Monday, July 23, 2012

Bobot Manja

gembira nak bgtau umi sebab berjaya mengemas rak buku belakang tu ye


Bismillah dan salam buat semua....

Rasanya dah lama blog ini menyepikan diri, bukan apa saya agak busy dan 2 minggu yang lalu saya diuji dengan demam panas plus tekak saya berdarah n bernanah (insya-Allah saya akan ceritakan pada entry yang akan datang). Ujian yang saya kira hampir2 melemahkan saya untuk meneruskan penyusuan kepada anakanda tersayang. Huhuhu, umi minta maaf ye sayang sebab umi hampir putus asa dan sering menangis ketika menyusukan anakanda ketika itu....

Ok, back to the topic....saya realize sejak saya bercuti seminggu gara2 demam panas, anakanda tersayang ini super duper manja. Kalau sebelum ni saya boleh tinggalkan dia sendirian di ruang tamu sambil dia bermain atau menonton tv namun tidak lagi kini. Rutin memasak, mandi dan mengemas agaklah sukar bagi saya sekarang especially ketika ketiadaan suami bekerja atau adik saya pulang lewat dari kerja. Ini kerana Safiyya sudah tidak mahu ditinggalkan sendirian, dia pasti menangis (tanpa air mata) sambil mencari di mana uminya. Oh ye, Safiyya sekarang sudah menjangkau usia 7 bulan 2 minggu, semakin banyak akal dia sekarang ni. Perkembangan dia sekarang adalah semasa usianya 6 bulan 16 hari dia dah boleh duduk dengan sendiri dengan disokong oleh tangannya. Selang beberapa hari sudah boleh duduk, Safiyya semakin berani dengan duduk sambil tangan sebelahnya menepuk2 lantai atau apa sahaja yg berhampiran dengannya. Ketika saya demam panas selama seminggu, di usia Safiyya 6 bulan 29 hari dia dah mula merangkak ke depan 2-3 langkah. Bila dah pandai merangkak ke depan, selang beberapa hari anakanda ni dah mula memanjat. Agak menggerunkan saya rasa bila suatu hari sedang saya memasak di dapur, saya menjenguk anakanda yg sedang bermain di ruang tamu tapi apa yg sedang saya lihat adalah Safiyya sedang berdiri sambil memegang kabinet TV. Beristighfar panjang saya sambil terus berlari ke arahnya. Bukan apa, kakinya masih belum cukup kuat untuknya berdiri. Namun lama-kelamaan saya membiarkannya berdiri dan memanjat tapi dengan syarat saya berada berhampirannya.

Sekembalinya kami berdua ke Putrajaya selepas saya 'bercuti demam panas' selama seminngu, Safiyya langsung x boleh diletak ke tilam. Dia akan menangis sambil kakinya meronta2 tanda protes. Dengan daddy diapun dia x makan pujuk. Dia akan ok dengan daddynya dengan syarat nampak di mana uminya berada. Sesekali saya terpaksa meninggalkannya sendirian, namun apabila Safiyya menyedari uminya 'hilang' dia akan mencari arah suara saya sama ada di bilik ataupun di dapur. Laju sahaja dia merangkak untuk mencari uminya sambil nangis2 manja (nangis tanpa airmata). Sudahnya saya memasak sambil sebelah tangan mendukungnya, saya membasuh bajunya sambil dia main2 air di bilik mandi, saya menggosok baju sambil dia bermain2 wayar laptop di bilik solat, saya solat sambil dia bermain2 n tarik2 sejadah saya. Sampaikan saya dan suami memanggilnya anak manja umi sekarang ni.



p/s:

Duhai anak, umi gembira melihat perkembangan anakanda sayang yang semakin aktif dan menghiburkan hati umi. Umi gembira kerana sayang sudah mengenali umi sepenuhnya dan manja dengan umi. Semoga Safiyya sayang membesar sihat, menjadi anak yang solehah dan menjadi kakak yang terbaik buat adik-adik nanti. Umi dan daddy sayang kat Safiyya dunia akhirat. Love umi & daddy ^_^

No comments: