Monday, June 24, 2013

Sepakat Membawa Berkat

Bismillah dan salam buat semua.....

Ari baru, minggu baru dan insya-Allah mood juga baru....arini pepagi dh rasa feeling happy sesangat bila dpt whatsapp dari abg sulungku. Kami adik beradik sume ada whatsapp n dh buat dua group....satu group utk adik beradik n satu lg include bapak. Dalam group adik-beradik kami bebas berbual tentang apa sahaja, gosip2 dan sebagainya....kalo group yg bapak ada ni lebih kepada nk bgtau pape info ker atau yg bersifat program keluarga. So senang la sikit buat kami untuk memberitahu sebarang info, almaklumla anak merata2 mencari rezeki...

Ok, back to the topic...Alkisahnya adala sekali tu bapak seakan berjauh hati dgn kami adik-beradik. Makan hari jugaklah bapak merajuknya, huhuhu.....sampaikan mak n abg Man la yg jadi mangsa bapak melepaskan rasa ketidakpuasannya terhadap kami adik-beradik. Atas sebab apa biarlah ia menjadi rahsia.....Masuk hari ketiga, saya memulakan peranan untuk memujuk bapak setelah beberapa ari bertanyakan kepada mak mood bapak. Nak pujuk kena tgk mood bapak dulu, x leh men redah aje.....dan Alhamdulillah bapak juga meluahkan apa yg dia rasakan dan saya mewakili adik-beradik minta maaf bagi semua sebab telah menyebabkan bapak terasa hati dgn kami. Bermula saat itu, sorang demi sorang abang-abang telefon dan minta maaf pada bapak dan ekoran dari situ maka timbullah idea kami untuk hadiahkan kepada kedua ibu bapa kami 'sesuatu'. Bukan berniat untuk membeli hati atau apa tapi sebagai hadiah dari kami adik-beradik sempena Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Ulangtahun Kelahiran, Hari Ulangtahun Perkahwinan Mak Bapak yg kami cintai.

Dan hasil dari perbincangan, kami memilih ini sebagai hadiah buat mereka.

Oakley Special Edition Sunglasses
Jordy Smith Signature Series Polarized Jupiter Squared
for our special Dad ^_^


all d way from London for our lovely mum ^_^

Semoga hadiah dari kami ini mak n bapak sudi terima dan percayalah walau apa yang kami lakukan, tidak pernah terniat di hati kami untuk mengguriskan hati mak bapak. Apa yg berlaku hari itu bukanlah disebabkan niat kami untuk membantah bapak tetapi sekadar melahirkan pendirian kami dan atas rasa kasih kami kepada keluarga. Semoga mak bapak dikurniakan kesihatan yang terbaik, dipanjangkan usia dan kita sekeluarga akan kekal hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Ikhlas dari kami, walaupun kami hidup jauh merantau dan kadangkala kami tidak dapat berkumpul bersama di hujung minggu namun kasih dan sayang kami pada mak bapak tidak pernah pudar dan percayalah kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian....we love u always mak n bapak.....


p/s:
memandangkan minggu ni saya yg balik Ipoh, maka tugasan untuk memberi hadiah tersebut diberikan kepada saya, namun saya menolak dan memilih untuk memberi hadiah tersebut apabila kami adik-beradik ada semua bersama, insya-Allah raya nanti...looking forward untuk Raya :-)

No comments: