Monday, May 30, 2011

Dugaan...



Salam ari Isnin buat semua.....



entry ini adalah lanjutan dr entry sebelum ini dan ia berlaku pada 26 April 2011 yg lalu....ari pertama saya bekerja setelah mengetahui diri ini hamil....Macam biasa saya meneruskan aktiviti di ofis mcm biasa....selesai makan tghari dalam jam 1.45 ptg mcm tu sy nk solat.....seperti biasa sebelum solat sy membuang 'apa2 yg sepatutnya'....namun apa yg peliknya sy terlihat sesuatu di pantiliner, seakan2 warna coklat namun sy tidak mengalami sebarang rasa sakit malah sy tidak sedar langsung akan kehadirannya......saya solat seperti biasa dan sy maklumkan kpd kawan...dia memberitahu selagi tidak rasa sakit atau warna coklat tidak mengapa, namun disebabkan ini kali pertama sy mengalaminya sy terus memberitahu pada suami.....suami mengajak ke klinik dan tanpa membuang masa kami terus ke klinik di Presint 15....apa yg mengejutkan hasil dr scan, Dr memberitahu bahawa dia tidak dpt mengesan denyutan jantung bayi.....sy terkejut dan ketika itu terasa mahu menangis dan berserah sepenuhnya kpd Allah.....lantas sy terus kena refer ke hospital Putrajaya.....saya dan suami terus ke bhgn kecemasan...saat menunggu adalah menyiksakan bagi saya, terus2an sy memanjatkan doa kepada Allah agar diberi kekuatan kepada sy dan suami.....



Alhamdulillah setelah scan kali kedua di hospital, denyutan jantung bayi dpt dikesan...terasa lega sesangat kami suami isteri...Saya diberi ubat utk kuatkan rahim selama seminggu dan perlu dtg semula selepas seminggu....selain itu saya juga diberi MC selama 3 ari utk bed rest atau berehat sepenuhnya di rumah.....Smpi di rumah sy khabarkan keadaan sy pada ayahanda tercinta....esoknya sorang2 abgku dan kakak iparku bertanya khabar dan memberi kata2 semangat kepadaku.....keadaan tersebut membuatkan diri ini terasa sayu tambah lagi mengenangkan sy jauh dr keluarga....sy bersyukur di kala sy disahkan hamil, suami sy telahpun duduk bersama dengan sy dan sekali lg ketika sy di uji, suami sy ada di sisi memberi kekuatan dan dorongan....



Sangka saya cuma spotting sekali itu, rupa2nya keesokan arinya sy masih lg ada spotting, tidaklah kerap...dlm sehari pasti ada keluar sedikit kdg2 setitik berwarna coklat2....setiap kali keluar warna coklat2 tersebut membuatkan hati sy luluh....sy difahamkan bila terjadinya spotting, risiko utk miscarriage itu ada.....pernah sekali ketika suami suapkan sy ubat, automatik airmata sy mengalir....suami sy terkejut dan bertanyakan mengapa, sy tidak mampu bersuara kerana sy takut sy x berdaya melahirkan zuriatnya dan x kuat utk mempertahankan kandungan sy.....suami sentiasa di sisi memberi semangat n menyediakan segala keperluan sy....i love u abg.....



Menjelang ke ari Sabtu, kami suami isteri putuska utk mencuba rawatan homeopati di Bangi....Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan tersebut, spotting telah tiada dan badan saya yg sebelum ini lesu telah kembali segar...yg penting selera mkn sy telah kembali...Jika sebelum ini sy hanya mampu mkn sekeping roti sahaja sehari, namun selepas rawatan tersebut sy berjaya makan nasi semula....Alhamdulillah, sy bersyukur kepada Allah......mudah2an dugaan buat kami berakhir di sini dan semoga anak yg sedang dikandung ini sihat dan sempurna dan menjadi anak2 yg soleh dan solehah, Amin.....



sedikit info mengenai spotting



Adakah pendarahan ringan (spotting) semasa kehamilan itu normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari vagina yang seakan-akan haid, tetapi lebih sedikit. Ia berbeza dari segi warna iaitu dari merah ke kecoklatan. Walaupun ia tidak begitu normal, pendarahan ringan semasa
kehamilan – terutamanya semasa tiga bulan pertama – adalah perkara biasa. Dianggarkan sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama mereka. Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau “hanya salah satu perkara biasa”. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius yang boleh membahayakan anda dan menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Inilah sebabnya adalah amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan mendapatkan pemeriksaan doktor.


Apa yang saya perlu lakukan jika saya mengalami pendarahan?
Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi dan memastikan anda dan bayi anda adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda). Pemeriksaan menggunakan ultrabunyi "transvagina" selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya adalah baik atau tidak. Dalam ultrabunyi transvagina, satu jarum ultrabunyi akan dimasukkan ke dalam vagina anda; ujian ini akan memberikan gambaran jelas tentang posisi bayi anda dan sama ada embrio sedang membesar dengan normal atau tidak. Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin tanda kehamilan di luar rahim - iaitu
kehamilan ektopik - yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.


Apakah punca pendarahan semasa awal kehamilan?
Terdapat banyak punca bagi pendarahan pada awal kehamilan, yang mana sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal, yang selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah: • Pendarahan “penebusan” (breakthrough) – hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid anda sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa
kitaran haid mereka. • Pendarahan "pelekatan" - telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan, yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari. Satu lagi punca pendarahan yang jarang ialah kehamilan molar. Ini berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk keselamatan anda, kehamilan molar dan ektopik mesti digugurkan dengan segera. Pendarahan mungkin disebabkan tanda terdapatnya keadaan yang memerlukan rawatan dan ini adalah tanda yang anda perlu mengawal secara rapi sepanjang kehamilan anda. Pendarahan boleh disebabkan oleh: • Rengsa atau radang serviks - hormon kehamilan boleh menukar permukaan serviks (bahagian bawah dan laluan masuk ke rahim anda) membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks atau calitan serviks, sebagai contoh.


• Jangkitan serviks atau vagina.

• Polip serviks – satu tumbuhan kecil dan tidak berbahaya yang terbentuk dalam serviks.

• Fibroid – terutamanya fibroid besar yang tumbuh pada dinding rahim atau fibroid yang terletak di mana plasenta terlekat.

• Penyakit pendarahan keturunan – seperti penyakit Von Willibrande.

"Kembar yang menghilang" - apabila satu atau lebih embrio dalam kehamilan berganda habis nyawa dan meninggalkan satu embrio lagi. Ini boleh berlaku dalam kehamilan normal tetapi ianya lebih kerap berlaku dalam penghamilan yang dibantu yang mana lebih daripada satu embrio dilekatkan. Pendarahan juga boleh disebabkan oleh trauma seperti jatuh, kemalangan jalan raya atau sebagai hasil dari keganasan rumahtangga.


Apakah makna pendarahan semasa awal kehamilan?
Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal
keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan. Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka.


Apakah punca pendarahan di akhir kehamilan?
Pendarahan pada trimester ketiga mungkin tanda keadaan yang dinamakan
plasenta previa, plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) atau perlahiran pramatang. Jika anda dapati pendarahan berlaku selepas minggu ke-37, mungkin ia tanda serviks mula lembut dan mengembang. Anda mungkin sedar adanya lelehan mukus bercampur darah – menunjukkan bahawa sebahagian penyumbat mukus yang menutup serviks anda semasa kehamilan sudah tanggal. Kejadian ini dinamakan "petanda" (show) dan merupakan salah satu petunjuk yang proses perlahiran akan bermula.


Adakah bayi saya berisiko?
Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan
keguguran atau tidak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk: • pendarahan yang semakin banyak; • umur anda – jika anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran adalah tinggi; • sama ada anda merokok atau terdedah kepada perokok pasif – kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran; • mempunyai sejarah keguguran. Pendarahan ringan pada awal kehamilan dikaitkan dengan sedikit peningkatan risiko bagi sesetengah komplikasi kehamilan seperti praeklampsia dan kelahiran pramatang - apabila bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) pada akhir kehamilan juga dikaitkan dengan pendarahan di awal kehamilan. Pendarahan banyak pada awal kehamilan juga berkait rapat dengan masalah plasenta seperti plasenta praevia, plasenta abruptio, dan mempunyai bayi bersaiz kecil berbanding tarikh-tarikh berkaitan. Walaupun semua ini seperti amat menakutkan, pendarahan ringan lazimnya hanya merupakan satu misteri yang tidak berbahaya.



Thursday, May 26, 2011

Kami Bersyukur Di Atas Kurniaan Mu Ya Allah




Salam di ari Khamis.....



Untuk kesekian kalinya blog nih berhabuk, xde mood plus dengan xtau dr mana nk dimulakan sbnrnya......



Actually pd entry kali ini saya nk mengkhabarkan berita baik, rasanya ramai dh tau kot....semuanya gara2 kakak iparku yg gatai pi tulis kt wall FB saya.....Niat di hati nk sorokkan dulu, almaklumla baru lagi....orang kata kalo msh baru x elok war2kan...sejauh mana kebenarannya sy sendiri x pasti....cuma berita tersebut sy khabarkan kepada keluarga terdekat dan sahabat terdekat saya sahaja....



Alkisahnya setelah 2 minggu suami saya duduk bersama di Putrajaya, en hubby adalah menjemput sahabat baiknya ke rumah kami di Putrajaya di samping makan2.....selalunya kami cuma berjumpa di luar dan makan2, so kali ini en hubby menjemput sahabatnya menjamu selera di rumah kami pada 23 dan 24 hb April....Alkisahnya sepanjang sy memasak, sesekali rasa mcm x sedap badan dan terasa loya2 especially bila terlihat bahan2 mentah, smpikan sy x lalu nk menjamah makanan dek disebabkan terbayang makanan tersebut msh mentah....23 hb keadaan sy masih ok cuma sesekali terasa loya....Pada 24 hb tersebut, tengahari itu sy dan en hubby bercadang makan2 di Wong Solo, Bangi (disebabkan keinginan nk makan)....tp sayangnya tengah2 mkn, boleh plak sy rasa mual2 dan x berjaya menghabiskan....usai makan sy makin teruk rasa loya2....Petangnya sy masak mee goreng disebabkan sahabat en hubby nk datang, time ni sy dh mula muntah2 plus rasa loya2 yg teramat sgt.....sudahnya sy terbaring jer pd mlm itu tanpa menyentuh mee yg sy masak pd ptgnya......



Pagi 25 hb April sy MC disebabkan sy msh x sihat....kami ke Klinik An-Nur, Presint 15....Alhamdulillah bila check sy positif pregnant...Syukur kepada-Mu Ya Allah.....eb hubby terlalu gembira sehinggakan terus je mengirimkan khabar tersebut kpd kedua ibu bapa kami....Maka bermulala fasa baru di dalam kehidupan kami berdua dan kami memanjatkan kesyukuran yg tidak terhingga ke hadrat Ilahi di atas kurniaan dan peluang yg diberikan kepada saya.....


Lebih membuatkan sy sebak dan terharu kerana kami sama2 tidak menduga dikurniakan rezeki secepat ini memandangkan sebelum ini kami hanya berjumpa hanya 2 minggu sekali....Saya pernah berada di situasi yg agak stress apabila masuk je kerja selepas cuti berkahwin ada kawan2 yg bertanya sudah 'berisi' atau belum...malah sy ditanya setiap bulan, kdg2 sedih rasanya nk menghadapi dgn org sekeliling.....sy x penah ceritkan pd en hubby disebabkan sy x nak dia rasa tersepit di antara kerjaya dan keluarga... .



Owh ye nanti sy citerkan pulak insiden2 cemas yg berlaku kepada saya yg hampir membuatkan sy putus asa....Di sini saya senaraikan apa yg sy lakukan sebagai salah satu usaha utk hamil....ada yg sy tau dr pembacaan dan ada yg sy tau dr sahabat2...semoga bermanfaat dan saya mendoakan sahabat2 yg lain juga diberi peluang seperti mana saya....Amin...



a) Saya mengamalkan mkn kurma setiap pagi sambil selawat dan diniatkan di dalam hati agar dipermudahkan utk hamil;

b) Setiap petang saya memakan kismis sebanyak 7 atau 11 biji....selawat dan niatkan dalam hati apa jua niat kita;

c) Saya mkn tauge hampir setiap ari samada tauge, org kata elok mkn mentah tp sy x penah mkn mentah2;

d) Saya makan asid folik sebiji sehari, actually bila sy dh lewat period br sy mula mkn aritu, huhuhuh;

e) Setiap kali selepas solat sentiasa berdoa memohon dr Yang Maha Esa;

f) Sentiasa berfikiran positif, x stress n jgn pedulikan apa yg org keliling perkatakan;

g) Saya mengelakkan dari makan sebarang jenis fastfood sebelum kawin sehingga kini;

h) Saya mengelak dari meminum air gas;

i) Saya mengelak dari makan nenas, asam2 atau jeruk2 (dah mengandung disebabkan rasa mual maka asamla yg sy makan sedikit utk kurangkan rasa loya; dan

j) Jangan berputus asa, sentiasa ingat bahawa kita hendaklah berusaha tanpa kenal rasa putus asa, selebihnya Allah yg menentukannya.



Rasanya itu jer, selebihnya tentang kekerapan atau masa ovulasi rasanya ramai yg tahu....Selamat mencuba dan dipermudahkan segalanya....




"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit. Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu. Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini."

Tuesday, May 10, 2011

Alhamdulillah, termakbul juga doaku ^_^



Salam di petang Selasa buat semua....



Alkisahnya berlaku minggu lepas di mana saya text my bestfren, Ena.....elok2 text dia almaklumla dia dh membawa diri ke SUK Selangor rupanya dimaklumkan juga yg dia juga ada berita gembira utkku.....Selama ni aku selalu suruh dia berpindah semula ke Putrajaya lepas hbs study, rupa2nya doaku termakbul....Ena mengkhabarkan yg dia berjaya naik pangkat dan di tempatkan di Jabatan Akauntan Negara bermula semalam....yeyy, dan Ena juga geram sebab katanya mulut aku masin, hehehe...sorry my dear fren, sekurang2nya dpt kt cni dekat ckit....leh la jugak tlg jaga kwnnya ini bila suamiku tiada di rumah....



Ok my fren, Tahniah sebab dh naik pangkat n all d best in ur career....nampaknya nanti aktiviti hjg mggu ku akan terisi la...xde lg duduk sorang2 kesepian....^_^


Monday, May 9, 2011

Saya belum sihat...

kita sama-sama x sihat la Luth



Salam di pagi ari Isnin....




Hujung mggu lepas walaupun kami tidak ke mana-mana namun saya masih belum sihat sepenuhnya...Hari ini juga melangkah ke pejabat saya masih belum sihat 100%, makan masih tidak berselera, saya masih terfikir n browse apa2 makanan yg mampu menaikkan selera saya namun hampa....ada masa saya rasa seakan hampir tewas namun saya perlu kuatkan semangat demi suami saya dan masa depan kami...mudah2an saya tabah dan segeralah saya sembuh...Amin....


Sekarang saya ada keinginan nak balik ke Ipoh, rasanya dh hampir sebulan saya tidak pulang ke kampung halamanku, selama sebulan juga saya tidak bertemu dengan kedua ibu bapa saya...aduh, rindunya rasa hati....Semoga mak n bapak sihat hendak-Nya.....di kala saya tidak sihat, anak sedara sayapn tidak sihat juga...Hajat di hati nk melawat diapn x kesampaian disebabkan saya tidak larat untuk berjalan jauh.....malahan bila saya berdiri lama2 juga membuatkan saya lemah.....




Ya Allah, Kau kuatkan lah hamba Mu ini yang lemah......saya rasa nk balik rumah sekarang n rehat berbaring jer...huhuhu


Friday, May 6, 2011

Alhamdulillah rezeki.. (^_^)

buah mangga

sambal tumis udang, my feveret ever...



kuah rojak



Salam di pagi Jumaat yang penuh keberkatan..... ^_^




Alkisahnya malam td tertido agak awal disebabkan tdo kesorangan plus penat memandangkan en.suami ke Banding kerana ada mesyuarat tp petang tu dikhabarkan kepada isterinya ini yg dia akan pulang mlm tu jugak.....so terasa hepi la sbb x tdo sorang2, hehhe



Dalam kul 1 pagi lebih rasanya en.suami balik dan sayapn terjaga, kami berbual2 sampai kul 3 pagi bagaikan terlupa yg pagi ni saya perlu bekerja, hehehe.....Akibatnya lepas solat Subuh, saya ketiduran semula (ada ke ayat mcm tu, aishhh) .....Dalam berbual2 tu, en. suami mengkhabarkan tentang brg2 pemberian yg diberi oleh mak+bapak, mertuaku dan tok....Alhamdulillah rezeki, x sabar2 nk mkn rasanya.....



Terima kasih diucapkan buat mak n bapak yg x jemu melayan kerenah anak yg sorang nih, juga kepada keluarga mertuaku dan yg terakhir buat Tok n Che.....semoga rezeki kalian semua semakin bertambah, Amin....i love u all (plus to my hubby also)!!


Pics, kredit to mr.google


Tuesday, May 3, 2011

Hari Selasa...

Salam buat semua....



Fuuhh, berhabuk rasanya blog nih sbb xde update terkini....nak update tp xde cite terbaru plus kesihatan x mengizinkan.....Last week hampir seminggu diri ini MC, huhuhu....akibatnya menyebabkan saya x dapek nk balik ke Ipoh seperti mana yang dirancangkan...huwaaaa, sedih....disebabkan x dapat balik, maka saya dan suami stay di Putrajaya saja....



TAPI X MENGAPA, sebabnya


rumah kecil saya dikunjungi oleh sahabat2 suami, beserta dengan abang2 saya yg berada di sekitar KL/Selangor.....paling best dapatla berjumpa dengan anak2 sedaraku Yana, Akmal, Amni, n Luth....semuanya makin membesar dengan jayanya, eeee geram.....mana2 yg pipi tembam habis kena cubit n gomol dengan makciknya nih.....Disebabkan kehadiran keluarga abang2, terasa diri ini sihat dan Alhamdulillah selera makanpn dh kembali wpun makan x sampaipn sesenduk nasi.....btw, di kesempatan ini saya nk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat suamiku kerana sentiasa ada di sisi diri ini ketika susah mahupun senang.....sebak rasanya bila ada masa saya rasa sungguh x berdaya utk berjalan sedikitpun, syukurlah saya dkurniakan dengan suami yang ringan tulang....i love u honey!! (^_^)


Dan Alhamdulillah, hari ini saya telah kembali bekerja seperti biasa.....