Bismillah dan salam buat semua....
Di kesempatan ini, saya memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana diberi kesempatan untuk bersua kembali dengan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir buat kami sekeluarga. Ampun dan maaf dipinta buat semua andaia ada yang terguris atau terasa hati dengan penulisan atau yang bersua muka dengan saya.
Ramadhan yang lalu, kami berdua manakala si kecil masih di dalam perut. Ramadhan kali ini kami bertiga (actually berempat....jeng jeng jeng, hentikan sebarang spekulasi kerana saya maksudkan adalah adik saya yang tinggal bersama kami, hehehe)....Ramadhan yang lalu kami suami-isteri bertukar-tukar lokasi untuk berjemaah solat Terawih tapi tahun ini akan berusaha untuk berjemaah untuk berterawih...oh saya sangat merindukan momen itu. Puasa kali ini juga memberi cabaran buat saya memandangkan saya masih menyusukan anak saya. Mudah2an dipermudahkan penyusuan buat anak saya....Semoga Ramadhan kali ini saya berpuasa penuh sekali lagi, Amin.......
Selamat berpuasa buat semua dan salam sayang dari umi Safiyya......
No comments:
Post a Comment