Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1434 H



Bismillah dan salam buat semua....

Alhamdulillah, masuk ari kedua berpuasa rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa buat semua umat Islam....syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur kita  untuk bersua kembali dgn bulan yg menjanjikan ganjaran yg berlipat ganda untuk kita. Semoga ini bukanlah Ramadhan yg terakhir buat kita...Amin....

Tahun ini, merupakan tahun yg ketiga berpuasa dgn insan yg bergelar suami di sisi dengan kehadiran seorang cahaya mata....Pengalaman yg berbeza bg setiap tahun dan insya-Allah tahun ini puasa yg ketiga bagi saya peluang untuk berpuasa penuh. Tahun pertama berpuasa dengan kehadiran Safiyya di dalam rahim yg berusia 5 bulan ketika itu. Alhamdulillah dipermudahkan kerana baru melepasi trimester pertama yg saya mengalami sedikit alahan dan dikuatkan juga untuk bersolat Terawih. Tahun kedua Ramadhan dengan kehadiran Safiyya yang berusia 7 bulan dan saya menyusu dia sepenuhnya. Pengalaman pertama yg agak mencabar kerana menyusu plus mengepam susu di bulan puasa. Tekak terasa teramatlah dahaga dan badan terlalu lesu setiap kali selepas mengepam. Terawih masih diteruskan di masjid kerana ketika itu Safiyya merangkak dan tidak jauh langkauannya. Tahun ini, adik Safiyya di dalam rahim dan sudah hampir memasuki usia kandungan 8 bulan..Semoga dipermudahkan buat saya untuk meneruskan berpuasa pada tahun ini. Beza mengandungkan Safiyya n adiknya cuma usia kandungan tetapi kali ini kandungan sudah agak besar. Hendak berdiri lamapun pinggang dan belakang terasa sakit dan kaki mula lenguh. Syukur sepanjang berkahwin, suami mengambil tugas menyediakan juadah untuk bersahur manakala saya akan menyediakan juadah untuk berbuka. Kalau tahun lepas, setiap kali bersahur Safiyya juga turut bangun bersahur, tapi tahun ini dia masih tidur cuma bezanya dia bangun seawal jam 6 pagi. Selesai solat Subuh pasti kelibat dia terduduk di atas katil ada dan terus menerpa kepada saya sebaik selesai saya memberi salam....aduhai manjanya sayang umi n daddy ni, x boleh berenggang lama dengan umi dia....Pagi ini pula dia tidak bangun awal kerana daddy tidur di sebelahnya, maka sempatlah saya menyediakan sarapan mee goreng buatnya....kalo dia bangun awal, payah nak buat keje, sebab diapun akan tolong sama...sudahnya cucur ikan bilis atau koko krunch je la bekal dia ke taska kalo dia bangun awal. Setakat ini solat Terawih saya sekadar termampu melakukan di rumah sahaja sbb Safiyya tidur seawal jam 9 malam...Selesai tidurkannya barulah saya dapat beribadah, manakala suami berjemaah di masjid. Insya-Allah rasa keinginan utk solat di masjid ada, dan kami suami isteri sepakat utk mengerjakannya ari Jumaat n Sabtu sahaja kerana ari itu sahaja ada xcuse utk Safiyya tidur sedikit lewat dari selalu.

Bercerita tentang juadah, seperti saya ceritakan di atas Safiyya mmglah pembantu yg setia...asal saya masuk ke dapur pasti dia akan tolong saya 'mengemas' dapur jugak dan menyebabkan kerja saya tergendala. Ditambah dengan saya yg tidak larat utk berdiri lama, maka saya membeli juadah siap di ofis mahupun bazar Ramadhan. Saya sekadar masak satu lauk sahaja, dan lazimnya saya akan memasak sayur sahaja. Adik Safiyya pula, Alhamdulillah masih bergerak aktif di dalam rahim umi...semoga adik Safiyya memberi peluang umi dia utk berpuasa penuh tahun ini dan semoga tumbesarannya tidak terganggu disebabkan saya berpuasa. Susu dan kurma sentiasa tidak saya tinggalkan di kala bersahur dan berbuka....cuma vitamin jer selalu lupa, hehehe......

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribi erti buat kita dan semoga ibadah kita diterima oleh Yang Maha Esa....selamat berpuasa semua....!!






No comments: