Bismillah dan salam buat semua.....
Dah masuk 10 Syawal barulah saya punya kesempatan mencoretkan kenangan di Aidilfitri bagi tahun ini. Raya yg kedua sebagai isteri, raya pertama bersama anakanda dan raya kedua beraya di samping keluarga mertua pada Syawal pertama.
Kami sekeluarga pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat mlm. Sebaik selesai berbuka puasa di Empire Hotel, Subang Jaya atas jemputan pejabat suami, kami bergerak pulang ke Ipoh jam 9.00 malam. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai di rumah mertua jam 12.30 tengah malam. Sebaik tiba, anakanda bukan main cergas lagi berjumpa dengan tok opah, makcik2 dan pakciknya. Xpe, umi layankan saja peel anakanda....
daddy semangat bersongkok otw pulang ke Grik |
17 Ogos (Jumaat) : saya dan suami melengkapkan keperluan yg tidak sempat dibeli untuk ayah bonda dua2 keluarga dan suami turut menghadiahkan saya sesuatu yg saya kira sebagai hadiah hari lahir buat saya. TQ my dear hubby, love u ketat2.....Selepas Asar, barulah kami pulang ke rumah saya pula dan berbuka di sana.
umi n Safiyya yg sedang lena |
18 Ogos (Sabtu) : memandangkan hari ini adalah 'hari masak' dan tahun ini giliran adik-beradik saya beraya di rumah mertua terlebih dahulu, maka saya selaku anak perempuan seorang membantu bonda tercinta menyediakan keperluan masakan utk menu hari esok. Rendang pedas air tangan bonda merupakan perkara wajib dimasak setiap tahun dan tahun ini juga walaupun anak2 beraya belah mertua dahulu, tapi mak tetap menyediakannya. Selepas Zuhur, kami bergerak pulang ke Grik kampung halaman tok dan opah suami.
19 Ogos (Ahad) : Seawal pagi Safiyya bangun (excited agaknya) tapi jam 9.00 pagi dan mengantuk semula sampaikan org yg solat hari raya dah balikpun Safiyya masih nyenyak tidur. Mungkin keletihan mengharungi perjalanan yg jauh. Menu pagi itu adalah lemang, rendang ayam dan rendang daging. Lemang semenangnya feveret saya dan saya x kan melepaskannya. Seharian beraya di rumah saudara mara di sekitar.
20 Ogos (Isnin) : Rancangan asal untuk ke Baling hari ni tapi disebabkan ada berlaku kematian di Ipoh, maka kami semua pulang awal dan memendekkan raya di Grik. Kami sempat berkunjung ke perhimpunan keluarga belah mak saya di Malam Nawar petang itu dan pulang bermalam di rumah mertua.
21 Ogos (Selasa) : Pulang ke rumah keluarga saya dan membantu bonda menyediakan nasi lemundi dan mee rebus. Memandangkan arini abang2 saya akan pulang ke Ipoh, maka hari itu kami x ke mana2, sekadar menunggu kedatangan tetamu. Hanya malam kami berkesempatan beraya di rumah maksu saya di Jelapang dan pekena capati terbaik air tangan maksu.
22 Ogos (Rabu) : Misi hari ini adalah untuk beraya di 10 buah rumah sedara mara saya dan Alhamdulillah tercapai. Walaupun masing2 agak kepenatan dan keletihan namun kunjung mengunjung tetap diteruskan.
23 Ogos (Khamis) : Mengambil gambar di studio dan pulang ke kampung mak di Malim Nawar.
24 Ogos (Jumaat) : Hanya duduk di rumah kerana ayahanda tidak sihat dan abang2 mula pulang ke ibu kota.
25 Ogos (Sabtu) : Duduk di rumah menjaga ayahanda kerana demamnya masih belum surut.
26 Ogos (Ahad) : Duduk di rumah mengemas barang keperluan sementara suami ke Sg. Petani bersama keluarganya atas urusan keluarga.
27 Ogos (Isnin) : Jam 12.30 tengah malam kami bergerak pulang ke Putrajaya dan selamat sampai jam 3.30 pagi...syukur Alhamdulillah.
p/s :
a) Bergelar ibu dan di kala anakanda sudah berusia 8 bulan, maka perkara pertama yg saya akan lakukan sebaik bangun dari tidur adalah menyediakan bubur buat anakanda. Di musim raya, saya amat khuatir tentang masa makan anak saya dan syukur walaupun umi dan daddy beraya sakan, namun Safiyya tetap makan dari air tangan umi x kira pagi, tengah hari mahupun petang dan x kira di rumah mana sekalipun....i love u sayang....
b) Bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan, Alhamdulillah rezeki kami dimurahkan dengan kenaikan pangkat suami....syukur kepada Mu Ya Allah....
c) Mendapat perkhabaran gembira sebelum pulang ke Putrajaya...insya-Allah tahun depan akan bertambah cucu mak bapak.....Syukran Ya Allah... (^_^)
No comments:
Post a Comment