Friday, April 6, 2012

Dilema....

Bismillah dan salam buat semua.....


Lama rasanya x update blog sebabnya saya berkursus dari hari Isnin-Khamis (semalam), alamatnya agak berhabuk jugaklah blog ni dbuatnya, huhuhuhu...


Ok, back to the topic....ari Selasa baru ni terjadilah insiden yg membuatkan diri saya tercabar dbuatnya....Alkisahnya, pagi itu Safiyya bangun awal, seperti kelaziman sekiranya dia bangun awal, saya akan mandikan dia sebelum ke nursery....Pagi itu saya mandikan anak saya dgn air suam (selalunya saya mandikan dgn air sejuk sahaja), tp x tau pagi tu saja nk mandikan dia dgn air suam......Seperti biasa sampai di nursery saya akan menyusukan Safiyya sehingga dia tertido. Jam 12.45 tengah hari, saya turun ke nursery seperti kelazimannya utk menyusukan dia...alangkah terkejutnya saya apabila terpandang baju anak saya telah bertukar, apabila diangkat lagi bertambah terkejut kerana ada hingus kering di hidungnya...serta-merta hati saya meruntun dan saya merasakan airmata saya bergenang....Setelah anak saya berusia 3 bulan 25 hari anak saya selsema....bila didukung anak saya seakan x selesa kerana dirinya selsema, saya luahkan kepada ibu2 yg lain yg berada di nursery dan mereka bersimpati dgn nasib yg menimpa Safiyya....apa yg saya kesalkan, saya dh menyatakan pd pengasuh yg anak saya sudah mandi pagi tadi tp mereka tetap mandikan anak saya....Saya lebih rela menanggung segala kesakitan daripada melihat anak saya yg kesakitan, huhuhuhu.....


Selesai menyusu dan menidurkan anak saya tengahari tu, saya text en suami utk meluahkan perasaan terkilan saya dengan insiden yg berlaku....selain en suami, saya juga text ayahanda saya...kepada 2 org insan inilah saya meluahkan rasa dan saya tahu mereka memahami segala isi hati saya.....Petang itu ketika mengambil Safiyya, masih terkesan lagi hingus kering di hidungnya, sayu hati umi melihat anakanda berkeadaan sedemikian...tambahan pula suami saya outstation ke langkawi dari hari Ahad, lagila saya merasa amat sayu.....Ketika mengambilnya, pengasuh memberitahu saya, Safiyya selsema bkn sebab mandi 2 kali pagi td, tapi sbb environment kt dlm tu yg udaranya terkepung plus ada baby yg selsema....saya mendiamkan diri sahaja, dalam hati saya tidak dapat terima apa yg diperkatakannya....SEBABNYA adalah dekat sebulan saya hantar Safiyya, wpun dikeliling dia org selsema namun dia belum pernah dijangkiti lagi....alasan kedua adalah pagi tersebut saya hantar dia xde apa2 pun tp tengahari tu bila saya dtg dia dh selsema......


Apabila berlaku insiden ini membuatkan hati saya tidak gembira dan sentiasa risaukan keselamatan anak saya...saya mula terfikir utk hantar anak saya ke kampung halaman namun saya berada dalam dilema....KERANA:


a) mak ayah saya sedang menjaga 2 org cucu yg lain, plus saya kesiankan mereka;

b) anak saya tidak berapa pandai menyusu menggunakan botol...ini merupakan masalah utama bagi saya...sekiranya anak saya pandai menyusu menggunakan botol, saya ada alternatif untuk menghantarnya ke tempat lain;

c) kesimpulannya saya rasa x gembira dgn situasi sekarang dan insiden yang berlaku.....


Saya STRESS dan hilang fokus kerana memikirkan hal ini...Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba Mu ini.......satu pesan ayah saya yg membuatkan hati saya sedikit terubat adalah "kita sebagai mak ayah mmg nak anak kita sentiasa sihat, tapi ada masa Allah akan uji kita dgn mendatangkan kesakitan...dari situ ia akan menguji sejauh mana keimanan kita".....huhuhu, i love u dad kerna menjadi pendengar dan tempat luahan yg setia buat anakanda ini.....

2 comments:

Zaimun Yahyah said...

Azira dear, hntr anak ke nursery mmg mcm tu. Zai memula dulu pun mmg x leh pandang kalau anak selsema, batuk or muntah2. Tp keadaan persekitaran nursery and pergaulan ngan bebudak lain x leh nk control. Entah2 budak lain yg selsema tu dok syg2 kiss2 pipi safiyya.. SO, kalau nk hntr nursery, mmg kene kuat jiwa raga semua. Kalau asyik fikir negatif jer susah jugak. Tp kene jugak la pantau.. bebila free amik cuti half day.. g intip2 sikit.. hehe.. Jgn risau2 yer..

Bab nk hntr Ipoh tu, zai cdg kan jgn la bebankan org tua nk jaga anak kita.. dia dh penat jaga kita dr kecik smpai besar.. bior derang rest plak.. n x elok kalau anak berjauhan ngan ibu.. nak2 plak dia tgh breast feed kan skrg.. so be strong ya... ;)

azira rais said...

Zai,

TQ atas nasihat n kata2 semangat...mm 2la kadang2 ayah cakap zira ni cepat sgt risaunya...hopefully Safiyya okla, dia tu memang manja ckit, ikut perangai Zira ayah kata....btw, thanks a lot my dear