Monday, June 11, 2012

Pahit Manis 6 Bulan BF Anakanda

Bismillah dan salam buat semua....

Sabtu lepas (9 Jun 2012), Alhamdulillah genaplah usia anakanda kami 6 bulan bermakna 6 bulan juga saya dah berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif (Syukur kepada Allah dan semoga diperbanyakkan lagi susu buat Safiyya dan adik-adiknya yg lain). Semoga semangat terus kuat untuk menyusukan Safiyya sehingga 2 tahun walaupun sepanjang 6 bulan pertama ni banyak juga ujian dan dugaan yg saya hadapi.

Momen pertama bergelar ibu tepat jam 8.20 malam pada 9 Disember 2012 dan saya kira 20 minit kemudian saya diarah untuk menyusukan Safiyya. Walaupun keadaan saya masih lemah, jururawat membantu saya dengan cara mendudukkan saya, memberi air milo (mungkin utk menambah tenaga) dan mengajar saya teknik2 menyusu. Pada awalnya saya terasa amat kekok sekali untuk menyusukan anak di belah kanan, di samping saya juga menghadapi masalah puting tenggelam di salah satu payudara namun semua itu tidak menjadi penghalang buat saya. Jururawat membantu memicit payudara saya maka keluarlah susu pertama yg amat berkhasiat yg diberi nama kolostrom. Terasa air mata saya mengalir di pipi demi melihat susu pertama itu kerana saya merasakan ia merupakan anugerah yg tidak ternilah yg Allah SWT kurniakan kepada insan yg bergelar ibu yang kini saya dipertanggungjawabkan. Safiyya pula ketika itu sedang menangis kelaparan dan terasa sejuk dan insecured kerana keadaan luar yg berbeza. Terus saya mendakap dan menyusukannya, sekali lagi airmata saya mengalir di pipi apabila anakanda menghisap susu saya. Sungguh indah momen ketika itu dan saya rasa cukup syahdu. Apabila kedudukan penyusuan saya dah betul, jururawat meninggalkan saya dan Safiyya berduaan. Alangkah indahnya sekiranya suami saya ada sama ketika ini. Pipi dan dahi anakanda saya cium berkali2 dan berkali2 juga saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas anugerah yg tidak ternilai ini.

Di awal2 penyusuan, syukur Alhamdulillah susu saya banyak tanpa perlu diurut malah membengkak sekiranya anak saya tidur lama. Memang agak memenatkan kerana setiap 2 jam saya perlu membangunkan anak saya untuk menyusukannya. Bukan sekadar gerak dia, tapi dia kena betul2 sedar kerana sekiranya dia separuh sedar belum sempat suakan susu dia dah terlena semula. Setiap 2 jam saya akan menyusukannya x kira siang dan malam, sehinggakan tidur malam pun saya x lena dibuatnya. 2-3 ari saya perlu menggerakkan anak saya setiap 2 jam, lama-kelamaan setiap 2 jam dia akan automatik akan meminta susu. Suami juga sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang menyusukan anakanda dengan cara menyediakan susu untuk saya minum setiap pagi, menyediakan bantal untuk saya bersandar dan mengurut saya sekiranya saya terasa lenguh. Menjelang minggu akhir berpantang barulah saya berjaya menyusukan anak saya dengan cara berbaring ketika malam hari. Saya akan sentiasa berwaspada agar tidak terlelap ketika menyusukannya dengan cara ini.

Menjelang 3 bulan dan saya hampir kembali bekerja, saya berjuang pula untuk mendidik anak saya menyusu menggunakan botol susu. Saya akur, saya agak terlewat untuk mengajarnya dan saya bersyukur kerana ada hikmah di sebaliknya kerana rupa-rupanya anak saya berjaya diletakkan di nurseri pejabat saya. Stok susu yg saya perah ketika saya berpantang kadang2 terbuang begitu sahaja kerana Safiyya tidak mahu menyusu menggunakan botol. Namun itu bukan penyebab untuk saya tidak memerah susu setiap hari kerana sekiranya saya tidak mengepam susu, saya akan alami bengkak susu dan sakitnya cuma ibu2 yg pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Lama kelamaan Safiyya akhirnya mahu menyusu menggunakan botol susu ketika di nurseri, tetapi di rumah dia tetap tidak mahu menggunakan botol.

Menjelang usianya 5 bulan, Safiyya sudah bijak untuk mengeluarkan puting sekiranya dia sudah kenyang. Jika sebelum ini dia akan kemam puting sehingga lena, mungkin puting ibunya adalah ubat penenang buat dirinya. Alhamdulillah Safiyya membesar sihat walaupun dirinya tidaklah boleh dikategorikan sebagai tembam namun saya gembira melihatnya membesar sihat dengan susu saya sendiri. Sepanjang saya menyusukannya juga saya masih menjaga pemakanan saya kerana khuatir akan memberi kesan kepadanya, syukur juga sehingga kini Safiyya tidak pernah sekalipun mengalami masalah kembung perut dan kini usianya menjengah 6 bulan sudah tiba masa untuk saya memperkenalkan solid food kepadanya memandangkan dia telah menunjukkan simpton2 nak makan. Sabtu lepas saya menyediakan kepadanya bubur nasi kosong dicampur dengan EBM dan dia makan dengan jayanya. Untuk 3 hari pertama saya akan memberinya bubur nasi kosong sahaja dalam proses memperkenalkan makanan kepadanya dan saya akan mencampur dengan makanan lain untuk hari seterusnya selama 3 hari untuk melihat sekiranya dia mengalami sebarang alahan. Azam saya, untuk 6 bulan akan datang saya tidak mahu memberi sebarang garam, gula mahupun makanan ringan, fast food kepadanya dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bangun awal pagi menyediakan makanan kepadanya ketika di nurseri. Semoga usaha dan azam saya tercapai kerana saya tahu ibu dan bapanya lah yg akan mencorakkan dirinya nanti.


 Safiyya di nurseri bersama abg Faris
(tengoklah tu tangan ank umi ni time bergambar duk pegang2 abg Faris plak)

anak umi lena dalam dakapan umi lepas menyusu


No comments: