Thursday, March 7, 2013

Alhamdulillah, Rezeki Kali Kedua

Bismillah dan salam buat semua.....

Perkataan pertama yg keluar dari mulut saya ketika kejadian, saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa di atas kurniaan buat kami sekeluarga untuk kali yang kedua.

samar je kan line kedua tu?tapi saya tetap yakin dgn keputusan tersebut

syukur diberi kesempatan menikmati saat indah ini untuk kali kedua ^_^
Saya masih ingat detik dan ketikanya pada 4 Januari 2013 jam 4 pagi saya bangun untuk solat Isyak dan terus teringatkan pregnancy test yang saya telah beli beberapa hari sebelum. Instinct saya berbelah bahagi sebenarnya kerana simpton tidak terlalu ketara. Cuma apa yang membuatkan hati saya nekad membuat UPT adalah kerana susu saya yang merudum. Memang saya pelik sangat2 kerana saya mengekalkan masa memerah yang sama pada masa bekerja. Kalau sehari susu berkurangan saya masih boleh terima tapi apabila dah sampai tiga hari berturut-turut hati saya terasa gusar. Kenapa saya perlu gusar?sebabnya anak saya hanya minum fresh milk yang diperah sahaja...susu EBM memang dia tidak minum dan akan menolak sambil buat gaya nak muntah...Sayang sangat2 susu2 yang saya buat stok beratus2 terbuang begitu sahaja, rasa nak menangis rasanya. Mungkin silap saya juga kerana tidak mendidiknya meminum EBM seawal mungkin. Bayangkan dah nak masuk 3 bulan baru saya mengajarnya.....Kesilapan yang memberi saya pengajaran di masa akan datang.

Eh, dah melalut ke lain plak...ok, back to the topic....Sebelum mengambil wuduk, saya gunakan pregnant test tersebut. Saya berdebar menantikan keputusannya, lantas saya menggosok gigi sementara menunggu keputusan...sesekali mengerling saya hanya terlihat satu jalur sahaja dan saya mula merasa hampa....Selesai mengambil wuduk, saya kembali melihat stick tersebut dan alangkah terkejutnya saya apabila terlihat jalur yg kedua walaupun kelihatan samar. Untuk memastikan kesahihannya saya keluar dari bilik dan melihat pula di luar. Syukur Alhamdulillah tak henti2 terucap dari bibir saya dan mengalir airmata kesyukuran di pipi saya. Tanpa mengira masa, saya mengejutkan suami dan memberitahu khabar tersebut. Suami juga turut mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa dan tersenyum girang. Usai solat kami berdua tidak dapat tidur dan lantas berbual2 sehingga Subuh.

Pada 20 Januari 2013, saya dan suami memutuskan untuk mengesahkan keputusan kehamilan kami di Klinik An-Nur dan Alhamdulillah saya telah hamil 6 minggu ketika itu dan semalam Alhamdulillah saya telah membuat buku pink di KK Presint 9 bertemankan suami tersayang dan anakanda tercinta. Syukur segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat kami. Keputusan dari check-up semuanya normal kecuali berat saya yang kurang iaitu 44.88 kg dan menyebabkan saya mendapat sticker hijau awal2 buat buku gara-gara berat badan kurang dari 45 kg ketika booking....Berat badan saya sebelum mengandungkan Safiyya adalah 50 kg, selepas kelahirannya berat saya menyusut mungkin disebabkan BF.....xpe, setiap kehamilan berbeza dan saya akan melaluinya dengan tabah dan akan menikmati momen2 tersebut....Dan semalam juga rahim saya telah di scan untuk mengetahui EDD memandangkan saya tidak didatangai haid langsung sejak dari kelahiran Safiyya. Jika difikirakan agak mustahil saya hamil kan?Namun semua adalah kuasa Allah Taala...mungkin BF menyebabkan haid saya tidak datang namun bukan bermakna kita tidak subur.....

Bercerita tentang Safiyya, saya sudah mula memanggilnya kakak tetapi suami masih memanggilnya adik...x mengapa nanti lama kelamaan dia akan membiasakan diri. Dia dah mula menunjukkan sifat manjanya...Duhai sayang, umi dan daddy tidak akan mengurangkan kasih sayang kami pada mu duhai anak....umi dan daddy tetap sayangkan kakak sepertimana adik2 kakak nanti....Kakaklah permata indah pertama kami yang mengukuhkan kasih sayang umi dan daddy...love u sayang!! Tidur malam mahupun siang mahu dipeluk...sungguhlah manja anak dara ni....



No comments: