau aku kuar awl smlm....masih berbaki rasa amarahku ini....

Monday, November 16, 2009

Congratulation my fren...(^_^)

Alhamdulillah, ari Sabtu (141109), kawanku Adila selamat bergelar tunangan kepada Hafiz...welcome to d club...Now from 7 of us, 3 dh bergelar tunangan org (including me, hehehe)...lg 4 org insya-Allah akan menyusul kemudian...Amin..Enjoy some pictures.....

Congrats Dila....(^_^)