Saturday, May 16, 2009

Perjalanan Umrah

30 April 09 - Seawal jam 3.30 pagi, mak bapak n aku dh bergerak ke pejabat Poto An-Nur di Medan Gopeng. Adikku hantar kami ke sana, x lupa juga ada sedara mara belah mak n bapak yg hantarkan. Rasa sebak jugak time ni.....dlm kul 8.30 pagi,dh selamat smpi kt KLIA...x lama lepas tu, abg Ji n Elwa (bakal tunang dia) smpi, sebelum kami masuk ke balai pelepasan abg Ei, kak Izlina, Yana n Akmal dtg....sempat jumpa skejap je, tu pn Yana sempat ajak tok main dulu....Flight kami jam 11.30 pagi waktu Malaysia. Kami selamat tiba di Bahrain jam 3.30 petang (waktu Bahrain), transit kt cni skejap, solat2 n sedia utk next flight ke Jeddah jam 5.30 ptg. On skejap hp, sbb nk tgkp gmbr la kononnya, x sangka lak blh roaming...hehehe, apa lg sempat la bg msg kt insan2 yg berkenaan....7.05 mlm (waktu Jeddah) - kami selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah, ada mutawif yg sedia menunggu. Kami solat Jamak Takhir di situ juga memandangkan selesai semua proses di airport dh msk waktu Isyak. Lagipun perjalanan memakan masa kira2 6 jam menaiki bas utk ke Madinah.

1 Mei 09 - Kami smpi di Madinah kira2 jam 3.30 pagi (azan pertama Subuh sedang berkumandang ketika kami tiba). Pertama kali menjejakkan kaki di sini, perasaan rasa sebak dan terharu, hampir menitiskan air mata ketika di sini. Kali pertama melihat Masjid Nabawi, hatiku rasa rindu sgt pada Rasulullah. Hotel kami berdepan je dgn Masjid Nabawi, mmg boleh nampak pemandangan yg ckp indah di sekitar Masjid Nabawi...Allahhu Akbar.....Kami siap2 check-in n segera bersiap utk menunaikan solat Fardhu Subuh. Azan kedua akan berkumandang jam 4.30 pagi. X sempat nk punggah2 brg, secara x sengaja aku terbwk hp n kamera dlm beg yg aku bawa. Menjadi kesalahan kalo msk ke masjid di Arab Saudi kita menangkap gambar, apa lg setelah diperiksa aku x boleh msk plak, mak plak dh lepas masuk...alamak, mcm mana ni??Ats kebijaksanaan mak aku, Alhamdulillah aku berjaya juga masuk n menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi. Jam 7 pagi, kami memulakan sesi lawatan dgn diketuai oleh ustaz Abdul Razak. Kami melawat sekitar kawasan Masjid Nabawi. Tempat pertama adalah di sebelah hotel kami, terdapat sebuah taman (aku lupa namanya). Taman itu terdapat peristiwa di mana Rasulullah mula2 berhenti setibanya Baginda di Madinah, tempat ini juga tempat di mana Kaum Muhajiran dan Ansar berkelahi dalam memilih pemimpin setelah kewafatan Rasulullah. Di sbbkan perkelahian inilah menyebabkan jenazah Rasulullah (yg wafat pada hari Isnin) hanya dapat disemadikan pada hari Jumaat. Tempat ini juga agak mustajab utk suami-isteri yg berkelahi agar berdoa (menghadap kiblat) di kawasan taman tersebut. Agak pelik juga melihat kerana hanya kawasan berkenaan sahaja yg subur dan ditumbuhi pelbagai jenis pokok. Kawasan sekitarnya hanyalah pasir dan debu sahaja....Seterusnya kami melawat sekitar Masjid Nabawi yg mana terdapat pelbagai sejarah di sekitarnya. Kami ditunjukkan di mana terletaknya Makam Rasulullah SAW, pintu yg digunakan Malaikat Jibrail (utk bertemu dgn Rasulullah), kawasan tapak2 kediaman isteri2 Rasulullah.

2 Mei 09 - Seawal jam 7 pagi kami meneruskan ziarah di sekitar Madinah. Destinasi pertama adalah kawasan perkuburan Baqi'. Destinasi seterusnya adalah Masjid Quba'. Masjid ini dibina berdasarkan ketaqwaan. Sekiranya kita berwuduk dari hotel dan bertahan sehingga ke Masjid ini dan seterusnya menunaikan solat sunat, diumpamakan seperti 1 umrah (insya-Allah). Seterusnya kami ke Bukit Uhud di mana terdapatnya kawasan perkuburan syuhada' Uhud termasuk Saidina Hamzah. Sebagai peringatan, adalah haram utk kita mengambil gambar di kawasan perkuburan tersebut. Seterusnya kami menghayati dan menyelami sejarah kawasan Bukit Uhud ini. Ziarah kami disambung ke Masjid Qiblatain (2 kiblat). Kiblat masjid ini adalah 1 mengadap Baitullah, dan 180 darjah adalah mengghadap Masjidil Aqsa. Sebelum balik ke hotel, kami singgah di Ladang Kurma. Di ladang ini terdapat pelbagai jenis kurma. Kalau di lihat di pokok2 kurma, buah kurma masih muda lagi. Memang dijadikan Allah kurma di sini masak pada bulan Rejab dan Syaaban bersempena dengan kehadiran Ramadan yg akan dtg.

3 Mei 09 - Hari ini kami akan menyaksikan salah satu mukjizat Allah, insya-Allah. Sebelum ke tempat tersebut, kami ke Gua Uhud, tempat di mana Rasulullah di rawat setelah terluka akibat berperang. Di sekitarnya kawasan berbukit2 n berbatu. x dapat dibayangkan bagaimana Rasulullah dan sahabat ke situ dan bagaimana isteri sahabat Rasulullah mendaki ke Gua Uhud utk memberi makanan kepada Rasulullah dlm keadaan diri yg hamil 6 bulan. Bukitnya agak curam, sedangkan kami yg naik di kaki bukit sahaja hampir2 tergelincir....Allahhu Akbar....Destinasi kami seterusnya adalah Wadi' Mubarak, di mana terdapat tasik di tengah2 padang pasir yg kering kontang. Walaupun tahun bersilih ganti, dgn kuasa Allah, tasik ini tidak pernah kering. Air tasik tersebut dpt merawat pelbagai penyakit, namun utk mendapatkan air tersebut amat sukar memandangkan Kerajaan sana menghalang kenderaan berhenti di situ. Kami hanya dapat melihat tasik tersebut sahaja. Bermula dari kawasan inilah, pemandu bas dilihat berusaha menekan minyak kerana di kawasan inilah bermulanya kami dpt melihat kekuasaan Allah. Bas kami seakan2 ditarik dari arah belakang, setibanya kami di satu kawasan, Mutawif mengarahkan pemandu bas menutup enjin bas. Dengan disaksikan oleh Ustaz Radzi, kami menyaksikan kuasa Allah di mana bas kami ditarik ke arah belakang. Jika tidak dikawal, kelajuan tersebut boleh mencecah 14okm dan keadaan ini membahayakan. Seterusnya kami turun bas utk melihat sekali lagi kuasa Allah SWT....wpun jalan rata dan ada satu kawasan naik bukit, namun bas masih bergerak sendiri. Seterusnya kami ke Mantiqatul Wadak (maaf, kalo salah eja nama tempat tersebut). Di tempat tersebut kami merasa bersolat sunat di padang pasir. Di kawasan tersebut juga, tmpt di mana Malaikat Jibrail membawa Rasulullah setelah cedera akibat perang dan Rasulullah dibaringkan di sini.

4 Mei 09-adalah hari terakhir di Madinah sblm kami berangkat ke Mekah.Waktu bca doa Wadak kepada Rasulullah, sekali lagi airmataku mengalir....entah bila lagi aku akan ke sini lagi. Namun aku tetap mendoakan aku diberi kesempatan, dmurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yg baik utkku ke sini lagi. Selesai solat Zuhur di Masjid Nabawi, kami bersiap2 utk berangkat ke Mekah dgn menaiki bas. Kami singgah sebentar di Bir Ali utk menunaikan solat sunat ihram dan niat ihram di sini. Alhamdulillah kami sampai di Mekah pada jam 10.30 mlm. Kami check-in di hotel dan bersiap2 utk melakukan umrah pada mlm ni juga. Pertama kali masuk di Masjidil Haram, satu perasaan aneh dlm diriku. Selama ni aku sekadar melihat Kaabah di dlm gambar atau di tv, Alhamdulillah kali ni aku melihat dgn mataku sendiri. Kami berjaya menyiapkan umrah kira2 jam 1 pagi.
5 Mei 09 - Hari ini kami melakukan aktiviti bebas, di mana kami hanya melakukan ibadah secara bersendirian.
6 Mei 09 - Seawal jam 6.30 pagi kami diminta menunggu do lobi hotel kerana kami melakukan ziarah di sekitar Mekah. Destinasi kami pada pagi ini adalah Jabar Tsur, tmpt persembunyian Rasulullah bersama-sama sahabat Baginda yg dlm perjalanan utk berhijrah ke Madinah. Kemudian, kami dibawa menziarah Padang Arafah. Tempat di mana Jemaah Jahi berwukuf di sini. Di sini juga terdapatnya Jabal Rahmah, di sini juga adalah tempat di mana Nabi Adam AS bertemu semula dgn Hawa setelah diusir dari syurga oleh Allah Taala. Dapat dilihat di sekitar Jabal Rahmah terdapat batu2 yg ditampung oleh kayu di bawahnya. Hakikat sebenarnya, walaupn kayu tersebut dialaihkan, batu tersebut tidak akan jatuh ke bumi. Allahhu Akbar....Kemudian kami ke Mudzalifah, sekadar melihat dr luar sahaja dan ke Mina. Tempat di mana Jemaah Haji melontar ketiga-tiga Jamrah. kami ke Ji'ranah utk mengambil miqat umrah. Kali ini hanya aku dan bapak sahaja yg melukakan umrah memandangkan ibuku tidak berapa sihat. Sebelum pulang ke hotel, kami melawat Jabar Nur, di mana terdapatnya Gua Hira', di mana turunnya wahyu pertama di sini. Pulang je ke hotel, kami berehat sebentar dan mengambil wuduk dan menyelesaikan umrah kami sebelum solat Zuhur. Alhamdulillah....
7 Mei 09 - Hari ni kami bebas melakukan ibadah kerana program cuma pada ptg (selepas solat Asar) iaitu tazkirah yg diberi oleh Ustaz Abd Razak. Manakala mlmnya selepas solat Isyak dan makan mlm, kami dibawa menziarah kawasan sekitar Masjidil Haram, di mana Ustaz Abd Razak tunjukkan kepada kami tempat2 yg mustajab utk berdoa, dan tmpt2 yg mana terdapat rahsia di situ. Tmpt pertama ditunjuk adalah 4 buah jam di sekeliling Masjidil Haram (luar). Di dlm jam tersebut terdapatnya batu yg mana batu2 tersebut akan memberi Salam kepada Rasulullah setiap kali Rasulullah memasuki Masjidil Haram. Lokasi jam tersebut tidak dimusnahkan tetapi telah dibina jam di situ. Di kawasan ini juga adalah mustajab utk berdoa (menghadap kiblat). Seterusnya kami memasuki ke dalam Masjidil Haram, adalah menjadi kesalahan di Arab Saudi utk seseorang itu menerangkan sejarah2 di Kota Mekah. Justeru itu, mlm itu kami tidak menggunakan pembesar suara dana dapat dilihat setiap kali kamu bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, ada kamera yg mengikuti kami. Seterusnya kami ditunjukkan akan tiang2 yg bernombor 19 dan 20, dan diberitahukan sejarah tentangnya. Kami juga ditunjukkan Tiang Taubat, Tiang Jin, tempat di mana Rasulullah dan Jibrail di angkat ke langit (peristiwa Isra' Mikraj), tempat sebenar di mana Bilal bin Rabah melaungkan azan di Masjidil Haram yg mana azan yg dilaungkannya dapat di dengar oleh para Malaikat. Sebelum mengakhiri ziarah, ustaz Abd Razak membawa kami ke lokasi sebenar Makam Nabi Ibrahim dan 7 biji batu dari syurga. Walaupn keadaan agak sesak, Alhamdulillah kesemua jemaah dapat mencium batu syurga tersebut dan melihat lokasi sebenar Makam Nabi Ibrahim. Setelah berjaya mengucup batu tersebut, antara kami saling berpelukan dan ada yg menitiskan airmata kegembiraan kerana berjaya mencium batu syurga tersebut.
8 Mei 09 - kami memulakan ziarah kami, kali ini di Hudaibiyah. Destinasi pertama kami adalah ke Ladang Unta. Sebelum smpi ke sini, kami diceritakan oleh ustaz Abd Razak akan keistimewaan unta sehingga dijadikan unta ini salah satu binatang di syurga nanti. Di sini kami merasai sendiri susu unta yg baru diperah, memandangkan kami sekeluarga ingin melakukan umrah (dibertahu bahawa susu unta kan membuang toksin di dlm perut, jadi sesiapa yg ingin melakukan umrah dinasihatkan tidak meminum susu unta tersebut kerana ia akan mencucu perut kita). So, kitaorg bungkus 2 botol susu unta utk diminum selesai melakukan umrah nanti. Seterusnya kami ke Masjid Hudaibiyah di mana kami ditunjukkan tempat di mana Perjanjian Hudaibiyah dilakukan dan seterusnya kami ambil miqat di sini utk melakukan umrah. Alhamdulillah kali ni, mak kuatkan juga diri untuk melakukan umrah. Kami ke Muzium Mekah (setelah mendapat surat keizinan) utk melihat bahan2 sejarah di sini etc kelambu Kaabah yg pernah digunakan, pancur emas, dan bekas yg melindungi Hajarul Aswad. Kami pulang semula ke hotel sebelum zuhur dan melaksanakan ibadah umrah.
9 Mei 09 - Hari ni jemaah bebas melakukan ibadah. Sebelum msknya waktu zuhur, aku mak n bapak pergi ke Masjidil Haram lbh awal dr selalu, kami melakukan tawaf sunat dan Alhamdulillah setelah selesai tawaf (dlm perjalanan nak ke Hajarul Aswad), aku perasan laluan utk ke 7 batu syurga dan Makam sebenar Nabi Ibrahim kosong, aku terus menarik tangan ibuku dan bapak utk ke situ. Sekali lagi kami berjaya mencium batu tersebut dan aku dpt melihat dgn lebih jelas batu tersebut. Sterusnya kami solat sunat di Makam sebenar Nabi Ibrahim (keadaan yg jarang2 dapat diperolehi). Walaupun penjaga Kaabah, berterus2an menyuruh kami berdoa di belakang, namun akhirnya dibiarkannya kami di situ. Syukur kepada Allah kerana kami berjaya mencium batu syurga tersebut, bersolat dan berdoa di hadapan Makam Nabi Ibrahim. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan ke Tiang Taubat dan beriktikad di situ sehingga masuknya solat Fardhu Zuhur.
10 Mei 09 - merupakan hari terakhir kami di dua tanah haram ini. Setelah selesai solat Subuh, kami melakukakan tawaf Wadak. Airmata kami bertiga bagaikan tidak mampu ditahan2 lagi apabila ingin berpisah dengan tmpt suci ini. Sebelum meninggalkan masjid, berulang kali kami memandang Kaabah sehingga Kaabah sudah lagi tidak dapat dilihat. Hati berasa sayu, doa dipanjatkan agar kami diberi kesempatan utk ke sini lagi, insya-Allah. Kami bersiap2 dan sedia utk meninggalkan Kota Mekah pada jam 10 pagi. Dalam perjalanan ke Jeddah, kami singgah sebentar di Laut Merah (laut yg dibelah, dgn izin Allah dan menenggelamkan Firaun) utk menjamu selera sebelum menunggu penerbangan ke Bahrain pada jam 3.30 ptg. Kami tiba di Bahrain pada jam 7.05 mlm (waktu Bahrain) utk menunaikan solat Jamak Takdim sblm meneruskan perjalanan ke Malaysia pada jam 9.30 mlm.
11 Mei 09 - Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA pada jam 9.00 pagi (waktu Malaysia) dgn disambut oleh dua abg ku iaitu abg Ei n abg Ji. Mujurla dorang dtg, aku dh x de tenaga nk angkat beg n air zam zam lagi. Kami tiba di Ipoh pada jam 3.00 ptg dan adikku mengambil kami di Medan Gopeng.
Alhamdulillah, tamat perjalanan ziarah kami dgn selamatnya walaupun 2 kali aku demam di sana namun tidak smpi ke tahap aku x larat utk berjalan. Moga2 kami diberi kesempatan, kesihatan, dan rezeki utk ke sana lagi, insya-Allah (^_^). Entry kali ni agak panjang, so gambar akan di upload pada next entry....

No comments: