Friday, June 24, 2011

Holiday....

destinasi kami


Persinggahan kami


lazatnya, yummy


bondaku tercinta


ayahandaku tersayang



Bismillah dan salam pagi Jumaat yg penuh indah ini.....



Awal bulan 6 lepas, tanpa sengaja dan keputusan di saat akhir dicapai untuk kami sekeluarga bercuti.....Alkisahnya kakak iparku yg sulung ke India dan last minit terpaksa meninggalkan anaknya selama seminggu, disebabkan ari Khamis n Jumaat tu abgku amik cuti maka agak 'kelam kabut' la juga dirinya utk menguruskan tiga org anaknya yg sedang ligat membesar....Yg sulung darjah 2, yg kedua menjengah umur 4 tahun dan yg ketiga berusia 9 bulan....Nak dijadikan cerita anak yg ketiga tu, Amni Insyirah dah cam org terdekat dgnnya so muka2 yg x familiar bg nya pasti dia x mahu dekat.....



Sedang aku berbincang dgn encik suami ttg plan ku utk bercuti selama 2 ari samada ari khamis-Jumaat atau Isnin-Selasa dan setelah keputusan dicapai tiba2 abg sulungku menghubungiku dan bertanyakan programku pada hari esok @ Khamis.....Apa lagi, tanpa lengah abgku menjemputku dan suami menyertai nya utk membawa anak2 ke Melaka....diserikan lagi percutian kami oleh kedua ibu bapa ku yg kebetulan dtg ke KL kerana mengikut adikku yg akan berkursus....abgku mengajak abg2ku yg lain tp disebabkan last minute plan, so mereka x dapat turut serta.....



Pagi Khamis 2 Jun 2011, sedang en suami membeli nasi lemak di luar, isterinya pula menggoreng nugget n sosej sbg bekalan dalam perjalanan nanti.....Kami berjumpa di R&R Seremban utk sarapan pagi di sana dan dalam jam 10.30 pagi kami selamat smpi di Waterworld...wajah2 teruja anak sedaraku jelas terpancar bila mereka nampak elephant, camel n horse di entrance smpikan Akmal x mau masuk disebabkan leka tgk kelakuan horse.....Tapi sebaik dh masuk, dia dh x sabar nk terjun...hehehe



Ketika percutian ini, kandungan ku telah mencecah 14 minggu.....disebabkan saya juga tergirang sama smbil melayan ank saudara, kdg2 smpi terlupa diri sedang hamil apabila saya duk terjun n memanjat tebing (ayo, kantoi perangai lasakku di hadapan suami).....Sampai jam 3 petang barulah kami beransur ke hotel pula....abgku memilih utk menginap di Mahkota Hotel, Melaka...katanya dekat ckit dengan bandar....Mlm tu plan utk mkn ikan bakar terpaksa ditangguh memandangkan tiba2 badanku panas n si tecik Amni dh lena.....Tapi kami berjaya juga makan ikan bakar pada keesokan arinya...hehehehe....



Alangkah indahnya percutian ini jika disertai sekali oleh kesemua ahli keluargaku....merindui momen2 kami sekeluarga berkumpul.....n TQ so much to my dear hubby sebab sporting utk menjaga anak2 sedaraku dan melayan kerenah mereka.....Disebabkan rajin melayan Akmal, en suami dipanggil Chik Sha....hehehe, sepatutnya chik Saiful, pandai2 jer Akmal mengubahnya...



No comments: