Wednesday, May 8, 2013

Balik Kampung.....

Bismillah dan salam buat semua.....

Minggu lepas dapatlah saya sekeluarga pulang ke Ipoh di samping tujuan utama untuk mengundi. Saya sememangnya menghitung hari untuk pulang ke Ipoh, dah 2 bulan rasanya kami tidak dapat pulang ke Ipoh (sesuatu yg amat jarang saya lakukan) dek kesibukan suami dengan kerjanya. Tapi Alhamdulillah kami pulang jua ke kampung halaman walaupun sejenak cuma dapat bersua dengan insan2 yg tersayang.

Saya tahu atok2 dan opah2 merindukan cucunya, begitu juga dgn Safiyya merindukan kasih sayang mereka wpun Safiyya sedikit bad mood apabila di rumah mertua. Saya pulang ke Ipoh pada hari Jumaat mlm bersama adik dan Safiyya. Suami tidak dapat turut serta kerana ada tugas yg perlu diselesaikan. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun jalan agak sesak (tiba2 feel nak balik raya jer...hehehe) dan kami selamat sampai jam 1.30 pagi. Sampai jer saya bawa Safiyya ke dalam bilik kerana dia sedang tidur namun cepat sungguh dia perasan akan perubahan sekeliling dan lantas terus terjaga. Alang-alang dah dia bangun, sayapun turun ke bawah untuk menjamah makanan dan berbual dgn mak bapak tersayang. Selesai makan, bapak bawak Safiyya ke sisinya dan memeluknya untuk tidur bersama. Safiyya juga tidak menolak...maka itulah kali pertama saya tidur tanpa Safiyya di sisi...huhuhuhu...

Keesokan arinya mak dan bapak sibuk berkempen, tinggallah saya, Safiyya dan adik di rumah. Mujur tidak lama kerana tak lama kemudian abang saya yang ketiga sampai. Dapatlah saya menatap wajah Dhia d bam bam dgn lebih dekat dan dapat mendukungnya. Safiyya pun bukan main seronok dapat main dengan abang Luth dia. Semua aktiviti dibuat bersama, mandi bersama, makan bersama, main bersama, minum susu bersama dan gaduh bersama. Petangnya pula abang saya yang sulung sampai. Makin meriahlah rumah mak n bapak. Menjelang petang anak2 semua bermain kat luar, cabut bunga mak la, main basikal lah, berlari2 ke sana sini. Jam 6.30 ptg saya memanggil Safiyya untuk menonton rancangan kegemarannya Upin Ipin. Sambil menonton sambil minum susu, x sempat habis cerita dia dah lenapun.....

Malamnya anak2 dgn aktiviti tersendiri, main dan berlari. Safiyya juga tak ketinggalan duk asyiklah naik n turun tangga sehinggakan dua kali jugaklah dia terjatuh dari tangga. Mana reti serik, umi dah pujuk dia sambung balik main tangga. Bukan main eksyen naik n turun tangga x nak pegang tepi, tu yang sampai terjatuh. Berangan mcm dah besar sgt jer gayanya...Safiyya Safiyya.....Tidur malampun x nak sebab asyiklah nak main, padahal mata dah mengantuk tu. Sejak dah reti sebut tak nak, semua yg kita tanya semuanya dia jawab tak nak.....huhuhu, tp bila dia nak mmg dia akan sebut nak. Means dia dah reti membezakan dan menggunakan maksud nak dan tak nak...

Ahad pagi, lepas selesai memandikan dan menyuapkan Safiyya dan Luth makan (tiba2 feel anak dah dua), saya dan abang2 menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Sg. Rapat dan Parlimen Gopeng. Niat di hati nak naik kereta, tp last minit kami putuskan jalan kaki jer sebab takut jalan sesak. Memang sesakpun, hujung rumah jer dah berderet kereta. Tak menunggu lama untuk mengundi sebab saya diutamakan kerana mengandung maka lajulah proses pengundiannya. Sempat juga bersua muaka dan berborak dengan rakan sekolah lama, dan juga kawan suami.

Sebaik suami selesai mengundi, kami bergerak ke tempat pengundian untuk berjumpa dengan ibu mertua yg bertugas. Dan kemudian ke pekan Ipoh untuk ke kedai basikal namun kedai tutup maka kami sempatlah menikmati cendol berhadapan dengan TKK yg menjadi kegemaran suami. Seterusnya kami ke rumah mertua. Sampai2 jer Safiyya terhantuk di kerusi, apalagi teruslah dia bad mood. Walaupun dah dipujuk namun kesedihannya masih bersisa dan ditambah lagi apabila terhantuk sekali lagi....xpela sayang, lain kali kena lebih hati-hati yer....Sempatlah makcik2 Safiyya bermain dengannya dan sempatlah juga atok dapat dukung cucu. Tak dapat berlama kerana suami perlu mengambil orang di Sg.Buloh pada malam itu. Selesai solat Maghrib kami bergerak ke Putrajaya. Alhamdulillah kami selamat sampai jam 11 malam dan Safiyya tidur sampai ke pagi malam itu.

sementara tunggu daddy, jom kita bergambar


semangat pakai baju kurung sampai ke Melaka

beza 10 bulan....abg Luth n Safiyya

teman bermain, teman bergaduh

Luth yg super duper manja wpun dh ada adik

Luth n adiknya...Dhia d bam bam....


No comments: