Monday, September 29, 2014

Amni Insyirah-She's A Fighter..... (^_^)

Bismillah dan salam buat semua......

Izinkan saya mencoret pengalaman dan kisah anak saudaraku ini yang bernama Amni Insyirah. Amni Insyirah merupakan anak bongsu abgku yg sulung. Tanggal 24 Mac 2014 mencatatkan pengalaman pahit buat kami sekeluarga terutama abg dan kakak iparku. Selama 56 hari abg dan kakak iparku berulang dan bermalam di HKL demi anak yg tercinta.

Begitu juga dengan keluarga kami, hujung minggu atau pabila keadaan Amni kritikal bergegas kami adik beradik ke HKL. Tidak putus doa kami panjatkan buat Amni Insyirah dan hari ini kami boleh anggap Amni adalah pejuang, dia kuat hadapi segala penyakit. Kisah bermula selepas kepulangan abg dan kakak iparku sekeluarga dari menaiki Cruise ke Penang-Phuket-Krabi. Selang beberapa hari anaknya yg kedua mula demam on off dan dituruti dengan Amni Insyirah. Pagi Isnin 24 Mac, ketika di KPJ Damansara dan tatkala sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan, tiba2 Amni diserang 'sawan tarik' serta merta keadaan menjadi kelam kabut dan cemas. Semalaman Dr di KPJ berusaha untuk menyelamatkan Amni namun kemudahan yg ada tidak mencukupi lantas keesokan arinya Amni dipindahkan ke Wad Pediatrik HKL. Ketika dipindahkan ke HKL, keadaan AMni sudah bertukar biru, malah Dr HKL memaklumkan bahawa nadi Amni sudah tiada. Dr tidak memberikan sebarang harapan kepada kami. Sebaik di pindahkan ke sana, Amni dimasukkan ke wad CCU. Ada 9 jenis mesin disambungkan kepada badannya. Keadaan Amni ketika itu tidak sedarkan diri dan hati terasa sayu dan pilu melihatkan tubuh kecilnya disambungkan dengan pelbagai jenis mesin. Allahhuakbar, menitis airmata melihat keadaannya.

Dari sehari ke sehari kami menerima perkhabaran dari abgku mengenai keadaan anaknya. Kami dikhabarkan bahawa Amni mengalami brain damage disebbakan serangan tersebut, tidak cukup dengan itu, buah pinggangnya gagal berfungsi dan menyebabkan dia terpaksa melalui proses dialisis setiap hari. Hari demi hari, penggunaan mesin semakin berkurang disebabkan perkembangan positif olehnya. Selama 2 minggu lebih Amni tidak sedarkan diri dan pelan2 apabila Dr mengurangkan dos ubat barulah AMni mula mula. Ketika AMni sedar, dia langsung tidak bersuara malah takut dengan org sekelilingnya. Sangkaan kami dia hilang ingatan, dia hanya merengek apabila tidak selesa. Seakan bayi keadaannya dan dia tidak mampu utk berjalan apatah lagu bersuara.

Berkat dorongan dan iktiar dari abg dan kakak iparku, Amni berubah semakin positif. Dia sudah mahu makan, cuma dia tidak boleh berjalan dan bercakap. Sehinggalah tiba2 dia menjerit memanggil abang......tidak putus kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana akhirnya Amni mampu bersuara. Dan yang terakhir sekali, Amni menjalani fisioterapi untuk berjalan. Alhamdulillah Dr Fisio dia mengatakan Amni boleh berjalan disebabkan otot dia lembut cuma dia tidak yakin pada dirinya sendiri. Dan akhirnya Amni memang boleh berjalan dengan sendirinya hasil fisio dari Dr nya. Genap 56 hari di HKL akhirnya Amni discaj dari HKL. Terima kasih diucapkan kepada kesemua kakitangan, saudara mara, sahabat handal yg tidak putus mendoakan, malah mengadakan doa selamat untuk kesembuhannya dan tidak lupa juga sentiasa memberikan kata semangat dan nasihat buat kami sekeluarga terutama abang dan kaka iparku. 

Keadaan Amni berubah positif sebaik Dr mengenalpasti bakteria yang menyerang paru-parunya. Bukan sebarangan bakteria kerana sudah pelbagai antibiotik digunakan namun bakteria tersebut seakan imun...demam Amni kekal ada sehinggalah Dr mengenal pasti kuman tersebut iaitu bakteria Legionella. Setelah bakteria dikenalpasti barulah deman Amni mula reda dan semakin berkurangan. Alhamdulillah, syukur Ya Allah di atas kesembuhan yang Kau kurniakan kepada anak saudaraku ini. Syukur yang tidak terhingga kerana Engkau mengembalikan keceriaan kepada keluarga kami terutama sekali buat abg dan kakak iparku. Hari ini, Amni seperti sedia kala. Tidak benar apa yg Dr khabarkan kepada kami pada peringkat awal iaitu Amni tidak boleh ke sekolah, dia perlu di jaga di rumah kerana dia tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Hari ini Amni bukan sahaja mampu tersenyum, berlari malah dia mampu menguruskan dirinya sendiri dan sudah kembali ke sekolah.

Syukur Alhamdulillah, sungguh kuasa Allah mengatasi segalanya yang penting kita tidak berputus asa dan sentiasa mengingati akan kebesaran-Nya.....



senyuman yg dirindui tatkala dirinya terlantar

masih demam dan perlukan sokongan untuk didudukkan

lena dalam kesakitan

masih memerlukan bantuan oksigen ketika ini

untuk menghiburkan hatinya, ayah membawa ke taman

senyuman dari Amni

Amni dan mama....mama membacakan buku buatnya

Amni leka menonton upin dan ipin

semakin pulih

bilik mainan di wad pediatrik

Ayah yg tidak putus melatih Amni untuk berjalan. Sanggup berulang dari ofis ke HKL demi anak tercinta

leka dalam dunianya

sehari sebelum discaj, bermain dengan abg, kakak dan sepupunya

meriah bagai di nursery

kembali tersenyum dan ceria

penantian setelah 56 hari....Akhirnya.....

gambar raya
sambutan ulangtahun hari kelahirannya

di sekolah

di apit kawan-kawannya....

2 comments:

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..
nak tunggu selama itu amni sembuh dh ckp menguji kesabaran orgtuanya kann
sesungguhnya Allh Maha Mengetahui..
ada x doktor bgtau cara bakteria tu boleh menyerang pesakit?
kalau ada kongsi ye..nk juga tahu..

azira rais said...

QasehnyaRania,

Dr bgtau bakteria tu tersebar dari udara...sebelum demam, abg sekeluarga naik cruise dari Penang-Phuket-Krabi....atas kapal bergaul dgn ramai org dari dalam mahupun luar....Dr suspect bakteria tu dari ctu....