Tuesday, January 27, 2015

Rezeki Suami

Bismillah dan salam buat semua....

Setelah lama menyepi, kembali untuk mencoretkan semula di sini....Menjengah bulan November 2014 (bulan yg saya tidak nantikan) bermulalah fasa baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah suami dimurahkan rezeki mendapat pekerjaan baharu di Ipoh. Perasaan saya ketika diberitahu temuduganya berjaya, saya bersyukur sesangat kerana sekurang2nya hajat kami untuk kembali ke Ipoh tercapai. Namun semuanya tidaklah semudah yang disangka.

Permohonan pertukaran ke Ipoh telah saya pohon sebaik suami menghantar resignation letter kepada syarikat lamanya. Hasrat utk bertukar dalam masa terdekat memanglah amat tipis, hari demi hari saya masih lagi menantikan perkhabaran gembira namun sehingga kini masih menanti....

Disebabkan penantian yang tidak kunjung tiba, maka bermula bulan November saya tinggal berjauhan dengan suami. Sesuatu yg amat sukar bagi saya. Sehari demi sehari suami memujuk saya untuk membawa ank sulung kami, Safiyya ikut bersamanya atas alasan dia risaukan kesihatan saya, tidak mahu saya penat, risau sekiranya salah seorang anak sakit namun saya tidak dapat menunaikan hasrat tersebut. Pagi hari suami berangkat ke Ipoh juga suami masih lagi memujuk untuk membawa Safiyya, alasan terakhir yg digunakan tidakkah saya kasihankan dirinya yg keseorangan di sana? Saya bukan tidak kesihankannya tapi saya terasa amat berat untuk memisahkan mereka adik-beradik. Walaupun ada masa mereka berbalah, namun saya kira itu semua adalah asam garam bergelar adik-beradik. Dari segi kesihatan, saya sekadar memohon kepada suami agar sentiasa mendoakan saya dan anak2 sentiasa sihat sahaja. Tentang isu penat, saya tidak rasa itu adalah bebanan buat saya, saya ok aje. Apabila berjauhan dengan suami, bagi saya anak2lah penguat semangat buat saya. Kalau tanpa mereka atau salah seorang mahu tidak lena tidur saya dibuatnya. Yang kakak walaupun ada masa keras kepala tetapi apabila time tidur akan sentiasa meminta untuk dipeluk. Yang adik pulak memang cheeky notty dan super duper manja. Cuma ada masa saya rasa perasaan bersalah tu ada kerana saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sbg isteri kepada suami saya dan yg paling utama saya memisahkan anak2 daripada kasih sayang yg sepatutnya mereka perolehi dari ayah mereka.

Setelah hampir 3 bulan kami berjauhan, saya akui ada masa saya tewas dengan perasaan sendiri. Kadangkala ketika berdoa, airmata senang sangat mengalir di pipi. Alhamdulillah sepanjang berjauhan, anak2 sihat belaka dan tidak ada perkara yg serius yg terjadi kepada mereka mahupun saya. Minggu2 yg awal memang amat sukar utk saya sesuaikan diri dengan ketiadaan suami namun rakan2 sekeliling dan keluargalah yg menjadikan diri saya kuat utk anak2 saya. Lantas ekoran dari itu saya cuba membzkan diri dgn jadual harian agar saya tidak terlalu 'terasa' dengan ketidakhadiran suami di sisi.

5.45-6.00 pagi : Bangun pagi, cuci segala botol susu, steril dan mengemas rumah + menyapu lantai
6.15-6.30 pagi : Bersihkan diri dan solat Subuh....siapkan beg anak-anak dan siapkan persiapan utk mereka mandi
7.00 pagi : Bukak lampu dan bangunkan anak2
7.30 pagi : Turn umi plak bersiap sambil anak2 minum susu
7.45 pagi : Bergerak ke ofis
8.00 pagi : Hantar anak2 ke taska, belikan sarapan dan suapkan anak2 makan
5.30 petang : Ambil anak-anak
6.00 petang : Cuci botol + asingkan baju kotor anak-anak + memasak + mandikan anak2
6.45 petang : Anak2 minum susu + luangkan masa bergurau dan bermain dengan anak2
7.20 malam : Solat Maghrib + mengaji
8.00 malam : Masa utk suapkan anak2 makan
8.30 malam : spent masa dengan anak2
9.00 malam : Solat Isyak
9.30 malam : Kakak n adik mengemas mainan sambil saya membancuh susu..Masa utk anak2 tidur dan berehat

Begitulah rutin harian saya sejak berjauhan dengan suami, sebab tu kadang kala saya nak tahan mata tgk tv pun jarang sgt....anak2 tdo, cnfirm sayapn tertido sama....dua beradik ni selalunya akan tau ketibaan ari Jumaat, ari Jumaat dorang akan tidur lambat....yg kakak siap tanya bila umi nk solat?umi solat lepas tu kita  naik kereta n amik daddy kt tempat bas yer...dah boleh hafal dialog dia skrg ni...

Manakala apabila nak hantar daddy dia hari Ahad, kakak mesti akan sugul dan selalunya akan menangis lepas daddy dia salam n cium dia.....Tangisan dia selalunya berlarutan sampai di rumah dan kadangkala dia tertidur dalam kereta, Adik dia pujuk n ajak bergurau atau bermainpun dia marahkan adiknya semula. Safiyya mmg manja ckit dgn daddy dia, agaknya dia tahu umi dia tegas so dia x boleh nk ngada2 sgt. Setiap malam apabila suami call, Safiyya la paling excited.....dia tersenyum2 aje kalo dgr suara daddy dia, siap x sabar tggu giliran utk dia plak bercakap dgn daddy dia.....tp bila tidur malam, x nak plak dia peluk daddy dia, nak umi jugak....mcm2 saya memujuknya agar tidur dgn daddy, sudahnya alasan yg diberi hanyalah daddy masam, umi wangi.....sigh sigh....

Semoga perpisahan kami ini sementara sahaja dan tidak lama lagi saya akan terima berita gembira pula....kawan2, doakan perpindahan saya yer....

Safiyya n Ahmad - permata hati umi daddy

dua beradik ni bila dsuruh posing menyengih aje....yg adik x sabar2 nk tgk gambar dia

bukan mainan yg dorang minat, tp benda2 mcm ni la yg lg dorang minat
yang kakak memanjat, adikpun confirm memanjat sama

anak manja daddy ni....ada daddy asyik nk berdukung aje

tolong jgn tiru aksi ini...wpun perempuan, kakak tetap lasak

yeyy, aktiviti paling digemari bila umi izinkan punggah bakul mainan

penghibur dan pengubat hati umi daddy

di mana ada kakak, di situla ada adik sama....

daddy with his lovely children...kesayangan daddy nih....umi dah jatuh no.3 agaknya, hehehe




1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)