Tuesday, March 27, 2012

17 Mac 2012



Bismillah dan salam buat semua...


Entry kali ni adalah dedikasi khas buat suami tersayang.......Kiranya bulan Mac ni ulangtahun kelahiran insan2 yg saya sayangi kiranya, hihihi.....

Tanggal 17 Mac 2012, genaplah usia suami yang ke-30 (ehem2 abg, awak dah cecah umur 30 yer)...Dah kena sangat sebab ari tersebut jatuh pada hari Sabtu....saya dah merancang mcm2 tp apakan daya.....Hajat di hati tepat jam 12 tengah mlm nk wish kt dia, sekali bila saya tidokan anak dengan saya sekali tertido...rupa2nya bapak saya yg jadi org pertama yg ucap padanya...tp xpe, saya menjadi org yg kedua.....saya terbangun jam 1 lebih pagi utk solat Isyak, dlm suami saya mamai2 tu saya ucapkan selamat pada dia diiringi dengan doa buat suami tersayang.....

Sabtu tersebut suami agak sibuk dengan urusan kerja dan tiada di rumah sehingga ke petang....Petang tu barulah kami merancang utk mkn2 istimewa (wpun suami menolak) namun saya tetap ingin suasana makan yg istimewa bersama dgn insan tersayang....Sudahnya kami makan di Kelab Tasik Putrajaya.....x dapat meluangkan masa lebih lama kerana pada malam tersebut suami perlu ke Kuala Kangsar atas urusan kerja.......




Buat Suami Tercinta


Walaupun usia perkahwinan kita baru menginjak setahun 3 bulan,

perasaan kasih dan cinta sayang pada abang tidak pernah berkurang malahan semakin bertambah...

Walau kita diuji dengan pelbagai ujian, namun perasaan sayang pada abang tetap utuh

Walau syaitan dtg menggoda diri sayang yg rapuh namun terlihatkan wajah tenang abang membuatkan diri sayang kembali berpijak di bumi yg nyata, lantas menyedari akan kesilapan diri....

Sayang dalam proses menjadi isteri yang terbaik buat abang dalam usaha menjadi isteri yg solehah

dan dalam proses menjadi ibu yg terbaik buat anak2 abang....

Semoga doa abang sentiasa mengiringi usaha sayang....

Buat diri abang, sayang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat diri abang....

semoga diri abang sentiasa dilindungi Yang maha Esa walaupun di mana jua abang berada
Semoga kita sekeluarga kekal bahagia dan dirahmati

dan

semoga kita dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah....

I love u abang...!!


7 Mac 2012

kenangan bersama bapak ketika mengerjakan umrah






Bismillah dan salam buat semua....



Actually entry ni dah terlepas beberapa hari tp saya nak up kan jugak memandangkan ia adalah dedikasi khas buat ayahanda saya yang tersayang......

Pada tanggal 7 Mac 2012, genaplah usia ayahanda tersayang yang ke-59 tahun...semoga usia bapak dipanjangkan lagi, dimurahkan lagi rezeki, dikurniakan kesihatan yang terbaik dan kita sekeluarga hidup bahagia sehingga ke akhir hayat....





Mm bercerita ttg ayah mmg banyak pengorbanan yang bapak lakukakn kepada diriku, x perlu saya mencatatkan satu persatu kerana saya tahu tidak terhitung banyaknya...antara yg meninggalkan kesan yg mendalam buat diri ini adalah:



a) Sewaktu saya masuk darjah 1, setiap ari bapak akan menemankan saya di sekolah...sampaikan kalo bapak xde kt tingkap saya pasti akan menangis....perkara ni berlanjutan sehingga ke seminggu lamanya;





b) Sewaktu saya darjah 5/6, pernah sekali saya demam dan ketika itu bapak outstation ke KL...demi terdengar sahaja anaknya demam, bapak terus bergegas pulang dengan menaiki bas dan membawa saya ke klinik....setelah keadaan saya ok, bapak kembali ke KL dengan menaiki bas;





c) Sewaktu di zaman universiti, pernah sekali saya demam panas....pada awalnya saya tidak memberitahu bapak kerana tidak mahu dia risau, tapi agaknya instinct seorang ayah kot....bila dia telefon n terdengar sahaja suara anaknya yg tidak bermaya terus bapak ke Muadzam Shah menjenguk saya di sana keesokan arinya;





d) Di hari pernikahan saya, saya menyaksikan bapak menitiskan airmata.....pasti bapak berat hati melepaskan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak perempuannya kepada orang lain....Setiap kali mengenangkan momen ini, pasti airmata saya bergenang....anakanda sayang pada bapak sehingga ke akhir hayat;





e) Ketika saya kesakitan untuk melahirkan anak pertama, selain suami, bapaklah insan yang bersusah payah mengurut pinggang dan menenangkan saya ketika itu sehinggakan saya perasan bapak sanggup tidak makan kerana risaukan saya;





f) Setelah habis berpantang, saya diuji dengan ujian yang saya kira paling berat saya hadapi....tersepit di tengah2 di antara untuk menjaga hati orang lain dengan kebaikan utk anak saya sendiri...saya kira saya tidak berpeluang meluahkan perasaan saya ketika itu kerana saya lemah dan pasti menangis sekiranya saya berbicara hal tersebut dengannya, maka kepada bapak lah saya luahkan segala rasa....dengan bapak, saya bebas untuk menangis dan saya tahu bapak lebih memahami saya.....





Saya rasa cukuplah sekadar itu saya mencoretkan tentang pengorbanan yang bapak curahkan kepada saya sebelum saya betul2 menangis mengingati setiap pahit manis kami bersama....Ya sayangkan bapak dunia akhirat...walaupun Ya dah menjadi milik orang lain, tapi kasih sayang Ya pada bapak x pernah berubah....i love u dad!





Tuesday, March 20, 2012

Safiyya turn 3 months young

sebijik mcm muka daddy time kecik, jelesnya umi....huhuhu




Bismillah dan salam buat semua....



Rasanya terlalu lama tidak mencoretkan sesuatu di sini...kesibukan di pejabat dan dalam proses adaptasi suasana baru menyebabkan saya tidak punya kesempatan....kadang2 saya tertanya2 mcm ibu2 lain yang punya anak kecil menguruskan kehidupan mereka agaknya....saya akan melakukan yang terbaik buat anak-anak saya, insya-Allah mudah2an semuanya dipermudahkan buat saya sekeluarga......



9 Mac 2012, ari Jumaat genaplah anakanda tersayang berusia 3 bulan.....makin banyak akal anak umi ni, geram kadang2 dibuatnya....Antara perkembangan Safiyya sejak masuk 3 bulan ni adalah:



a) Setiap kali Safiyya mengantuk time menyusu dia akan menarik baju saya untuk menutup matanya;

b) Dah mula hisap jari tangannya kalo dia rasa lapar, kadang2 dia akan bermain dgn air liurnya untuk memberi isyarat yang dia lapar nk susu;

c) Suka tengok tv, kalo dah bosan dia akan buat2 batuk atau merengek2 manja;

d) Buat muka sombong dengan umi bila daddy dia dukung...eee, ngada2;

e) Tido malam dah x nak kena peluk sebab panas;

f) Kalo mengantuk sangat akan tenyeh mata sambil tarik2 telinganya;

g) Paling meruntun hati umi setiap kali bangun pagi, Safiyya akan hadiahkan senyuman kepada uminya......oh indahnya rasa

h) Posisi nak tido yang digemari sekarang adalah mengiring;

i) 2 ari sebelum menjengah usia 3 bulan, Safiyya dah pandai gelak mengekek;

j) Permainan kegemarannya sekarang adalah mr bee bee dan kitty kitty (baby wipes)...setiap kali saya goyangkan kedua2 benda ni pasti Safiyya gelak;

k) Suka tengok umi setiap kali umi sikat rambut...Safiyya nk rambut panjang mcm umi jugak yer......



Sekarang Safiyya dah mula berada di nurseri ofis, walaupun anak umi tidak berapa gemar menyusu menggunakan botol namun umi percaya lambat laun Safiyya akan faham kenapa Safiyya kena menyusu guna botol....umi dan daddy sayangkan Safiyya yer....






Monday, March 12, 2012

Saya dah kembali bekerja...



Bismillah dan salam buat semua....



Masuk hari ni, dah 2 ari saya kembali bekerja....Seminggu sebelum mula bekerja, saya mula menghantar anakanda tersayang ke nurseri (konon2 nak membiasakan dia la) tp tengahari saya dah amik dia...Hari pertama hantar Safiyya, perasaan umi dia meruntun dibuatnya...sampaikan basuh kain diapun dah meleleh2 airmata mengalir, at last saya g amik anakanda lepas solat Zuhur.....hari kedua, saya dah ok sedikit tapi suami pesan suh amik kul 12 sbb kesiankan saya dan kesiankan Safiyya.....hari seterusnya Safiyya dah x ke nurseri sbb time ni dia ala2 manja, seakan tahu umi dia dah nk mula keje maka dia nk bermanja dgn umi dia sepenuhnya.......Dan Jumaat itu (9 Mac 2012), saya kembali bekerja...Syukur ke hadrat Tuhan kerana rezeki Safiyya dapat peluang menempatkan diri di nurseri ofis kerana setiap kali time rehat, saya akan menjenguk dan menyusukan anak saya....hari pertama saya mula bekerja, Safiyya ok dan mahu menyusu menggunakan botol susu....Perkara ini yg merunsingkan saya sebelum bekerja memandangkan anak saya on off menyusu menggunakan botol susu......




Semoga anak umi dan daddy menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat...umi dan daddy sayangkan Safiyya.....