Bismillah dan salam buat semua...
Alhamdulillah masuk arini dah 2 hari dapat berpuasa di bulan Rejab ni...semoga diberi kekuatan untuk diri ini untuk berpuasa di masa-masa akan datang. Selain utk berpuasa sunat, saya juga sebenarnya praktis utk berpuasa di bulan Ramadhan nnti. Bukan apa, waktu mengandungkan Safiyya ketika bulan puasa saya sedang hamil 5 bulan. Tapi kali ni ketibaan bulan puasa nanti saya sedang mengandung 8 bulan. So, saya rasa perlulah jugak untuk saya melatih diri untuk berpuasa walaupun ketika ini saya mengandung 6 bulan.
Syukur dikurniakan suami yang begitu memahami. Saya sekadar menyuarakan hasrat untuk berpuasa sahaja dan suami akan menyediakan makanan untuk saya bersahur. Syukran Ya Allah....semangat berpuasa terus menerpa apabila bangun sahaja dari tidur, siap cuci muka tgk makanan dan minuman dah siap terhidang di atas meja (siap dgn pakej susu skali, huhuhu-dgn harapan nak escape la konon!)....makin bertambah rasa sayang pada en suami. TQ abang kerana begitu memahami dan ringan tulang memasak utk sayang.....
Dah suami menyediakan menu bersahur, saya pula sediakan menu untuk berbuka la. Haih, jam baru kul 4 ptg, dlm kepala dah berputar ligat memikir menu untuk berbuka nanti...oh idea, plz come to me faster!! Insya-Allah hasrat berpuasa akan saya teruskan sekiranya tiada halangan yang mendatang dan selagi kesihatan mengizinkan. Buat yg belum menggantikan puasa, sekarang dah bulan Rejab...x lama lagi dah pun masuk bulan Syaaban sebelum ketibaan Ramadhan....jom sama-sama berpuasa!!
No comments:
Post a Comment