Friday, January 22, 2010

Masa Mengemas Sudah Tiba...

Smlm tiba² mood mengemas dtg....selama ni ikut dan jer, tp smlm mmg all out aku mengemas...asalnya aku nk asingkan baju yg nk anta blk Ipoh n yg nk diguna lg...sudahnya hbs 1 almari aku kemas dan hasilnya baju yg sedia ada tggl ckit jer...hehehe, xpe xpe mmg akupn jarang ada kt umh skrg ni....setakat baju tidur jer yg aku selalu pakai...baju t-shirt mmg jarang sgt pakai sbb hujung mggu aku selalu ada urusan....Maka, hasilnya adala 4 beg yg akan dibawa balik ke kampung...mmm, kt mana nk diletakkn baju ni agaknya...Memandangkan aku ni menumpang, so stor sementara aku adalah di dlm bonet kete...insya-Allah bulan depan aku balik Ipoh dgn kete, so bolehla beg² tu aku bawa sekali....barula rasa sedap ckit mata memandang bila tgk almari baju dh kemas teratur baju harian, baju tidur n baju jalan....

Kesian dia...



smlm bapak anta mms pic Alya n toknya yg ketiduran (eh ada ke perkataan nih?hehehe)...terusla smbg msg dgn ayahandaku itu....rupa²nya si tecik Alya ni kena demam campak dr ari Isnin lg....no wonderla dia memerap jer dgn toknya...last week balik mmg pasan Alya duk asyik mengggaru jer bdn dia...bila mandikn diapn Alya masih menggaru, kesian kt dia....ni mama n babah dia keje, tok n opahnya la yg melayan dia...kesian tok n opah kena layan telatah cucu....tp xpe, tok dia mmg rajin melayan budak² kecik ni tmbh² plak cucu sndiri....sblm ni tok duk melayan cucu sedara jer....ari² g umh amik cucu sedaranya....so skrg dh x sunyi lg la dah ada cucu sndiri utk dijaga....semoga Alya cepat² sembuh n kembali aktif spt biasa...insya-Allah mggu depan Chik Ya jaga Alya lg k, tu pn kalo Alya x balik Kuala la...

___________________________________________________________________________________________

next story xde kena mengena dgn tajuk entry...sekadar luahan rasa....Mggu ni ada rasa sedikit down, moodpn x berapa ada....baik hal keje, umah n also peribadi mengganggu gugat perasaan ini....ada yg terasa ati smpikan dh x mau tegur diriku lagi....apakan daya, aku cuma manusia biasa...aku boleh bertahan selagi yg termampu sahaja...mggu ni juga, aku terlebih sensitif ku kira...pantang ada ayt yg kedengaran berbaur negatif dr seseorang, senang sekali airmata ni menangis...mudah²an aku boleh bertahan dan terus bertahan utk hadapi dugaan ini....tempat utk meluah?tiada...ada masa org boleh melihatku senyum n ketawa sepanjang mggu ini, tp dlm hati ini Tuhan saja yg tau....x sabar menunggu mggu depan utk pulang ke kampung halamanku....

Monday, January 18, 2010

Doa Orang Berdosa Ditolak Allah



SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.

Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.

Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.

Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya?

Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji?

Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.

Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya.

Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:

Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.

Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Doa-orang-berdosa-ditolak-Allah/Article/index_html

Balik Ipoh...




Alhamdulillah jam 11 mlm ari Jumaat yg lepas, aku selamat smpi Ipoh....borak² sekejap dgn keluarga sblm aku msk tidur jam 1 pagi...Esoknya usai Solat Subuh ingt nk tido sekejap tp bapak panggil minta tolong jaga anak sedaraku, Alya memandangkan arini abg Man nk pindah n kak Fiza plak bekerja....So, tinggalla aku, mak n Alya kt umah...bergilir² jaga Alya dgn mak...bila mak mengemas umh, aku jaga Alya....bila aku masak, mak plak jaga Alya....first time mandikan Alya, risau gak sbb Alya ni ssh nk keluar dr bilik air disbbkan dia cukup suka main air....Seharian mengasuh Alya, kiranya pengalaman yg berguna buat diriku...Paling best saat nk tidurkan dia...disbbkan dia dh tido jam 9 pagi so lepas masak aku bagi dia minum susu....tgk mata n tingkah laku dia mmg x gaya org nk tido...disbbkan akupn dh kepenatan smbl bg dia susu, aku peluk erat tubuh kecilnya smbl bercerita dgn dia....sedar² tgnku yg dia sedang pegang tiba² jatuh...rupa²nya si tecik ini dh selamat tido....leganya rasa sbb akupn leh rest sama...hehehe.....petang tu mak sedara aku dtg ke rumah, n ada sepupu yg baru berkahwin bulan 12 aritu dtg memperkenalkan isterinya juga...

Malam tu sedang aku ber'ym' dgn sepupu ku, aku menerima perkhabaran kurang enak dr bakal adik iparku....Mudah²an semuanya selamat n suami Ela cepat sembuh n kuat semangat juangnya...Amin Amin...

Ari Ahad, lepas joging mak, bapak n aku g amik Alya kt umh barunya....diapn nampak je kami smpi mulala tunjuk laku....mama dia ajak mandipn dia x nk n menjerit²....Dia siap jer berbaju, terus dia pegang tgnku n ajak jalan kt luar...siap melambai pada mama n babah dia lagi...senang betul si tecik ni nk bawak jalan...dlm kereta, jenuh layan dia berbual....tengah arinya ada kenduri cukur jambul di Manjoi...dari Manjoi, kitaorg terus ke hospital melawat Ijam.....

Jam 5 ptg aku gerak balik ke Putrajaya....huhuhu, x best betoi...

Tuesday, January 12, 2010

Tunai amalan sunat perlu jihad tinggi dalam jiwa

DARIPADA Abu Hurairah, 'Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah melalui proses menunaikan segala perkara yang difardukan. Lebih tinggi daripada itu ialah melakukan amalan mendekatkan diri kepada Allah iaitu amalan an-Nawafil (sunat).

Untuk melakukan amalan seumpama itu memerlukan jihad yang tinggi dalam jiwa manusia, kemampuan serta kerelaan hati melaksanakannya, kesungguhan yang tidak pernah luntur dan berterusan, selain memusatkan segala kepentingan dan tujuan hanya kepada Allah semata-mata.

Antara amalan sunat yang digalakkan Rasulullah SAW ialah:

1. Sembahyang sunat dhuha iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah.

2. Berpuasa sunat terutama tiga hari dalam sebulan iaitu di hari putih (13, 14 dan 15 hari bulan dari bulan Qamariah).

3. Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama selepas sembahyang wajib. Waktunya bermula ialah selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah satu rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Namun begitu, dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak dikerjakan sedangkan ia tidak diterima Allah mungkin disebabkan ibadat dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riak yang membinasakan pahala.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [BHarian 2010/01/04]

Thursday, January 7, 2010

Akhir Kalam

Artikel dipetik dari SIM...peringatan buat diriku dan sekadar menyampaikan utk teman² yg lain...semoga bermanfaat (^_^)

Cerita dari The Star Online, mengenai seorang perompak yang mati tercucuk besi setelah dikejar mangsa. Dulu mungkin kita pernah terbaca seorang tua berumur 70 tahun mati di sisi pondan, orang pencen mati di samping pelacur, peragut mati terlanggar divider, penagih mati overdose dan accident di dalam keadaan mabuk. Banyak lagi berita insiden buruk seperti ini.

Betapa ruginya manusia seperti ini yang perbuatan terakhirnya di mukabumi ini adalah perbuatan jahat. Tak sempat mengucap. Biasanya orang yang selalu melakukan kejahatan juga susah jugak untuk mengucap sebab tak biasa. Keluarga yang ditinggalkan juga malu berpanjangan. Mati di dalam keadaan jahat adalah amat celaka sekali untuk diri sendiri dan kerabat yang ditinggalkan. Sudah tentu kita tak mahu keadaan ini.

Memang kita tak tahu bila, mana dan bagaimana kita akan menghembus nafas terakhir kita. Ia telah tertulis dalam Luh Mahfuz dan kita tidak dapat download untuk membacanya melalui internet. Cuma yang ada ialah ringkasan dan indikasi dalam Al-Quran bahawa Baik di Balas Baik dan Jahat di Balas Jahat.

Tapi selagi kita masih hidup, kita di-izinkan untuk memilih dan mengharap untuk mati dalam kebaikan. Jika itu yang kita mahu.

Siapa yang memilih dan ingin untuk mati dalam kebaikan, selalunya memilih amalan yang berikut:
1. Menjaga Solat 5 Waktu
2. Berpuasa Fardhu dan Sunat
3. Selalu menunaikan Solat Sunat
4. Suka membaca Al-Qoran
5. Suka berzikir dengan Nama Allah
6. Suka bersedekah dan berzakat
7. Suka membantu kerana Allah
8. Suka mendengar nasihat
9. Menjauhi larangan Allah, Bid'ah dan Syubhat

Kalau taqdirnya setelah memilih untuk mati dalam kebaikan, kita mati dalam kebaikan Alhamdulillah, kita selamat. Jika tidak mati dalam suasana kebaikanpun, Alhamdulillah kita redha. Kita hanya perlu menanti Timbangan Mizan untuk mengukur kebaikan dan menarik Syafaat Rasul untuk keselamatan. Sebabnya, kita dah lakukan apa yang diperintah.

Kebarangkalian Tetap Ada
Kebarangkalian untuk mati dalam kebaikan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka kepada kebaikan.

Dan kebarangkalian untuk mati dalam kejahatan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka melakukan kejahatan.

Allah Maha Adil ... kita semuapun tahu samada ambil tahu atau buat tak tahu. Takkanlah jahat dibalas baik dan baik dibalas jahat ..kan.

Dan Allah Maha Mengetahui .... dalam soal keikhlasan kita melakukan kebaikan. Niat Ikhlas dan Nilai Ikhlas kita itu adalah Rahsia di antara kita dengan Allah. Ia hanya akan terbongkar di hadapan berbillion Anak Adam di Yaumil Mahsyar, apabila dibuat keputusan samada kita ke Syurga atau Neraka ( Jannah Walla Jahannam ).

Mengapa Ilmu Penting Untuk Mati Dalam Baik atau Buruk
Badan kita hanyalah badan tumpang. Ia akan dimamah cacing setelah ditimbus tanah. Yang menerima akibat baik dan buruk dari segala perbuatan kita adalah Ruh. Ruh akan menerima Badan Baru di Yaumil Mahsyar. Badan yang kekal dan sesuai untuk hidup selama-lamanya dalam Baik atau dalam Buruk.

Ada orang kata kita akan selamat jika kita beramal. Tetapi amalan ada standardnya, iaitu perlu mengikut tertib yang ditunjukkan Rasulullah. Malahan hidup kita perlu bertertib dan berakhlak. Jika tidak, amalan kita tidak diterima atas dasar kita ikut suka hati. Hanya dengan menuntut ilmu saja kita dapat mengenal baik, buruk, tertib dan akhlak sesama manusia.

Kenal tidak cukup kerana ia sekadar tahu tertib dan tahu akhlak. Kita perlu juga Faham Ilmu, supaya ilmu itu memberi kesan di dalam setiap amalan kita. Untuk Faham Ilmu, makanan dan tabiat kita perlu dijaga supaya tidak mengotorkan hati dan akal kita dengan kegelapan. Dari sinilah kita mulai menarik nikmat ikhlas sebagai hadiah dari Yang Maha Pengasih. Ikhlas adalah benih taqwa. Maka perlahan-lahan dalam kesabaran berputiklah bunga-bunga taqwa yang harum di dalam kehidupan yang penuh cubaan. Nescaya Akhir Kalam berkebarangkalian tinggi adalah perkataan dari mulut seorang mukmin.

Dunia Darul Asbab, di mana Hasil bermula dengan Pilihan.

Ringkasan
PILIH > HARAP > ILMU > AMAL > HALAL > FAHAM > IKHLAS > TAQWA > SABAR > MUKMIN

Buatlah pilihan yang bijak untuk Akhir Kalam yang diredhai Allah. Wawasan terbaik adalah mati sebagai seorang mukmin.

Wednesday, January 6, 2010

Sekolah dh bermula...


Isnin lepas, sesi persekolahan bermula....walaupun adikku dh x bersekolah, tp ank sedaraku Yana sudah mula melangkah ke alam persekolahan, Darjah 1...Actually Yana dh mula kenal alam persekolahan 2 thn yg lepas lagi n dia mmg berminat dgn buku....dia ckp marah bila bukunya adik dia koyak atau org lain ambil....Waktu dia masih bayi, bila ditunjukkan buku yg berwarna atau sebarang buku, maka terbuntang besarla matanya...mmg dia berminat sgt, berbanding dgn adiknya yg kureng ckit pd buku....Sampaikan bila cuti sekolah, Yana tetap mahu ke sekolah, desak² mama n ayah dia suh anta ke sekolah jugak.. gembira berjumpa dgn kwn²nya....

So pada Isnin yg lalu, Yana bermula sekolah....abgku, Abg Ei n kak Izie mengambil cuti utk menghantar Yana di hari pertama....Abg Ei bgtau Yana ok kt sekolah, dia gembira dpt jumpa kwn² baru...Yg paling best Yana bgtau kt atok dia yg dia paling suka time rehat...sbbnya dia jumpa mcm² makanan....dialog dia lebey kurang mcm ni.."Tok, kt kantin Yana ada byk sgt makanan yg Yana suka...ada mee, ada nuget, ada sosej...semua yg Yana suka..."Gembira dengar Yana happy bila mula bersekolah...jadual diapn padat nampaknya, pagi sekolah biasa, petang sekolah agama, ari Sabtu mengaji....so far sekarang ni Yana dh mula belajar tido sendirian...Alhamdulillah wpun dia dkira masih kecil bg aku, namun keberanian dia membuatkn ku kagum...Mggu lepas aku stay umh abg Ei sehari, adikku bercerita yg dia terdengar Yana menangis jam 4 pagi....adikku menjenguknya, rupanya dia terjaga time 2 n x boleh tido semula....Adikku tenteramkan dia dan dia tido lepas tu...Good girl Yana...

Bermula Isnin tu jugak, mak n bapak kena menjaga cucu yg lagi sorang Alya memandangkan kakak iparku dh dpt tukar ke sekolah RPS mulai tahun ni....Setakat 2 ari lepas, Alya x meragam, cuma lbh memerap dgn mama n babah dia sbb mcm tau kena tggl nanti...hehehe...Tok n Opah Alya rajin sgtla melayan cucu yg sorang tu...tmbh plak Alya baru nk dpt kaki, asyik di ajak berjalan jer la....semoga Opah n Tok xde lagi kesunyian kt rumah....sayang kt semua, muah muah...