Thursday, October 29, 2009

Siapa Jodoh Kita Dapat 'Dirasa'

BAGAIKAN ada banyak persamaan bahkan kadangkala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda. Di saat bersedih, dia yang menghulur tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan. Ketika musibah melanda, dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
BersahajaSi dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan pelik?Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang pelakon handalan. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda.

Terima anda seadanya
Apapun kisah silam yang pernah dilalui, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati.Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Saling mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung.Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Memahami diri anda
Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama untuk melalui hidup ini saat suka dan duka, senang dan susah, dialah calon sesuai menjadi pasangan hidup anda.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda.

Mimpi
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya.

Kata hati
Kadang kala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengar kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Kuasa.

Thursday, October 22, 2009

Keracunan??

Hari Selasa lepas lunch, perut rasa meragam jer....menjelang ptg n lepas solat Asar kt ofis, mula rasa mual²...dah mula rasa mcm nk muntah, tp isi x terkeluar lg....Bila nk kuar ofis, kepala mula sakit plak, gagahkan diri jugak drive kete sbb takut keadaan makin teruk....otw nk ke rumah, mmg dah mula x tahan rasa nk muntah (sedaya upaya cuba menahan), akhirnya mmg terluah juga isinya.....mujurla dpt mengawal keadaan lg n teruskan pemanduan smpi ke rumah, Alhamdulillah...sampai ke ke rumah, terus menuju ke bilik air n sekali lagi mengeluarkan segala isi yg ada....lembik n terlalu la lembik utk berdiri lama²...gagahkan diri jugak utk bersihkan apa² yg patut...

Usai solat Maghrib, terus baring...dh rasa seram sejuk je time ni.....Shida ajak kuar mknpn dh x larat, at last dia paksa g klinik sbb keadaan mmg teruk time 2...So gagahkan diri gakla g klinik kt Presint 9.....punyala ramai patient, time ni pn duk tahan² jer rasa nk muntah...tgk TV pn dh rasa berpusing² jer....Kul 10 mlm baru sampai umh, mkn suku roti n mkn ubat....minum je air garam, hbs terkeluar balik roti yg sempat dmakan suku td tu...uhhuhu, rasa nk menangis sgt time ni...cuba motivasikan diri, fkr diri jauh dr keluarga i need to b strong.....sambil berbaring, aku mkn lg roti takut perut kosong...kali ni minum 100 plus since air garam x berjaya ditelan.....Alhamdulillah tido lena smpi ke Subuh....

Since dpt MC, aku berehat je kt rumah...makanpn ckit² jer, x lalu mkn byk sgt...Ptg harinya barula aku telefon bondaku n maklumkan keadaanku....Rasa sebak lak time ni.....

Arini, dh g keje semula....seawal pagi, ayahku telefon bertanyakan khabar....Alhamdulillah dah xde rasa nk muntah lagi...perut jer la masih sakit ckit²....Rupa²nya, baru aku tau lebih kurang 20 org kt ofis ni mengalami sindrom yg sama....kalo berdasarkan survey yg aku buat, menu kami pada hari selasa adalah berbeza...adakah disebabkan air yg kami minum, atau mmg salah makan...Wallahualam....

Tuesday, October 13, 2009

101009 @ 21 Syawal 1430 H

Alhamdulillah, pada tarikh tersebut aku telah selamat bergelar tunangan kepada Muhammad Saiful b Abdul Mutalib. Mudah²an hubungan kami ini diberkati dan kami tabah dalam menempuh tempoh bertunang yang serba mencabar nanti. Amin....Rombongan lelaki tiba di rumah jam 11.30 pagi, syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Nak ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada:

a) kedua ibu bapaku yg tersayang, yg bertungkus-lumus membuat persiapan utk hari tersebut....

b) abg2 n adik ku yg mengerah tenaga pada sblm n slps hari tersebut dan membersihkan rumah, hehehe....

c) kakak2 iparku n bakal kakak iparku yg menghulurkan sumbangan tajaan facial, make-up n hantaran....nanti hari kawin, leh menyumbang lagi....

d) sahabat baikku, Shida yg sudi dtg n sentiasa menjadi 'mata' buat diriku pada hari tersebut.....x lupa kpd kwn2 yg hadir pd hari tersebut....

e) saudara-mara yg membantu kelancaran majlis tersebut....

f) tunangku, yg memberi sokongan moral n membantu membuat persiapan di saat2 akhir....


Wednesday, September 30, 2009

AidilFitri Kembali...

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa umat Islam merayakan hari kemenangan. Adidil Fitri tahun ni dirasa lebih meriah tambah² plak thn ni giliran abg² aku beraya kt umh kitaorg dulu...Rabu mlm aku dh selamat smpi di Ipoh, rmi yg cakap awalnya aku balik n jawapan aku "anak pompuan, kenala balik awal....nk hrpkan anak lelaki, bz sokmo...kesian kt mak buat sensorang plak"....Time hari memasak (Sabtu), barula complete adik beradikku pulang n buat pertama kalinya kami berbuka kt kawasan luar rumah...nk mkn kt dalam, dh x muat...memasakpn hilang rasa penat bila tgk wajah² yg tersayang...


Raya Pertama - Juadah arini nasi Bukhari, nyam nyam...selalunya lemang n rendang jd pilihan tp kali ni aku mkn nasi dulu....Lepas sesi salam n bermaaf-maafan, Chik Tang dtg beraya (sekali nk konvoi g beraya n menziarah kubur)...dlm kul 11 mcm tu kitaorg gerak ke Manjoi....ari Raya pertama hbskan menziarah rumah sedara mara belah bapak....Balik je rumah mmg terasa penat walaupun cuma makan jer, hehehe....
Raya Kedua - setiap tahun pada raya kedua pasti ada perhimpunan keluarga belah mak kt Banana Island, Kuala Dipang Kampar (cewah nama, hehe)..adik beradik mak seramai 12 org, bayangkan la kemeriahan bila mak² n pak² sedara, sepupu sepapat, ank² sedara berkumpul, mmg meriah dgn pelbagai ragam....arini barula dpt mkn nasi putih....Oh ye, turut diadakan majlis Tahlil utk arwah Opah n Tok, acara sukan (jgn jeles aku menang slh 1 acara,hehehe), bagi² duit raya, n mkn².....Petang arinya pegi ke Klebang, menziarah Opah sedara n balik rumah....Malam tu, kitaorg sefamili bergambar kt studio (susah nk berkumpul reramai mcm ni). Terjadila insiden melucukan oleh ank sedaraku, Akmal Iyadh (nakal sungguh Mr Akmal nih)....then kitaorg g crk mkn kt area Ipoh...at last g mkn kt Medan gopeng jugak...
Raya Ketiga - arini sambung beraya kt rumah belah sedara mak plak, tambahan plak Abg Ei n Abg Man nk balik belah mertua dorang plak..Destinasi arini adalah ke Jelapang n Tambun...balik je rumah, tetamu x putus² dtg smpi ke mlm....
Raya Keempat - arini masak Mee Sup, tetamu x putus² dtg dr pagi smpi ke malam...kena masak sup utk kali kedua sbb menjelang petang dh hbs...Alhamdulillah, gembira tgk semua makananpn hbs....thanks Ena sbb singgah ke rumah wpun dlm perjalanan ke Melaka
Raya Kelima - masak mee goreng n mak Long tetamu pertama yg datang....Lepas Asar kami sambung beraya kt Simpang Pulai, Malim Nawar n Pasir Putih. Sampai je rumah, terus tertido sbb penat sgt....
Isnin - sebelum balik ke Putrajaya, ada tetamu yg dtg n masak mee bandung jer kali ni sambil² mengemas brg utk balik. Smpi di KL, beraya kt Taman Tun n Putra Height sblm ke ofis pagi esoknya...

Begitula perjalanan raya pada tahun ini, mudah²an dipanjangkan lagi usia kita untuk bertemu dgn Ramadan yg akan datang, Amin..

wajah girang Alya di hari raya









Tuesday, September 1, 2009

3 ari di Ipoh

Gumbiranya rasa hati dpt balik ke Ipoh utk 3 ari...Nasib baik tiket dh beli awal², smpi je kt Pudu punyala ramai org (almaklumla cuti 3 ari)...2 hari sebelum, aku text abg Man minta kak Fiza n Alya balik Ipoh minggu lepas....Wpun x sempat berbuka bersama keluarga Jumaat tu, tp dpt gak bersahur bersama (ayat memujuk diri)....Sabtu tghari abg Man baru smpi dr Kuala beserta dgn kak Fiza n Alya....rindunya dgn si tecik ni, dh lama x bersua muka.....Tengahari tu jgk Yana (ank abg Ei) call, bgtau nk balik...ingatkan dia main² jer....wah, mmg meriah la nampaknya...Bapak call abg Ji, kot² dia dpt balik tp dia payah ckit la nk balik...dh nk kawin, dia asyik OT jer.....Ari Sabtu mmg meriahla rumah tu, dengan pelbagai ragam anak sedara....dgn Yana yg asyik mengadap katun kt laptop, Akmal yg manja n Alya yg suka sgt kt kakak Yana tu....
Alya jual mahal bila nk diambil gambarnya

Tgk tu, buat² tgk tv plak bila kita panggil dia

Ni dh geram sgt la tu smpi bulatkan mata dia... :-p

Ari Ahad, ada moreh kt kg....ni la peluang utk aku berjumpa dgn sepupu²ku....Hbs je terawih, kitaorg ada meeting utk persediaan hari keluarga hari raya kedua nanti...n aku ditugaskan utk mengutip duit, huhuhu....Sapala yg mencalonkan diriku ini yer?mmg x patut betul....

Ari Isnin, hari aku pulang semula ke Putrajaya...mood pn dh ala² sentimental jer....balik ke Putrajaya lepas berbuka kt umah makcik di Tambun......Mujurla abg Ei sudi menghantarkan adiknya ini ke Putrajaya, tenkiu Bro....Mggu ni apa program plak yer? Yana dh mengajak aku ke rumahnya awal² lg....mmm, kena ikir dulu, ada benda nk kena setelkan...masa kian bergerak, persiapan belum dilakukan lagi......

p/s: baru text abg Ji....n ternyata berita baik yg diharapkan tidak kesampaian....terpaksa la aku mencari alternatif lain....sedang mencari mood utk kembalikan semangat ku yg hilang.....

Monday, August 17, 2009

15 Tanda Kematian Mulia

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat.
Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera.
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
"Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
"Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah. Amin....

Convo Adik...

Last week, adikku convo...Pas keje Jumaat tu terus ke umh abg ku di Kota Damansara...jalan jam la plak, smpi snapn dh kul 7 lebey...Sbb tergesa² punya psl aku nyaris² kehilangan 'sesuatu'. Alhamdulillah, pg esoknya aku crk dlm kete ada je 'benda' tu (wpun mlm tu dh rasa cuak, hehehe).....Sangkaanku adikku ada, rupanya dia stay umh kwn dia jer...x sempat aku jumpa dgn dia, sekadar ucapan tahniah melalui telefon sahaja.
Kitaorg 1 famili berbagi rasa antara nk g convo adik atau hantar abg n kakak iparku ke airport (g umrah)...selepas berdiskusi, akhirnya abg ku (abg Ji n tunang) yg menjadi wakil utk hadir ke convo adik, manakala yg lain semua ikt anta abg ku ke airport. Sebak gak bila tgk Yana n Akmal ditinggalkan kt umh tok wan n tok ki dia...Yana cool (wpun sbnrnya dia cuba menahan tangisan) n Akmal seakan² tau je mama n ayah dia nk tgglkan dia. So dr pagi dia dh memerap dgn mama n ayah dia...Waktu Yana peluk cium ayah dia, aku terus palingkan muka aku...(x sanggup tgk, huhuhu) tp sempat dengar Yana pesan kt ayah dia..."Ayah bwk kamera kan?Jgn lupa tangkap gmbr rumah Allah, Yana nk tgk." Sebaik je kitaorg kuar, dengar Akmal menangis², Yana plak x tau la sbb dorang x kuar dr umh....
Kepada adikku: Tahniah, akak ucapkan...akak tahu adik x nk kami serba salah lalu adik putuskan utk tidak kisah wpun tanpa kehadiran kami...Tahniah ye...
Kepada abg Ei n kak Izlina : semoga beroleh umrah yg mabrur dan dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana...