Monday, January 10, 2011

Bila Mertua Datang Ke Rumah....

famili baruku, wpun suami anak sulung tp aku merupakan menantu ketiga, hehehe

Salam buat semua....

Actually ini adalah kunjungan kali kedua mertua ke rumah, kali pertama sebelum bergelar menantu officially tp kali ni dh bergelar menantu-mertua secara rasminya...
Famili mertua dtg ke rumahku pada petang ari Jumaat dgn tujuan utk menghantar adik iparku ke airport menyambung semula pengajiannya di UMS (selamat berjuang ye dik)....seminggu lamanya aku memikirkan apakah agenda n menu masakan yg perlu ku sediakan sepanjang kehadiran mertua....plan terbaik adalah utk tgk midnight, namun pujukan tidak berjaya utk memujuk ayah mertuaku memandangkan minatnya tidak ke arah itu...maka aku dan suami beserta adik2 ipar dating di panggung wayang, manakala abah n mak dating kt umah dgn cucu2....

Juadah minum ptg aku sediakan air teh bersama dgn sedikit makanan ringan memandangkan mak membawa mee goreng...siap mkn ptg, aku memulakan tugasan di dapur utk menyediakan juadah mkn malam....utk famili baruku, aku masak ikan siakap sweet n sour, udang masak lemak cili api beserta dgn ayam paprik...Alhamdulillah perasaan puas meneylubungi diri bila tgk kesemua juadaha yg disediakan hbs di makan (ke aku yg masak ckit yer, ehhehe)...siap makan masing2 bersiap utk keluar menonton wayang selepas amik encik suami...Kami habis menonton wayang jam 1.40 pagi, time ni mujurla xde sape yg suarakan hasrat nk g mkn dulu atau sama waktu dgnnya memandangkan diri ini dh x mampu utk membuka mata...

Esoknya seawal pagi dah bgn utk sediakan nasi lemak utk dijamu kepada keluarga mertuaku...dengan pertolongan mak mertua, Alhamdulillah menjadi juga juadahku...Alhamdulillah semuanya hbs di makan, rasa seronok melihatnya....Usai makan, kami semua bersiap utk hantar adik iparku ke airport jam 10 pagi....Alang2 dh kt LCCT, mertua ajak ke Nilai 3...memandangkan kami suami isteri xde agenda kami pn ikut sama ke sna smpi jam 3.00 ptg sebelum mertua gerak balik ke Ipoh dan kami asben n wife ke Kajang utk membeli keperluan dan berjumpa dgn sahabat baik suami....Kalo dh berjumpa, xde mananya la sekejap...lepas Isyak jugak baru kami pulang ke Putrajaya....

Tamatla sudah debaran dan penantian utk kunjungan mertua ke rumahku....rasanya pasni kalo mertua ke rumah ku lg, dh x berdebar lagi kot, hehehe...

p/s:

a) Terima kasih x terhingga buat bapak dan mak mertua kerana sudi kirimkan minyak masak dr Ipoh utk diberi kepada anak /menantu di sini....dh byk ari minyak masak xde kt alamanda n kt kedai runcit bawah rumah...huhuhu
b) Terima kasih kt mak mertua sbb memberi 6 bantal kekabu dan menjahitkan sekali utk menantunya ini...
c) Mak belikan baju kurung kt Nilai 3 utk dipakai sedondon satu keluarga hari raya nanti, insya-Allah (mekasih mak)
d) Mak bagi susu Hi-Goat utk diminum ari2....yeay, sy dh mula minum semalam....
e) Owh, mak juga belikan tilam utk kegunaan di rumahku...agaknya mak perasan rumahku x ckp tilam kot, hehehe
f) Adik ipar bagi coklat, yey yey yummy....


Monday, January 3, 2011

Aktiviti Minggu Lepas...

kami bersama pelamin

me bersama dgn org2 yg ku sayang

@ KTM

@ KTM again

Gunung Lang

Gunung Lang


Salam di pagi Isnin n di tahun baru....
Sebagai mukadimah, izinkan diri ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua...semoga tahun ini memberi seribu makna kepada kita dan semoga kita lebih diberkati oleh-Nya, Amin....by the way, back to the topic sebelum diri ini merapu meraban ntah ke mana2...

Memandangkan ari Jumaat cuti umum, so misi anakanda ini adalah memujuk kedua ibu bapa ke rumah pada hari Khamis n syukur misi tersebut membuahkan hasil apabila kedua ayahanda n bonda ke cni lepas solat Zuhur ari Khamis...plan asalnya utk terus ke Putrajaya, namun ada beberapa agenda yg perlu dilakukan pd mggu lepas, so bapak n mak terus ke Subang Bestari (rumah abg Ei)....usai solat Maghrib, aku n adikku ke Subang Bestari...sambil2 makan mlm, kami berborak bertanyakan perkembangan terkini masing2....
Esoknya (Jumaat) kami ke Putra Height utk ziarah sepupuku yg baru sahaja lepas operate batu karang...Hingga ke jam 4.00 ptg, barula kami bergerak balik ke Putrajaya...Tengahari Sabtu, kami ke Puchong Prima memandangkan abgku (Ji) berpindah rumah...maka kami sesama ke sana utk membantu abg Ji dan isterinya yg sedang sarat 8 bulan berpindah...Malam tersebut kami membaca Yasin n buat doa selamat secara kecil2an....

Perancangan awal utk pulang ke Putrajaya adalah pada hari Ahad pagi, namun terpaksa ditukar memandangkan abg Ei hendak ke Puchong juga...maka, sampaila ke ptg barula kami dapat pulang semula ke Putrajaya...owh, btw pagi Ahad tu encik photographer (Pak Wan) telahpn hantar album majlis perkahwinan ku tempoh hari...(tenkiu n i'm fall in love dgn semua pic okeh)...Lepas Maghrib, Pak Yang n Mak Yang dtg ke rumahku...memandangkan masing2 keletihan (cuti masak sat), so kami membawa Mak Yang n Pak Yang makan di Restoran Arab, Cyberjaya...First time ke cni, aku cukup terpesona dgn makanan yg dihidangkan n lantas menggamit ingatan kembali masa makan nasi Arab time umrah dulu....plan nak bawak yg tersayang one fine day, (^_^)....next mission, nk mencuba ayam penyet kt cyberjaya, nk try compare ayam penyet @ Ipoh n ayam penyet @ Cyberjaya...
That's all my activity n enjoy some pic from mr. photographer...

Tuesday, December 28, 2010

Untuk Suami ku...


Suamiku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.


Suamiku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.


Suamiku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.


Suamiku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.


Suamiku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.



p/s : I Love u abang...

Wednesday, December 22, 2010

Tiba-tiba terkenang

kenangan suatu ketika dahulu

Baru-baru ni menatap gambar kwn2 time kawin n tiba2 aku merasakan sesuatu, mungkin perasaan aku sorang sahaja barangkali...


Actually time belajar di universiti, kami duduk 7 org...kiranya susah senang kami hadapi bersama-sama, tp xtau entah mengapa time majlisku hanya seorang sahaja yg datang iaitu bestfrend aku aka pengapit ku...Yg lg dua org adala juga mengirimkan ucapan tahniah kepadaku n mengkhabarkan kebarangkalian x dpt hadir atas sebab2 tertentu tp yg lain senyap dan sunyi....sedangkan pada 2 majlis sahabat2 yg terdahulu, hampir kesemuanya ada wpun pada masa yg berlainan...entah apa silapnya atau aku sahaja yg cepat terasa hati, segalanya mungkin...mmmm


Pada hari majlis ku juga, mak dan bapak ada bertanya di mana kwn2 serumah dahulu?pertanyaan tu juga membuatkan aku tertanya2 juga....Aku luahakan kepada best fren ku, dia minta aku x usah terlalu fikirkan sangat, tp tetap juga terdetik di hatiku....maafkan aku duhai sahabat, andai ada kekurangan diri ini pada kalian semua...mungkin ada perbuatan atau tingkah lakuku yg membuatkan kalian penah terasa dahulu....


Walaupun begitu, aku tetap bersyukur kerana pada majlisku kwn2 yg dh lama x bersua muka, kwn2 sekolah rendah, sekolah menengah n kwn2 baru hadir sama....mengenangkan hal ini, membuatkan hati aku kembali normal sedia kala....


Tuesday, December 21, 2010

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT

Alhamdulillah, dah sah

mode : happy

berarak dgn menaiki beca, diiringi dgn basikal tua


us


Salam buat semua....
Lama x update, rasa rindu plak....Alhamdulillah arini dh selamat bergelar isteri kepada Muhammad Saiful selama 12 hari n kehidupan kami semakin hari semakin sayang....Walaupun kami pas baton bergilir demam lepas kenduri, tp Alhamdulillah keadaan semakin baik n pulih....

Kita review semula ari majlis :

a) Jumaat (10 Disember 2010) : Alhamdulillah kami telah selamat diijab kabulkan di Masjid Sg. Rokam oleh Ustaz Yop Saidin dengan sekali lafaz tepat jam 3.52 petang...ari yang sama mak terima menantu lelaki, mak n bapak terima cucu yang ke-5 (cucu lelaki kedua) jam 5.00 ptg... Alhamdulillah, bundle of joy to our family....petang tu kami ke Gunung Lang, didera oleh encik photographer beraksi pelbagai aksi...memandangkan kami ni dh la susah nk bergambar smpikan photographer terpaksa buat lawak utk buatkan kami ketawa, ehhehe...thanks a lot juga kepada adikku kerana sudi jadi assistant photographer....mlm tu kat rumah diadakan majlis doa selamat n kesyukuran...setel kemas umah dlm kul 12 lbh, sempat gak jenguk persiapan kt dewan jam 12.30 pagi....hehehe

b) Sabtu : Pagi tu sedang di make-up dalam jam 10 pagi dalam keadaan cuaca yg panas n tenang tiba2 bumi dibasahi hujan lebat...time ni perasaan ku amatlah risau, aku panjatkan doa kepada Yang Maha Esa moga2 hujan segera berhenti...Alhamdulillah sebelum gerak ke Dewan, hujan dh reda....sempat bergambar kt rumah dulu sebelum menunggu kt dewan....Rombongan lelaki sampai jam 12.40 ptg, dup dap dup dap debaran terasa.....bila tgk muka suami yg tenang, diri sendiripn dh hilang rasa gemuruh....Sebelum g outdoor, buat pertama kalinya kami menunaikan solat jemaah sbg suami isteri...rasa tenang n bersyukur sgt2....i love u abg!!...mlm tu ada acara utk keluarga n selesai jam 11 mlm....

c) Ahad : kami tiba di rumah belah lelaki jam 1.00 ptg....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar n peluang sekali seumur hidup rombongan diiringi oleh Polis Trafik.....pengalaman once in a lifetime...rasa seronok bila ada keluarga baru n diterima dgn baik....

Bermulalah rentetanku sebagai isteri...pesanan n nasihat telah diberi oleh bapak, abah, mak n sedara mara juga sahabat handal....doa2kan jodoh kami berpanjangan. Di kesempatan ini juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga, saudara mara, sahabat handal x kira jauh atau dekat yang menghadiri majlis kami...juga buat semua yg ucapkan tahniah kepada kami x kira melalui call, sms atau fb....jutaan terima kasih diucapkan.....mudah2an murah rezeki kalian semua, Amin...


Tuesday, December 7, 2010

Bermula cuti

Alhamdulillah skrg dh selamat berada di Ipoh n mula bercuti.....(mode happy). Btw thanks a lot kepada adikku kerana sggup menghantar kakaknya wpun dia sndiri terpaksa pulang semula ke Putrajaya kul 5 pagi sbb ada event ofisnya + interview, good luck bro....
Masuk arini, dh hari keempat aku berada di Ipoh dan setakat ni beginilah progressku sehingga kini :
a) Sabtu, lepas je pegi kenduri di Dewan, terus ke Megoplex utk amik contoh baju nak carik tudung...kemudian kami terus ke area GM, misi untuk mencari tudung n barang2 keperluan lain...terasa penat n dh byk kedai carik tapi xde warna yg sesuai....at last kami ke GM jugak, Alhamdulillah berjumpa juga dgn warna yg sesuai....selesai crk tudung, kami minum ptg dulu sblm pulang ke rumah lebih kurang jam 7 petang...
b) Ahad, kemas dapur sambil masak tghari....ptg tu ke area Manjoi, menghadiri sambutan besday....plan asalnya lepas ke Manjoi nk singgah Jalan Kuala beli goodie bag tp ada makcik di rumah so terpaksa la pulang ke rumah dulu n tunda sekali lagi hasrat beli goodie bag....lepas makcik balik, sempat g fitting baju nikah...hehee, terujanya rasa n mmg menawan hati sungguh...mlm tu, memandangkan Kak Fiza n abg Man dtg, kami memulakan tugas2 buat hantaran....mlm tu kami membuat reben n meletak n melipat brg2 di dalam bekas yg disediakan sahaja sampaila jam 12 tgh mlm...memandangkan tgn masing2 x kreatif, so adala serba kekurangannya...heheh
c) Isnin, continue mengemas di kawasan berhampiran dapur (haih, susah nk describe bahagian2 kt rumah ni) sementara bapak bawak mak ke klinik...(mudah2an mak lekas sembuh dr semputnya, Amin)....sambil2 mengemas, org pasang langsir n khemas sampai....masak tghari pun lewat gara2 mengemas...Petangnya, potong rambut setelah setahun 4 bulan menyimpan, hehehe...Malam, continue 'final touch' pada hantaran...rasa sungguh puas hati wpun simple.....siap dekorasi hantaran, kami ubahsuai susun atur bilik...sampai naik selsema masing2 dbuatnya....Thanks a lot kepada abg Man n kak Fiza....
d) Selasa, continue mengemas bilik, atas n bawah rumah (jgn x tau umah ku ada kawasan bwh tanah, ehhee)..kali ni atas nasihat mak, aku mengemas sambil pakai mask....bukan apa, aku ni x tahan sgt dgn habuk...mudah sgt selsema n mula bersin2 bila mengadap habuk.....
Ok, setakat ni sahaja progress setakat ni...skrg ni disenaraikan plak senarai menunggu :
1) Beli Goodie bag
2) Amik baju nikah
3) Fitting baju resepsi ari Khamis n terus amik
4) mengisi bunga pahar, goodie bag utk keluarga lelaki, n org kirim
5) Gosok baju2 kurung utk dipakai before majlis
6) menghias bilik n mendekorasi
Owh ye, terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada mereka2 yg telah memberi sumbangan :
a) Mak n bapak : sumbangan dr segi tenaga, kewangan dan nasihat kpd anakanda ini
b) Fauzi n Erza : gula2
c) Abg Man n kak Fiza : hadiah cabutan bertuah
d) Obek Nia : goodie bag utk budak2
e) Chik Tang : air mineral
(list akan di update akan datang, insya-Allah)
Ok, setakat ni jer dulu buat masa ni....nak continue bekerja....mudah2an majlis kami nanti diberkati n segalanya berjalan lancar di majlia kami nanti....Amin

Friday, December 3, 2010

Alkisah adikku lagi...

adikku yg selalu perasan hansem, smpikan time ziarah kuburpn dia sibuk suh amik pic dia...aish...
Salam di pagi Jumaat yg indah....

x pasal2 ni dh kali ke berapa entry psl adikku....ni semua skrg ni gara2 dh duduk sekali, maka termasukla jugak cite psl dia dlm blog ku ini...

Alkisahnya begini, baru2 ni kami ke hypermarket nk membeli brg dapur ckit...biasala kami, kalo dh ada sama mmg x hengat umur memasing dh 27 n 24 thn....x kira tempat bergurau aje kejenya...skrg ni habit adikku adalah suka cuit pinggang atau tapak kaki kakaknya....pantang tgh tgk tv, mesti dicuitnya pinggang atau geletek tapak kaki....paling hangin kalo dh terlena kt sofa, dia kaco...apalagi terus bw diri tdo dlm bilik la jwbnya...sudahnya dia merayu temankan dia tgk tv atau on9 kt ruang tamu...baru padan dgn muka dia, hehehe...

Ok, continue pasal hypermarket tuh....kitaorg smpi dlm kul 8 mcm tu la (sbb umah dh dekat kan)....smbil mencari barang leh plak adik aku ni main kejar2 dgn aku...puncanya dia nk cuit pinggang aku...apalagi mmg misi menyelamatkan dirila jawabnya....sekejap menyorok cni, sekejap menyorok sana, sebijik mcm budak2.....kalo kwn2 terjumpa aksi kami di mana2, tlgla anggap kami ni belum ckp matang atau buat2 x kenal (perlu ke?), hehehe....dh hbs beli brg, nk g ke parking plak.....sorang bwk separuh plastik, adik bwk plastik yg ada beras....duk bwk brgpn dia sibuk nk kaco2 aku gak, dikejarnya aku kt tmpt parking....sudahnya beras terjatuh, mujur la x pecah n berterabur...kalo x, confirm2 aku buat2 x kenal sapakah gerangan org yg berasnya terjatuh tuh....masuk je dalam kete, kami pecah perut duk tahan ketawa....aish, adik oh adik......