Tuesday, March 22, 2011

Selamat Hari Lahir my dear hubby


Salam ceria di hari Selasa...

walaupun entry ini agak lewat tp rasanya better too late than never kan kan kan?hehee


17 Mac lepas genaplah suamiku berusia 29 tahun...semoga abg pjg umur, di murahkan lg rezeki yang halal dan kita sekeluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....Amin...Dan semoga abang suka dgn hadiah yg diberikan wpun abg x perasan mula2 sampai aritu...I love u always n sentiasa bg sokongan pd abg di kala susah atau senang....Thanks abg sbb datang mggu lepas n amik abg Ji....luangkan masa dgn isteri abg ni dan sentiasa buatkan diri ini terhibur.... i love u....suka sgt tgk muka abg bila kita berdoa pas solat jemaah sama2, rasa tenang je hati ini.....Kekuatan dr abg akan menguatkan diri ini...semoga kita tabah dan cekal dlm mengharungi hari2 yg mendatang...take care always coz i love u....


Monday, March 14, 2011

Nama Panggilan


Salam di pagi isnin buat semua....


Pagi ni dapat notification dr sepupu2ku....tiba2 terasa kelakar sbb ada di antara sepupuku yg memanggilku dgn panggilan Zira...hehehe, actually sedara maraku kebanyakan memanggilku dgn panggilan "Ya"....sama ada kak Ya, atau Ya....so bila sepupu2ku memanggilku dgn panggilan Zira membuatkan aku tersneyum sendirian...Mungkin disebabkan mereka x recognise nama sebenarku dalam FB...hehehe...


Ok, disenaraikan nama panggilan yg digunakan oleh ku :


a) Azira / Zira : digunakan utk membahasakan diri di kalangan teman2 n kawan2 sama ada di ofis atau kawan2 sekolah dan zaman belajar di universiti

b) Ya : panggilan oleh keluargaku samada adik beradik mahupun sedara mara

c) Chik Ya : panggilan utk anak2 sedaraku....(dear my hubby, plz take note yer...no more call me Chik Ya tau....)

d) akak : digunakan utk membahasakan diri bg adikku (dulu sorang je adik, skrg ni dh ramai plus adik2 ipar lg)

e) mak long : panggilan baru yg digunakan pas kawin....panggilan digunakan buat anak2 sedara di sebelah suami....



Ok, tu je kot rasanya.... ^_^

Monday, March 7, 2011

Selamat Hari Lahir Bapak... ^_^


Arini 7 Mac 2011 adalah hari lahir bapak yang ke-58.....Alhamdulillah, Ya doakan semoga bapak dipanjangkan lg umur, dimurahkan lagi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang terbaik buat bapak...

mmm, semalampun bapak buatkan ya rasa sebak dgn kata2 bapak...Ya tau bapak sayangkan kami adik beradik cuma ya pohon agar bapak mendoakan kebahagian n kegembiraan buat kami semua....Ya sayangkan bapak n bapak sentiasa ada setiap kali ya sedih dan gembira....bapak seakan tahu bila mana Ya berada dlm kesedihan walaupun ya xde depan mata bapak...Ya masih ingat di saat Ya dinikahkan, bapak mengesat airmata yg mengalir di pipi...Ya tau terlalu berat bapak nk lepaskan Ya ke tgn insan lain namun hubungan kita xkan terputus sehingga ke hayat kita dan Ya berjanji walaupun Ya sudah menjadi isteri orang namun Ya akan sentiasa pulang menjenguj mak n bapak walaupun kali ni masa yg diperuntukkan cuma seketika....Ya tahu time tu la bapak nk bermanja n mengadu segala2nya pada Ya.....i love u dad, Ya rasa bertuah kerana dikurniakan bapak sebaik n sehebat bapak.....

Ya x dapat menulis satu persatu apa yg bapak telah korbankan utk Ya, sbb Ya tahu bapak juga ingat apa yg bapak dh buat pada Ya....Ya akan sentiasa ingat segala pengorbanan bapak pada Ya, mudah2an Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga...apa yg paling menggembirakan Ya, bapak terima suami Ya seadanya dan sentiasa memberi kata2 perangsang dan nasihat kepada kami dlm menempuh kehidupan yg mendatang...segala tunjuk ajar dan nasihat insya-Allah akan sentiasa kami kenang.....Satu pesan dari anakanda, walaupun sekarang bapak kian sibuk dgn pelbagai aktiviti harian dan pertubuhan, Ya harap bapak sentiasa jaga diri n kesihatan baik2.....hargailah masa bersama keluarga....

i love u bapak....!!

Batasan Bersahabat Dengan Lelaki, Bagi Seorang Isteri

Artikel berguna dari http://laman-seri.blogspot.com utk kegunaan bersama dan ingatan buat diriku ini juga...
Sebaik status diri berubah dari bujang bergelar suami mahupun iseri, maka ada banyak perkara yang perlu dijaga. Ðari aspek tanggungjawab, ia sudah tentu tergalas di bahu sebaik sahaja akad-nikah disahkan oleh saksi dan kadi. Tugas menjaga, menyara dan menguruskan rumahtangga akan automatik terpikul di bahu.Namun bukan ini sahaja yang harus dijaga sebaik melangkah ke alam perkahwinan, perlakuan diri sesuai dengan status juga harus diperhatikan. Sememangnya jika anda seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Tapi sekiranya anda seorang suami, jangan memandang ringan soal perlakuan. Biarpun anda adalah lelaki, bukan bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling peting, jangan sesekali berbohong akan status anda!Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai iseri bebas keluar bersama dengan rakan lelaki di malam hari?Kali ini Laman-Seri akan memperkatakan tentang batas pergaulan tentunya dengan teman berlainan jantina, khusus buat pada isteri agar anda dilihat sebagai wanita yang bermaruah dan perasaan suami terpelihara.
Hati suami perlu dijaga
Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. Maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu, ia tetap ada hadnya, apatah lagi jika wanita yang sudah berumahtangga. Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan rakan itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda. Berikut adalah antara batas-batas yang harus anda jaga bila bersama rakan lelaki.
1 – Hindari keluar makan malam bersama
Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malan bersama, terutama jika hanya anda berdua sahaja.Anda tidak boleh makan malam bersama, kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik-beradik anda. Biarpun rakan lelaki anda itu mengajak anda makan di tempat yang cukup enak atau tempat yang anda sukai, sebaiknya tolak dengan cara baik.Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang ketiga, malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang fitnah dan curiga, meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.
2 – Elak pergi berjauhan berdua
Batasan ini memang ada kalanya membuatkan seorang isteri yang berkerjaya berada dalam dilema. Tuntutan kerjaya kadang-kadang menyebabkan anda tidak boleh berkata tidak, meskipun diri sebenarnya tidak mahu berpergian.Memang benar anda berniat untuk bekerja, tetapi keluar daerah bersama dengan rakan sekerja lelaki terutama sekali, jika hanya anda berdua saja boleh mengundang rasa tidak senang malah juga ada risikonya. Ikuti kupasan tentang ini di entry Jika suami tiada, isteri jangan tergoda!.Suami sekalipun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja, tetapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan anda pergi bersama dengan lelaki lain. Ðalam hal yang lain, meskipun niat anda baik untuk bertugas tetapi bolehkah anda memastikan bahawa rakan lelaki sekerja dengan anda itu juga berniat yang sama?Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan, tetapi anda harus ingat, jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama, tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan, malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.
3 – Jauhi tempat yang romantis
Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi di mana perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin. Sekiranya ada wanita berkarier yang kerap bertemu dengan pelanggan sama ada yang anda sudah atau belum kenali, jangan sesekali menetapkan pertemuan di tempat-tempat sedemikian.
4 – Jangan bercerita rahsia
Wanita memang suka bercerita, namun hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi, terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumahtangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia yang tidak anda ceritakan dengan pasangan anda, kepada rakan berlainan jantina. Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki dan bukan dengan suami sendiri, bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.Ði samping itu, rahsia rumahtangga, terutamanya yang melibatkan konflik rumahtangga, tidak boleh diceritakan kepada rakan lelaki. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapat menanggungnya sendirian, cara yang paling baik adalah mencari rakan wanita yang boleh anda percayai, atau boleh saja meminta pendapat atau nasihat daripada orang tua sendiri.Namun, ada kalanya mereka tidak banyak dapat membantu dan daripada terjebak dengan dosa fitnah, adalah lebih baik anda mengadu kepada yang Maha Esa atau mengadu ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan kediaman anda. Ði sana, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kauseling tentang masalah keluarga yang dihadapi.Jangan sesekali menceritakan hal-hal rumahtangga kepada rakan berlainan jantina. Mengadu masalah rumahtangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.
5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki
Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki, tetapi sebagai isteri, andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.Tentunya sebagai isteri yang prihatin, anda tidak mahu melukakan hati pasangan, bukan? Ði mulut suami mungkin berkata tidak kisah, tetapi dalam hatinya, tentu tersimpan terselit rasa curiga. Berhubung kembali dengan bekas teman lelaki juga boleh mengimbas kenangan lama. Kenangan sewaktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang syahdu dan mengasyikkan. Membina semula hubungan dengan bekas teman lelaki boleh menyebabkan cinta lama kembali bertaut. Oleh itu, jauhi diri anda daripada menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki, jika anda sayangkan rumahtangga anda.
Selain daripada 5 batas yang disenaraikan di atas, perhatikan juga adab-adab yang digariskan oleh syarak bagi seorang isteri dalam menjalani kehidupan, berdasarkan penulisan Ðr Yusof al-Qardhawi:
1. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya.
2. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata.
3. Jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan betis, kecuali kepada suaminya atau mahramnya.
4. Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara.
5. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan dengan dandanan ala jahiliah.
6. Wanita dilarang berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya. Hal ini untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita bohong.
7. Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa, kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, yang tidak terlarang bagi wanita untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas syariat dalam bertemu dengan lelaki ajnabi.
Begitulah antara adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang isteri solehah. Jadi, kepada para muslimah sekalian, saya ini berpesan kepada diri saya sendiri dan anda juga, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.Semoga bermanfaat!

Monday, February 28, 2011

Ari Isnin...


Bismillah n salam di pagi Isnin....




xde cite sgt pn, juz nk kembalikan semula mood ke Putrajaya setelah balik ke Ipoh minggu lepas...walaupun terasa sekejap sgt, tp tetap kena menunggu minggu yg akan dtg utk bertemu dgn en. suami.....(oh ye, sy dan suami PJJ dan berjumpa hanya 2 minggu sekali)....org sekeliling selalu bertanya apa perasaan sy berjauhan dgn suami?Perasaan sy adalah teramat sayu dan sedih namun kata-kata suami adalah kekuatan buat saya sebab saya tau dia juga memerlukan sokongan dr saya juga......Andai saya lemah dan x mampu bertahan, maka lemahla juga dirinya...(oh tidak, tiba2 terasa mata bergenang)....Jadi saya perlu kuat n tabah utk suamiku jua....Beginila perasaan bila hari pertama sy dan suami berjauhan semula n akan kembali ok selepas 2-3 ari.... ;-)




Semalam time menghantar suami, sempat suami text tanya sy menangis ker?mm, saya tidak menangis tp pipi sy terasa gatal (siyes mmg sy x nangis yer tuan puan)...sy penah bertekad utk tidak sekali-kali menangis di depan suami disebabkan kami berjauhan ni (sebab lain xpe kan?hehehe)....saya tau suami mahupun keluarga sy juga risaukan sy sendirian di sini tp percayalah doa dari kalian akan menguatkan diri saya yang berada di perantauan.....Penah terjadi insiden minggu lepas bila saya sakit n x sempat memberitahu kepada suami yg sy dh sampai di rumah membuatkan dirinya call sy n tahu keadaan sy yg sakit....perkara ini amatlah tidak menyenangkan dirinya...apa yg saya buat?saya gagahkan juga diri ini utk terus bangun n terus kemas rumah....bila peluh dh mula keluar, barula saya rasa kembali sihat....Dalam pukul 8 lbh sebelum suami pergi mesyuarat, sekali lagi dia menghubungiku dan x percaya isterinya ini sudah ok......




Pagi ni setelah smpi di Putrajaya, seperti biasa bapak n suami akan sentiasa berpesan agar aku sentiasa menjaga diri n kesihatan sebaiknya...Insya-Allah anakanda n isterimu ini akan menjaga diri sebaiknya....doa2kan yg terbaik buat anakanda n isteri abg ni yer.....



Thursday, February 24, 2011

Rindunyer....

Salam buat semua....
Again nampaknya lama gak x update memandangkan agak bz di ofis tatkala fail2 biru mula dtg lg n my life pn quite bz sbb sejak abgku outstation, kdg2 kena jenguk kakak iparku yg masih dlm pantang di Puchong (selaku waris yg paling dekat, acece...hehehe)
Last week adalah hari bersama kwn2 ku kerana sepanjang ari aku bersama dgn kwn2 n kembali membuat aktiviti riang ria lama (oh, sy dh minta izin suami sy dulu yer sblm kuar)....Pagi Sabtu ngemas umh n membasuh mcm bese, tghari br kuar ke umh sepupu dgn my best fren utk mengambil brg...pastu kami hangout kt Alamanda sat smbl membeli apa2 yg ptt...aish, lain yg nk dbeli, lain plak yg terbelinya.....iskh iskh iskh..... :-p Pas Asar pulang ke rumah n rehat2 sekejap....Dh Maghrib Ena n Izan lak dtg, actually Ena ni kwn pertama yg aku kenal waktu keje kt MOF tp dia telah berpindah ke SUK Selangor disbbkn komitmennya sbg pelajar....
Agenda kami adalah tgk wayang sesama...yeyy, setelah lama diimpikan...kami layan cite The Mechanic....mulanya duk fkr ntah nk repair apala, tp pas 15 minit mmg terjatuh chenta la dgn ini cite....(plus pelakon utama dia macho ar)....usai menonton, pulang ke rumah n layan cerekarama....tgh duk syok menonton, terjadi lak 'insiden' yg akan diingiti....teringat2 jer tp kami fikir positif...hopefully pasni x berlaku lg, kalo jadi lg alamatnya mau aku g larik goncang pagar dak umh sebelah ni minta izin nk tdo umh dia...hehehhe
Ahad tu tanpa dirancang aku ke rumah kakak iparku memangkan Luth demam kuning semula....disebabkan my parent x dpt dtg, so aku n abg sulungku ke sana....abgku yg outstation itu usah katala risau dbuatnya...(plz remind hadiah utk adikmu ini yer, hehehe)....bertemankan izan, kamipn tdo kt puchong wpun terpaksa gerak pepagi utk ke ofis.....
Now dh feel nk balik ke Ipoh...rindu sungguh nk balik Ipoh....lama x balik Ipoh, asyik ada hal je kt cni.....owh, miss my bed kt Ipoh, miss my parent n semuanya.....owh x sabarnya nk balik esok nih....
p/s:
my husband request nk ke Penang mggu ni, me plak request nk ke Taiping...mmm, kita tgk sapa yg mengalah,hehehe...I love u my dear...

Wednesday, February 9, 2011

New Khalifah....

Adriana Iman - 7 tahun -

Akmal Iyadh - 3 tahun -


Alya Firzana - 2 tahun -


Amni Insyirah - 6 bulan -


Akif Fudhail - 2 bulan -


Luth Rasyad - 2 hari -


Syukur Alhamdulillah pagi semalam kakak iparku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.58 kg....makin meriah keluargaku dgn seramai 6 org anak sedara....kalo ikutkan tahun ini adalah giliran kakak2 iparku beraya di rumah Ipoh dulu, tp memandangkan aku sudah berkahwin so x pasti lagi sama ada aku bersama dgn keluarga chumel ku dulu atau x, huhuhu

Enjoy some gambar2 anak2 sedaraku n yg terbaru...i love them so much!!
Nota :
a) nama anak yang bermula huruf A dan I = anak abg yg sulung
b) nama anak yang bermula huruf A dan F = anak abg yg kedua
c) gambar terakhir adalah anak abg yg ketiga