Tuesday, June 18, 2013

Check-Up Adik Kakak @ 28 weeks


Bismillah dan salam buat semua....Alhamdulillah tadi selesai check-up buat kali kelima pada 28 minggu dan sempena dgn minggu yg ke-28 ni alamatnya merasalah kena minum air gula buat pertama kali. Seperti dlm entry sebelum ni, kat KK Putrajaya mmg sudah diwajibkan untuk minum air gula bagi ibu yg berusia 25 tahun ke atas. Adalah sebab musababnya mengapa diwajibkan yg telah saya coretkan pada entry yg lalu.

Disebabkan nak buat ujian MGTT, maka jam 7.30 pagi saya dah terpacak di klinik dan diambil darah pertama jam 8.15 pagi. Merasalah minum air glukos perasa oren. Respon saya?mm boleh tahan la sbb ada perasa tapi saya sememangnya bukan penggemar benda manis maka dua teguk jugaklah utk saya habiskannya....syukur x muntah n tiada kejadian yg tidak diingini. Jam 10.15 pagi, nama dipanggil semula untuk mengambil darah kali kedua. TQ to dear hubby sebab belikan makanan n bahan bacaan utk saya baca sepanjang menunggu wpun suami tidak dapat temankan sekali. It's ok, bukannya apa2pun n saya pun dah biasa ke KK sendirian. Selesai ujian MGTT, saya continue monthly check-up dan inilah hasilnya...

Berat Badan : 54.2 kg
Tekanan Darah : 117/71
Tinggi Rahim : 27 cm
Jantung Janin : 150 bpm
Urin (Albumin) : N
(Gula) : B
Kedudukan Janin : ceph
HB : 12.9


Selesai jumpa nurse, kembali scan kad untuk berjumpa Dr pula untuk scan baby utk melihat kedudukan uri baby. Alhamdulillah, uri berada di atas...dan kedudukan baby breech. Tapi Dr Siti Nadhrah baik orangnya, sebelum scan membaca Bismillah dan menjawab persoalan saya dengan ramahnya. Dr dah memberitahu jantina baby dan Dr kata jangan risau dengan kedudukan baby kerana baby masih berpusing dgn aktifnya. Ibu mengandung kena selalu berfikiran positif, maka saya yakin baby akan berpusing dan saya yakin saya boleh melahirkannya normal sebagaimana kakaknya....Dear baby, dgr cakap umi yer sayang....Ya Allah, Kau perkenankanlah doa kami suami isteri....Amin......dan berat baby sekarang 1.328 gram (errrk, mcm besar je gayanya nih)....




p/s:
# result MGTT belum dapat....semoga segalanya baik2 belaka dan dipermudahkan buat kami...Amin...
# next appointment lagi 2 minggu pada 2 Julai 2013, bermulalah check-up 2 minggu sekali
# next check-up kena suntikan kancing gg, nurse tanya nak amik arini ke next appointment?saya minta 
   next appointment sbb dh lama sgt kt klinik....hehehe



No comments: