Wednesday, June 20, 2012

Rabu Kurang Kata

 umi, tolong kaki Safiyya tersangkut kat kerusi

cinta hati umi...umi sayang kedua-duanya




Monday, June 18, 2012

Perkembangan Terkini Safiyya

Bismillah dan salam buat semua....

Sekadar buat kenangan di masa hadapan, umi sentiasa tidak mahu terlepas setiap momen bersama anak umi. Seperti mana umi sentiasa mengambil gambar Safiyya ketika masih di dalam rahim umi setiap bulan, begitu juga umi akan cuba merakamkan setiap momen bersama anakanda. Umi n daddy sayangkan Safiyya. Dan yang terbaru adalah perkembangan Safiyya dalam cubaan untuk meniarap umi kira....Selamat berjaya sayang dan jangan putus asa, umi n daddy akan sokong anakanda....


Hari Jumaat 15/6/2012 - goyang2kan badan ketika meniarap


Hari Ahad 17/6/2012 - semakin galak anak umi menggoyangkan badan dan
sesekali bukan main tinggi Safiyya angkat badan sampai buatkan umi rasa risau.




Wednesday, June 13, 2012

Dah Mula Menjelajah.....

Bismillah dan salam buat semua.....

Anakanda tersayang sejak dah menginjak 6 bulan ni semakin berkembang prestasinya....Sekarang ni dia dah mula bergolek2 dengan jayanya dan dah mula explore kat sekeliling tilam di ruang tamu. Habis ditendang2 sofa rumah, digaru2nya sofa rumah dan yang terkini dah berjaya turun dari tilam dengan jayanya. Umi x kisah sayang sebab umi tahu anakanda sedang dalam learning process. Hari2 daddy suka bagi Safiyya menendang almari bajunya, bukan setakat menendang, diketuk2 juga almari bajunya. Sejak dah reti mengesot turun dari tilam, bukan main suka lagi Safiyya menjelah ke tepi tingkap tengok luar la, sambil main2 depan cermin tengok wajahnya di kabinet tv. Terkekek2 dia gelak bila dia nampak umi n dirinya di cermin tu.... Semoga anak umi membesar sihat dan sentiasa dilindungi....Umi n daddy sayang kt Safiyya ketat2, mmmuaaahh!!

Umi, Safiyya nak main dulu yer 

Umi janganlah tengok saya nk main dengan almari tv

macamla umi x perasan adik ni sambil buat mulut n bunyi kegemaran sambil
mengesot turun dari tilam kan?saja taktik tu



Monday, June 11, 2012

Pahit Manis 6 Bulan BF Anakanda

Bismillah dan salam buat semua....

Sabtu lepas (9 Jun 2012), Alhamdulillah genaplah usia anakanda kami 6 bulan bermakna 6 bulan juga saya dah berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif (Syukur kepada Allah dan semoga diperbanyakkan lagi susu buat Safiyya dan adik-adiknya yg lain). Semoga semangat terus kuat untuk menyusukan Safiyya sehingga 2 tahun walaupun sepanjang 6 bulan pertama ni banyak juga ujian dan dugaan yg saya hadapi.

Momen pertama bergelar ibu tepat jam 8.20 malam pada 9 Disember 2012 dan saya kira 20 minit kemudian saya diarah untuk menyusukan Safiyya. Walaupun keadaan saya masih lemah, jururawat membantu saya dengan cara mendudukkan saya, memberi air milo (mungkin utk menambah tenaga) dan mengajar saya teknik2 menyusu. Pada awalnya saya terasa amat kekok sekali untuk menyusukan anak di belah kanan, di samping saya juga menghadapi masalah puting tenggelam di salah satu payudara namun semua itu tidak menjadi penghalang buat saya. Jururawat membantu memicit payudara saya maka keluarlah susu pertama yg amat berkhasiat yg diberi nama kolostrom. Terasa air mata saya mengalir di pipi demi melihat susu pertama itu kerana saya merasakan ia merupakan anugerah yg tidak ternilah yg Allah SWT kurniakan kepada insan yg bergelar ibu yang kini saya dipertanggungjawabkan. Safiyya pula ketika itu sedang menangis kelaparan dan terasa sejuk dan insecured kerana keadaan luar yg berbeza. Terus saya mendakap dan menyusukannya, sekali lagi airmata saya mengalir di pipi apabila anakanda menghisap susu saya. Sungguh indah momen ketika itu dan saya rasa cukup syahdu. Apabila kedudukan penyusuan saya dah betul, jururawat meninggalkan saya dan Safiyya berduaan. Alangkah indahnya sekiranya suami saya ada sama ketika ini. Pipi dan dahi anakanda saya cium berkali2 dan berkali2 juga saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas anugerah yg tidak ternilai ini.

Di awal2 penyusuan, syukur Alhamdulillah susu saya banyak tanpa perlu diurut malah membengkak sekiranya anak saya tidur lama. Memang agak memenatkan kerana setiap 2 jam saya perlu membangunkan anak saya untuk menyusukannya. Bukan sekadar gerak dia, tapi dia kena betul2 sedar kerana sekiranya dia separuh sedar belum sempat suakan susu dia dah terlena semula. Setiap 2 jam saya akan menyusukannya x kira siang dan malam, sehinggakan tidur malam pun saya x lena dibuatnya. 2-3 ari saya perlu menggerakkan anak saya setiap 2 jam, lama-kelamaan setiap 2 jam dia akan automatik akan meminta susu. Suami juga sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang menyusukan anakanda dengan cara menyediakan susu untuk saya minum setiap pagi, menyediakan bantal untuk saya bersandar dan mengurut saya sekiranya saya terasa lenguh. Menjelang minggu akhir berpantang barulah saya berjaya menyusukan anak saya dengan cara berbaring ketika malam hari. Saya akan sentiasa berwaspada agar tidak terlelap ketika menyusukannya dengan cara ini.

Menjelang 3 bulan dan saya hampir kembali bekerja, saya berjuang pula untuk mendidik anak saya menyusu menggunakan botol susu. Saya akur, saya agak terlewat untuk mengajarnya dan saya bersyukur kerana ada hikmah di sebaliknya kerana rupa-rupanya anak saya berjaya diletakkan di nurseri pejabat saya. Stok susu yg saya perah ketika saya berpantang kadang2 terbuang begitu sahaja kerana Safiyya tidak mahu menyusu menggunakan botol. Namun itu bukan penyebab untuk saya tidak memerah susu setiap hari kerana sekiranya saya tidak mengepam susu, saya akan alami bengkak susu dan sakitnya cuma ibu2 yg pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Lama kelamaan Safiyya akhirnya mahu menyusu menggunakan botol susu ketika di nurseri, tetapi di rumah dia tetap tidak mahu menggunakan botol.

Menjelang usianya 5 bulan, Safiyya sudah bijak untuk mengeluarkan puting sekiranya dia sudah kenyang. Jika sebelum ini dia akan kemam puting sehingga lena, mungkin puting ibunya adalah ubat penenang buat dirinya. Alhamdulillah Safiyya membesar sihat walaupun dirinya tidaklah boleh dikategorikan sebagai tembam namun saya gembira melihatnya membesar sihat dengan susu saya sendiri. Sepanjang saya menyusukannya juga saya masih menjaga pemakanan saya kerana khuatir akan memberi kesan kepadanya, syukur juga sehingga kini Safiyya tidak pernah sekalipun mengalami masalah kembung perut dan kini usianya menjengah 6 bulan sudah tiba masa untuk saya memperkenalkan solid food kepadanya memandangkan dia telah menunjukkan simpton2 nak makan. Sabtu lepas saya menyediakan kepadanya bubur nasi kosong dicampur dengan EBM dan dia makan dengan jayanya. Untuk 3 hari pertama saya akan memberinya bubur nasi kosong sahaja dalam proses memperkenalkan makanan kepadanya dan saya akan mencampur dengan makanan lain untuk hari seterusnya selama 3 hari untuk melihat sekiranya dia mengalami sebarang alahan. Azam saya, untuk 6 bulan akan datang saya tidak mahu memberi sebarang garam, gula mahupun makanan ringan, fast food kepadanya dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bangun awal pagi menyediakan makanan kepadanya ketika di nurseri. Semoga usaha dan azam saya tercapai kerana saya tahu ibu dan bapanya lah yg akan mencorakkan dirinya nanti.


 Safiyya di nurseri bersama abg Faris
(tengoklah tu tangan ank umi ni time bergambar duk pegang2 abg Faris plak)

anak umi lena dalam dakapan umi lepas menyusu


Friday, June 1, 2012

Rindukan mereka.....


housemate di Desa Keranji (reunion di rumah Qilah)


Walaupun ada masa kami gembira, berduka, riang ria dan bersedih hati namun kami tetap hadapi bersama. Bukan tidak pernah di antara kami bermasam muka namun kami tanganinya dengan fikiran yg matang dan mengambil pendekatan tidak ada manusia yg tidak pernah melakukan kesilapan dan tiada manusia yg sempurna.

Momen yg paling diingati, setiap hari Jumaat malam adalah dinantikan kerana malam tersebut adalah malam kami akan marathon utk menonton movie sampai ke pagi....jenuhlah dari rumah ke rumah classmate kami terjah untuk meminjam cd, oh indahnya terasa ketika itu. Aktiviti wajib hari Sabtu breaklunch di pasar sehari dan lepas Maghrib sekali lagi akan terjah ke pasar sehari....bestnya semua makanan kt sana dan paling diingati adalah mak angkat kami, Chik Su dan jiran terbaik kami, kak Milah.....

Sepanjang 5 tahun berada di bumi Muadzam Shah walaupun ada masa duka kami namun segala kenangan pahit itu tenggelam dek kemanisan mengenali sahabat2 serumahku.....Kini masing2 sudah mempunyai kerjaya dan ada yg dh bekeluarga, justeru masa utk berjumpa amatlah terhad.Namun ingatakan terhadap kalian tetap dalam ingatan...miss u all!!