Tuesday, April 30, 2013

Update Adik Kakak - 3rd Check-Up


Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah arini selesai menjalani rutin check-up untuk adik kakak untuk kali yang ketiga. Appointment jam 8.40 pagi tapi sampai klinik jam 9.30 pagi....aiseyyy, nasib baik nurse x marah. Rushing sikit bila appointment pagi sebabnya nak hantar Safiyya, nak suapkan dia makan dulu. Dah selesai semua barulah boleh beredar ke KK. Dah sampai klinik, nak mencari parking satu hal maka berjalan jauhlah jugak untuk mendapat parking yang kosong. Kali ni tak menunggu lama, setel semuanya dalam jam 10.15 pagi dan jam 10.30 pagi dah selamat sampai ke ofis semula. Rasa seronok dapat dengar denyutan jantung baby. Gerakan dia juga dah mula kuat terasa especially petang dan apabila Safiyya bercakap. Agaknya baby dah cam suara kakak dia kot, mesti baby akan respon bila Safiyya cakap kuat2 mahupun bila dia melanyak umi dia....hehehe, x kisahlah kakak nak buat apapun, asalkan jangan lompat atas perut umi dahla. Ok, ni review hasil dari check-up tadi.

Berat Badan : 50.5 kg
Tekanan Darah : 112/71
Tinggi Rahim : 121 cm
Jantung Janin : 158 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
HB : 11.8
 
Perkembangan Safiyya pulak, dah semakin tau kewujudan adiknya di perut saya. Bila ditanya mana baby?dia akan tunjukkan dada saya dan menyebut didi. Dan apabila disuruh sayang baby, Safiyya akan mencium mana-mana anggota badan saya yang paling hampir dengannya. Sejak dua menjak ni, Safiyya pantang ditegur, pasti menangis. Kadangkala saya sendiri yang suka mengusiknya, hehehe....kesian kakak. Umi sayang kat kakak tau. Daddy pun sayang kakak jugak. Baby pun sayang kakak...mmmuaaah!!Semoga kakak dan baby membesar sihat dan semoga menjadi anak yang soleh / solehah...Amin...


 


Friday, April 19, 2013

Kursus Kursus Kursus

Bismillah dan salam buat semua....

Rasanya dah lama tak terupdate blog ni....rindu plak rasanya....Lama x berupdate gara-gara pergi ke kursus dan sebagainya. Sejak dah ada anak ni, rasa berat sesangat nak tinggalkan Safiyya...mau x lena tidur malam saya gamaknya kalo hidung tak sentuh ke dahi dia sepanjang malam...tu belum lagi kalo dia x peluk saya malam-malam, mau rasa serba tak kena jer tidur. Sepanjang setahun 4 bulan usianya rasanya belum pernah lagi saya tidur malam tanpanya lagi. Bukan tak pernah atok dan opah minta tinggalkan dia di kampung, namun saya yang lebih keberatan meninggalkannya dan suami juga memahaminya. Kadang kala apabila taska Safiyya ditutup selama seminggu (dah 2 kali semenjak dia dihantar ke taska) terfikir juga untuk menghantarnya ke kampung namun akhirnya saya memadamkan sahaja hasrat tersebut lalu saya korbankan sahaja cuti tahunan saya. Cuti yang memang saya spare untuk hal-hal kecemasan dan cuti yang saya akan peruntukkan sekiranya anak sakit. Dan Alhamdulillah mmg cuti saya mencukupi malah ada berbaki sehingga kini.

Jadi untuk mengelakkan hal sedemikian, saya memilih untuk berkursus di MOF sahaja. Hati mana yang tidak teringin untuk berkursus di luar, tapi disebabkan anak, saya memendamkan sahaja hasrat tersebut. Saya yakin Safiyya ok jer tanpa saya tapi saya yang belum rela berpisah dengannya untuk tempoh masa yang lama. Saya ada pilihan lain untuk berkursus maka kursus dalamanlah yang saya pilih. Bermula dari Jumaat lepas saya mengikuti lawatan korporat ke Agensi Nuklear Malaysia, inilah satu-satunya kursus di luar yang saya kira itupun kerana lawatannya hanya memakan masa setengah hari dan tengahari saya masih berkesempatan menjenguk Safiyya di taska. Perkara yang saya tidak akan sia-siakan hatta sehari sekalipun sementara dia belum bertukar ke bilik budak yg lebih besar. Hari Isnin-Rabu saya berkursus Microsoft Excel Advance di Tingkat 8....fuhhh advance tu jgn main2.....dan hari Khamis saya terlibat sebagai AJK utk sesi perkongsian ilmu bagi Amalan 5S...maka sehingga ke hari ini saya telah berkursus selama 5 hari 3 jam termasuk ceramah ustaz Don di bulan januari yang lalu. Ada baki lagi 1 hari 3 jam dan saya fikir sempat untuk saya melengkapkan tempoh 7 hari berkursus tahun ini, Amin mudah-mudahan...semoga pengorbanan yang saya lakukakn tidak sia-sia...

Enjoy some pics of our little princess yg very adorable buat umi dan daddy dia....


sampai menjilat jari dapat makan buah mangga

buat muka bersalah sbb tekan hon kereta


hadiah dari daddy...umi berkenan yg lain tp daddy pilihkan yg ni sbb daddy nak Safiyya belajar mengayuh basikalnya sendiri....dan Safiyya dah pandai sedikit demi sediki, good job my dear...


hadiah dari umi

tak sengaja terbeli sbb umi rasa comel sgt kerusi ni

umi suka gambar ni sbb nampak gigi kakak

sibuk nak pakai baju Chik As dia...




Wednesday, April 10, 2013

Umi Tersentuh dan Terharu

Gambar blur plak....Safiyya ceroboh bilik Chik As dia

X cukup dengan beg, pinggan mangkuk umi kat dapurpun dia angkut keluar

Bismillah dan salam buat semua...

Semalam selesai dari makan malam, saya terbaring atas toto di ruang tamu...Manakala en. suami duduk di sofa sambil menonton TV, Safiyya pula dengan aktiviti mengemas kainnya di bakul. Saya memang tidak sihat, batuk, selsema, sakit kepala n macam nak demam. Maka terbaring lesulah saya di atas toto sambil2 melelapkan mata sebab en suami suruh saya tidur jika tidak larat dan dia akan jaga Safiyya...

Sedang baring2, tiba2 satu ciuman hinggap di dahi saya disertai dengan perkataan mmmuaahh! Terkejut dan terkesima saya dibuatnya kerana ini kali pertama Safiyya mencium saya tanpa disuruh. Apabila saya bukak mata dan memandangnya, Safiyya tersenyum dan ketawa. Terharunya saya rasa saat itu. Saya kembali berbaring semula dan Safiyya sekali lagi mencium dahi saya. En. suami yang jeles melihatkan telatah anakanda, terus meminta Safiyya sayang dia juga dan Safiyya bijak menjaga hati kami dan terus dihadiahkan kepada daddynya ciuman kasih sayang tepat mengenai pipinya.

Makin besar rasanya Safiyya ni, walaupun ada masa telatah dan kerenah dia agak lasak namun saya dan suami gembira melihatkannya. Saya akui kadangkala kelasakannya memanjat x sepadan dengan dirinya seorang perempuan namun saya harus terima bahawa suatu waktu dahulu saya juga lasak sepertinya. Saya bermain bola sepak dengan abang2 saya, saya memanjat pokok2 yg ada, saya berjaya naik basikal biasa mendahului abang saya yang ketiga. Maka tidak mustahillah Safiyya juga seperti itu. Insya-Allah sampai masanya akan terserlah kelembutan di jiwanya, dan saya amat yakin dengan itu.

Kini, saya mula memberi dia faham bahawa dalam perut saya ada adiknya dan berkali2 memberitahu ada baby dalam perut umi. Mungkin atas dasar cemburu, bila saya tunjukkan baby di perut pasti Safiyya cubit2 perut saya atau terus dia minta nak BF. Tidak mengapalah sayang, selagi termampu umi akan menyusukanmu....Insya-Allah kasih sayang dan perhatian umi pada Safiyya tidak akan berubah kerana Safiyya lah pengerat hubungan kasih di antara umi dan daddy.

Friday, April 5, 2013

Update Adik Kakak - 2nd Check-Up


Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah semalam telah selesai 2nd check-up utk adik Safiyya. Dup dap hati saya sewaktu melangkah ke klinik. Tambahan plak kali ni suami x dapat nak temankan sebab dia outstation ke Johor. Saya ke ofis dahulu untuk menghantar Safiyya ke sekolah dan menyuapkan sarapan pagi buatnya. Jam 9.00 pagi barulah saya gerak ke KK Presint 9.

Sesudah amik no. untuk register, tak sempat duduk dah kena panggil. Prosedur mcm biasa, urin dan HB. Oh ye kali ni utk HB dah x cucuk kt jari lagi, tp nurse cucuk kt lengan...Tapi siyes x sakitpun n saya siap leh tgk lagi time nurse cucuk sbb x rasa pape....kalo time nak cucuk utk yg 1st check-up ritu terasa gakla sakit lengan saya dibuatnya. Selesai tu, tak lama menunggu saya berjumpa dengan nurse plak utk timbang berat, check tekanan darah, check denyutan jantung bayi. Indah sungguh bila mendengar heart beat adik Safiyya.....tersenyum panjang saya dibuatnya di samping tak putus-putus mengucapkan rasa syukur pada Yang Maha Esa. Rutin seterusnya adalah untuk berjumpa Dr untuk scan bagi mengesahkan tarikh due date memandangkan saya memang tidak didatangi haid sejak melahirkan Safiyya....Ok, that's all, berikut ringkasan dari 2nd check-up aritu


Berat Badan : 47.2 kg (naik 2 kg lebih...huhuhu)

Tekanan Darah : 118/80

Tinggi Rahim : 16 cm

Jantung Janin : 140 bpm
Urin (Albumin) : N

(Gula) : B

HB : 12.6


Alhamdulillah, semuanya baik2 dan normal sahaja....semoga segalanya dipermudahkan buat ibu dan baby sehingga kelahirannya nanti, Amin.....


Thursday, April 4, 2013

2 April 2013

Bismillah dan salam buat semua.....

Alhamdulillah tanggal 2 April yang lepas genaplah usia saya yang ke ehem ehem...30...dah masuk 3 series nampak gayanya....

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga buat bonda dan ayahanda saya yang melahirkan dan membesarkan saya sehingga kini. Yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang buat anakandanya ini dari masih bayi sehingga kini dah menjadi mak budak. Semoga mak bapak sentiasa dirahmati dan dikurniakan kesihatan yang terbaik buat mak bapak. TQ buat suami yang tersayang di atas kasih sayang yang abang berikan buat kita sekeluarga. TQ buat abang-abang dan adik2 ipar yang tidak melupakan kakak iparnya dan terakhir TQ buat kawan-kawan yang memberi ucapan di samping doa buat saya...Amin, semoga doa kalian dimakbulkan Allah Taala.

1 April malam, saya sakit kepala mungkin kerana cuaca panas lantas malam tu selesai menyiapkan juadah mkn mlm suami menyuruh saya mandi dan syampu rambut untuk melegakan sakit kepala. Usai mandi, makan dan menyuapkan anak makan mata terasa berat dan katil memanggil2. Saya putuskan untuk membawa anak tidur bersama walaupun dia masih ingin bermain. Suami juga turut serta ke bilik untuk menemankan anak tidur. Sebelum saya lena, saya sempat dengar suami kata ala, lagi sejam 50 minit jer kan kakak? Saya menjawab, umi x laratla abang....mata mengantuk sangat nk menunggu pukul 12. Jam 4 pagi, kami suami isteri bangun untuk solat dan ketika itulah suami mengucapkan selamat hari lahir buat saya.TQ darling, i love u so much dear....

2 April 2013 - Suami x henti2 memberitahu kepada Safiyya arini besday umi...jangan buli2 umi kat sekolah tau (oooo, ari len kakak boleh buli umi yer???mmm) dan seringkali mengatakan arini umi jadi besday girl (hahaha, girl yer....dah x remaja lg la nak dipanggil girl, hehehe)...Di pejabat pula, rakan2 juga mengucapkan selamat buat saya dan Akma dan Chik Li belanja saya makan Dominos Pizza...yummy, sedapnya bila mkn panas2....TQ my dear fren kerana belanja makan2....

Otw ke rumah dari pejabat, suami telefon dan memberitahu ingin membawa saya makan di luar cuma lewat sedikit dalam jam 8 baru dia sampai dari pejabat kerana masih banyak kerja yang dia perlu selesaikan. Jam 8.15 malam kami tiba di Alamanda....sampai sahaja, suami mengajak ke kedai kasut. Saya terkejut dan bertanya apa tujuannya. Suami minta saya memilih kasut sebagai hadiah. Saya menolak kerana kasut yg ada masih elok tetapi suami berkeras menyuruh saya pilih juga dan saya terpaksa akur. Katanya dia cuba mencari kasut untuk saya time rehat namun dia tidak berjumpa yang sesuai. Berkali2 saya ucapkan terima kasih buat dia dan saya memang tidak mengharapkan apa2, memadai dengan kasih sayang dan perhatian yang dia berikan kepada saya selama ini.

Usai membeli kasut, kami ke Secret Recipi....suami memilih nasi goreng satay, manakala saya memilih makanan western kerana teringin nak makan namun saya diamkn sahaja. Alhamdulillah tercapai juga dan menepati citarasa saya. Tak lupa juga suami membelikan kek buat saya, namun saya postpone untuk makan kerana keesokan arinya saya ada check-up di KK. Risau ada protin dlm urin atau berat naik byk sebenarnya...hehehe

Last but not least, terima kasih buat semua yang mengingati tarikh ini.....i love u all so much!!


Dominos Pizza - TQ Akma dan Chik Li....semoga rezeki kalian bertambah hendak-Nya...Amin

yummy...

dah selamat dirasmikan arini....selesa sesangat!TQ darling....