Monday, March 7, 2011

Selamat Hari Lahir Bapak... ^_^


Arini 7 Mac 2011 adalah hari lahir bapak yang ke-58.....Alhamdulillah, Ya doakan semoga bapak dipanjangkan lg umur, dimurahkan lagi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang terbaik buat bapak...

mmm, semalampun bapak buatkan ya rasa sebak dgn kata2 bapak...Ya tau bapak sayangkan kami adik beradik cuma ya pohon agar bapak mendoakan kebahagian n kegembiraan buat kami semua....Ya sayangkan bapak n bapak sentiasa ada setiap kali ya sedih dan gembira....bapak seakan tahu bila mana Ya berada dlm kesedihan walaupun ya xde depan mata bapak...Ya masih ingat di saat Ya dinikahkan, bapak mengesat airmata yg mengalir di pipi...Ya tau terlalu berat bapak nk lepaskan Ya ke tgn insan lain namun hubungan kita xkan terputus sehingga ke hayat kita dan Ya berjanji walaupun Ya sudah menjadi isteri orang namun Ya akan sentiasa pulang menjenguj mak n bapak walaupun kali ni masa yg diperuntukkan cuma seketika....Ya tahu time tu la bapak nk bermanja n mengadu segala2nya pada Ya.....i love u dad, Ya rasa bertuah kerana dikurniakan bapak sebaik n sehebat bapak.....

Ya x dapat menulis satu persatu apa yg bapak telah korbankan utk Ya, sbb Ya tahu bapak juga ingat apa yg bapak dh buat pada Ya....Ya akan sentiasa ingat segala pengorbanan bapak pada Ya, mudah2an Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga...apa yg paling menggembirakan Ya, bapak terima suami Ya seadanya dan sentiasa memberi kata2 perangsang dan nasihat kepada kami dlm menempuh kehidupan yg mendatang...segala tunjuk ajar dan nasihat insya-Allah akan sentiasa kami kenang.....Satu pesan dari anakanda, walaupun sekarang bapak kian sibuk dgn pelbagai aktiviti harian dan pertubuhan, Ya harap bapak sentiasa jaga diri n kesihatan baik2.....hargailah masa bersama keluarga....

i love u bapak....!!

2 comments:

A.I.N said...

hepi besday bapak zira...bg adiah besar2 tawww;)

azira rais said...

Ain,
mekasih....dh bg hadiah menantu thn lepas, kira ok n ckp besar la kan?hehehe