Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, February 6, 2015

Cuti-Cuti n Jalan-Jalan

Bismillah dan salam Jumaat buat semua......

arini nak coretkan cuti-cuti dan jalan-jalan kami sekeluarga...nk citerkan satu-satu dah ingat2 lupa aje, so tempek ajela sume gambar yg ada...eh tahun ni dah ada ker?rasanya mcm belum aje....actually saya sememangnya gemar bercuti di samping keluarga dan insan-insan tersayang cuma kadangkala kewangan kurang mengizinkan di samping masa yg agak terhad menyebabkan hobi saya kadangkala terpaksa ditangguh.

So, meh kita layan gambar aje la.....

a) Johor & Universal Studio-time ni Safiyya berusia 5 bulan, first time bwk dia jalan jauh....

mainan yg Safiyya boleh main, kecik lg diapn x reti apa2 lg

bersantai tggu glran utk yg nak masuk Transformers

kami dan makanan x boleh dipisahkan

x ingt nama tmpt tp kt Johor duty free 

kami sebelum menambah

kat lobi hotel, Blue Wave Hotel

lepas breakfast

b) Saya x turut sama, kerana baru habis pantang n Ahmad masih terlalu kecil untuk bawak berjalan jauh nun ke Kota Kinabalu menghadiri konvokesyen adik ipar...btw, tahniah my dear sis in law...

Safiyya mengamuk nk mandi.....terpaksa diturutkan kemahuannya

Safiyya dekat homestay

lepas mandi swimming pool, kena la bilas kan...
 c) Birthday Adriana Iman dan Akmal Iyad @ The Club Damansara

makan2 sambil mandi2....Safiyya aje yg mandi, Ahmad kecik lg time nih

santai2 dulu sblm tetamu dtg

d) Berkelah di Teluk Batik
Safiyya yg penggeli pasir pada mulanya



e) Ke Pusat Sains Negara
Ahmad takut2 tgk ikan byk sgt

ceksinya awak dik, nampak perut tau

budak sorang ni kalau jumpa taman mmg nak singgah

Ahmad cool aje

Anje sangat nih

f) Family Day ofis asben ke Penang-time ni Ahmad berusia 3 bulan....best sgt dpt stay kt Lone Pine Hotel...TQ Capt wpun asben dah x berkhidmat di sna lagi, huhuhuhu

kakak ajela yg mandi.....gmbr kakak x boleh tunjuk sbb daddy seksi angat 



Ahmad lena tdo dlm bilik

best hotel ni, ada tmpt tdo budak, kt balkoni luar tu ada kolam mandi....
 g) x ingat nama tmpt ni, tp kt area Bangsar Shopping Centre-sambut besday Yana n Akmal

Ahmad jumpa binatang mmg suka

kakak dah muka cuak

tiup2 kek

orang yg diraikan
 h) Farm in the City, Seri Kembangan-bawak mak bapak hjg bulan 12 aritu....amik cuti spent masa dgn keluarga n anak2......Ahmad n Safiyya bukan main happy dapat pegang2 n bg binatang mkn....

binatang pertama, kura-kura.....excited kakak bg kura2 mkn....time ni x bg Ahmad turun lg dari stroller, malas nk dukung dia...hehehe

bukan main happy Ahmad jumpa binatang....Ahmad mmg penyayang orgnya dan mmg x geli dgn binatang...semua binatang dia nk cium

kakak kata burung cantik

jinak2 binatang ni

bukan budak2 je excited, atok n opahpn excited......kambing lalu sebelah Ahmad, boleh plak dia pegang2 aje kepala kambing tuh

berkeliaran Ahmad kejar arnab

kakak dah jumpa air, mmg mengadap ni aje

try tangkap ikan tp x dpat2 smpi ke sudah

bergambar dgn ular....

kakak geli jgk pegang anak ayam, bg kat Ahmad hbs dipicitnya ank ayam nih

duduk balik dlm stroller yer dik

sebelum balik, bg dorang peluang bg kura2 mkn....

ada hati Ahmad nk cium kura2 tau...
 i) Ke Aquaria, KLCC-sesekali bila daddy balik hjg mggu daddy bwk anak2 jalan2 ke cni plak...hajat hati nk pekena ABC durian tp sbb suami selsema, x jadi la sy ajak dia mkn ABC

kakak excited sepanjang kt cni

gambar kakak ajela, Ahmad tdo sepanjang kt Aquaria ni...huhuhu

kekasih halalku....

x larat dahla umi nk dukung kakak lama2

kakak ckp ikan pari tu ikan tajam

my dear sweet heart

daddy dgn ank manja dia nih

dgn umi suka gaduh kakak nih

Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 1435

Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun ke-4 merayakan Aidilfitri sebagai seorang isteri di samping kehadiran sepasang cahaya mata. Syukur juga kerana tahun ini juga tahun ke-4 saya dapat berpuasa penuh....kalo tahun depan pun puasa penuh, confirm tgh pregnant, hehehe *wink wink*.....

Kami pulang ke kampung halaman pada hari Sabtu dan terus ke umah mak bapak saya. Memandangkan tahun ini adik-beradik saya beraya di rumah mertua masing2, maka tanggungjawab saya sebagai anak perempuan tunggal utk memabntu mak menyelesaikan persiapan ari memasak sebelum saya pulang ke kampung suami di Grik.

Kami bergerak pulang ke Grik pada hari Ahad jam 4.00 petang dan selamat smpi jam 5.45 petang. Bestnya rasa bila berkumpul adik-beradik semua. Dapat juga berjumpa si bam bam Widad yang dah berusia 3 bulan....

Raya pertama kami menziarahi saudara-mara sekitar umah Tok n Che sahaja. Sebelah malamnya kami adik-beradik ke pekan Grik, apalagi kalo bukan carik makan...walaupun perut kenyang dengan lemang ketupat, namun perut tetap nak bersua dengan nasi jugak.

Raya kedua, kami beraya sampai ke Baling.....seronok anak2 dapat merasai suasana kampung, dapat tgk ayam itik, kambing lembu secara live sampaikan Ahmad dah pandai buat bunyi ayam berkokok. Selepas Maghrib kami bergerak ke rumah mak bapak di Sungai Rokam. Tujuan balik awal adalah semata2 nk booking bilik. Umah mak bapak x banyak bilik, maka siapa cepat dialah yg dapat...hehehe....x lama selepas kami sampai, abgku yg sulung juga sampai.....

Raya Ketiga, setelah adik-beradik kesemuanya dah sampai maka bermulalah perjalanan ziarah menziarahi kami di sebelah petang ke rumah adik-beradik bapak dan mak.

Raya keempat, kami sambung ziarah ke rumah adik-beradik mak. Mak saya ada 12 adik-beradik, seronok bila dapat berjumpa mak pak sedara, sepupu sepapat dan anak2 saudara semua.....

Raya kelima, kami sambung ziarah ke rumah sepupu bapak dan pada malam harinya barulah bagi peluang pada anak2 saudara untuk bermain bunga api bersama2.....Bukan main meriah n sakan budak2 main bunga api. Ahmad yg selalu tidur jam 9 malam pun tahan mata duk leka tgk bunga api....masuk jer umah, bersihkan badan bg susu terus lena......

Raya keenam, dah mula dtg mood sedey mengenangkan dah nak balik ke Putrajaya....niat asal nk ke rumah mertua seawal pagi namun disebabkan tengahari itu kami adik beradik kena gorong royong maka ke rumah mertua agak lewat ckit. Gotong royong menyediakan nasi tomato....kak ipar yg sulung masak nasi tomato, kak ipar no.2 masak ayam masak merah, kak ipar no.3 masak brokoli dan asparagus dan saya ditugaskan memasak sambal udang, tetapi memandangkan rmi ank2 kecil maka saya tukar menu ke udang masam manis dan bapak pula ditugaskan membuat air epal + asam boi dan carrot susu.....syok je rasa gotong royong beramai2 dan makanpn beramai2.......Lepas Asar kami ke rumah mertua memandangkan mertua buat open house, ramai juga tetamu yg datang terdiri dari kawan2 mak dan adik2 ipar....jam 3.30 pagi kami bergerak pulang ke Putrajaya dan selamat sampai jam 5.45 pagi....

Ok, meh kita tgk ckit gambar2 raya kami dan x lupa juga kami sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin......rayakan dengan pernuh kesederhanaan....



budak yg kepenatan beraya, time tdo mmg nk tdo jgk
 
makan time....dah hampir setahun, belasah aje mkn laksa....

family potret (^_^)

abah dan anak2 lelakinya...kenapa daddy nampak mcm paling bongsu?hehehe

mak dan anak2 menantunya

Safiyya dan sepupu2nya.....time ni tanpa Widad dan Ahmad yg tidur

kakak Safiyya yang sentiasa rasa dirinya princess bila pki cekak atau blaus kembang2

tahun ni kami berempat, Alhamdulillah....

Safiyya dan sepupu2nya



aktiviti anak2 setiap pagi....berendam dan terus berendam

banyakla bil air umh atok bln ni nmpaknya....

Dhia n Ahmad x leh mandi kolam.....yg besar dh siap mandi baru dorang leh mandi

Dhia dan Ahmad, sebaya tapi berbeza bulan.....

berpeluh2 anak umi ni....

last but not least.....bapak yg bz membantu open house rakan lamanya....