Tuesday, June 25, 2013

Warna Warni Kehidupan Nusaibah Safiyya

Bismillah dan salam buat semua....

Rasanya dah lama tak menulis tentang Permata Hati pertama kami iaitu Nusaibah Safiyya dlm blog ni. Asyik cerita pasal adik dia aje tapi umi tetap takkan mengurangkan kasih sayang umi pada permata hati kami yg pertama ni. Sekarang ni Alhamdulillah Safiyya dah nak masuk usia setahun 7 bulan pada bulan Julai nanti. Dan sejak usianya setahun 6 bulan, dia telah bertukar ke bilik budak yg lebih besar di taska.

Hari pertama Safiyya di tempat baru, dia bukan main excited. Sedang saya mengemas tilam dan bajunya, dia dah tidak kelihatan di antara kawan-kawannya....cuma kedengaran suaranya sahaja dan empunya diri hilang xtau ke mana. Cuma pulang dari taska dia seakan a lil bit cranky, mungkin penat atau rindukan saya. Sebelum ni waktu tengahari saya akan ke taskanya namun apabila dia dah bertukar bilik, saya tidak lagi ke taska untuk menjenguknya. Seakan cemburu dgn pengasuh kerana masa saya dgnnya agak terhad kerana banyak masa dihabiskan di taska. Dan malam pula dia tidur terlalu awal...ari2 pertama dan kedua jam 7 mlm dia dah tidur sampai ke pagi....hari seterusnya dia tidur jam 8.00 malam dan skrg dia akan tidur jam 9.00 malam. Maka, masa untuk diluangkan oleh saya dan suami kepadanya amatlah terhad.

Masuk minggu kedua, tugas suami pula menghantarnya ke taska kerana saya menduduki peperiksaan selama 3 hari dan 3 hari tu jugalah Safiyya menangis apabila dihantar ke taska. Ari Jumaatnya saya menghantarnya semula dan ajaibnya dia x menangis. Sangkaan saya ari itu sahaja, rupanya sehingga kini dia dah ok apabila dihantar. Syukur Alhamdulillah Safiyya cepat menyesuaikan diri. Setiap pagi saya pesan kat dia, umi n daddy keje...kakak pegi school....Kalo dulu bila dia bangun dari tidur cakap mcm tu, dia akan jawab nanakkk, tp skrg bila ditanya dia ok aje senyum senyum sambil sebut guuu (cikgu). Dan saya juga telah memahami rutin barunya....pulang dari sekolah suapkan dia mkn ptg spt roti atau kek sambil temankan dia bermain. Apabila cerita upin n ipin ditayangkan saya segera memasak utk mkn malam....Selesai solat Maghrib saya akan menyuapkannya makan dan makan mlm sekali. Dia main n kadang tgk upin kt hp sampailah jam 9.00 malam dan masanya untuk dia tidur sampai ke pagi. Ada masa dia akan bangun untuk minta susu dan ada masanya dia lena sampai ke pagi. Alhamdulillah, beginilah rutin Safiyya sejak dah bertukar bilik ni. Masa untuk umi n daddy dia amatlah sedikit terutama sekali daddy dia yg selalu pulang lewat dari kerja. Awal2 Safiyya bertukar bilik, daddy balik keje Safiyya dah lenapun....jenuh daddy gerak n kacau dia tp dia x hiraukan. Sejak dari tu suami juga pulang awal dlm jam 7.00 mlm, untuk luangkan masa dgn Safiyya. Melihat telatah mereka kadangkala membuatkan saya tersenyum sendirian.

Safiyya sejak dah nak jadi kakak, memang la manja....pantang x ikut apa yg diminta, pasti dia akan merajuk n menangis. Ada masa saya bertegas dengannya dan dia merajuk lalu daddy dia atau Chik As dialah tempat dia minta utk dipujuk.....Setiap hari dia akan mencium perut saya sambil usap dan mengatakan mmm baby, hehehe comel jer rasa.....Patah perkataan pula dah banyak juga la butirnya seperti terima kasih disebutnya acih dan reti utk menggunakannya time bila. Seronok sebenarnya melihat dia membesar dgn sihat di hadapan mata. Rasa mcm nak berhenti keje menjaga anak jer tapi apakan daya....sob sob sob.....insya-Allah satu ari nanti ^_^ Oklah kita tgk gambar2 Safiyya yg terkini...


balik je rumah, benda pertama dia terjah adalah motor ni

demam ketika hampir menginjak setahun 6 bulan

buat-buat nangis nak amik perhatian

umi solat, Safiyya g capai telekung tapi bkn duk atas sejadah dia g amik basikal dia plak

ha, ni aksi berani ntah ke berapa kali.....bkn main berani panjat meja, pastu gayat nk turun

last week activity....disebabkan jerebu, daddy ajak ke library ajelah...BEBAS, xtau la ikut sape tu!

comel betul muka kakak time ni.....geraamm umi!

ni pun sama, buat umi cayor hati tengok





No comments: