Friday, March 8, 2013

Taska Di Tutup....Dugaan

Bismillah dan salam buat semua.....

senyuman cik abg yg mencairkan hati ai...kikiki

daddy with his daughter

Alhamdulillah, arini hari ketiga saya kembali bekerja setelah bercuti panjang dari minggu lepas. Alkisahnya taska anak saya ditutup kerana jangkitan HFMD. Bayangkan seramai 6 bayi di antara 3 bulan - 1 tahun 5 bulan yang terkena HFMD dan menyebabkan taska ditutp untuk dikuarantin dari 27 Februari 2013-7 Mac 2013 (7 hari bekerja ye kawan2). Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana anak saya bebas dari penyakit tersebut. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku kan?

Sebaik mengetahui berita tersebut, pada 26 Februari tersebut saya telah nekad membawa anak saya ke pejabat pada sebelah petang. Yela, dah terang-terangan tahu ada kes tersebut saya cuba yang terbaik untuk anak saya. Mana tahu ia dapat menghindari anak saya dari terkena jangkitan tersebut. Maka, separuh hari Safiyya menemani saya di pejabat dan sempat juga dia tidur (dah masanya untuk dia tidur apabila di taska) di pejabat.

Hari Rabu bermulalah saya bercuti dan dari semasa ke semasa saya memantau anak saya sekiranya ada tanda-tanda penyakit tersebut. Setelah pasti dan yakin, malam tersebut saya dan suami pulang ke Ipoh untuk menyelesaikan urusan pembelian rumah pada keesokan harinya dan saya berada di Ipoh sehingga hari Ahadnya. Hari Ahad suami datang menjemput kami dua beranak. Isnin dan Selasa saya bercuti dan pada hari Rabu dan Khamis, giliran suami pula bercuti. Apa yang membanggakan saya adalah saya kagum dengan kejayaan suami saya menjaga anak saya seharian di rumah apabila ketiadaan saya. Saya kira ia merupakan kejayaan kerana suami saya jarang mempunyai masa dan kelapangan untuk anak. Adala juga dia mandikan anak, menyiapkannya dan memberi susu menggunakan botol kepadanya namun tidak pernah lagi dia berjaya tidurkan anak. Lazimnya tugasan tersebut saya yang akan galas. Sebab itu saya cukup berbangga dengan kejayaan tersebut. Sehari pada waktu siang hari Safiyya akan tidur sebanyak 2 kali (sebelah pagi dan petang). Bermacam pesanan dan simpton yang saya titipkan buat suami untuk mengetahui kehendak dan kemahuan anak dan semalam tengahari apabila saya pulang ke rumah terasa hati saya  sungguh sayu melihat dua beranak terbaring tidur di atas katil. Sungguh comel dan syahdu saya rasakan. Lantas kedua-duanya saya cium dan saya turut berbaring di antara mereka. Terima kasih abg, kerana menjaga Safiyya untuk dua hari ni. Walaupun dua hari rasanya tugasan tersebut abang berjaya pikul dengan jayanya. I'm proud with u darling....Lepas ni dah bolehlah tinggalkan Safiyya dengan daddy nya kalo umi ada apa-apa urusan.......wink wink (diberi betis nak peha pulak!!hehehe)...dari masa ke semasa saya akan menghubungi suami thru sms atau call utk bertanyakan aktiviti yg sedang dilakukan olehnya dan Safiyya. Paling best suami kata petang semalam suami bawa Safiyya ke Klang...dalam kereta Safiyya asyiklah cakap "nak, nak nak" berulang kali. Sangkaan suami Safiyya nak makan lalu diberinya roti dan biskut. Rupa-rupanya suami terlupa hendak memberi susu kepadanya. Patutlah dah diberi roti dan biskutpun Safiyya masih sebut "nak nak nak"....hehehehe



p/s:
sekarang ni bila Safiyya merajuk, saya sering memanggilnya mari intan payung (ikut dialog dlm cerita upin ipin) atau ala, intan payung dan automatik suami akan tersenyum mendengarnya (wpun bukan ditujukan kepadanya, hihihi).... ^_^

No comments: